Sabtu, November 23, 2013

Cuti Jumaat: Menjunjung kasih Tuanku Sultan Johor

Syukur tak terhingga! Itulah yang Pendita rasakan.
Tabik kepada kerajaan negeri Johor Darul Takzim kerana bertegas di dalam perkara cuti hujung minggu. Selama ini umat Islam terpaksa terkocoh-kocoh menunaikan sembahyang Jumaat dek mengikut kehendak kafir laknat iaitu cuti hujung minggu Ahad.
Pendita ada menulis artikel tentang cuti pada Jumaat pada 2 tahun yang lepas. Akhirnya, kerajaan Johor yang pertama bangkit! Menjunjung kasih Tuanku.
Bagaimana pula dengan kerajaan negeri Melaka? Negeri Perak? Apakah Tuan-tuan lupa kuasa di dalam genggaman? Demi agama dan keturunan kita, cuti Jumaat bukan perkara picisan. Satu sebab orang-orang Melayu beragama Islam sunnah kuat di Kedah, Kelantan dan Terengganu berpunca cuti Jumaat.
Terang-terangan, umat Islam di negeri-negeri cuti hujung minggu Ahad kebiasaannya lalai. Manakan tidak? Lelaki berkumpul di masjid di dalam keadaan lelah, berpakaian kerja, kesuntukan masa. Perempuan di pusat membeli-belah. Selesai Jumaat bertempiaran mereka kembali pada urusan masing-masing. Pada hari Ahad? Ya, kita tahu apakah aktiviti yang menjadi kebiasaan.
Masyarakat Melayu di negeri-negeri ini hidup bercerai-berai di dalam kesatuan seperti kain perca buat mengelap meja. Jiran, keluarga, sahabat mereka adalah masyarakat di tempat kerja. Masjid di kawasan rumah tak pernah disinggah melainkan cuti umum jatuh hari Jumaat.
Di negeri Melaka, contohnya, kesatuan Melayu berlegar di dalam mesyuarat politik di ceruk-ceruk kampung. Ia lebih berkisar tentang siapa yang akan memegang jawatan. Perjuangan agama, Melayu? Iya lah, ketika nyawa politik seperti ikan tilapia di darat barulah sedau diri. Apakah kerajaan Melaka berani kahau untuk mengumumkan cuti hujung minggu jatuh Jumaat? Pendita tidak pasti. Rasanya perasaan para pelancong dan survival politik lebih berharga berbanding hidup-matinya agama dan bangsa. Oh! iya tak iya, "....anak di rumah mati kelaparan."
Negeri Perak? Pendita lihat Raja Dr. Nazrin outspoken. Kita bangga...apakah kerajan negeri Perak berani mengumumkan cuti Jumaat? Atau kerajaan Perak segagah kepimpinan Tuanku Alexander the Great, seperti di dalam hikayat Tambo Minang dengan permulaan kisah..tatkalo maso dahulu?
Pada saat-saat umat Islam dan Melayu di Malaysia dicabar kafir laknat bertalu-talu, terdapat 2 senjata ampuh yang boleh digunakan dengan kuasa politik tanpa gangguan CNN, BBC, United Nation. Iaitu: 1) Azan 5 waktu di corong masjid 2) Cuti Jumaat.
Puak kafir cukup pantang dengan azan yang kuat kerana tubuh mereka bersatu dengan syaitan dan jin kafir. Mereka menjadi lemah 5 kali sehari selama 5 minit setiap sesi. Begitu juga halnya dengan Yakjuj dan Makjuj yang terpaksa bersusah-payah selagi azan berkumandang. Namun begitu, azan yang berkumandang itu biarlah dengan sistem bunyi yang sesuai. Pendita pening juga dengan azan loadspeaker dengan bunyian bersepah-sepah.
Mustahaknya cuti Jumaat: Umat Islam reset atau memperteguhkan kesatuan setiap minggu. Maka, terbina Persekutuan Tanah Melayu yang sejati. Kedudukan Raja-raja, Islam dan Melayu terpadu secara total. Rahmatlah Tanah Melayu.
Sekian.
-Pendita-

