Rabu, Februari 02, 2011

Tunisia, Mesir pencetus kebangkitan!

Ketika seorang pemuda dianiaya oleh pemerintah Tunisia, rakyat bangun memberontak. Kemudian di Mesir pula rakyat memberontak. Suasana di kedua-dua negara ini adalah contoh rakyat amuk dek kekejaman pemerintah.

Inilah dia cetusan yang merebak di negara-negara Arab. Akhirnya, ia akan sampai ke tanah yang dijanjikan, Malaysia. Seperti yang Pendita katakan, mulai hijrah 1432 pemuda-pemuda mulia mula mendapat isyarat untuk bersiap siaga. Pemuda-pemuda ini mungkin si rempit di Tampin atau adik penjual burger di Slim River.

Di negara kita pula, wakil-wakil rakyat nampaknya pendek umur. Beberapa siri pilihanraya kecil sudah berlangsung. Kini di Merlimau Melaka kerja-kerja pembersihan parit sedang giat dijalankan. Biar ribut taufan hujan lebat, kerja-kerja mencantikkan kawasan Merlimau ini tetap berjalan. Sehinggakan pokok-pokok jagung milik anak tempatan yang menumpang tanam di tanah kerajaan dicantas juga!

Tahun 2011 ini kehangatan bangkitnya pemuda-pemuda berhati kepingan besi mulai terasa. Kita tidak akan tahu siapa mereka dan di mana ibupejabat mereka. Mereka akan menerima isyarat entah dari mana. Tak perlulah pihak berkuasa bersusah payah menapis laman-laman blog untuk mencuri jawapan. Kami sendiri pun tak tahu!

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan