Jumaat, Februari 25, 2011

Fenomena pelik mutakhir ini

Sejak 1 Muharram 1432, Pendita mendapati suatu corak fenomena yang pelik sedang berlaku. Berikut adalah beberapa peristiwa tersebut:-

a) Wakil rakyat meninggal dunia seperti mengikut giliran atau sedang sakit tenat
b) Rakyat mula mempersoalkan kedudukan Melayu dan Rajanya
c) Mahasiswa mula bertindak ganas
d) Pasukan bolasepak Harimau Malaya tiba-tiba menyerlah
e) Para ulama' makin bertindih pendapat
f) Sejarah Melayu mula dibongkar melalui filem, penulisan dan seminar
g) Raja-Raja Melayu mula bersuara
h) Rakyat beralih ke arah kewangan Islam
i) Orang-orang kafir mula menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadis sewenang-wenangnya
j) Percanggahan pendapat sesama Melayu kian tenat
k) Orang Melayu mulai mengikut budaya Arab dan membuang apa saja kaitan dengan Melayu
l) Tunjuk perasaan di negara-negara Arab serius
h) Malaysia dan Turki makin akrab

Celaru di kalangan Islam mutakhir ini sangat pelik. Seolah-olah mereka sedang menghadapi krisis identiti. Umpama anak yatim piatu yang hilang arah tujuan.

Jadi, sesiapa sahaja yang pandai berpidato dengan menjanjikan apa-apa yang hilang mampu menaut hati sesiapa sahaja yang sedang celaru.

Kecelaruan ini berpunca daripada, contohnya:-

a) Tidak mampu berbelanja aksesori (tudung Ariani, motosikal berkuasa tinggi)
b) Beban hutang PTPTN, MARA (malas belajar CGPA rendah), Bank Rakyat (pinjam sebab nak masuk skim cepat kaya lepas tu lingkup)
c) Mahalnya harga susu (malas nak menyusu dada atau suka jenama baik)
d) Kos upah penjagaan anak (suami isteri bekerja)
e) Kos rawatan hospital swasta (mahu rawatan istimewa)
f) Keluarga di kampung merengek minta duit lagi (...tiada komen...)

Celaru mula berputik lalu:-

a) marahkan kerajaan sebagai penyebab sengsara
b) marahkan UMNO sebagai perosak Melayu
c) marahkan PAS kerana bersekongkol dengan kafir
d) marahkan syarikat gaji statik
e) marahkan kawan sebab tak beri pinjam duit
f) marahkan suami atau isteri penyebab duit simpanan habis

Akhirnya, mereka marah terhadap apa sahaja di hadapan mereka. Hatta kucing yang tak bersalah jua menjadi mangsa. Lama-lama mereka menjadi kufur kepada Allah.

Apa penyelesaiannya? Sebenarnya penyelesaiannya sudah ada dalam Islam. Namun begitu, Pendita beri cadangan kepada mereka yang masih tak reti-reti walaupun rambut dah beruban:-

a) Dating dengan diri sendiri-berkenalan dengan roh dan jasad
b) Senarai hitam sifat-sifat buruk diri, tambahbaik sifat-sifat mulia
c) Rawat diri-gosok gigi, makan vitamin dan membuat amalan-amalan baik
d) Ampunkan diri sendiri dan orang lain. Lepaskanlah...
e) Manjakan diri dengan hobi dan makanan-makanan kegemaran
f) Baik pada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, jin Islam
g) Mulut yang mulia
h) Ansur-ansur langsai hutang
i) Belanja mana yang sesuai
j) Kuasai ilmu menundukkan wang seperti pelaburan, takaful, perbankan online
k) Kuasai mulut dengan kepetahan
l) Kekalkan stamina
m) Bergaul dengan tatasusila
o) Saling tolong-menolong dengan kebaikan
p) Tambahbaik diri seperti pengajian secara separuh masa, kelas fardhu 'ain
q) Berniaga!
r) Aktif NGO serta tonjolkan diri
t) Mansuhkan aktiviti cah keting atau cantas-mencantas
u) Budi bahasa serta ber-etika
v) Tangkap pemimpin laknat kuat makan rasuah dengan mengumpul bukti untuk SPRM
w) Tak perlu beri muka kepada puak kafir harbi
w) Bersembang dengan Allah melalui al-Quran
x) Jadikan nafsu hamba suruhan
y) Pasrah sambil menjual diri kepada Allah
z) Silakan berjuang!

