Isnin, November 28, 2011

Harimau Muda berjuang dengan baik

Pasukan Harimau Muda tidak dapat ke London pada 2012.
Namun, Pendita bangga dengan daya saing yang ditunjukkan oleh pemain kita.
Selalunya, pasukan lawan yang terdesak akan mula bermain secara ganas. Tujuannya untuk mewujudkan suasana gerun di kalangan pemain kita. Hasilnya, ramai yang cedera. Kita faham bahawa mereka mesti dikeluarkan atau kemudian diberi waktu untuk berehat. Pasukan lawan mula bermain rancak apabila mereka nampak pemain kita terhinjut-hinjut. Trend yang sama kita telah lihat ketika pasukan kita menentang sang Garuda muda.
Isu stamina telah kita selesaikan. Sekarang tiba waktunya kita selesaikan isu samseng atas padang.
Di dalam sebuah artikel Pendita dahulu, ada dinyatakan bahawa kita memerlukan pemain seperti Zainal Abidin Hassan. Kenapa begitu? Lihat saja susuk tubuh negro beliau yang sasa serta mampu menggerunkan pemain lawan. Begitu juga dengan Santokh Singh.
Sekarang lihat pemain-pemain handalan kita. Kebanyakannya kecik dan kuruih. Kenapa Pendita perlecehkan mereka? Tidak, ini bukan fasal leceh. Lihat lagi, di dalam semua pemain kita siapa yang steady tanpa kecederaan serius?
Jawapannya ialah: Mahali Jasuli.
Perhatikan susuk tubuh beliau yang sasa dan padu. Jadi, kita jangan melenting apabila Tuan Ong Kim Swee meletakkan Fakri dan Thamil di dalam padang. Salah satu tujuannya adalah untuk meletakkan Abang Long di dalam padang. Ya, mereka mungkin berfungsi sebagai samseng padang.
Mereka mungkin bertanya, Kenapa Pendita berfikiran ganas? Mudah, jika tidak lihat siapa yang terhinjut-hinjut cedera. Ya, kita perlukan lebih ramai Abang Long di dalam padang.
Semasa pertandingan Piala Malaysia yang lepas, Coach pasukan yang tewas pernah mengatakan faktor Hai-O (Hairudin Omar) yang digeruni oleh pemain pasukan yang dipimpin beliau. Perhatikan lagi susuk tubuh Hai-O dan penampilan botak beliau.
Dengan itu, isu samseng padang adalah benar, terang lagi bersuluh. Kalau tak percaya, saksikan video perlawanan lepas di You-Tube.
FAM sila ambil nota dan peduli.
Sedangkan dahulu, Raja-Raja kita mengutus warkah kepada saudara Bugis di Udjung Pandang untuk meminjam pahlawan perkasa "samseng nusantara" untuk menyelesaikan isu politik di semenanjung.
Artikel Pendita kali ini bertujuan untuk menyampaikan ramuan azimat kepada para pemain negara termasuk yang sekecil-kecilnya pemain junior hingga ke setua-tuanya pemain senior.
Inilah azimat untuk pemain Melayu: a) Darah anda darah pahlawan. Justeru, urat dawai tulang besi kerangka tubuh anda. b) Minda anda minda bijaksana. Demikian, otak geliga licik sang Kancil pemikiran anda. c) Maruah anda pantang dicabar. Lantas, jika dicabar maka amuk. d) Budaya anda halus. Justeru, musuh dihormati e) Jiwa anda mulia. Maka, bermain helah bukan menipu.
Inilah ramuan untuk pemain Melayu: a) Jika anda belum tahu bersilat. Belajar silat tua secara peribadi dan rahasia. Ambil pelajaran tapak empat dan tapak tiga dan mahirkan ia semahir-mahirnya. b) Ambil pelajaran senaman tua. Bersenam secara peribadi dan rahasia. Senaman Harimau jangan dilupakan kerana anda mewakili Harimau Malaya. c) Ambil pelajaran mandi embun supaya urat anda lebih kuat. Amalkan secara peribadi dan rahasia. d) Luangkan masa sendirian untuk mendengar keluhan daripada anggota tubuh badan anda. Berkenalan dengan diri sendiri. Sayang diri sendiri. Maafkan diri sendiri. e) Kawal roh anda dan terbang kedalam tubuh sendiri dari kepala kepada hingga ke ibu jari kaki dan kembali semula.
Sempena cuti ini, pulanglah ke kampung dan berguru dengan orang tua di hujung kampung itu.
Kenapa Pendita suruh rahasia perkara ini? Kerana orang FAM tak reti benda-benda macam ini.
Sekian.

Sabtu, November 26, 2011

Selamat Tahun Baharu 1433

Selamat Tahun Baharu 1433!
Tahun lepas Pendita ada membincangkan soal tahun 1432 iaitu jika dikira hasiltambah ia bersamaan dengan 10 tahun "selepas sesuatu" peristiwa. Lihat artikel Pendita (Sekarang dan surah al-Kahfi, Oktober 2010) dan (Tanah pusaka rahsia Allah, November 2010).
Pada 2 haribulan 1433 (jam 8:45PM) sesuatu pasti berlaku di Bukit Jalil. Peristiwa tersebut bakal memperkenalkan pemuda-pemuda Bani Jawi kepada dunia di dalam perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik 2012. Pada hari pertama selepas "10 tahun" pemuda-pemuda ini diperkenalkan melalui sukan yang menampilkan simulasi pertempuran.
Kami perkenalkan, inilah dia sampel kecil pemuda-pemuda Bani Jawi. Kenali mereka, kerana mereka bakal memimpin dunia. Merekalah juga punca pemuda-pemuda Timur dari seluruh Asia Tenggara. Kebangkitan Timur bakal bermula di banjaran Titiwangsa. Ia akan menjalar sehingga ke Himalaya. Seterusnya ke Khurasan. Akhirnya, bertumpu di Makkah.
Sekian.

Selasa, November 22, 2011

Harimau Muda Hebat!

Ya, anak-anak Harimau Muda memang hebat! Mereka berjaya mematahkan sayap sang Garuda muda. Itulah balasan kepada penyokong sang Garuda yang angkuh. Pengajaran bagi kita pula jangan menghina orang.
Ucapan tahniah daripada Pendita!
Inilah contoh moden betapa semangat dan usaha saling berkaitan. Bagi anak-anak muda kita yang masih leka, lihat dan ambil contoh perjuangan ini. Walaupun ia hanya sukan, tetapi intipatinya adalah perjuangan membela maruah diri, agama, bangsa dan negara.
Malaysia..TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
Sekian.

Sabtu, November 05, 2011

Salam Aidil-Adha

Selamat Hari Raya Haji..ini ungkapan mudah bagi sesama kita. Dan lebih selesa diucapkan daripada patah perkataan Arab. Seperti juga Hari Raya Puasa. Pendita nampak ungkapan-ucapan tempatan seperti hendak dihapuskan oleh pemuda-pemuda 'alim' yang mendapat pendidikan di tanah Arab. Bagi mereka perkataan seperti 'sembahyang', 'surau', 'buka puasa' mestilah dihapus serta diganti dengan 'solat', 'musolah', 'iftar'.
Sejak purbakala, orang-orang Melayu sudah faham tentang ketuhanan. Istilah-istilah agama ini sudah lama sebati. Istilah 'svarga' dan 'naraka' dalam sanskrit sangat sebati dengan orang-orang Melayu. Mereka sudah lama faham. Apabila orang-orang alim tulen mendakwah di sini dahulukala, tidak timbul soal menukar istilah. Tetapi, pemuda-pemuda Melayu yang mendapat pendidikan di Madina dan Misri contohnya suka benar membuang budaya Melayu sehinggakan kini orang-orang kampung hilang jatidiri.
Akhirnya, mereka anggap budaya Melayu itu darjatnya rendah-rendah saja. Esok kita lihat berapa ramai lelaki-lelaki Melayu berpakaian lengkap baju Melayu ke masjid-masjid bersembahyang sunat hari raya. Pendita pasti, mereka akan berpakaian selekeh dengan fesyen pakaian entah apa-apa dengan kopiah pelbagai rekacipta. Pakailah baju Melayu lengkap. Ia segak bergaya, menampakkan kegagahan lelaki Melayu. Maka gagahlah mereka dengan agamanya.
Malang sekali, ada sebuah parti politik 'alim tak tentu fasal' ini membuang budaya ibu-bapanya ke dalam lubang yang gelap lagi dalam. Budaya ibu-bapanya itu mempertahan, membela, hingga bermandi darah serta renyuk tulang-belulangnya dilupakan begitu saja. Budaya ibu-bapanya meletakkan agama nombor satu, memberi tempat berteduh kepada golongan 'syed' dan 'syarifah'. Malang sekali lagi, golongan 'syed' dan 'syarifah' ini juga memandang budaya yang membela mereka itu rendah-rendah saja. Tetapi demi keuntungan diri dan survival mereka menumpang budaya Melayu.
Budaya Melayu dihentam, ditekan keliling pinggang. Walau teruk mana sekalipun dihina bangsa ini, Islam tetap nombor satu didalam budayanya. Di hujung paling Timur dunia, Islam berkuasa beralaskan budaya Melayu. Membuang budaya Melayu, Islam di hujung benua ini juga akan kelam dan malap. Itulah syarat ganjil di sini.
Selamat Hari Raya Haji
-Sekian.