Isnin, November 04, 2013

Ucapan tahun baharu 1435 H

Pendita ingin mengucapkan selamat tahun baharu umat Islam 1435. Moga-moga tahun ini umat Islam tidak ditimpa "tangga" berulang-ulang kali. Di Malaysia, Islam jadi bahan debat orang-orang kafir. Di negara ini juga umat Islam terkial-kial mencari kehidupan yang tenang. Apa lagi yang boleh diharapkan melainkan bersimpuh menadah tangan ke langit seperti pasrahnya lakonan di dalam drama-drama Melayu di TV3? Oh tidak! Muslimin dan muslimat sejati tidak selemah itu. Sudah tentu kita tahu kisah nabi Adam A.S. bagaimana segala malaikat diarahkan tunduk. Bagaimana pula sealim-alim malaikat perlu tunduk kepada manusia yang baru diciptakan? Ia adalah tentang roh dan akal serta keilmuan. Sekarang perlukah malaikat dan iblis tunduk lagi kepada manusia? Atau apakah akan terjadi kepada manusia yang lemah roh, akal dan keilmuan. Jawapannya mudah sahaja. Lihatlah umat Muhammad anak-cucu Nabi Adam yang serba lemah itu. Manusia muslimin dan muslimat kategori ini menjadi hamba kepada segala sesuatu. Lebih nyata lagi mereka menjadi hamba kepada manusia kafir laknat. Jadi, apakah rancangan anda untuk tahun baharu ini? Pendita harap yang terbaik! Tahun 1435, kita kembali kepada fitrah asal manusia--makhluk tercanggih ciptaan Allah! Sekian.-Pendita-

Isnin, Ogos 05, 2013

Perutusan Aidil Fitri 1434H: 3 perkara di dalam 3 perkara

Di dalam keriangan umat Islam membuat persiapan merayakan hari yang mulia pada 1 Syawal, umat Islam di negara-negara lain membuat persiapan untuk mengkebumikan jenazah mereka yang tumbang dek kejahatan puak mungkar.
Namun di negara kita tidak kurang juga dengan kisah sedihnya. Kebiasaan suasana sedih adalah disebabkan: ayah tidak mendapat cuti, kecelakaan akibat menukang rumah atau membina mercun, tiada bonus hari raya, beraya di kampung sebelah isteri atau suami atau menantu tak balik berhari raya bersama, girlfriend atau boyfriend mintak putus.
Apabila sahaja mendengar laungan takbir mendayu-dayu memecah sunyi, kebanyakan kita di Malaysia akan bersedih mengikut kategori pilihan masing-masing. Moga-moga kesedihan itu adalah berpunca dari kehilangan Ramadhan serta kejayaan mengharunginya.
Mendekati Syawal ini, umat Islam di Malaysia seolah-olah punyai 3 penjuru survival:
1) Akidah al-sunnah wal jamaah.
2) Maruah agama Islam.
3) Ekonomi umat.
Disebabkan ketiga-tiga perkara survival ini, umat Islam terutamanya bangsa Melayu seperti hidup terhimpit di tanah tumpah darahnya sendiri. Ini berpunca dari 3 perkara yang dibenci kafir malah dari kalangan Islam sendiri iaitu:
1) Raja-raja Melayu.
2) Bahasa Melayu.
3) Hak istimewa.
Ketiga-tiga perkara ini sedang giat digugat, difitnah, dicabar kedudukannya. Ini berpunca dari pengkhianatan dari 3 golongan politik iaitu:
1) P1S
2) U12O
3) P1R
Ketiga-tiga golongan ini telah berjaya dengan bergaya hasil filem-wayangnya. Mereka akan kekal berjaya kerana ia berpunca dari 3 perkara Ramadhan yang tidak dijadikan pelajaran:
1) Makan bak manusia kebuluran (tamak).
2) Membeli-belah yang keterlaluan (bazir).
3) Personaliti yang berlainan di siang berbanding di malam hari (pendirian berbelah-bahagi).
Disebabkan ketiga-tiga perkara ini, bangsa Melayu senantiasa terhibur dengan filem-wayang golongan politik dari kalangan Islam dan juga kafir. Ia sama seperti sebuah saluran TV yang akan menayangkan filem Bollywood bertubi-tubi sepanjang Aidilfitri yang 3.
Suasana getir yang dihadapi umat Islam Melayu bukanlah calang-calang. Ia menanti retak nan berkecai. Di dalam keadaan begini, siapa saja akan membantu diri sendiri dan kaum keluarganya. Yang tercicir itu, pandai-pandailah cari jalan keluar. Jikalau masa lapang yang tersedia tidak digunakan untuk mengamalkan ilmu, maka filem-wayang dunia ini nyata akan mencabar pedoman diri. Maka, hidup yang tidak keruan akan:
1) mengugat akidah.
2) tak terbela maruah agama.
3) menjadi hamba ekonomi.
Apabila perkara-perkara ini sudah nyata, maka:
1) Kedudukan Raja-raja Melayu boleh dicabar.
2) Penggunaan Bahasa Melayu hapus secara semulajadi.
3) Tiada lagi hak istimewa.
Apabila ketiga-tiga perkara ini nyata, maka ia boleh dimasukkan ke dalam "inventori sedih" sempena Aidilfitri di tahun-tahun yang mendatang. Kerana umat Islam Melayu akan bersedih semasa bergemanya takbir Aidilfitri tentang 3 perkara:
1) Merempat di tanah nenek-moyang.
2) Tiada tempat untuk mengadu.
3) Berbahasa Melayu menjadi low class.
Dan jika ini adalah nyata, maka anak cucu kita:
1) Lulus setakat Malaysian School Certificate (aliran Inggeris).
2) Disisihkan dari kemasukan National Universities Network (meritokrasi terpilih).
3) Kemasukan terbuka UiTM (tiada lagi lagu 'anak kecil main api').
Jadi, pada masa akan datang tidak mustahil anak-anak Melayu sekadar professional dalam:
1) kebudayaan Melayu dan sejarah Melaka.
2) hal berkaitan keselamatan.
3) keahlian sukan.
Akhir kata, kita sebagai nenek-moyang mereka mesti mengambil pelajaran dari Ramadhan 1434H supaya bencana besar tidak berlaku di zaman anak cucu nanti.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H kepada 53 anggota PENDITAS khasnya serta umat Islam di seluruh dunia!
(Hasil tambah 1434 = 1+4+3+4 = 12 = 1+2 = 3)
-Sekian-