Jadi, apa kena-mengena dengan topik fenomena pelik mutakhir ini?



Maksudnya, suasana ini adalah petanda revolusi rakyat mungkin tercetus. Untuk keselamatan dan perjuangan tidak sia-sia persiapan mestilah ada. Cuma kita tidak perlu berjuang benda yang sia-sia. Orang bijaksana berjuang dengan persiapan dan strategi.

Sekian.

Jumaat, Februari 18, 2011

Zuriat lelaki Iskandar Zulkarnain memimpin 'pemuda-pemuda berhati besi'

Ya, KRU mendapat tugasan daripada langit untuk membuat sebuah filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa'.



Kerana pada tahun 2011, dunia akan tahu bahawa zuriat Iskandar Zulkarnain yang hilang rupa-rupanya berada di Malaysia.

Filem tersebut mungkin ada sedikit penyelewengan. Namun, mesej yang hendak disampaikan adalah pemuda-pemuda Mala-yu bakal memimpin pasukan yang dikenali sebagai 'panji-panji hitam'.

Rahsianya hanya satu - Tabut as-Sakinah atau the Lost Ark of the Covenant.



Apabila peti ini dikeluarkan, maka bermulalah era pemerintahan seorang Raja Mala-yu yang berdaulat. Semua ahlul-kitab, Bani Israel akan tunduk mengiyakan daulat ini. Puak Yahudi akan terlopong apabila peti ini dikeluarkan!

Jadi, Muhammad Alexander dengan bukunya 'Armagedon 2012' akan sedar bahawa tilikan beliau tersasar. Armagedon sebenarnya adalah mula era baharu. Nabi Isa. A.S. bakal melengkapkan kitaran sebelum bumi ini hancur kiamat.


Sekian.

Selasa, Februari 15, 2011

Maulid ar-Rasul

Begitu lama sudah Nabi Muhammad meninggalkan kita. Baginda bekalkan dengan riwayat-riwayat yang silih berganti disampaikan oleh para-para ilmuan agama.

Namun, adakalanya kita terkontang-kanting mencari jawapan. Jawapan pula pelbagai versi bercabang-cabang hinggakan terkeliru serta tak keruan.



Di zaman Nabi, orang ramai boleh singgah bertanyakan masaalah yang dihadapi. Jika untung, turun firman Allah. Jika untung lagi, terus dikhabarkan tempat di syurga!

Namun kita tiada tempat bergantung. Ulama' bermacam-macam jenis. Hinggakan ada yang trauma untuk berjumpa mereka. Begitulah maksud kata Nabi di akhir zaman ini lebih selamat beramal secara diam-diam. Pun begitu, bahaya bakal menanti dengan fitnah daripada syaitan.

Apapun, di akhir zaman ini kita tetap diselubungi fitnah. Hanya 2 perkara yang boleh dipegang:

a) al-Quran
b) al-hadith



Selamat hari kelahiran ya Rasulullah...!

Sekian.

Ahad, Februari 06, 2011

Mujurlah pemimpin kita Islam

Ya, mujur pemimpin kita Islam. Sekular atau tidak hanya Allah yang tahu. Doakan kebaikan untuk mereka moga-moga bertaubat. Inilah dia kekuasaan yang kita ada sehinggakan pelajar-pelajar kita di Mesir dapat dipindahkan dengan segera.

Jikalau pemimpin kita bukan Islam, Pendita dapat membayangkan derita penuntut kita lebih-lebih lagi jurusan agama.

Pemimpin-pemimpin politik usah lagi mengungkit peristiwa Memali, Lubuk Merbau kerana peristiwa-peristiwa itu sudah dijadikan pengajaran! Pemimpin yang berdosa sudah menerima hukuman di dunia seperti kematian anak atau kehilangan isteri dan pelbagai hukuman.

Jikalau pemimpin kita bukan Islam, sudah tentu azan hanya di dalam masjid seperti di Masjid Habib Noh. Tidak ada peruntukan penyelenggaran seperti di Masjid Raya Medan. Atau pondok-pondok diganasi tentera di wilayah Pattani.

Pendita berjumpa beberapa individu yang tegas mahukan segalanya Islamik. Namun, mereka tidak mahu belajar atau memahami ilmu wang, ilmu tadbir moden, ilmu sains. Mereka mahukan magika! Berdoa hari ini esok musti dapat. Kalau tak dapat mereka paksa Allah dengan nazar dan pelbagai kaedah doa serta amalan.

