Rabu, Julai 05, 2017

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa!
Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. Isunya ialah Kementerian Kesihatan Malaysia berkira-kira mengorbankan syarat Bahasa Melayu untuk para graduan perubatan "entah siapa-siapa" yang tidak pernah ambil peduli tentang bahasa ini. Iyalah, kununnya untuk jawatan kontrak sahaja.
Tentang bahasa kebangsaan ini sungguh memilukan apabila ia diserang bertubi-tubi sejak kedatangan para imigran dari merata dunia, yang kafir mahupun Islam.
Orang Islam yang berbudaya Arab atau dari benua Hindi menyerang bahasa ini dengan mem-pasembur-kan (campuk aduk sesuka tok nenek dia) dan dijadikan rasmi melalui ceramah keagamaan dan penulisan kitab. Kata meraka bahasa ini menceduk macam menyenduk kuah kacang pasembuq Penang.
Orang Melayu kampongan (dari banjar, minang, java, mendailing, kerinchi, bugis main kasar, dan lain-lain puak campuran) yang mendapat biasiswa dari usaha Dasar Ekonomi Baharu pula sudah tidak lagi pandai berkata-kata Melayu.
Sejak kembali dari United Kingdom dengan ijazah kedoktoran dan kini orang kaya di universiti awam dengan gred JUSA A, mereka tidak bisa lagi berkias di dalam bahasa Melayu tetapi fasih menyindir di dalam bahasa Inggeris. Pun begitu, mereka tidak pula menerapkan nilai-nilai murni Inggeris di dalam pentadbiran tetapi memimpin secara tradisional seperti di pedalaman Felda.
Orang kafir yang kuat minum todi, makan babi salai pula sememangnya tidak pernah menyukai apa sahaja berkaitan Melayu. Jadi usahlah dipujuk rayu atau menaruh harapan untung-untung mereka menjadi rakyat Malaysia sejati. Jadi berhujah tentang mereka seperti menghidangkan mee besen kepada katak.
Kaki sebenar yang mengorbankan Bahasa Melayu dengan kekuatan datang dari orang kita sendiri. Jikalau tuan-tuan sangsi silakan bertandang ke universiti awam terutamanya di jabatan-jabatan kejuruteraan. Tuan-tuan dari NGO Melayu boleh membuat bancian secara pemerhatian lenggok para pensyarah yang teguh dengan bahasa Inggeris yang tidak seberapa itu.
Dari percakapan hingga ke persuratan emel juga di dalam bahasa Inggeris. Sudah tentulah kuliah dijalankan di dalam bahasa itu. Apa tidaknya, orang kaya universiti menyatakan keteguran rasmi supaya kuliah mestilah di dalam bahasa itu.
Bukankah "melonjak tinggi" (soaring) sudah memadai?
Di dalam sibuk-sibuk menyerang menteri dari kalangan parti politik Barisan Nasional, NGO-NGO Melayu jangan pula terlepas pandang golongan bangsawan universiti yang selama ini mencampakkan bahasa ibunda kita ke tahap yang sangat hina!
-Pendita-