Isnin, Oktober 17, 2011

Ranking Malaya: bolasepak, universiti dan negaraku

Ranking Malaya, itulah maksud yang Pendita maksudkan. Malaysia ini adalah hasil kerja orang-orang di Malaya. Baiknya dan buruknya tergantung pada orang-orang di Malaya. Bagaimana pula dengan orang-orang bukan semenanjung, bukankah mereka juga Malaysia? Ya, betul juga. Namun, mereka adalah orang-orang yang berusaha untuk menyelesaikan isu kais pagi makan petang dan isu tempatan. Apa yang berlaku di Malaysia mereka terpalit jua.
'Malaysia Boleh', apa itu?
Itulah kata-kata perangsang ciptaan Tun Mahathir. Supaya kita bangkit usaha dengan kaki saiz 9, 8, 7 hingga sekecil-kecilnya. Oleh kerana majoriti orang-orang Malaya tak mahir bahasa kiasan, mari diterjemahkannya dengan bahasa pasar. Bunyinya begini: Buat kerja betul-betul. Jangan jadi pemalas.
Baru-baru ini kita begitu hampa dengan persembahan Harimau Malaya, pasukan bolasepak yang disayangi ramai. Apa dah jadi? Ya, apa dah jadi, dah jadi, apa boleh buat. Tetapi, apa yang dah jadi itulah Malaysia. Permainan yang dipersembahkan itu adalah jawapan Malaysia. Tepatnya ia adalah gambaran tentang rakyatnya, attitude-nya dan lebih-lebih lagi kepimpinannya. Membina sebuah pasukan bolasepak dengan biaya yang mahal adalah idea biasa tetapi belum tentu berkesan. Mereka telah bermain-main dengan pasukan-pasukan luar negara puluhan kali. Apabila bertanding, persembahan yang dipamerkan seolah-olah baru bergraduat sekolah sukan.
Bolasepak hidup dengan usia manusia. Setiap batch pasukan juga begitu. Yang tinggal hanya gelombang semangat. Gelombang ini boleh kekal kuat jika pemimpin pasukan amanah. Peliknya pasukan kita hanya jaguh Asia Tenggara. Apakah benar pemain-pemain pasukan luar Asia Tenggara adalah gergasi dan kita adalah tikus? Harimau Malaya Boleh?
Baru-baru yang lepas juga, kita mendapat tahu bahawa universiti-universiti awam atau IPTA tidak tersenarai ranking dunia. Menurut para pembesar akademik, ranking itu tidak perlu malah tidak penting. Mungkin ada benarnya. Tetapi universiti-unversiti itu tersenarai kerana mereka berbudaya akademik. Dengan budaya itu disamping kecemerlangan, tup-tup mereka tersenarai di dalam ranking dunia. Persoalanya, adakah IPTA kita berbudaya akademik? Pensyarah-pensyarah dikerah ke majlis entah apa-apa dengan frasa KEHADIRAN DIMESTIKAN [maksudnya:..atau anda akan dibekukan (cold storage)]. Tetapi apabila pensyarah-pensyarah gagal mendapatkan geran atau membuat penyelidikan, tiada siapa peduli. Inilah budaya IPTA dan jawapan kepada senarai ranking.
"Kita tidak perlu pada ranking...." Itu adalah ayat menutup kelemahan pembesar-pembesar akademik di Malaya.
Dengan sokongan dan bantuan kerajaan, IPTA mempunyai nyawa yang panjang. Jika tidak sudah lama gulung tikar. Sudah tentu kerna IPTA dibiaya oleh perbendaharaan negara. Para dewa-dewi (pemegang PhD) berstatus pensyarah universiti awam hidup mewah dengan biaya kerajaan menghantar mereka belajar di negara-negara kafir maju dengan belanja percuma ditambah gaji penuh.
Sudah berpuluh tahun, beratus-ratus para dewa-dewi ini dihasilkan. Ini tidak ditambah dengan bayi-bayi di kayangan yang masih mengulangkaji (researching) di universiti-universiti luar negara terutamanya England dengan kos yang berlipat ganda. Kelak mereka pulang bangga dengan status dewa atau dewi disebabkan sekeping sijil PhD. Para dewangga akademik pula sememangnya kasih pada golongan-golongan ini disebabkan statusnya.
Sinergi para dewa-dewi dan dewangga akademik ini sudah berpuluh-puluh tahun. Hingga sekarang IPTA kita juga seperti pasukan bolasepak negara, jagoh kampong. Persembahan bermutu di peringkat antarabangsa boleh dikira dengan jari kaki. Apa tidaknya, membazir wang dengan bengkel-bengkel di hotel yang jauh-jauh. Semasa bengkel sia-sia ini berjalan, si dewangga pula berpeluang menghayun batang golf di kelab golf eksklusif.
Universiti hidup umpama sepohon padi. Penduduknya adalah pemegang amanah ilmu. Mereka menyimpan dan mengembangkan ilmu. Bilangan orang-orang ini adalah kecil mengikut nisbah tertentu di dalam sesebuah populasi. Mengikut perkadaran tulen, bilangan pensyarah universiti sepatutnya kecil bernisbahkan populasi rakyat Malaysia. Bilangan orang-orang yang dilahirkan genius adalah kecil. Dengan bilangan besar IPTA dan juga bilangan besar pensyarah-pensyarahnya, siapakah itu yang memenuhi jawatan-jawatan akademik di universiti-universiti awam kita?
Universiti-universiti awam kita tidak tersenarai di dalam ranking dunia adalah juga jawapan Malaysia. Lebih tepat ia adalah gambaran tentang rakyatnya, attitude-nya dan lebih-lebih lagi kepimpinannya.
Sampai bila pun kita takkan Boleh-Boleh. Kenapa Pendita cakap begitu? Jawapannya ialah negara kita. Negara kita adalah rojak yang digaul pada tahun 1957. Kini rojak itu telah menjadi racun kepada rakyat Malaysia. Hinggakan tiada apa yang boleh dibanggakan oleh anak-anak muda.
-Sekian.

Selasa, Oktober 04, 2011

Tiga tanda-tanda Melayu

Bumi bergegar, ada rasaksa panggil Ultraman apa? Itulah nyanyian kanak-kanak Taska menunjukkan betapa watak hero diperlukan ketika kesusahan. Begitu jugalah watak-watak hero di dalam bangsa Mala-yu ini. Didalam budaya Melayu, untuk menjadi pahlawan sudah tentu mesti menguasai ilmu silat sedalam-dalamnya sehingga ke gelanggang di dalam lautan. Namun, kebanyakan kita setakat 'talipinggang hitam bercalit warna-warni' persatuan silat berdaftar. Apa pun, ilmu silat dasarnya bermula dengan lenggok tanda hormat seterusnya membayangkan sebuah 'segi empat maya' atau kata orang putih 'the imaginary square'. Ya, geometri sebuah segi empat sisi sama dan mempunyai titik pusat. Namun, konsep ini tidak terdapat di dalam kurikulum silat moden dan campuran.
Kenapa perlu sebuah segi empat dalam ilmu silat tradisional? Begitulah falsafahnya:- a) Apabila mula membina rumah mestilah ada sebidang tanah dan empat penjurunya. b) Maka penjuru-penjuru itu menjadikan sempadan. c) Apabila sudah ada sempadan maka itulah jajahan miliknya. d) Pemilik menjaga jajahannya. e) Di dalam tanah jajahan itu ada titik tengahnya iaitu pusat. f) Maka pada pusat itu diletakkan tiang sebagai tanda utuhnya binaan. Para penuntut mestilah menguasai jajahannya dengan bermain-main didalam geometri segi empat itu sebelum boleh ke tahap seterusnya. Tahap seterusnya ada pula falsafahnya yang tersendiri. Apa signikan segi empat bagi masyarakat Melayu?
Itulah piramid salah satu tanda Melayu. Namun piramid Melayu ada tiga petala. Petala tertinggi bermaksud: iman manusia kepada tuhan. Petala tengah: hubungan manusia dengan manusia. Petala bawah: alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan tuhan. Dengan itu, asas pertama yang perlu dikuasai para penuntut silat ialah kepekaan terhadap apa-apa disekelilingnya maka sentiasa waspada. Apakah tanda kedua? Tanda kedua ialah keris. Kita sudah sedia maklum. Tetapi ada satu lagi tanda Melayu yang kita ragu-ragu iaitu: Mohor diRaja Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.
Sekian.

Jumaat, Ogos 26, 2011

Tiba-tiba pemuda-pemuda Mala-yu mula diintai Inggeris dan Eropah

Pada bulan Ramadan 1432H ini, anak-anak Harimau Malaya mula dirisik kelab-kelab bolasepak Inggeris dan Eropah. Pada tahun 2011, setahun sebelum 2012, pemuda-pemuda Mala-yu mulai dikenali di mata dunia melalui bolasepak.



Siapa sangka pasukan bolasepak kita yang menduduki ranking bawahan FIFA mulai mendapat tempat di dalam sukan ini. Walaupun kita kecundang berkali-kali, namun mereka sedar pemain-pemain kita berkualiti.

Pada 7 Oktober 2011, Harimau Malaya akan berentap dengan pasukan Kangaroo atau Socceroos di Sydney. Mampukah kita memberi saingan hebat terhadap pasukan tanah jajahan Inggeris ini?

Dengan semangat baru pemuda-pemuda Mala-yu, Pendita yakin bangsa ini bangkit dari khayalan mimpi yang telah lama merosakkan generasi dulu. Hal ini sepertimana Bani Israel tersesat selama 40 tahun di padang pasir pada zaman Nabi Musa dek kemurkaan Allah.

Pada 31 Ogos 2011, negara telah kita berjaya bebas daripada cengkaman kafir Inggeris selama 54 tahun. Generasi lama makin pupus. Generasi baru mempunyai pemikiran yang berbeza. Mereka mempunyai visi yang berlainan daripada generasi terdahulu. Mereka lebih sedar, lebih global dan lebih alim.

Pendita percaya mereka tahu tugas mempertahankan kedudukan agama dan raja mereka. Mereka juga faham benar soal akidah. Jadi, generasi lama sudah boleh menganggap mereka bukan kanak-kanak lagi. Sesekali nostalgia boleh diceritakan sebagai pengajaran. Namun, sesekali jangan menghalang mereka untuk berjuang.

Di akhir zaman, para-para pemuda Muslim yang akan mempertahankan akidah.

Sekian.

Salam Aidilfitri 1432H-2011

Selamat Hari Raya!

Perkataan 'raya' bermaksud besar. Jadi Selamat Hari Raya bermaksud selamat menyambut hari besar, sebuah hari yang cukup bermakna bagi orang-orang Melayu. Kerana meriah Aidilfitri Melayu tidak berlaku di kalangan umat Islam di tempat-tempat lain. Di tempat-tempat lain, umat Islam menyambut meriah Hari Raya Haji.



Bagi kita pula Aidiladha disambut ala kadar. Pagi sembahyang sunat kemudian sembelih lembu kemudian agih-agihkan daging kemudian buat masakan istimewa berasaskan daging tadi kemudian tamatlah hari besar ini.

Pada pendapat Pendita, raya haji patut lebih meriah dari raya puasa. Sebaliknya, Aidilfitri meriah sakan sampai bergolok bergadai. Mana tidaknya, kos perolehan bagi persiapan sahaja bernilai beribu-ribu ringgit.

Pendita mendapat tahu ada seorang kontraktor Cina ini fully-booked untuk membuat ubahsuai dapur, pagar sepanjang Ramadhan ini. Pihak bank pula membuat tawaran penambahan pinjaman peribadi keatas pinjaman sedia ada untuk persiapan hari raya ini.