Ahad, Julai 28, 2013

Tunduk membongkok kepada kafirun?

Akhir-akhir ini kecoh satu negara tentang orang-orang kafir lantang mengutuk agama Islam dan pengikutnya. Kenapa begitu berani mereka berkelakuan begini? Apakah sebenarnya mereka mengutuk Islam atau menjadikan Islam sebagai medium untuk mengutuk bangsa Melayu?
Nabi Muhammad berpesan kepada kita jangan sesekali menghina agama lain. Begitu juga tidak boleh memaksa sesiapa menganut agama Islam. Namun begitu, adakah orang Islam sahaja perlu berkelakuan baik?
Keberanian yang menjadi-jadi puak kafir terhadap orang-orang Melayu adalah kerana orang-orang Melayu itu sendiri yang hidup di dalam kebodohan yang nyata lagi terang. Kebodohan yang nyata itu ialah:
i) Menjadikan perbezaan politik sebagai alasan kukuh untuk bermusuh sesama sendiri. Dengan itu, puak kafir "menangguk di air yang keroh."
ii) Menjadikan wang, kedudukan dan wanita/lelaki sebagai bahan yang disembah. Dengan itu, jalan rasuah terbentang luas.
iii) Gagal menyediakan masa, wang, tempat dan tenaga untuk mentelaah, mengkaji dan mengkritik tentang apa-apa jua permasalahan semasa. Dengan itu, terima apa jua maklumat secara membuta tuli.
iv) Mengamalkan salah-tafsir maksud "dunia itu sementara". Dengan itu, menggunakan ia sebagai alasan untuk menutup kesusahan yang menimpa hasil perbuatan tangan sendiri.
v) Tidak mengenali asal-usul keturunan diri sendiri. Bagi yang Melayu, apabila membuang bangsanya, maka tiadalah jati diri. Sesiapa pun boleh mengatakan mereka itu siapa-siapa saja seperti bangsa campuran induk India-Yunnan. Dengan itu, hak istimewa yang dibina oleh nenek-moyang dicabar tanpa disahut.
vi) Mengatakan bahasa Melayu yang asalnya hanya terdapat tiga perkataan iaitu "batu" dan dua lagi. Selainnya, diadun dari pelbagai bahasa dunia. Fakta ini terkenal dari kalangan ustaz-ustaz kampung dan mamak. Dengan itu, membungakan perasaan rendah diri orang-orang Melayu.
vii) Menggagalkan cerdik-pandai Melayu di dalam semua bidang. Hal ini bukan sahaja berlaku di dalam ruang puak kafir tetapi lebih banyak berlaku di dalam persekitaran orang-orang Melayu sendiri.
viii) Lemah-lembut dan berbudi bahasa tidak kena pada tempatnya. Dengan itu, dikhianati terus-terusan.
ix) Cenderung terhadap ajaran rahsia. Ajaran Tuhan Harun, Syiah dan bermacam lagi jadi ikutan. Dengan itu, hidup sentiasa dibelenggu pemikiran kolot lagi negatif.
x) Tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Mengutuk, mengecilkan hati, memperolok masalah dan tidak menghormati privasi adalah di antara sikap yang melukakan. Dengan itu, sentiasa ada prasangka dan curiga.
Kesimpulannya, orang-orang Melayu hidup di dalam platun-platun kecil. Perpecahan ini tidak akan sembuh dengan majlis bacaan Yasin atau kenduri-kendara. Perpecahan ini akan sembuh hanya apabila orang-orang Melayu keluar dari sifat bodohnya!
Adakah tunduk membongkok kepada kafirun seenak dan semanis kuih Bongkok di bawah ini?
Atau orang-orang Melayu perlu garang, berdiri tegap di dalam membela bangsa dan tunduk membongkok sebagai tanda baik dan hormat?
Sekian.
-Pendita-

