Rabu, November 28, 2012

Masihkah Harimau Malaya sekuning warna diRaja...

Beberapa lama yang lalu, Pendita menjamah sebungkus Nasi Lemak di negeri Melaka. Bungkusan nasi itu boleh dilihat di bawah ini.
"Cantik" bungkusan nasi itu dengan daun pisang yang kuning mengering...
Pada hemat Pendita, mungkin ini gaya orang Melaka membungkus nasi lemak... hanya orang Melaka sahaja yang tahu.
Pendita mendapat tahu bahawa pasukan Harimau Malaya kita sudah mempunyai jersi terbaharu iaitu masih kuning berbelang tetapi dengan rekacipta fesyen yang lebih mantap. Harap pada perlawanan menentang pasukan Laos, jersi ini disarungkan.
Pada malam ini, sebuah jawapan terhadap "Harimau Malaya: Masihkah ia sekuning diRaja" bakal diketahui. Seluruh negara sedang memantau tidak-tanduk para pemain. Nampaknya, prestasi para pemain jatuh merudum. Disebabkan peristiwa tewas berkali-kali, kemungkinan pada masa akan datang, kaedah pemilihan pemain dirombak secara besar-besaran.
Pendita tidak berminat untuk mengkritik apa-apa terhadap kewibawaan Harimau Malaya sebab Pendita tiada sebarang sijil kelayakan bidang ini.
Cuma, Pendita meminta para pemain bersungguh di dalam padang.
Dan sementara masa masih ada sebelum perlawanan pada malam ini, buatlah panggilan "memohon maaf" terhadap mana-mana insan yang disakiti hatinya oleh para pemain. Contoh, mohon maaf pada bekas isteri, isteri gantung tak bertali, ibu bapa, sanak saudara, dan rakan-rakan. Kerana doa orang teraniaya sangat makbul. Kemungkinan ada beberapa insiden mereka berdoa mohon Harimau Malaya diaibkan.
Jikalau boleh refresh segala-galanya, umpama nasik lemak bersalut daun pisang segar yang hijau...itulah yang terbaek!
Sekian.

Khamis, November 15, 2012

BOM Nephi 3:1-10

1 Nephi 3:1
1 Telah berlalu, bahawa aku, Nephi, kembali dari pertemuanku dengan tuhan, ke khemah bapaku.
1 Nephi 3:2
2 Telah berlalu, bahawa bapaku berkata kepadaku: Sesungguhnya aku telah bermimpi bahawa tuhan telah memerintahku supaya kamu serta saudaramu kembali ke Baitul Muqaddis.
1 Nephi 3:3
Demi sesungguhnya, Laban menyimpan rekod puak Yahudi dan salasilah nenek-moyangku, semua ini tercatat pada plat-plat yang diperbuat dari logam loyang.
1 Nephi 3:4
4 Lagi, tuhan memerintahku supaya menyuruh kamu dan saudaramu ke rumah Laban serta mengambil rekod tersebut kemudian segera kembali ke sini.
1 Nephi 3:5
5 Nanti, saudaramu akan merungut sambil mengatakan ini adalah tugas yang rumit. Sedarlah, ini bukanlah kehendakku tetapi kehendak tuhanku.
1 Nephi 3:6
6 Maka pergilah anakku, tuhan akan memberkatimu kerana engkau tidak merungut.
1 Nephi 3:7
7 Telah berlalu, bahawa aku, Nephi, berkata kepada bapaku: Aku akan segera pergi dan lakukan apa sahaja perintah tuhanku, kerana aku percaya tuhanku tidak menganiaya sesiapapun melainkan dia menolong orang-orang yang dikehendakinya.
1 Nephi 3:8
8 Telah berlalu, bahawa bapaku sangat gembira mendengar perkataanku itu, kerana dia percaya bahawa aku diberkati tuhanku.
1 Nephi 3:9
9 Dan aku, Nephi, serta saudaraku memulakan perjalanan melalui tanah yang tidak berpenghuni, dengan muatan khemah, ke Baitul Muqaddis.
1 Nephi 3:10
10 Dan telah berlalu bahawa kami telah tiba di Baitul Muqaddis, aku dan saudaraku mula berbincang.

Rabu, November 14, 2012

Selamat tahun baharu 1434

Pendita ucapkan selamat tahun baharu umat Islam 1434 kepada warga PENDITAS serta para pengunjung sekalian!
Bercita-citalah supaya di sepanjang tahun baru ini agenda hidup diperbaharui juga.
Moga-moga, tahun ini tidak akan berlaku malapetaka planetari seperti yang dicanang di dalam dunia internet...
Sekian.

Selasa, November 13, 2012

Itulah sifatmu wahai Harimau Malaya...

Pasukan bolasepak kita bagaikan lemah lutut baru-baru ini.
Ya! Mereka dikritik hebat oleh semua.
Namun, Pendita tetap percaya kepada kesemua pemain termasuklah yang duduk di bangku simpanan.

Ramai antara kita mabuk dengan todi kejayaan. Magika apa yang mereka hendak, Pendita tak tahu. Ingat, keserasian sedang dijalinkan. Mereka masih terbawa-bawa dengan rentak pasukan negeri atau kelab masing-masing.
Bagi yang gila dengan kelab Inggeris, mereka buat-buat tak tau bahawa England bukanlah pasukan yang terkuat. Walaupun dibarisi oleh bintang yang mereka puja dengan lilin itu.
Kita sedar sifat kita, sifat tumbuhan dan binatang bumiputra di semenanjung. Orang kita, itulah orang kita. Apabila belajar, pemalas. Kena belasah minda baru dapat CGPA 3.7. Apabila berniaga, lingkup. Kena sergah seranah baru jadi jutawan. Apabila bersosial, enjoy sakan. Kena tindas, mengamuk sampai melimpah darah. Ya, itulah orang kita. Apabila hilang kesan todi itu, barulah sedar...Perjuangan Melayu kununnya. Alahai, baru perasan.
Yes, my time is now!
Now, this is you.
Kepada pemain, Pendita yakin penuh mereka sudah bersiaga-siaga untuk mempertahankan maruah negara.
Sekian.