Malangnya, duit bonus setengah bulan tak sempat disimpan untuk bekalan ketika susah sudah lenyap dek semangat shopping membara-bara. Disimpulkan, Aidilfitri ini kebanyakan Melayu bernafsu besar akhirnya pokai selama 3 bulan. Tambahan lagi, pinjaman peribadi yang lepas bertambah pula. Hidup dibelenggu hutang tak sudah-sudah.

Malangnya, yang bernafsu besar ini terang-terangan kaum Hawa. Mana tidaknya, langsir mestilah yang baru. Kabinet dapur mestilah cantik sebab makcik-makcik nak melawat dapur. Kalau kabinet buruk tentulah rasa rendah diri. Kaum Adam ini terpaksa mengikut sahaja maklumlah hari raya...setahun sekali.

Pendita kata berpada-padalah untuk Aidilfitri. Yang utama dapat berkumpul sesama yang rapat. Bergembira kerana berjaya mengharungi Ramadhan yang penuh dugaan. Aidilfitri adalah untuk mendekatkan hubungan yang renggang. Bermaaf-maafan pula adalah ikhtiar sepanjang tahun.

Salam Aidilfitri!

Sekian.

Rabu, Ogos 17, 2011

Murtadkan Melayu?

Sedangkan Yahudi yang dilaknat Allah itu, sedangkan kitab Injil yang berbahasa Hebrew itu, pun mereka tidak mahu menganut Kristian. Apatah lagi umat Melayu yang kental dengan al-Quran itu.

Ajaran al-Masihi itu telah lupus apabila Nabi Muhammad ditabalkan sebagai Rasulullah. Demi menghormati mereka digelar sebagai ahlul-kitab.

Tetapi Methodist, Katolik atau Protestan itu bukanlah ajaran al-Masihi kerana mereka mengubahsuai mengikut suka hati. Contohnya, kahwin sejenis. Dan ajaran-ajaran ini adalah versi sesat al-Masihi, umpama ajaran Guru Yahya...

Contoh lain kunun-nya "Nabi Isa sayangkan saya..." Entah iya ke? Silap haribulan Nabi Isa mengutuk perbuatan mereka ini yang memandai-mandai menggunakan nama baginda.

Kita tahu Nabi Isa masih hidup. Kita juga menanti kedatangan baginda untuk menyelamatkan akidah. Tetapi akidah yang hendak diselamatkan adalah akidah Islam syariat Nabi Muhammad!

Mari kita semak betul-betul kenapa Jesus of Nazareth mesti hidup lama.

Lihat surah al-Kahfi. Pesan Rasulullah, dengan amalan membaca surah ini akan menjadi benteng terhadap fitnah Dajjal. Lihat lebih dalam isi surah tersebut. Ia jurus kepada sejarah dan pengajaran. Soalan: apa hal dengan sejarah hendak menolak fitnah Dajjal? Ya, pelik.

Tetapi lihat lagi, ia tentang Zulkarnain, pemuda-pemuda gua, wang emas dan perak. Bukankah pemuda-pemuda gua itu contoh manusia boleh dihidupkan lama mengikut kehendak Allah? Begitu juga Nabi Isa. Tentang wang emas dan perak, bukankah dengan wang boleh mengelak fitnah? Disebabkan miskin, Melayu sanggup menggadai akidah.

Pendita hairan, dari kecil hinggalah dewasa Pendita dengar ustad-ustad kampong janggut bersepah itu sentiasa menekankan isu 'sesungguhnya harta dan kekayaan itu tidak baik...'. Ia seolah-olah sebuah templat ceramah yang diulang-ulang. Ia seolah-olah sebuah prosidur halus untuk melemahkan Islam. Sedangkan Islam itu agama yang menjayakan kehidupan. Oleh kerana minda kita ditekankan isu pemilikan harta itu jahat, maka terkial-kial mencari wang apabila terdesak. Maklumlah tiada simpanan. Nasib baik ada Bank Rakyat. Mujur ada bonus setengah bulan gaji.

Apabila kita semak nenek-moyang kita dan ulama dahulukala mereka tekad mencari kekayaan namun pegangan agama mereka kukuh.

Tentang Zulkarnain, umum sudah maklum baginda adalah moyang purba Raja-Raja Melayu. Kalau bukan dengan kuasa Raja-Raja Melayu yang mempertahankan Islam sudah lama kita kecundang. Itulah rahsia yang diwasiatkan Nabi Muhammad. Malangnya, ustad-ustad kopiah buruk itu suruh budak-budak hafal ayat dari surah ini untuk dibaca ulang-ulang sebagai jampi serapah.

Jikalau Nabi Isa diwafatkan. Apa jadi? Isu ibu Maryam tidak akan selesai. Isu anak Tuhan juga tidak akan selesai. Sampai kiamat manusia menelan fitnah Tuhan turunkan anaknya untuk menebus segala dosa manusia. Ridiculous! Perlukah Tuhan menurunkan anak biologi untuk supaya manusia menyembahNya?

Tak payahlah Pendita cerita panjang. Kerna Melayu yang telah murtad asalnya seorang yang

i) kecewa dalam hidup lantaran kesunyian (..I was so alone...)
ii) memang tak faham Allah (I never understood why God blah blah blah...)
iii) nafsu hendakkan kesenangan dunia (Yeah! I want more.)
iv) fikir kabul doanya akan segera turun dari langit seperti magika (I prayed but nothing happened. God ignored me.)

Semasa Pendita di oversea dahulu, ada seorang paderi ini suka singgah di asrama untuk beramah-mesra dengan pelajar-pelajar Melayu. Sekali itu, Pendita dan rakan-rakan dijemput untuk meraikan malam raya atau disebut Christmas Eve.



Maklumlah zaman remaja ini seronok main-main. Jadi kami pun menyanyilah pada malam itu, makan-makan dan sembang-sembang. Paderi tersebut menunjukkan sebuah kitab terjemahan al-Quran di dalam bilik studi beliau. Rupa-rupanya al-Quran dijadikan bahan kajian.

Oleh kerana itu, kali kedua beliau singgah di asrama, Pendita halau saja Pak Paderi itu kerana memang tujuannya untuk memurtadkan pelajar-pelajar Melayu. Soalan: bagaimana beliau tahu lokasi asrama budak-budak Melayu?

Sebenarnya orang-orang Kristian ini masih tidak faham. Mereka suka bercerita tentang forgiveness, caring, love. Tetapi, bagi orang-orang Islam itu bukanlah isunya. Isu utama ialah mengaku Allah dan Nabi Muhammad. Forgiveness, caring, love datang seiring bagi pengamalnya. Apabila kebanyakan orang-orang Islam tidak ada forgiveness, caring, love, maka dosa bagi mereka. Dan mereka bukanlah lambang Islam. Islam sarat dengan forgiveness, caring, love.

Malang sekali, pendita terjumpa ramai orang-orang Islam walaupun yang kental dengan pakaian Arabnya begitu kasar sekali dengan sesama Muslim. Gemar menghukum, suka pandang senget pada orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Siapakah yang sudi, di pagi Aidilfitri untuk menjenguk budak-budak gelandangan di Chow Kit? Pak-Pak Paderi sanggup mengadakan jamuan hari raya. Jadi sama-samalah kita merasa sakit di akhirat nanti lantaran sombongnya kita sesama Muslim. Tak payahlah royat pasal Isle atau ceramah subuh demi politik untuk menjatuhkan sesama Muslim.

Kita, orang Islam, perkara utama ialah Allah mesti dengan Muhammad. Tidak boleh Allah dan Jesus of Nazareth. Kita Sembah-Hyang atau 'sembah tuhan satu'. Allah itu, meminjam kata-kata Chesney Hawke,"I am the one and only". Bukan dua atau tiga.

Pendita sungguh sayu dengan sebuah doa ini

"Ya Tuhanku, Jadikan aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku. Ya Tuhan kami! Dan perkenanlah doaku!" (Surah Ibrahim, ayat 40)

Sekian.

Jumaat, Julai 29, 2011

Harimau Malaya bertahan

Ya, betul kita tidak tewas pada pertarungan malam tadi. Cuma kita tidak layak ke pertandingan seterusnya pada kelayakan Piala Dunia 2014.



Pemain-pemain kita gigih berusaha untuk melayakkan diri ke pertandingan seterusnya. Namun, inilah nasib kita.

Pada pandangan Pendita, pasukan Singa bukan jaguh kerna:-

a) Mereka memberi upah kepada pemain-pemain pendatang.
b) Mereka bermain lengah untuk membunuh mood pemain lawan.
c) Mereka mudah tercedera untuk "kill the time".

Oleh kerana mereka bermain kotor, maka layaknya mereka untuk bertanding pada peringkat seterusnya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sebab "they did not earn the respects".

Pasukan kita, pada pandangan Pendita, sudah cukup ramuan. Permainan kurang berprestasi pada malam tadi adalah disebabkan oleh:

a) Mereka keletihan kerana dibebani pertandingan yang terlalu kerap.
b) Ada sebilangannya cedera kerana kerap bermain.
c) Mereka dibebani tekanan untuk menang.
d) Mereka tidak mampu mengawal amarah.
e) Mereka masih belum mempunyai ikatan spiritual semasa sendiri.

a) Keletihan
Jadual pertandingan yang terlalu kerap meletihkan para pemain. Tambahan lagi dengan dua kekalahan teruk didalam pertandingan dengan kelab-kelab Inggeris sedikit-sebanyak memberi kesan negatif terhadap emosi maka trauma.

b) Cedera
Jadual pertandingan yang kerap juga penyebab kepada kecederaan beberapa pemain handal. Kita jangan ingat kecederaan berlaku ketika bertanding sahaja. Kecederaan boleh juga berlaku apabila otot, tulang dan sendi diberi tekanan berterusan.

c) Untuk menang
Para-para menteri, kerabat diRaja, penyokong-penyokong serta jurulatih sentiasa mengharapkan kemenangan daripada skuad Harimau Malaya. Apabila menang mereka disorak dan dilimpahi dengan segala macam pujian. Tetapi, apabila tewas mereka dikeji.

d) Amarah
Cenderung untuk cepat naik hangin penyebab kepada permainan bersepah lagi berselerak. Pendita lihat pemain-pemain kita masih belum upaya mengawal marah. Marah itu perlu, berlebihan pula memakan diri dengan itu merosakkan mood permainan.

e) Ikatan spriritual
Ikatan spiritual, pada hemat Pendita, bermaksud upaya merasa panggilan rakan sepermainan. Apabila pemain-pemain boleh merasa rakan meminta bola, pemain lawan sukar meramal tindakan selanjutnya. Ikatan ini boleh dicapai apabila setiakawan wujud dengan ikhlas sesama rakan.