Ahad, Mei 12, 2013

Malaysia diambang peperangan?

Assalamualaikum!
Sejak selesainya PRU-13, Pendita lihat suasana di dalam negara kita menjadi panaz.
Apa tidaknya, komen-komen di dalam blog dijadikan tempat melepaskan marah yang tak boleh disabar-sabarkan lagi.
Terdapat aktiviti ketenteraan di beberapa tempat yang tak pernah dilihat sebelum ini. Dan ia pula tidak diwartakan sebagai latihan.
Gambar-gambar di bawah berlaku di jambatan Sungai Linggi, Negeri Sembilan-Melaka.
Apakah Tanah Melayu diambang peperangan?
-Pendita-

Rabu, Mei 01, 2013

Jerusalem penuh minat pada Malaysia

Assalamualaikum!
Sudah lama Pendita mengkaji tentang Yahudi dan al-Masihi (Kristian) serta ramalan mereka. Terutamanya misteri kehilangan peti tanda daulat dari langit itu, "Ark of the Covenant" atau Tabut as-Sakinah. Pendita yakin peti itu di dalam simpanan kerajaan Melayu. Dan Yahudi tahu. Begitu juga sang Inggeris.
Kita dikejutkan dengan video "Malaysia Prophecy from Jerusalem" yang dibuat oleh Living Bread Church. Apabila menontonnya, kita dapat satu kepastian bahawa Yahudi menganggap Melayu saudara mereka. Kerakyatan Israel untuk Melayu telah tersiap sedia!
Mengapakah begitu? Jika bukan Melayu itu, boleh jadi, puak Manasseh yang hilang di timur? Kita tahu Bnei Manasseh adalah dari susur-galur Nabi Yusuf yang menjadi Menteri di Mesir. Apakah tanda Manasseh di Tanah Melayu ini, kalau bukan tiga lapis piramid pada bumbung masjid-masjid tua?
Mengapa pula secara tiba-tiba Living Bread Church bersungguh benar mendeklamasi sajak khas untuk Malaysia dan "kerajaan baru"-nya? Mengapa pula DAP evangelist dan PAS islamik tiba-tiba boleh bersatu di dalam perjuangan politik? Kita pasti dari sumber video tersebut mereka menganggap BN sebagai "enemy". Mereka berkata juga, "Seorang raja akan ditabal."
Apakah semua ini?
-Pendita-

