Ahad, Februari 06, 2011

Mujurlah pemimpin kita Islam

Ya, mujur pemimpin kita Islam. Sekular atau tidak hanya Allah yang tahu. Doakan kebaikan untuk mereka moga-moga bertaubat. Inilah dia kekuasaan yang kita ada sehinggakan pelajar-pelajar kita di Mesir dapat dipindahkan dengan segera.

Jikalau pemimpin kita bukan Islam, Pendita dapat membayangkan derita penuntut kita lebih-lebih lagi jurusan agama.

Pemimpin-pemimpin politik usah lagi mengungkit peristiwa Memali, Lubuk Merbau kerana peristiwa-peristiwa itu sudah dijadikan pengajaran! Pemimpin yang berdosa sudah menerima hukuman di dunia seperti kematian anak atau kehilangan isteri dan pelbagai hukuman.

Jikalau pemimpin kita bukan Islam, sudah tentu azan hanya di dalam masjid seperti di Masjid Habib Noh. Tidak ada peruntukan penyelenggaran seperti di Masjid Raya Medan. Atau pondok-pondok diganasi tentera di wilayah Pattani.

Pendita berjumpa beberapa individu yang tegas mahukan segalanya Islamik. Namun, mereka tidak mahu belajar atau memahami ilmu wang, ilmu tadbir moden, ilmu sains. Mereka mahukan magika! Berdoa hari ini esok musti dapat. Kalau tak dapat mereka paksa Allah dengan nazar dan pelbagai kaedah doa serta amalan.

Akhirnya, anak terpaksa ambil PTPTN kerana ayah tak pernah ada simpanan. Akhirnya, anak yang lumpuh akibat kemalangan terpaksa memohon bantuan kerana ayah tak pernah terfikir ambil polisi takaful.

Mereka tidak berkerja dengan penuh tekanan seperti jurutera-jurutera LRT, akauntan-akauntan perbankan Islam, wakil-wakil rakyat yang membenteng desakan-desakan puak kafir.

Mereka lupa Nabi Muhammad bersusah-payah mengorek parit sebagai halangan di dalam peperangan. Baginda juga cedera seluruh badan mempertahankan agama.

Mereka hanya membaca Yassin dan bertasbih dengan kerehatan. Berjubah nampak perut buncit. Itulah tanda tak pernah kisah soal kesihatan apatah lagi stamina. Lelaki-lelaki Islam adalah pahlawan dan juara di dalam segala bidang yang halal. Motivasi mereka semuanya demi Islam. Walaupun tak sempat ber-Yassin di masjid pada malam Jumaat, mereka berjuang di dalam suasana lain seperti seorang polis menyamar di dalam disko untuk menjerat penjenayah.

Mujurlah pemimpin kita Islam. Jika pemimpin kita bukan Islam, sudah dilanyaknya Kampung Baru. Dijadikannya pusat hiburan dinihari seperti di seberang sungai itu.

Jadi, kepada individu yang mahukan magika mereka masih boleh mengharapkannya tetapi dengan diplomasi, strategi, ilmu dan tenaga. Dan sudah tentu hubungan baik dengan Allah dan segala makhluk hatta dengan semut yang mencuri makan di dalam balang gula.

Ingat! Pertahanan Islam adalah di semenanjung ini. Selain Mekah, tidak ada lagi pertahanan yang sehebat ini. Inilah dia maksud kata-kata Tuah, "Takkan Mala-yu hilang di dunia" kerana anak-anak Ibrahim Khalilullah mempunyai tugas yang terakhir sebelum diserahkan kepada Nabi Isa.

Tak perlu alergik dengan perjuangan Mala-yu yang kununnya "asobiyyah". Sepertimana Quraisy laluan bagi Nabi Muhammad, Mala-yu pula adalah laluan bagi panji-panji hitam.



Sekian.

2 ulasan:

  1. Tuan hamba Pendita,
    Hamba akan padamkan nama Islam dari bumi bertuah ini. Dan kebangkitan Asalama akan menyaksikan kembalinya kekuasaan kpd anak cucu nabi Abarahayama sebagaimana yg di janjikan Allaha Sabahana Wa Ta A'laya. Kami akan tunjukkan kehebatan sebenar Malayu dan sesiapa yg menentang kebangkitan kami di laknat tuhan, malaikatnya dan seluruh org2 beriman. Laa Alaha Alaa ALLAHA, Mahamada Rasawala Allaha.

    BalasPadam
  2. Jikalau Tuan benar di sisi Allah moga-moga perjuangan diberkatiNya. Hanya Allah tahu pihak yang benar. Di akhir zaman ini ada jemaah yang bercabang-cabang...

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...