Sekarang, kita beralih tumpuan kepada skuad Olimpik untuk mencipta kejayaan. Harimau Malaya tetap garang!

Sekian.

Khamis, Julai 28, 2011

Panthera Tigris Jacksoni - Harimau Malaya

Ya, Harimau kita sudah bersedia menebus maruahnya yang dicalar Sang Singa Temasik akibat gelanggang plastik dan waktu pertarungan yang tidak menghormati Allah.

Hari ini kita menghormati Dewata Mulia Raya (gelaran bagi Allah pada Batu Bersurat Terengganu) dan kita sediakan gelanggang tulen untuk pertarungan adil.

Kita ambil semangat jatidiri Harimau Tingkis di tujuh kuala sungai.

Sang Singa hanya jaguh pulau tak kemana.



Panthera Tigris Jacksoni itulah gelaran saintifik bagi Harimau Malaya. Harimau ini hanya terdapat di semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan pasukan bolasepak kita. Hanya sukan ini jadi sandaran maruah negara Malaysia.



Tanah tumpahnya darahku...tanah yang dipertahan nenek-moyang dengan banting tulang serta percikan darah demi anak-cucu...

Kepada sekalian penyokong, niat dan hantarkan gelombang tenaga anda kepada pemain-pemain kegemaran anda supaya mereka lebih kuat dan bijak.

Ya! Malam ini kita baham mereka cukup-cukup.

Sekian.

Rabu, Julai 27, 2011

Raja-Raja Kedah

Pada 22 Julai 2011 iaitu Jumaat minggu lepas, Prof. Madya Dr. Zahir bin Ahmad, Universiti Malaya telah membentangkan hasil terjemahan sebuah teks lama ke dalam versi teks rumi. Tajuk teks lama tersebut adalah "Kitab Peringatan Raja-Raja Kedah". Isi kandungan teks tersebut adalah berkaitan adat dan budaya Melayu turun-temurun di negeri Kedah.



Apa yang menariknya ialah ia berkenaan adat tata-susila bangsa Melayu. Maksudnya, istana Kedah sejak Tuanku Merong Mahawangsa (naga dari keturunan raja-raja besar) mengamalkan budaya Melayu.

Menarik lagi sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad, raja-raja Kedah menggunakan gelaran "Phra Ong" bunyi "fera ong". Bolehkah kita sebut sebagai "Fir aun" seperti yang tercatat di dalam teks-teks purba?

Tetapi jangan terkejut beruk! Atau kata orang Kedah buta perut. Seorang raja Firaun yang mengejar Nabi Musa itu sahaja yang betul-betul kena laknat.

Raja-raja Firaun yang lain ada yang baik lagi taat. Contohnya, Nabi Yusuf mengambil isteri puteri Firaun bernama Asnat. Walaupun baginda dari puak Israel namun baginda adalah seorang Nabi Allah jua.

Berbalik kita di semenanjung Tanah Melayu yang berkat ini. Tanah Melayu bukan tentang tanah Siam. Kalau Siam juga maka kitab-kitab Undang-Undang Kedah dan Peringatan Raja-Raja Kedah mestilah di dalam teks Siam yang berbelit-belut itu. Ya, ada dua-tiga kerat orang Kedah berkereta pacuan 4-roda sampai ke Luang Prabang pasai nak buktikan pengaruh Siam di dalam istana Kedah.

Depa ingat kalau betoi buleh besaq kepala kot.

"Ya Tuanku Merong Mahawangsa! Patik hendak mengadu kepada Tuanku bahawa ada beberapa ketoi rakyat Kedah ini buat onar, kununnya keturunan Tuanku ini Siam. Manakala Melayu itu puak menumpang di Tanah Melayu ini. Patik pohon Tuanku nasihatkan mereka supaya berbudi bahasa sedikit."

Di negeri Melaka, negeri Sembilan dan Kelantan terdapat bilangan besar masjid lama yang berbumbung rekabentuk piramid. Pada puncak bumbung masjid-masjid ini terdapat suatu tanda yang unik. Dan tanda ini diletakkan pada tempat paling tinggi pada masjid. Tanda ini adalah sesuatu yang perlu dikaji. Apa tanda itu?

Mereka kata, rekabentuk masjid lama di negeri Melaka adalah rekabentuk China. Pendita kata ia bukan rekabentuk China. Ya, orang-orang China telah membina tembok besar dari batu-batuan, tetapi mereka tidak mahir mengukir dan membina dari bahan kayu-kayan.

Hipotesis Pendita ialah rekabentuk masjid ini boleh dikatakan sebagai "the Malay temples" atau kuil-kuil Melayu sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad.

Pun begitu, kita tahu Islam adalah sejak Nabi Adam. Kita masih belum ketemu bukti Islam syariat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad di Tanah Melayu ini. Pendita yakin majoriti Melayu zaman dahulu penganut Islam sekurang-kurangnya syariat Nabi Ibrahim dan hampirnya Nabi Musa.

Sebelum Tuanku Merong Mahawangsa tiba di negeri Kedah, penduduk-penduduk asal selain orang-orang asli telah hidup bertamaddun. Buktinya adalah penemuan arkeologi di lembah Bujang oleh pakar-pakar dari Universiti Sains Malaysia.

Musykil, mereka menerima Tuanku Merong Mahawangsa dengan tangan terbuka. Baginda adalah dari keturunan raja besar iaitu Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam surah al-Kahfi. Baginda Iskandar sangat diketahui oleh puak Yahudi ketika mereka cuba membuktikan kenabian Muhammad dengan bertanyakan tentang Zulkarnain. Kerana Raja Iskandar pernah membantu puak-puak Israel pada suatu ketika zaman dahulu.

Jangan hairan, Bani Israel dan Yahudi itu dua perkara yang berlainan. Sila rujuk surah al-Baqarah. Ya, saintis di USM Kubang Kerian pernah membuat ujikaji DNA orang-orang Kelantan. Hasilnya, mereka mempunyai sekitar 30% DNA trait Mediterranean, peratusan yang agak besar. Trait Mediterranian ini juga dimiliki orang-orang Arab Syria, Palestin dan Yahudi. Tetapi beranikah kita mengaku sebagai Bani Israel walaupun ramai para nabi dari puak ini? Lupakah kita sebuah doa Nabi Ibrahim tentang keturunan baginda?

Kajian sarjana Yahudi mengatakan terdapat sebuah puak Israel yang hilang tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini. Puak ini tidak tahu-menahu bahawa mereka itu puak yang hilang, dengan itulah definasi "the lost tribe".

Dan kita tidak pernah tahu punca bangsa Malayu ini. Kita tidak tahu bahawa sarjana barat sedang mengkaji kita. Kita juga tidak tahu apakah yang mereka bincangkan tentang kita.

Apa ni, semua tak tau?

Ya, ada satu perkara yang kita sangat tahu. Para pendakwah Islam syariat Nabi Muhammad dengan mudah mengIslamkan orang-orang Melayu termasuk rajanya. Perkara ini tidak berlaku di India, China, Jepun, Korea, hatta negeri-negeri Arab. Tidak perlu bala tentera Islam datang ke Tanah Melayu ini untuk memperkenalkan Islam. Apakah ini berkat doa Nabi Ibrahim?

Sekian.

Sabtu, Julai 23, 2011

Sang Harimau kurang selesa di pulau Sang Singa

Harimau Malaya tewas lagi!

(Mungkin bala sebab bermain waktu Maghrib atau sembah-Hyang ditinggalkan...)

Tapi tidak mengapa kerana kesalahan yang telah dilakukan boleh ditebus semula di Bukit Jalil tempat berkubangnya Sang Harimau. Kita tidak berputus asa dengan pasukan kuning-belang-biru ini kerana mereka telah bersusah-payah dengan segala usaha tulang empat kerat.

Apapun Pendita tetap sokong!



Ayo! Kita penuhkan Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai ini. Dan kita mengaum kuat-kuat biar pemain-pemain pendatang mereka terkucil di tanah kita!

Sejak beberapa pertandingan baru-baru ini, Pendita dapat simpulkan bahawa untuk bersaing di peringkat antarabangsa, kita perlukan pemain-pemain bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian tertentu.

Kadang-kadang Pendita lihat kita seperti bermain budak-budak dengan orang dewasa atau mudahnya seperti pasukan sekolah rendah melawan pasukan sekolah menengah. Kerna, mereka sewenang-wenangnya mengasak dengan badan. Tetapi mereka ini pula manja, kena kuis sedikit jatuh tergolek-golek macam lipas kena sembur Sheltox.

Pihak FAM mestilah meneliti perkara ini supaya anak-anak kecil kita yang kaki bola boleh mula men-sasakan badan masing dan mengambil makanan berkhasiat supaya lebih tinggi. Harapannya, bakal-bakal pemain Harimau Malaya 2020 bersaiz seperti mamat-mamat di dalam liga Inggeris.

Pemain-pemain kita cekap dan handal. Namun, tubuh badan kurus dan mudah ditolak macam itu aja. Kita perlukan susuk tubuh macam Zainal Abidin Hasan!

Sekian.

Sabtu, Julai 16, 2011

Tirisnya benteng Inggeris...

Tirisnya benteng Inggeris. Ya, itulah dia pemain-pemain Harimau Malaya yang berjaya men-dongeng-kan bahawa kelab terkemuka Inggeris, Liverpool tidak mampu dibolosi pemain-pemain negara. Walaupun kita tewas tanpa gol dengan "meriam" Arsenal, namun anak-anak Bnei Jawi ini bangkit dengan penuh garang! Kemudian kita lihat pula bagaimana pemain-pemain handalan kita lolos gawang pasukan Chelsea.



Siapa bilang Inggeris penjajah Tanah Melayu? British hanya mengawal hal-ehwal pentadbiran Tanah Melayu. Apapun projek mesti mendapat perkenan sultan. Jadi siapa kata Inggeris serba hebat?

Kita tidak perlu rasa rendah diri dengan bangsa Eropah walaupun anatomi kita memang rendah. Namun, kita hebat dengan bangsa Eropah kerana kesemua mereka sudah kita halau dari "tanah yang diwariskan" Allah ini. Tetapi masih tinggal, tidak banyak, puak-puak kafir lahanat mongoloid yang cuba merosakkan sistem adat kita turun-temurun sejak bertapaknya kerajaan waris Iskandar Zulkarnain yang muslim itu.

Malangnya, mereka dilindungi oleh golongan yang berkopiah runcing dengan lilitan kain serban bewarna hijau. Dengan pakaian serba kuning pula, mereka mempermainkan warna diRaja untuk menuntut benda-benda yang mereka kepingin sangat sebab haloba. Kerna mereka tidak puas hati melihat anak-anak Melayu makin garang didalam profesion masing-masing. Mereka juga sakit hati melihat orang-orang Melayu mula kehadapan di dalam perniagaan. Bagi mereka, dengan "warna kuning" orang-orang Melayu disusahkan lantas dimundurkan sepertimana mula-mula merdeka dahulu.

Mereka tidak suka dengan permainan politik kita yang licik. Justeru dengan kelicikan itu, masyarakat Melayu sudah bergerak pantas memartabatkan bangsa dan agama. Mereka suka kita berpecah soal "siapa masuk syurga" melalui jalan politik. Atau siapa munafik diantara keduanya.

Ada seorang wakil Dajjal yang bermata satu setelah terkena penumbuk sulung Ketua Polis Negara dulu dan juga mewakili sebuah parti politik ber-bendera tanda mata satu juga sedang giat memukau orang-orang berjiwa kosong untuk menjatuhkan sistem adat orang-orang Melayu. Mereka bantah perkara "ketuanan Melayu". Namun mereka lupa dengan ketuanan Melayulah mereka hidup selesa hari ini. Kalaupun mereka hidup merempat itu salah diri sendiri sebab segan pemalaih.

Mereka juga lupa bahawa konsep ketuanan Melayu sudah lama diiktiraf orang-orang asli. Apabila waris Iskandar Zulkarnain marwat vanua (membuat benua) disini, orang-orang asli tidak pernah disisih lebih-lebih lagi dihapuskan. Oleh kerana itu juga, orang-orang Melayu mengatakan inilah dia "tanah tumpahnya darahku".

Tetapi orang-orang berkopiah runcing ini tak ambil kisah soal sejarah. Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa raja-raja Melayulah yang membela ahlul-bait, ulama-ulama Arab, Parsi dan India. Ulama-ulama ini tidak pernah mengharamkan sistem adat kita.

Pun begitu, orang-orang berkopiah ini kuat berhujah dengan fakta-fakta yang tidak tertolak oleh siapa-siapa yang mendengarnya.

Senang kata, mereka memang tak tahu sultan-sultan kita waris Iskandar Zulkarnain yang tertulis di dalam surah al-Kahfi itu. Mereka juga tidak tahu apakah doa yang dibacakan Raja Iskandar kepada Allah dahulukala.

Jadi, Pendita minta kamu jangan jadi hero tak tentu pasai.

Berjuang untuk agama Allah niat yang baik. Menjatuhkan sistem adat adalah menjatuhkan Islam di bumi ini!

Sekian.

Rabu, Julai 06, 2011

Konferen Antarabangsa Tamaddun Islam dan Identiti Melayu 2011

Pada 14 hingga 15 November 2011, di negeri Melaka akan berlangsung sebuah konferen antarabangsa mengenai tamaddun Islam serta kaitannya dengan identiti Melayu.



Jom beramai-ramai kita dengar hasil kajian ilmiah terkini tentang sejarah Islam dan Melayu!

Sila rujuk ke: www.icicmi2011.com

Sekian.

Ahad, Jun 26, 2011

Perhimpunan BERSIH 2011

Adakah perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebuah perhimpunan di jalan yang benar atau sebaliknya? Rakyat keliru. Yang paling tidak keliru adalah penyokong perhimpunan ini kerna mereka sudah maklum tujuan dan sebabnya.



Pendita peduli soal perhimpunan ini bukannya sebab menyokong mana-mana pihak. Perhimpunan ini adalah salah satu daripada penyebab-penyebab terhadap sebuah kebangkitan yang maha dahsyat!

Pada 9 Julai 2011, bermulalah sebuah rentetan ke arah kebangkitan yang kita sudah lama tunggu. Siapakah mereka yang dikatakan "berseban biru" itu? Siapakah mereka yang dikatakan membawa panji-panji yang dinukilkan "hitam" itu?

Terdapat beberapa alim serta pengikut di Melaka sudah bersiap dengan bekalan makanan kering bagi menghadapi peristiwa ini. Dikatakan akan berlaku perkara-perkara yang mengerikan!

Kita boleh merayu supaya perhimpunan ini dibatalkan. Namun, kita lupa bahawa peristiwa-peristiwa seperti ini adalah rekod di dalam pangkalan data Lauh-Mahfuz. Dan dek peristiwa-peristiwa ini, Nabi-Nabi telah memberi beberapa peringatan tegas dan keras perihal akhir zaman.

Kitalah masyarakat yang hidup di akhir zaman ini. Apalagi yang hendak diharapkan? Kita senantiasa berdepan dengan pelbagai fitnah di dalam kehidupan seharian. Apalagi yang hendak diharapkan? Kehidupan BERSIH?

Memang benar ada penyelewangan di dalam negara kita. Bahkan di seluruh dunia. Jangan ingat berhijrah ke kota Melbourne boleh memberi kehidupan yang BERSIH. Sama juga!

Mungkin para pemimpin BERSIH 2.0 begitu yakin dengan tujuan mereka. Tetapi jangan lupa pesan Nabi Muhammad bahawa di akhir zaman timbul kumpulan-kumpulan yang berjuang ke arah kebaikan namun semuanya menyesatkan.

Dan kerana ini ramai alim serta pengikutnya secara senyap berlindung di pondok-pondok di pedalaman. Kerana mereka telah tahu alamatnya.

Kenapa mesti pada 9-7-2011? Jikalau mengikut tilikan nombor ia adalah hasiltambah mudah iaitu 9+7+2+0+1+1=20. Apa signikan nombor 20? Manakala hasiltambah takwim pula, 7+8+1+4+3+2=23.

Jika ditambah kedua-duanya menjadi, 20+23=43. Kita tahu negara telah merdeka selama 54 tahun. Kita susun nombor-nombor ini menjadikan ia 4354. Kita ubah kedudukan nombor, 4453. Ambil hasiltambah lagi iaitu (4+4)+(5+3)=8+8=16. Akhir sekali hasiltambah 1+6=7. Jadi nilai 7 juga yang muncul! Nilai 7 seperti mewakili bulan Julai dan 7 Sya'ban.

Mengikut tilik Tarot, nilai 7 adalah "Seven is regarded as a spiritual and introspective number. Being an odd number, it carries an active, forceful, and sometimes disruptive connotation".

Dengan itu, algoritma di atas memberi maksud bahawa pada 7 Julai 2011, "muncul sebuah paduan tenaga yang bakal menggugat kestabilan negara".

Kita boleh bertanya kepada penganjur, bolehkan perhimpunan ini ditunda pada tarikh lain? Atau PDRM memberikan permit pada 10 Julai 2011. Jika mereka kata tidak boleh, maka kita tahu mereka memilih tarikh ini di atas nasihat tukang tilik. Dan jika ini benar, maka para "alim" di dalam perhimpunan ini bakal menerima nasib malang kerana bersubahat dengan kerja syirik. Dengan itu, sesat.

Kita tahu Dajjal kepingin hendak menghancurkan sistem Raja-Raja Melayu kerana mereka penghalang besar terhadap perjuangannya. Untuk memansuhkan Raja-Raja Melayu, para pejuang Melayu direkrut supaya Raja-Raja Melayu dimansuhkan oleh orang-orang Melayu sendiri.

Hari ini, Melayu belum tentu Islam. Dan perjuangan Melayu belum tentu menyelamatkan Melayu. Hari ini kita ditawarkan fitnah Dajjal API dan AIR.

Kita harap AIR itu menyejukkan tetapi ia panas. Kita harap sebuah perjuangan murni tetapi dikhianati.

Kita menolak API tetapi ia sejuk. Kita menolak perjuangan bangsa dan agama sebaliknya ia membela agama dan bangsa.

Pendita tidak perlu menasihati rakyat samada perlu pehimpunan ini. Kerana setiap kita selalu diberi pilihan di dalam hidup. Mudah kata, tepuk dada tanya selera.

-Sekian-

Sabtu, Mei 21, 2011

The Fountain of Youth - Air Kehidupan

Pendita memang peminat siri The Pirates of the Carribbean (PTC).





Kisah-kisah lanun memang kegemaran Pendita. Malangnya, PTC tidak mahu menambah kisah lanun Melayu yang sangat terkenal pada jaman dahulu. Contohnya, kisah yang diceritakan di dalam sebuah novel In The Hands of The Malays.



Kisah yang dipaparkan di dalam PTC baru-baru ini adalah tentang pencarian lokasi The fountain of youth (TFY). Di dalam lagenda Barat, TFY terletak di benua Amerika. Jadi tepatlah kisah ini dengan lautan Carribean. Namun begitu, kita tahu melalui lagenda Arab bahawa telaga air ini telah dijumpai oleh Nabi Khidir dan Iskandar Zulkarnain ketika kempen ketenteraan baginda.



Harap para pembaca masih ingat artikel Pendita tahun lepas bertajuk "Prestor John - Agong Purbakala". Di dalam warkahnya Prestor John ada menyatakan yang berikut:-

And that forest is situate under Mount Olympy, and from there an excellent spring flows; and the water has every kind of taste, and the taste changes each hour, day and night. And from there, not further than three days’ journey from Paradise, from which Adam was driven out. Whoever drinks of the water of that spring during his fast, no disease will come upon him from that day forth, and he will ever be thirty years of age.

"Dalam tiga hari perjalanan dari syurga tempat Nabi Adam disingkirkan. Dan di dalam belantara di kaki gunung Olympy, di sana terdapat denai-denai yang mengalirkan air dengan pelbagai rasa, manakala rasa ini bertukar-tukar pada setiap jam, siang dan malam. Barang siapa meneguk air ini maka tiada akan penyakit menyinggahinya dan dia akan senantiasa muda sepertimana umurnya tiga puluh."

Pendita yakin orang-orang Barat tidak pernah menjumpai telaga air ini. Hanya orang-orang yang diberkati Allah yang dibenarkan untuk meneguk air ini. Jika benar Nabi Khidir dan Raja Iskandar menjumpai telaga ini, maka Pendita yakin mesti ada beberapa orang lain yang telah meneguk air ini.

Persoalan: Di manakah telaga ini?

Mengikut perihal pengembaraan Raja Iskandar dan warkah Prestor John, boleh Pendita rumuskan bahawa lokasi telaga ini adalah di kawasan beriklim tropika atau khatulistiwa. Ada pendapat mengatakan ia terletak di Segi Tiga Bermuda. Di situ dikatakan Nabi Khidir bertakhta dan penjaga kepada telaga ini.

Namun tiada siapa dapat membuktikannya. Yang paling tepat boleh dikatakan telaga ini terletak di sebuah daratan atau pulau yang beriklim tropika atau khatulistiwa. Dan sudah pasti kawasan di sekelilingnya dijaga oleh orang-orang Islam. Lebih tepat lagi Asia Tenggara. Mana mungkin tempat sebegini dikelilingi orang-orang kafir!

Atau mungkin kerana hal ini berlumba-lumba puak Kristian menakluk dan menjajah wilayah-wilayah Islam di Asia Tenggara. Untuk perdagangan rempah atau untuk menjejaki telaga ini?

Terdapat beribu-ribu pulau di Asia Tenggara. Pulau-pulau lagenda yang kita ketahui adalah di lautan pesisir Langkawi, lautan pesisir Melaka, lautan pesisir Bentan, Borneo. Manakala lautan Sulu, pesisir Bali, pesisir Sulawesi kurang penguasan Islam. Borneo dengan belantara yang luas layak untuk dicalonkan sebagai lokasi telaga ini. Bagaimana pula dengan gunung Olympy yang disebut Prestor John itu?

Lagenda gunug-ganang belantara yang terkenal di kawasan Islam nusantara ini adalah Jerai, Tahan, Ledang serta gunung-ganang mistik di Indonesia seperti Tangkuban Parahu.

Pendita simpulkan tempat telaga ini adalah di kawasan KITA. Secara tepatnya, Nabi Khidir yang tahu. Namun, lokasi telaga ini bukanlah motif artikel ini. Motif artikel ini adalah untuk menyingkap rahsia kemunculan pemuda-pemuda panji-panji hitam.

Harap pembaca masih ingat artikel Pendita "Surah al-Kahfi dan Hari Ini". Kenapa umat Islam diminta untuk membaca surah ini untuk mengelak fitnah Dajjal? Apabila kita semak isi surah ini ia menceritakan peristiwa-peristiwa yang Allah himpunkan untuk diambil pengajaran.

Watak-watak Zulkarnain dan pemuda-pemuda gua diceritakan dengan teliti. Jadi apa kena-mengena dengan fitnah Dajjal? Kita tahu Nabi Khidir dan Raja Iskandar menjumpai telaga air kehidupan. Sesiapa yang meneguk air ini akan panjang usia.

Boleh jadikah terdapat beberapa pahlawan pilihan Raja Iskandar diberi air ini untuk tugasan di akhir zaman? Sepertimana pemuda-pemuda gua boleh hidup beratus tahun, pahlawan-pahlawan ini juga hidup hingga hari ini. Tetapi adakah pahlawan-pahlawan ini juga berselindung di dalam gua?

Nabi Muhammad memberitahu bahawa pemuda-pemuda panji-panji hitam ini merupakan tentera yang tidak terkalahkan. Siapakah mereka kalau bukan bala tentera yang mendapat pendidikan seni perang kurniaan Allah? Pendita berpendapat mereka ini disimpan di dalam kerajaan bawah laut tempat Raja Suran bersemayam buat seketika itu.

Boleh jadi Pulau Besar di Melaka bakal munculnya pemuda-pemuda ini?

Sekian.

Khamis, April 21, 2011

Institusi Mala-yu yang dijadikan bahan mainan



Makin hari makin menjadi-jadi. Makin berani mereka mempermain-mainkan institusi Mala-yu. Mereka ini adalah:-

a) orang-orang kafir harbi
b) orang-orang Melayu yang bersetongkol (sekongkol) dengan puak di atas

Institusi Mala-yu ialah:-

a) Sultan-nya yang ditabalkan dengan istiadat
b) Rakyat-nya yang asal Mala-yu serta mana-mana yang bernaung
c) Bahasa-nya yang asal bahasa Mala-yu purba dan menjadi Bahasa Malaysia
d) Adat-nya yang penuh seni, tiada unsur tahyul, khurafat dan syirik
e) Seni-nya yang indah lembut gemalai
f) Budi-nya yang boleh menerima orang asing dengan baik
g) Tentera-nya yang sentiasa bersiap siaga mempertahankan institusi

Punca mereka makin berani sebab ada sedikit daripada orang-orang Melayu yang menganggap institusi ini kolot lantas patut dimansuhkan.

Yang sedikit ini memegang post yang signifikan sehingga boleh menghasut rakyat supaya membenci institusi ini tanpa rasa bersalah.

Manakala orang-orang kafir harbi mengambil kesempatan ini untuk mengiyakan lagi. Bagi mereka, runtuhnya benteng institusi ini, segala milik Mala-yu boleh mereka kaut lalu kenyang tujuh keturunan.

Orang-orang Mala-yu pula merempat tujuh keturunan.

Mereka berceramah soal keadilan tetapi di sudut kalbu, mereka lega jika Mala-yu menjadi hamba-hamba perusahaan mereka.

Mereka suka pada lulusan IKM, ILP, Kolej Komuniti, Giat Mara, UniKL kerana graduan dari maktab-maktab ini mampu menjadikan perusahaan milik mereka berdaya saing.

Pada Tahun Baru, perusahaan-perusahaan mereka boleh menutup operasi hingga dua minggu. Tetapi untuk Aidilfitri mungkin sehari-dua sahaja. Begitu juga bagi perusahaan multinasional milik asing.

Mereka menakluk perusahaan-perusahaan ini dengan membodek bos-bos yang juga kafir dengan hidangan todi di malam hari serta lain-lain benda enjoy. Lama-lama mereka dinaikkan pangkat utama. Hasilnya, perusahaan itu di bawah takluk mereka.

Mana-mana pegawai Mala-yu terutamanya graduan UiTM jangan harap boleh dinaikkan pangkat.

Apabila sudah kenyang. Mereka hendak pula dengan perbankan Islam dan takaful. Mereka suka sistem-sistem ini sebab mengenyangkan. Tetapi mereka tidak suka dengan saktinya sistem kewangan yang saksama itu. Apatah lagi dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad. Bagi mereka Muhammad hanyalah seorang Arab.

Di sana ada sekelompok politik orang-orang Melayu berbudaya Arab yang kununnya mahu berdakwah kepada harbi politik ini. Ingatkan harbi politik ini boleh didakwah sebaliknya mereka yang beri ceramah di dalam surau-surau. Apabila guru-guru agama dinaikkan elaun, wah! gembiranya.

Bagi harbi politik, madrasah-madrasah boleh dimajukan. Kerana lulusan-lulusan madrasah habis kuat jadi juara di penempatan-penempatan Melayu. Lagipun, lulusan-lulusan ini takkan boleh menggugat perusahaan-perniagaan harbi ini. Bagi mereka, lagi banyak madrasah lagi bagus.

Mereka bersatu dengan harbi politik ini untuk menjatuhkan politik Melayu sekular. Dengan harapan Putrajaya milik mereka bersama. Lalu keadilan boleh diagihkan. Persoalannya, di antara tiga politik ini siapakah Perdana Menteri? Siapa pula Timbalan-Timbalannya? Mahukah harbi politik kepada Islam?

Bagi puak-puak (a) dan (b) seperti yang tersenarai awal tadi, jatuhnya politik Melayu sekular dan institusi Mala-yu baru puas dendam kesumat mereka terhadap artikel 153 dan peristiwa Memali, serta perjuangan bersenjata untuk menjadikan Malaya sebahagian daripada Beijing.

Mereka tidak tahu bahawa institusi ini di bawah naungan. Masakan tidak! Jikalau tidak sudah lama hancur berkepai. Puak Chola datang lalu lenyap begitu sahaja. Jika Chola kekal sudah tentu kita berbudaya Tamil. Puak Portugis datang lalu menyerah kepada Belanda lalu menyerah kepada Inggeris lalu menyerah kepada Jepun lalu menyerah semula kepada Inggeris lalu melutut kepada Raja-Raja Mala-yu!

Selepas ini mana-mana kafir boleh mencuba nasib untuk menjarah Tanah Mala-yu. Itupun jikalau sanggup berpanas dengan orang-orang Mala-yu.

Jikalau institusi ini bak kobis, manakan tahan tentera Thai dirobek-robek perutnya hingga saat ini oleh Mala-yu Patani. Tentera Filipina dengan Amerika tak tertawan pejuang Mala-yu Tausug. Negara Brunei kecil tanpa bala tentera besar boleh bertahan dengan ekonominya.

Kerana mereka beramal dengan Islam dan itulah saktinya.

Malangnya, Indonesia dengan Pancasila tidak lagi mendapat naungan. Mereka terpaksa berjuang dengan meletupkan diri sendiri di dalam masjid.

Islam di hujung timur ini dijaga melalui institusi Mala-yu.

Jikalau puak (b) masih belum faham lagi, bolehlah merempat apabila sudah jatuh terhantuk nanti. Bagi puak (b) juga, mereka mahu institusi ini:-

a) Khalifah-nya yang ditabalkan melalui pilihanraya
b) Rakyat-nya ?
c) Bahasa-nya ?
d) Seni-nya ?
f) Budi-nya ?
f) Tentera-nya ?

Jadi, fikir dalam-dalam jika mahu mempermainkan institusi Mala-yu.

Orang-orang Mala-yu apabila mendengar paluan gendang, darahnya bukan mudah disejukkan semula.

Sekian.

Rabu, April 13, 2011

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10




Semangat juang orang-orang Sarawak bak Bujang Senang diam tetapi perkasa.

Ya, pendita berharap orang-orang Sarawak membuat pilihan bijak pada hari pengundian.

Pemimpin yang baik lagi tegas membina kemakmuran. Manakala pemimpin yang jahat mengundang malapetaka.

Selamat mengundi!

Sekian.

Khamis, Mac 24, 2011

Tanda-tanda yang dipandang remeh...





