Adakah perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebuah perhimpunan di jalan yang benar atau sebaliknya? Rakyat keliru. Yang paling tidak keliru adalah penyokong perhimpunan ini kerna mereka sudah maklum tujuan dan sebabnya.
Pendita peduli soal perhimpunan ini bukannya sebab menyokong mana-mana pihak. Perhimpunan ini adalah salah satu daripada penyebab-penyebab terhadap sebuah kebangkitan yang maha dahsyat!
Pada 9 Julai 2011, bermulalah sebuah rentetan ke arah kebangkitan yang kita sudah lama tunggu. Siapakah mereka yang dikatakan "berseban biru" itu? Siapakah mereka yang dikatakan membawa panji-panji yang dinukilkan "hitam" itu?
Terdapat beberapa alim serta pengikut di Melaka sudah bersiap dengan bekalan makanan kering bagi menghadapi peristiwa ini. Dikatakan akan berlaku perkara-perkara yang mengerikan!
Kita boleh merayu supaya perhimpunan ini dibatalkan. Namun, kita lupa bahawa peristiwa-peristiwa seperti ini adalah rekod di dalam pangkalan data Lauh-Mahfuz. Dan dek peristiwa-peristiwa ini, Nabi-Nabi telah memberi beberapa peringatan tegas dan keras perihal akhir zaman.
Kitalah masyarakat yang hidup di akhir zaman ini. Apalagi yang hendak diharapkan? Kita senantiasa berdepan dengan pelbagai fitnah di dalam kehidupan seharian. Apalagi yang hendak diharapkan? Kehidupan BERSIH?
Memang benar ada penyelewangan di dalam negara kita. Bahkan di seluruh dunia. Jangan ingat berhijrah ke kota Melbourne boleh memberi kehidupan yang BERSIH. Sama juga!
Mungkin para pemimpin BERSIH 2.0 begitu yakin dengan tujuan mereka. Tetapi jangan lupa pesan Nabi Muhammad bahawa di akhir zaman timbul kumpulan-kumpulan yang berjuang ke arah kebaikan namun semuanya menyesatkan.
Dan kerana ini ramai alim serta pengikutnya secara senyap berlindung di pondok-pondok di pedalaman. Kerana mereka telah tahu alamatnya.
Kenapa mesti pada 9-7-2011? Jikalau mengikut tilikan nombor ia adalah hasiltambah mudah iaitu 9+7+2+0+1+1=20. Apa signikan nombor 20? Manakala hasiltambah takwim pula, 7+8+1+4+3+2=23.
Jika ditambah kedua-duanya menjadi, 20+23=43. Kita tahu negara telah merdeka selama 54 tahun. Kita susun nombor-nombor ini menjadikan ia 4354. Kita ubah kedudukan nombor, 4453. Ambil hasiltambah lagi iaitu (4+4)+(5+3)=8+8=16. Akhir sekali hasiltambah 1+6=7. Jadi nilai 7 juga yang muncul! Nilai 7 seperti mewakili bulan Julai dan 7 Sya'ban.
Mengikut tilik Tarot, nilai 7 adalah "Seven is regarded as a spiritual and introspective number. Being an odd number, it carries an active, forceful, and sometimes disruptive connotation".
Dengan itu, algoritma di atas memberi maksud bahawa pada 7 Julai 2011, "muncul sebuah paduan tenaga yang bakal menggugat kestabilan negara".
Kita boleh bertanya kepada penganjur, bolehkan perhimpunan ini ditunda pada tarikh lain? Atau PDRM memberikan permit pada 10 Julai 2011. Jika mereka kata tidak boleh, maka kita tahu mereka memilih tarikh ini di atas nasihat tukang tilik. Dan jika ini benar, maka para "alim" di dalam perhimpunan ini bakal menerima nasib malang kerana bersubahat dengan kerja syirik. Dengan itu, sesat.
Kita tahu Dajjal kepingin hendak menghancurkan sistem Raja-Raja Melayu kerana mereka penghalang besar terhadap perjuangannya. Untuk memansuhkan Raja-Raja Melayu, para pejuang Melayu direkrut supaya Raja-Raja Melayu dimansuhkan oleh orang-orang Melayu sendiri.