Isnin, April 22, 2013

PRU 13: Ular, 7 kerabat diraja dan lelaki-lelaki tua

Assalamualaikum!
Lama benar Pendita tidak menulis. Sebenarnya, Pendita khusyuk meneliti suasana panas pilihanraya. Jadi, tak ada mood hendak menulis.
Menurut pendapat ramai, PRU kali ini sengit dan bakal mengundang suatu peristiwa yang digeruni. Fitnah berleluasa sehingga kita keliru terhadap segala maklumat dalam hidangan.
Menurut kalender Rembulan Cina, tahun ini adalah tahun "ular". Apakah signifikan "ular" bagi negara Malaysia?
Menurut seorang pakar Angin Air (Feng Shui), tahun ular mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Warna: Biru, hijau, ungu
2) Bintang: Taurus, bintang ke-6
Menurut kaji nombor India dan Barat, nombor 6 ada kaitan dengan bintang Kejora.
Tarikh pilihanraya jatuh pada 5-5-2013 (kafir) atau 24-6-1434 (Islam).
Jikalau diambilkira kaji nombor, hasil tambah tahun hijrah: 2+4+6+1+4+3+4=24:2+4=6.
Jikalau diambilkira kaji nombor bagi tahun Gregorian: 5+5+2+0+1+3=16:16=7.
Oleh kerana tahun ini tahun Ular Air berdasarkan kepercayaan Cina, maka peristiwa penentu di negara ini sudah tentulah PRU.
Jadi, nombor 6 dan 7 mempunyai hubungkait dengan PRU ke-13 ini!
Namun begitu, terdapat sesuatu yang sangat misteri. Misteri yang tidak dapat ditafsir oleh Barat tentang tahun 2013 apabila disebut ramalan Nostadamus:
quatrain IX: "Snakes to waste in an iron cage,
"Ular-ular dibiarkan di dalam sebuah sangkar besi" Where to put seven children of the King.
Di manakah kedudukan 7 kerabat diRaja" The old men come out of the depths of hell.
"Lelaki-lelaki tua menjenguk dari lubang kejahatan" To see how their children are dying / their fetus / death and screams."
"Melihat anggota-anggota mereka yang tenat/ anggota pelapis / kematian dan jeritan."
Inilah 3 personaliti yang menjadi misteri bagi para pengkaji Barat. Sebabnya ramalan ini betul-betul berada didalam jujukan peristiwa di Syria sebelumnya dan peristiwa di Mesir selepasnya.
"Ular-ular dibiarkan di dalam sebuah sangkar besi": Boleh jadi maksudnya sebuah kuasa yang tidak berbaloi untuk diganggu. Mempunyai motif berbentuk ular.
"Di manakah kedudukan 7 kerabat diRaja": Boleh jadi maksudnya kuasa raja-raja ini tidak lagi signifikan.
"Lelaki-lelaki tua menjenguk dari lubang kejahatan": Boleh jadi ahli politik yang sangat tua tetapi masih bernafsu.
Jadi, peristiwa apakah yang akan berlaku? Kita tunggu.
Sekian.

Sabtu, Mac 09, 2013

BOM Nephi 3:21-30

1 Nephi 3:21
21 Maka aku telah berjaya memujuk saudaraku supaya tetap patuh pada perintah Tuhan.
1 Nephi 3:22
22 Maka kami kembali ke tanah asal usul, dan kami berjaya mengumpul sebilangan emas dan perak serta barangan berharga.
1 Nephi 3:23
23 Setelah itu, kami kembali ke rumah Laban.
1 Nephi 3:24
Maka kami ke rumah Laban dan memohon padanya supaya diberikan rekod yang terukir pada kepingan loyang itu. Kami akan berikan kepada Laban segala emas, perak dan barangan berharga sebagai ganti.
1 Nephi 3:25
25 Maka, apabila Laban terlihat pada harta kami, dia menjadi tamak. Laban mengarahkan para pengawalnya menghalau kami serta memerintahkan kami dibunuh supaya segala harta kami boleh dirampasnya.
1 Nephi 3:26
26 Maka kami sempat melarikan diri dan terpaksa meninggalkan harta kami. Maka Laban memilikinya.
1 Nephi 3:27
27 Maka kami melarikan diri ke pedalaman, para pengawal Laban tidak dapat mengesankan kami. Kami bersembunyi di celah-celah batu-batuan besar.
1 Nephi 3:28
28 Maka Laman teramat marah padaku (Nephi) dan bapaku. Begitu juga halnya dengan Lemuel sebab dia bersekongkol dengan Laman. Justeru, Laman dan Lemuel memarahi kami, adik-adik mereka. Mereka juga merotan kami dengan batang kayu.
1 Nephi 3:29
29 Maka semasa kami dirotan, tiba-tiba muncul malaikat di hadapan mereka dan berkata, "Mengapa kamu memukul adik-adikmu? Tahukah kamu bahawa Tuhan memilih dia (Nephi) sebagai ketua kamu atas sebab kamu berkelakuan buruk? Sesungguhnya kamu diperintah untuk kembali ke Baitulmagdis dan Tuhan akan menguruskan si Laban ke tanganmu."
1 Nephi 3:30
30 Dan setelah itu, malaikat segera meninggalkan kami.