Akhirnya, anak terpaksa ambil PTPTN kerana ayah tak pernah ada simpanan. Akhirnya, anak yang lumpuh akibat kemalangan terpaksa memohon bantuan kerana ayah tak pernah terfikir ambil polisi takaful.

Mereka tidak berkerja dengan penuh tekanan seperti jurutera-jurutera LRT, akauntan-akauntan perbankan Islam, wakil-wakil rakyat yang membenteng desakan-desakan puak kafir.

Mereka lupa Nabi Muhammad bersusah-payah mengorek parit sebagai halangan di dalam peperangan. Baginda juga cedera seluruh badan mempertahankan agama.

Mereka hanya membaca Yassin dan bertasbih dengan kerehatan. Berjubah nampak perut buncit. Itulah tanda tak pernah kisah soal kesihatan apatah lagi stamina. Lelaki-lelaki Islam adalah pahlawan dan juara di dalam segala bidang yang halal. Motivasi mereka semuanya demi Islam. Walaupun tak sempat ber-Yassin di masjid pada malam Jumaat, mereka berjuang di dalam suasana lain seperti seorang polis menyamar di dalam disko untuk menjerat penjenayah.

Mujurlah pemimpin kita Islam. Jika pemimpin kita bukan Islam, sudah dilanyaknya Kampung Baru. Dijadikannya pusat hiburan dinihari seperti di seberang sungai itu.

Jadi, kepada individu yang mahukan magika mereka masih boleh mengharapkannya tetapi dengan diplomasi, strategi, ilmu dan tenaga. Dan sudah tentu hubungan baik dengan Allah dan segala makhluk hatta dengan semut yang mencuri makan di dalam balang gula.

Ingat! Pertahanan Islam adalah di semenanjung ini. Selain Mekah, tidak ada lagi pertahanan yang sehebat ini. Inilah dia maksud kata-kata Tuah, "Takkan Mala-yu hilang di dunia" kerana anak-anak Ibrahim Khalilullah mempunyai tugas yang terakhir sebelum diserahkan kepada Nabi Isa.

Tak perlu alergik dengan perjuangan Mala-yu yang kununnya "asobiyyah". Sepertimana Quraisy laluan bagi Nabi Muhammad, Mala-yu pula adalah laluan bagi panji-panji hitam.



Sekian.

Khamis, Februari 03, 2011

Selamat Tahun Arnab: Gong Xi Fa Cai

Pendita mengucapkan Selamat Tahun Arnab kepada saudara muslim Cina di serata dunia!



Sekian.

Rabu, Februari 02, 2011

Tunisia, Mesir pencetus kebangkitan!

Ketika seorang pemuda dianiaya oleh pemerintah Tunisia, rakyat bangun memberontak. Kemudian di Mesir pula rakyat memberontak. Suasana di kedua-dua negara ini adalah contoh rakyat amuk dek kekejaman pemerintah.

Inilah dia cetusan yang merebak di negara-negara Arab. Akhirnya, ia akan sampai ke tanah yang dijanjikan, Malaysia. Seperti yang Pendita katakan, mulai hijrah 1432 pemuda-pemuda mulia mula mendapat isyarat untuk bersiap siaga. Pemuda-pemuda ini mungkin si rempit di Tampin atau adik penjual burger di Slim River.

Di negara kita pula, wakil-wakil rakyat nampaknya pendek umur. Beberapa siri pilihanraya kecil sudah berlangsung. Kini di Merlimau Melaka kerja-kerja pembersihan parit sedang giat dijalankan. Biar ribut taufan hujan lebat, kerja-kerja mencantikkan kawasan Merlimau ini tetap berjalan. Sehinggakan pokok-pokok jagung milik anak tempatan yang menumpang tanam di tanah kerajaan dicantas juga!

Tahun 2011 ini kehangatan bangkitnya pemuda-pemuda berhati kepingan besi mulai terasa. Kita tidak akan tahu siapa mereka dan di mana ibupejabat mereka. Mereka akan menerima isyarat entah dari mana. Tak perlulah pihak berkuasa bersusah payah menapis laman-laman blog untuk mencuri jawapan. Kami sendiri pun tak tahu!

Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...