Hari ini, Melayu belum tentu Islam. Dan perjuangan Melayu belum tentu menyelamatkan Melayu. Hari ini kita ditawarkan fitnah Dajjal API dan AIR.
Kita harap AIR itu menyejukkan tetapi ia panas. Kita harap sebuah perjuangan murni tetapi dikhianati.
Kita menolak API tetapi ia sejuk. Kita menolak perjuangan bangsa dan agama sebaliknya ia membela agama dan bangsa.
Pendita tidak perlu menasihati rakyat samada perlu pehimpunan ini. Kerana setiap kita selalu diberi pilihan di dalam hidup. Mudah kata, tepuk dada tanya selera.
-Sekian-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Kebanyakan manusia hidup melihat yg zahir tetapi tidak yg batin. Alam ghaib dan alam malaikat akan bersatu dgn alam shahadat ini di sedikit masa lagi, apabila ini berlaku maka terbelalaklah mata org2 kafir dan berlarilah mereka mencari tempat berlindung. Satu peperangan yg besar akan berlaku dan kebanyakan manusia di dlm kesesatan dan benarlah janji tuhan untuk memenuhkan jahanam dgn kebanyakan manusia dan jin.
BalasPadamYa, sesuatu yang di luar jangkaan manusia moden bakal berlaku. Hari ini ulangtahun israk dan mikraj menyaksikan pertemuan Muhammad SAW dengan Allah. Sungguh Allah mengingatkan kita dunia akhirat...
BalasPadamHamba telahpun temukan suatu rahsia di dlm kitab Hang Tuah. Hang Tuah pernah melawat sebuah negara yg di sebut Malaka Al A'dala (Yg Adil) dan rajanya dikatakan kaya-raya dan mempunyai masjid di buat dari perak dan emas. Di dlm kitab Al Anabaya pula menyebut ttg hubungan erat Aceh Dara Al Salama dgn Malaka Al A'dala. Malaka yg tewas kpd Peringgi adalah Malaka yg dibangunkan oleh Sultan Malaka bersama Hang Tuah. Ini bermaksud terdpt 2 Malaka di zaman yg sama.
BalasPadamJikalau demikian maksudnya ada sebuah lagi rahsia yang belum terbongkar. Pendita musykil bahawa negeri Melaka hari ini asal Malaka dahulukala. Kerana masjid paling tua cuma dibina pada 1770an. Ketika itu Bandar Hilir dibawah naungan Belanda.
BalasPadamMalaka Hang Tuah berpusat di sebuah pulau. Mereka diserang oleh Peringgi, jgn confuse dgn Portugis dan kemudian Peringgi dikalahkan oleh Walanda dgn bantuan Jahara (Johor) iaitu negeri yg dibangunkan oleh rakyat Malaka yg lari. Setelah Peringgi dikalahkan maka kekayaan Malaka di bahagikan sama rata antara Walanda dan Jahara. Ini bermaksud kota di Banda Hilir itu adalah buatan penjajah untuk mencipta sejarah bhw Malaka Al A'dala dikalahkan oleh Portugis. Di zaman dahulu, masjid yg dibina berupa candi dan masjid Islam di bina oleh penjajah, jadi sebab itulah hamba katakan Islam dicipta oleh musuh2 tuhan. Perhatikan di Aceh, masjidnya di bina di zaman Belanda, jadi mengapa pula penjajah nak bina masjid bukankah lebih baik mereka bina gereja. Kitab Salalatus Salatin sebenarnya adalah sejarah penipuan dgn menggabungkan kedua2 Malaka menjadi satu. Ini bertujuan mengelirukan bangsa Malayu ttg sejarah sebenar kerana di dlm hikayat hang tuah tidak menyatakan adanya bendahara tun perak mahupun raja yg bernama sultan Mahmud dan sebagainya. Hang Tuah meminum arak serta membela anjing dan diakhir hikayat menyatakan beliau menjadi wali tuhan dan terselindung dari pandangan umum. Jadi, agama apakah yg di anuti Hang Tuah kerana beliau juga di nyatakan mengucapkan kalimah Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha. Masa kebangkitan kian hampir dan hamba sedang membuat persiapan bagi kebangkitan Malaka yg akhir.