Itulah gambar-gambar yang diambil beberapa hari sebelum gempa bumi dahsyat di Jepun. Gambar-gambar ini dirakamkan di sebuah pantai peranginan di Mexico.

Lihat betapa ikan-ikan itu sudah mengesan tanda-tanda gempa dan berenang ke pantai seolah-olah hendak memberitahu manusia yang leka ini sesuatu bakal berlaku.

Berikut adalah tanda-tanda di depan mata kita sekarang:-

a) Gelora yang tiada sudahnya di negara-negara Arab
b) Kesan radioaktif yang merebak di Jepun
c) Fitnah politik tergempar lagi bertimpa-timpa di tanahair

Semuanya menjurus kepada satu suasana iaitu: kucar-kacir

Ya, memang kita tidak nampak ikan-ikan melompat-lompat di Pantai Merdeka atau kawanan burung mati beragan di Jalan Ampang.

Tetapi jika kita sensitif, kita akan menyiasat perkara-perkara ini dan mempersiapkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

Para-para pendita di beberapa tempat di semenanjung berkias didalam hal ini. Jikalau kita sensitif, kita akan runduk bertanya kepada mereka akan sesuatu sebagai panduan serta nasihat.

Tetapi jikalau kita suka leceh-memperleceh maka bolehlah bersuka-suka menangguk ikan sepertimana yang dibuat orang di pantai Mexico itu.

Sekian.

Rabu, Mac 23, 2011

Salam alu-aluan kepada anggota-anggota Penditas!

Dengan hormatnya Pendita mengucapkan salam alu-aluan kepada kesemua 26 anggota Penditas setakat 23 Mac 2011!

Sebelumnya Pendita belum berkesempatan memikirkan soal ini. Pada Pendita, anggota-anggota Penditas adalah pendokong perjuangan Mala-yu lalu menyatukannya dengan perjuangan Islam. Mereka berwawasan serta teguh mempertahankan wasiat nenek-moyang.

Pada masa akan datang Pendita bercadang untuk memberi ruang kepada anggota-anggota Penditas untuk menerbitkan artikel di ruangan ini. Namun begitu, sesi penapisan terhadap isi kandungannya dibuat untuk mengelakkan unsur-unsur fitnah, politik dan tahyul. Pendita akan menetapkan formatnya kemudian.

Sekian.

Rabu, Mac 09, 2011

Panthera Tigris Jacksoni

Panthera Tigris Jacksoni..itulah gelaran bagi seekor harimau yang hanya terdapat di semenanjung Tanah Melayu. Itulah ia Harimau Belang atau Harimau Malaya!

Ia tiada kena-mengena dengan Harimau Sumatera. Jadi, jangan ingat semua perkara di semenanjung ini datang dari Sumatera, Tanah Jawa atau Bugis Mengkasar.


(...ambik engkau...!)

Malam ini Harimau Malaya akan menghendap mangsa di Lahore, Pakistan. Hmm...ia akan membaham si Penjual Karpet itu! Pemain Pakistan jangan harap nak bermain kasar dengan pemain-pemain profesional Malaysia. Mereka mungkin saiz kecil tetapi semangat juang darah nenek-moyang mereka takkan terkalah!


-Pejuang Kebangsaan...lagak bak pahlawan Scythian-

Jom! Malam ini kita ramai-ramai menyokong dan menghantar gelombang kuat kepada pemain-pemain bolasepak skuad Kebangsaan! Jangan biar mereka kesejukan dan terkial-kial di sana tanpa sokongan kita. Ayo! Benamkan Pakistan sepertimana kita bisukan Stadium Gelora Bung Karno dulu...

-Sekian.

Isnin, Mac 07, 2011

Sampai masa tibanya waktu...

Gelombang jati diri Mala-yu sudah menjadi!

Kini orang-orang kita sudah faham maksud nenek-moyang yang diwasiatkan di dalam hikayat-hikayat.

Siapakah pahlawan-pahlawan tempatan yang mengiringi angkatan perang Merong Mahawangsa?

Siapa lagi kalau bukan pemilik-pemilik seni Lading dan Mandau yang mahir memenggal kepala musuh.


-Parang Lading, Mala-yu Kedah-


-Parang Mandau, Dayak Borneo-

Sehingga kini hanya dua suku kaum di nusantara yang mewarisi seni ini.

a) Orang Kedah
b) Dayak Borneo

Mereka memiliki [01m-19a], sebuah DNA khusus.

Pendita berpendapat mereka adalah puak asal nusantara sebelum pahlawan-pahlawan seni keris dan pedang menjadi dominan.

'Bila dua jasad bersatu...'

Gabungan seni parang daripada puak asal nusantara dengan seni keris-pedang daripada pahlawan-pahlawan jurai Iskandar Zulkarnain serta seni pedang ahlul-bait maka terciptalah sebuah metode perang yang sangat padu lagi berkesan. Metode ini hanya diwarisi oleh suatu bangsa yang sangat misteri...Bangsa Mala-yu!

a) Kenapa seni ini bercantum di nusantara?
b) Kenapa seni ini milik Islam?
c) Kenapa seni ini diwariskan kepada Mala-yu?

- Adakah ini semata-mata soal evolusi atau memang blueprint untuk bangsa ini?

Kerana nenek-moyang mereka tahu suatu hari nanti cucu-cicit mereka bakal berhadapan dengan cucu-cirit Yakjuj dan Makjuj. Inilah bekalan yang diwariskan.

Apabila operasi penapisan minyak terhenti seperti di Libya, maka kuda dan senjata manual menjadi dominan.

Kerana itu juga nabi berpesan untuk mendidik anak-anak seni kuda, pedang. Bukannya nabi tidak tahu di akhir zaman ada jet-jet pejuang dan senjata canggih. Baginda lebih tahu. Jadi jangan ditertawakan pesanan-pesanan yang diwasiatkan!

i) Kenapa berbondong-bondong ahlul-bait berhijrah ke nusantara? Bukankah Makkah lebih baik tempatnya?

- Kerana mereka sudah diberitahu sesuatu tentang kaum di Timur ini.

ii) Kenapa Barat beriya-iya menakluk dunia Timur ini?

- Kerana mereka tahu apa yang ada di Timur ini.

Jadi, jangan terlalu asyik dengan glamour dunia. Ingat pada wasiat nenek-moyang.

Pun begitu, hanya mereka yang berdarah Mala-yu yang dapat merasai gelombang semboyan ini.

-Sekian.

Jumaat, Februari 25, 2011

Fenomena pelik mutakhir ini

Sejak 1 Muharram 1432, Pendita mendapati suatu corak fenomena yang pelik sedang berlaku. Berikut adalah beberapa peristiwa tersebut:-

a) Wakil rakyat meninggal dunia seperti mengikut giliran atau sedang sakit tenat
b) Rakyat mula mempersoalkan kedudukan Melayu dan Rajanya
c) Mahasiswa mula bertindak ganas
d) Pasukan bolasepak Harimau Malaya tiba-tiba menyerlah
e) Para ulama' makin bertindih pendapat
f) Sejarah Melayu mula dibongkar melalui filem, penulisan dan seminar
g) Raja-Raja Melayu mula bersuara
h) Rakyat beralih ke arah kewangan Islam
i) Orang-orang kafir mula menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadis sewenang-wenangnya
j) Percanggahan pendapat sesama Melayu kian tenat
k) Orang Melayu mulai mengikut budaya Arab dan membuang apa saja kaitan dengan Melayu
l) Tunjuk perasaan di negara-negara Arab serius
h) Malaysia dan Turki makin akrab

Celaru di kalangan Islam mutakhir ini sangat pelik. Seolah-olah mereka sedang menghadapi krisis identiti. Umpama anak yatim piatu yang hilang arah tujuan.

Jadi, sesiapa sahaja yang pandai berpidato dengan menjanjikan apa-apa yang hilang mampu menaut hati sesiapa sahaja yang sedang celaru.

Kecelaruan ini berpunca daripada, contohnya:-

a) Tidak mampu berbelanja aksesori (tudung Ariani, motosikal berkuasa tinggi)
b) Beban hutang PTPTN, MARA (malas belajar CGPA rendah), Bank Rakyat (pinjam sebab nak masuk skim cepat kaya lepas tu lingkup)
c) Mahalnya harga susu (malas nak menyusu dada atau suka jenama baik)
d) Kos upah penjagaan anak (suami isteri bekerja)
e) Kos rawatan hospital swasta (mahu rawatan istimewa)
f) Keluarga di kampung merengek minta duit lagi (...tiada komen...)

Celaru mula berputik lalu:-

a) marahkan kerajaan sebagai penyebab sengsara
b) marahkan UMNO sebagai perosak Melayu
c) marahkan PAS kerana bersekongkol dengan kafir
d) marahkan syarikat gaji statik
e) marahkan kawan sebab tak beri pinjam duit
f) marahkan suami atau isteri penyebab duit simpanan habis

Akhirnya, mereka marah terhadap apa sahaja di hadapan mereka. Hatta kucing yang tak bersalah jua menjadi mangsa. Lama-lama mereka menjadi kufur kepada Allah.

Apa penyelesaiannya? Sebenarnya penyelesaiannya sudah ada dalam Islam. Namun begitu, Pendita beri cadangan kepada mereka yang masih tak reti-reti walaupun rambut dah beruban:-

a) Dating dengan diri sendiri-berkenalan dengan roh dan jasad
b) Senarai hitam sifat-sifat buruk diri, tambahbaik sifat-sifat mulia
c) Rawat diri-gosok gigi, makan vitamin dan membuat amalan-amalan baik
d) Ampunkan diri sendiri dan orang lain. Lepaskanlah...
e) Manjakan diri dengan hobi dan makanan-makanan kegemaran
f) Baik pada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, jin Islam
g) Mulut yang mulia
h) Ansur-ansur langsai hutang
i) Belanja mana yang sesuai
j) Kuasai ilmu menundukkan wang seperti pelaburan, takaful, perbankan online
k) Kuasai mulut dengan kepetahan
l) Kekalkan stamina
m) Bergaul dengan tatasusila
o) Saling tolong-menolong dengan kebaikan
p) Tambahbaik diri seperti pengajian secara separuh masa, kelas fardhu 'ain
q) Berniaga!
r) Aktif NGO serta tonjolkan diri
t) Mansuhkan aktiviti cah keting atau cantas-mencantas
u) Budi bahasa serta ber-etika
v) Tangkap pemimpin laknat kuat makan rasuah dengan mengumpul bukti untuk SPRM
w) Tak perlu beri muka kepada puak kafir harbi
w) Bersembang dengan Allah melalui al-Quran
x) Jadikan nafsu hamba suruhan
y) Pasrah sambil menjual diri kepada Allah
z) Silakan berjuang!