Selasa, Mac 05, 2013

Apabila Suluk mencabar Malayu

Punca utama Malaysia makmur dari dahulu sehingga kini adalah kerana sifat orang Malayu semenanjung.
Mereka bangsa yang bertolak ansur dan belas ihsan. Jikalau Sabah dibawah pemerintahan bangsa Suluk ini, Pendita pasti mereka akan membuat onar ke atas Indonesia dan juga Sarawak serta Brunei.
Ditakdirkan mereka kehilangan segala-galanya. Hidup di dalam kemiskinan dan dibawah telunjuk kafir Katholik.
Alangkah malunya puak Suluk ini. Janganlah berselindung dengan nama Nabi dan Allah. Jikalau Islam, peperangan di Lahad Datu tidak mungkin berlaku.
Puak Tausug dan Suluk memang mahir bermain senjata. Tetapi mereka bukanlah satu-satunya puak yang kenal senjata.
Kita tahu keturunan mereka ini memang dari dahulukala profesional di dalam membekalkan hamba abdi yang diculik serata nusantara. Ekonomi mereka adalah hasil dari pemerdagangan manusia.
Kini, ditakdirkan mereka hilang punca ekonomi. Dengan itu, rampas Sabah.
Apabila Suluk-Tausug mencabar Malayu...jom saksikan keris siapa yang paling bisa!
-Pendita-

Isnin, Januari 14, 2013

BOM Nephi 3:11-20

1 Nephi 3:11
11 Dan kami membuat undi-siapa yang akan ke rumah Laban. Maka undian jatuh pada Laman; dan Laman pergi ke rumah Laban, dan dia berbual dengan Laban di dalam rumahnya.
1 Nephi 3:12
12 Dan Laman menyatakan hasratnya untuk mendapatkan rekod salasilah yang tertulis pada plat loyang, juga mengandungi maklumat salasilah bapaku.
1 Nephi 3:13
13 Sesungguhnya, telah berlaku bahawa Laban meradang dan menghalau Laman dari rumahnya; dan tidak sama sekali membenarkan Laman memiliki rekod tersebut. Laban berkata,'Kamu pencuri, aku akan bunuh kamu.'
1 Nephi 3:14
14 Laman segera melarikan diri dan menceritakan kepada kami tentang apa yang telah berlaku. Dan kami sangat sedih, maka kami mula terfikir untuk kembali ke pangkuan bapa kami di pedalaman.
1 Nephi 3:15
15 Sayugia aku berkata kepada mereka bahawa: Dengan kuasa Tuhan. Selagi kita bernyawa, kita jangan sesekali kembali ke pedalaman melainkan perintah Tuhan ini diselesaikan.
1 Nephi 3:16
16 Maka kami akan patuh terhadap perintah Tuhan; maka kami kembali ke tanah tumpah darah kami, biarlah segala harta, emas dan perak yang ditinggalkan. Sesungguhnya, bapa kami lakukan semua itu demi perintah Tuhan.
1 Nephi 3:17
17 Demi, bapaku tahu bahawa Baitul Magdis akan ditimpa bala atas keingkaran manusia.
1 Nephi 3:18
18 Sesungguhnya, mereka telah membantah ajaran nabi-nabi mereka. Demi, jika bapaku juga membantah perintah Tuhan dengan tidak meninggalkan kota Baitul Magdis, maka dia juga akan ditimpa bala Tuhan. Maka bapaku mesti berhijrah.
1 Nephi 3:19
19 Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dari Tuhan maka rekod ini perlu diambil supaya ia dapat mempertahankan bahasa ibunda untuk diwariskan kepada anak-cucu.
1 Nephi 3:20
20 Dan juga kami dapat mewariskan kepada mereka kata-kata hikmah para-para nabi yang telah diwahyukan melalui para malaikat dengan izin Tuhan dari masa bermulanya dunia sehingga kini.