BalasPadamassalamualaikum, melaka sebenar mengikut peta sekarang ialah negeri pahang, pak harun yang bagitahu saya. pak harun juga berpesan yang hang jebat ialah seorang yang tak berguna, pada dasarnya hang jebat seorang penangguk di air keruh aka gila glamor.
BalasPadamsekiranya ilmu orang melayu bertembung dengan waris orang melayu sendiri, semua ghaib tersisa sia sia.
Wsalam Tuan Jackneral,
BalasPadamSiapakah sebenarnya Pak Harun itu? Jika boleh terangkan biodata beliau sebab setiap maklumat itu ada tanggungjawabnya. Jika benar Hang Jebat gila glamour maka ini merupakan sebuah hipotesis yang patut diperbincangkan.
Tuan Mahadaya,
BalasPadamHikayat Sejarah Melayu diambil pulang dari Gowa di Tanah Bugis. Persoalannya, mengapakan hikayat tersebut jauh berpindah tangan hingga ke Tanah Bugis. Kita tahu orang-orang Bugis bukanlah Melayu mengikut ketetapan dahulukala. Cuma hari ini disatukan demi sebuah perjuangan. Kekeliruan tentang Malaka sangat ketara hinggakan di negeri Melaka sendiri susah hendak dibuktikan ia Malaka. Bukti Dutch Malacca sangat ketara. Ada orang pernah terlihat sebuah istana di hutan Endau-Rompin semasa melintas dengan helikopter. Istana siapakah itu?
pak harun adalah seorang orang tua juga seorang kenalan ayah saya, kami baru sahaja mengenali dia, pada suatu hari pada mulanya tengah cerita pasal hal lain, tiba tiba dia bagitahu kami bila nanti taming sari keluar tuah akan kembali, sambil bercerita bulu roma pada lengan dia mengerbang sehingga dia sendiri seram. tapi mungkin dia sengaja merendah diri.
BalasPadamdia juga menegur saya kerana menyebut nama saidina hussin dahulu sebelum saidina hassan, rumusannya dia memang berisi lah. asalnya dari negeri sembilan kini menetap di balok, kuantan.
pada pertemuan mula mula saya berjabat tangan, dia salam tarik lebih kurang salam cangkuk, tapi saya masih budak, tak hormat kalau nak tunjuk bijak pada orang lama. dia berkopiah mcm orang melaka, rilek je buat tak tahu je, tapi saya dapat perhati gerak dia bukan sebarang, ayah saya cakap dia orang pendekar ni.
Tuan Jackneral,
BalasPadamNampaknya Pak Harun menyimpan sebuah rahsia besar Tanah Melayu ini. Nanti sampaikan maklumat kepada Pendita jika ada apa-apa yang penting untuk anak bangsa.
Terima kasih.
Hikayat Hang Tuah menyebut bhw raja Malaka berkahwin dgn puteri Majapahit. Ini menunjukkan bhw kerajaan Majapahit bukanlah kerajaan Buddha sebagaimana yg cuba di percayakan kpd manusia. Jika kita mengkaji ttg Majapahit kita akan ketahui bhw raja2 di zaman dahulu memakai mahkota yg berbentuk tajam dan raja Malaka juga sebenarnya berpakaian sebagaimana raja2 Majapahit di zaman tersebut dan bukan sebagaimana raja2 Malayu sekrg. Mengapa tiada tinggalan2 kota di Semenanjung? Ini untuk menghilangkan jejak bhw seluruh nusantara ini dahulunya di kuasai oleh raja Malayu dari India, Siam, Burma, Kampuchea dll. Kebangkitan Malaka akan menyatukan semula seluruh Nusantara di dlm agama yg satu.
BalasPadamSebenarnya ramai yang telah mula mengakui kehilangan waris sebenarnya raja-raja Malayu. Namun begitu, kebangkitan seorang raja Malayu masih kabur.
BalasPadammenarik
BalasPadam