Jadi, apa kena-mengena dengan topik fenomena pelik mutakhir ini?



Maksudnya, suasana ini adalah petanda revolusi rakyat mungkin tercetus. Untuk keselamatan dan perjuangan tidak sia-sia persiapan mestilah ada. Cuma kita tidak perlu berjuang benda yang sia-sia. Orang bijaksana berjuang dengan persiapan dan strategi.

Sekian.

Jumaat, Februari 18, 2011

Zuriat lelaki Iskandar Zulkarnain memimpin 'pemuda-pemuda berhati besi'

Ya, KRU mendapat tugasan daripada langit untuk membuat sebuah filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa'.



Kerana pada tahun 2011, dunia akan tahu bahawa zuriat Iskandar Zulkarnain yang hilang rupa-rupanya berada di Malaysia.

Filem tersebut mungkin ada sedikit penyelewengan. Namun, mesej yang hendak disampaikan adalah pemuda-pemuda Mala-yu bakal memimpin pasukan yang dikenali sebagai 'panji-panji hitam'.

Rahsianya hanya satu - Tabut as-Sakinah atau the Lost Ark of the Covenant.



Apabila peti ini dikeluarkan, maka bermulalah era pemerintahan seorang Raja Mala-yu yang berdaulat. Semua ahlul-kitab, Bani Israel akan tunduk mengiyakan daulat ini. Puak Yahudi akan terlopong apabila peti ini dikeluarkan!

Jadi, Muhammad Alexander dengan bukunya 'Armagedon 2012' akan sedar bahawa tilikan beliau tersasar. Armagedon sebenarnya adalah mula era baharu. Nabi Isa. A.S. bakal melengkapkan kitaran sebelum bumi ini hancur kiamat.


Sekian.

Selasa, Februari 15, 2011

Maulid ar-Rasul

Begitu lama sudah Nabi Muhammad meninggalkan kita. Baginda bekalkan dengan riwayat-riwayat yang silih berganti disampaikan oleh para-para ilmuan agama.

Namun, adakalanya kita terkontang-kanting mencari jawapan. Jawapan pula pelbagai versi bercabang-cabang hinggakan terkeliru serta tak keruan.



Di zaman Nabi, orang ramai boleh singgah bertanyakan masaalah yang dihadapi. Jika untung, turun firman Allah. Jika untung lagi, terus dikhabarkan tempat di syurga!

Namun kita tiada tempat bergantung. Ulama' bermacam-macam jenis. Hinggakan ada yang trauma untuk berjumpa mereka. Begitulah maksud kata Nabi di akhir zaman ini lebih selamat beramal secara diam-diam. Pun begitu, bahaya bakal menanti dengan fitnah daripada syaitan.

Apapun, di akhir zaman ini kita tetap diselubungi fitnah. Hanya 2 perkara yang boleh dipegang:

a) al-Quran
b) al-hadith



Selamat hari kelahiran ya Rasulullah...!

Sekian.

Ahad, Februari 06, 2011

Mujurlah pemimpin kita Islam

Ya, mujur pemimpin kita Islam. Sekular atau tidak hanya Allah yang tahu. Doakan kebaikan untuk mereka moga-moga bertaubat. Inilah dia kekuasaan yang kita ada sehinggakan pelajar-pelajar kita di Mesir dapat dipindahkan dengan segera.

Jikalau pemimpin kita bukan Islam, Pendita dapat membayangkan derita penuntut kita lebih-lebih lagi jurusan agama.

Pemimpin-pemimpin politik usah lagi mengungkit peristiwa Memali, Lubuk Merbau kerana peristiwa-peristiwa itu sudah dijadikan pengajaran! Pemimpin yang berdosa sudah menerima hukuman di dunia seperti kematian anak atau kehilangan isteri dan pelbagai hukuman.

Jikalau pemimpin kita bukan Islam, sudah tentu azan hanya di dalam masjid seperti di Masjid Habib Noh. Tidak ada peruntukan penyelenggaran seperti di Masjid Raya Medan. Atau pondok-pondok diganasi tentera di wilayah Pattani.

Pendita berjumpa beberapa individu yang tegas mahukan segalanya Islamik. Namun, mereka tidak mahu belajar atau memahami ilmu wang, ilmu tadbir moden, ilmu sains. Mereka mahukan magika! Berdoa hari ini esok musti dapat. Kalau tak dapat mereka paksa Allah dengan nazar dan pelbagai kaedah doa serta amalan.

Akhirnya, anak terpaksa ambil PTPTN kerana ayah tak pernah ada simpanan. Akhirnya, anak yang lumpuh akibat kemalangan terpaksa memohon bantuan kerana ayah tak pernah terfikir ambil polisi takaful.

Mereka tidak berkerja dengan penuh tekanan seperti jurutera-jurutera LRT, akauntan-akauntan perbankan Islam, wakil-wakil rakyat yang membenteng desakan-desakan puak kafir.

Mereka lupa Nabi Muhammad bersusah-payah mengorek parit sebagai halangan di dalam peperangan. Baginda juga cedera seluruh badan mempertahankan agama.

Mereka hanya membaca Yassin dan bertasbih dengan kerehatan. Berjubah nampak perut buncit. Itulah tanda tak pernah kisah soal kesihatan apatah lagi stamina. Lelaki-lelaki Islam adalah pahlawan dan juara di dalam segala bidang yang halal. Motivasi mereka semuanya demi Islam. Walaupun tak sempat ber-Yassin di masjid pada malam Jumaat, mereka berjuang di dalam suasana lain seperti seorang polis menyamar di dalam disko untuk menjerat penjenayah.

Mujurlah pemimpin kita Islam. Jika pemimpin kita bukan Islam, sudah dilanyaknya Kampung Baru. Dijadikannya pusat hiburan dinihari seperti di seberang sungai itu.

Jadi, kepada individu yang mahukan magika mereka masih boleh mengharapkannya tetapi dengan diplomasi, strategi, ilmu dan tenaga. Dan sudah tentu hubungan baik dengan Allah dan segala makhluk hatta dengan semut yang mencuri makan di dalam balang gula.

Ingat! Pertahanan Islam adalah di semenanjung ini. Selain Mekah, tidak ada lagi pertahanan yang sehebat ini. Inilah dia maksud kata-kata Tuah, "Takkan Mala-yu hilang di dunia" kerana anak-anak Ibrahim Khalilullah mempunyai tugas yang terakhir sebelum diserahkan kepada Nabi Isa.

Tak perlu alergik dengan perjuangan Mala-yu yang kununnya "asobiyyah". Sepertimana Quraisy laluan bagi Nabi Muhammad, Mala-yu pula adalah laluan bagi panji-panji hitam.



Sekian.

Khamis, Februari 03, 2011

Selamat Tahun Arnab: Gong Xi Fa Cai

Pendita mengucapkan Selamat Tahun Arnab kepada saudara muslim Cina di serata dunia!



Sekian.

Rabu, Februari 02, 2011

Tunisia, Mesir pencetus kebangkitan!

Ketika seorang pemuda dianiaya oleh pemerintah Tunisia, rakyat bangun memberontak. Kemudian di Mesir pula rakyat memberontak. Suasana di kedua-dua negara ini adalah contoh rakyat amuk dek kekejaman pemerintah.

Inilah dia cetusan yang merebak di negara-negara Arab. Akhirnya, ia akan sampai ke tanah yang dijanjikan, Malaysia. Seperti yang Pendita katakan, mulai hijrah 1432 pemuda-pemuda mulia mula mendapat isyarat untuk bersiap siaga. Pemuda-pemuda ini mungkin si rempit di Tampin atau adik penjual burger di Slim River.

Di negara kita pula, wakil-wakil rakyat nampaknya pendek umur. Beberapa siri pilihanraya kecil sudah berlangsung. Kini di Merlimau Melaka kerja-kerja pembersihan parit sedang giat dijalankan. Biar ribut taufan hujan lebat, kerja-kerja mencantikkan kawasan Merlimau ini tetap berjalan. Sehinggakan pokok-pokok jagung milik anak tempatan yang menumpang tanam di tanah kerajaan dicantas juga!

Tahun 2011 ini kehangatan bangkitnya pemuda-pemuda berhati kepingan besi mulai terasa. Kita tidak akan tahu siapa mereka dan di mana ibupejabat mereka. Mereka akan menerima isyarat entah dari mana. Tak perlulah pihak berkuasa bersusah payah menapis laman-laman blog untuk mencuri jawapan. Kami sendiri pun tak tahu!

Sekian.

Sabtu, Januari 29, 2011

Penuh! Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Islam Melaka

Pendita pun tak dapat masuk. Ya, penuh! Itulah sambutan daripada cucu-cucu Mala-yu terhadap konvensyen ini. Nampaknya kesedaran di kalangan anak muda lebih tinggi. Banyak juga rombongan bas yang hadir.

Di bawah ini gambar-gambar suasana di luar Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka.





Sekian.

Selasa, Januari 18, 2011

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melaka

Semakin hari semakin panas dek terbongkarnya rahsia purba nenek-moyang kita. Makin dilayan makin asyik membayangkan bangsa yang mulia ini dengan megah mereka teguh berdiri hingga sekarang.

Walaupun sesekali kita diusik dengan isu laungan azan subuh dan isu paria di dalam Interlok, namun kita tetap teguh! Kerana kita bangsa yang mulia tidak sesekali menganiaya bangsa lain. Itulah resam nenek-moyang kita.



Pun begitu, nenek-moyang kita pernah terlalai dan kita pernah melalui zaman dianiaya para pendatang-pendatang yang tamak dan rakus.

Oleh yang demikian, demi mempertahankan daulat bangsa Mala-yu ini, Pendita menjemput adik-adik, tuan-puan untuk ramai-ramai kita hadir ke Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melaka. Pendita juga akan hadir.

-Sekian-



Tentatif Program

-Sabtu 29 Januari 2011-

8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1 – “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
oleh YBhg. Prof Dr. Nordin Husin

9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian

10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2 – “Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3 – “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam”
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni Naib Presiden ISMA

1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg
Dialog : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”

Pengerusi : Y. Bhg Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
YBhg. Dr Sidik Fadhil

4.00 – 5.00 ptg
Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai
oleh En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden ISMA

5.00 ptg
Majlis bersurai

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...