Sabtu, April 29, 2017

Akibat terlalu bergantung pada Ostad

Assalamualaikum!
Agak lama Pendita mendiamkan diri dari berkata-kata. Sebabnya agak seni, iyalah...cerita fitnah dan kelakuan masyarakat membuatkan Pendita selalu mual dan jelik. Namun, apa boleh buat, inilah takdir akhir jaman yang telah termaktub di Lauh Mahfuz.
Semasa Pendita anak-anak atau muda-muda, selalu juga dibawa ke ceramah-ceramah agama. Jadi, apa yang diceramahkan itu, itulah menjadi panduan hidup tanpa tapisan usul-periksa. Juga, apa yang diceramahkan itu menjadi usul untuk dibuat tafsiran sendirian.
Dewasa ini, kegiatan ceramah bertambah hebat. Pada minggu lepas, merata-rata syarahan tentang Israk dan Mikraj. Ya, tentang pengembaraan Nabi Muhammad SAW ke angkasaraya itu. Ia adalah kesah Nabi tawar-menawar dengan Allah tentang sembahyang.
Bagi yang hidup sosial pula, minggu-minggu yang lepas teruja dengan kesah "laju dan geram" (Fast & Furious) sampai bertepuk tangan di dalam panggung wayang. Maklumlah, terkesima dengan cerita yang kununnya tentang ikatan kekeluargaan (..atau punggung pompuan yang tersembul itu?).
Tuan guru bagi masyarakat kita adalah para agamawan. Untuk rujukan selain nya, mereka hanyalah sekadar profesor, profesor madya, pensyarah, cikgu, guru silat, tok bomoh, dukun, bidan, tukang urut.
Maka, radio-radio berbahasa Melayu di seluruh Malaya pastinya menyediakan slot untuk para Tuan Guru mendoktrinkan para pendengar. Persatuan politik juga menyediakan jawatan berbayar kepada mereka. Universiti pula menyediakan pusat khas dengan peruntukan wang yang besar.
Setiap hujung minggu tempahan ceramah saking banyaknya di merata ceruk kampung dan perumahan.
Tidak hanya yang itu, jadual khusus tersedia untuk para pesara dari pagi hingga ke malam, sepanjang minggu. Jadi, jika di panggil atok ajis (pencen kerajaan negeri) pada satu-satu masa mungkin anda diberitahunya sibuk dengan jadual kuliah ugama.
Untuk urusan-urusan sedemikian, para penceramah bukanlah memberi khidmat masyarakat secara percuma. Siapa kata belajar hingga ke Suriah tidak boleh cari makan mewah?
Pada minggu lepas, mungkin anda hadir syarahan Israk dan Mikraj. Pastinya anda kagum dengan isi kuliah dengan cerita yang mengkagumkan. Jadi anda yakin Nabi Muhammad SAW panjat menaiki tangga dari langit ke langit sambil bersua para nabi-nabi lain? Ya, sudah tentu kita yakin lagi beriman. Hari ini, coba anda ulas semula jalan cerita Israk dan Mikraj sambil merujuk fakta saintifik moden. Apa itu lapisan langit? Kok bisa kok gitu...
Menjadi masalah besaq la ni ialah para agamawan agak fanatik dengan fakta sains yang ditawarkan oleh para pengikut Dajjal. Segala macam fakta planet dari NASA, ROSCOSMOS, ESA serta para astronomi moden, kita telan bulat-bulat termasuklah Tuan-Tuan Guru.
Jikalau minggu lepas kita beriman dengan Israk-Mikraj, minggu ini kita mungkin sangsi dek model planet moden yang mengatakan di angkasaraya ada banyaknya galaksi. Mungkin kita tidak sendirian di alam ini. Ada alien UFO yang akan mendarat di bumi pada suatu hari nanti...
Bukankah Allah berfirman tidak mungkin Jin dan Manusia dapat menembusi langit melainkan dengan kekuatan?
Jika anda kembali bertanya kepada Ostad perihal ini, mungkin jawapannya ialah, "...langit itu hanya dalam pengetahuan Allah, wallahu'alam bissawab (hanya Allah yang tahu, saya tidak bisa jawab)."
Ek! Apasal pendek benau jawapan Ostad? Apakah Ostad terkedu dengan fakta sains sajian para pengikut Dajjal sebab Ostad tidak pernah membuat penyelidikan tulen tentang kejadian bumi yang Allah hamparkan itu?
Nabi Muhammad berpesan kepada kita bahawa di akhir jaman mengamalkan agama seolah-olah menggenggam bara api. Apakah sukarnya mengamalkan agama itu sebab suasana masyarakat ataupun ajaran mahupun fatwa moden itu keterlaluan hingga membebankan penganutnya?
Jadi, bukanlah aneh jika Nabi khabarkan bahawa apabila munculnya Dajjal nanti, pengikutnya juga dari para ulamak.
Oleh kerana segala macam fatwa dan ajaran dirujuk dengan fakta sains, ekonomi, sosial; apakah Islam-hari-ini sangat compatible atau cocok dengan acuan Dajjal? Inilah fitnah yang sangat menggerunkan!
Masyarakat kita memang terkenal dengan taksubnya dia dengan Tuan Guru. Jika diminta kreditkan semua gajinya kepada akaun bank Ostad, kemungkinan besar dia akan lakukan demi janji ganjaran syurga yang digambarkan. Para wanita juga sudi menjadi suri ke-3 Ostad kerana janji agung payung emas di akhirat nanti.
Para ibu-bapa sanggup menghantar anak untuk dididik menjadi Ostad demi sebuah doa dari anak yang alim, kununnya. Sedangkan ibubapa sendiri menjawat tugas sekular.
Akibat terlalu bergantung pada Ostad, pada suatu masa tahun 1980an, para sunti mahasiswi universiti awam menjadi isteri madu para-para Ostad jemaah ugama yang berjubah serban adalah perkara normal. Lagipun, bukanlah salah sebab mengikut syariat juga.
Apakah Islam lemah kerana umat Islam memang lembik atau ajaran yang dibawa itu yang salah? Mengapa setiap negara umat Islam sunnah wal jaamah tiada satu pun terselamat daripada watak "Ahok" itu?
Mengapa budak Kim Jung-un kafir mampu menggerunkan musuhnya Trump? Sedangkan Syria dan Afghanistan dibedil sambil lewa sahaja oleh si Ahok USA?
Si budak Kim itu belajar daripada para bijaksana Korea Utara, China dan Russia. Dia tiada keperluan pada Tuan Guru dari mana-mana kumpulan agama. Dia beroperasi atas dasar manusia itu sendiri yang memang berasal dari syurga dan semulajadinya cerdik dan bijak.
Bedanya, dia mungkin kejam pada pandangan orang luar yang membuat tanggapan tersebut berasaskan media sajian para pengikut Dajjal. Pada dasarnya, Kim tidak tunduk pada pemerintahan Dajjal. Jikalau Kim mengucap dua kalimah syahadah, beliau mungkin membawa salah satu dari panji-panji di bawah kepimpinan al-Mahdi.
Di tanahair, para Ostad kita suka berhujah di dalam media dan di khalayak ramai. Bercakap lagi bercakap hingga kawasan sendiri penguasanya Ahok. Udah kena baru perasan tetapi insafnya hanya sementara. Kekuatan umat Islam di seluruh dunia pun tidak dapat menandingi keupayaan Korea Utara menangani pemerintah Dajjal. Sungguh ku malu!
Akibat terlalu bergantung pada Ostad...
-Sekian-
Pada tajuk Pendita sebutkan "ostad". Mereka ini Pendita golongkan sebagai bukan alim yang kepingin bangat hendak menjadi ustaz.