Pendita memang peminat siri The Pirates of the Carribbean (PTC).
Kisah-kisah lanun memang kegemaran Pendita. Malangnya, PTC tidak mahu menambah kisah lanun Melayu yang sangat terkenal pada jaman dahulu. Contohnya, kisah yang diceritakan di dalam sebuah novel In The Hands of The Malays.
Kisah yang dipaparkan di dalam PTC baru-baru ini adalah tentang pencarian lokasi The fountain of youth (TFY). Di dalam lagenda Barat, TFY terletak di benua Amerika. Jadi tepatlah kisah ini dengan lautan Carribean. Namun begitu, kita tahu melalui lagenda Arab bahawa telaga air ini telah dijumpai oleh Nabi Khidir dan Iskandar Zulkarnain ketika kempen ketenteraan baginda.
Harap para pembaca masih ingat artikel Pendita tahun lepas bertajuk "Prestor John - Agong Purbakala". Di dalam warkahnya Prestor John ada menyatakan yang berikut:-
And that forest is situate under Mount Olympy, and from there an excellent spring flows; and the water has every kind of taste, and the taste changes each hour, day and night. And from there, not further than three days’ journey from Paradise, from which Adam was driven out. Whoever drinks of the water of that spring during his fast, no disease will come upon him from that day forth, and he will ever be thirty years of age.
"Dalam tiga hari perjalanan dari syurga tempat Nabi Adam disingkirkan. Dan di dalam belantara di kaki gunung Olympy, di sana terdapat denai-denai yang mengalirkan air dengan pelbagai rasa, manakala rasa ini bertukar-tukar pada setiap jam, siang dan malam. Barang siapa meneguk air ini maka tiada akan penyakit menyinggahinya dan dia akan senantiasa muda sepertimana umurnya tiga puluh."
Pendita yakin orang-orang Barat tidak pernah menjumpai telaga air ini. Hanya orang-orang yang diberkati Allah yang dibenarkan untuk meneguk air ini. Jika benar Nabi Khidir dan Raja Iskandar menjumpai telaga ini, maka Pendita yakin mesti ada beberapa orang lain yang telah meneguk air ini.
Persoalan: Di manakah telaga ini?
Mengikut perihal pengembaraan Raja Iskandar dan warkah Prestor John, boleh Pendita rumuskan bahawa lokasi telaga ini adalah di kawasan beriklim tropika atau khatulistiwa. Ada pendapat mengatakan ia terletak di Segi Tiga Bermuda. Di situ dikatakan Nabi Khidir bertakhta dan penjaga kepada telaga ini.
Namun tiada siapa dapat membuktikannya. Yang paling tepat boleh dikatakan telaga ini terletak di sebuah daratan atau pulau yang beriklim tropika atau khatulistiwa. Dan sudah pasti kawasan di sekelilingnya dijaga oleh orang-orang Islam. Lebih tepat lagi Asia Tenggara. Mana mungkin tempat sebegini dikelilingi orang-orang kafir!
Atau mungkin kerana hal ini berlumba-lumba puak Kristian menakluk dan menjajah wilayah-wilayah Islam di Asia Tenggara. Untuk perdagangan rempah atau untuk menjejaki telaga ini?
Terdapat beribu-ribu pulau di Asia Tenggara. Pulau-pulau lagenda yang kita ketahui adalah di lautan pesisir Langkawi, lautan pesisir Melaka, lautan pesisir Bentan, Borneo. Manakala lautan Sulu, pesisir Bali, pesisir Sulawesi kurang penguasan Islam. Borneo dengan belantara yang luas layak untuk dicalonkan sebagai lokasi telaga ini. Bagaimana pula dengan gunung Olympy yang disebut Prestor John itu?
Lagenda gunug-ganang belantara yang terkenal di kawasan Islam nusantara ini adalah Jerai, Tahan, Ledang serta gunung-ganang mistik di Indonesia seperti Tangkuban Parahu.
Pendita simpulkan tempat telaga ini adalah di kawasan KITA. Secara tepatnya, Nabi Khidir yang tahu. Namun, lokasi telaga ini bukanlah motif artikel ini. Motif artikel ini adalah untuk menyingkap rahsia kemunculan pemuda-pemuda panji-panji hitam.
Harap pembaca masih ingat artikel Pendita "Surah al-Kahfi dan Hari Ini". Kenapa umat Islam diminta untuk membaca surah ini untuk mengelak fitnah Dajjal? Apabila kita semak isi surah ini ia menceritakan peristiwa-peristiwa yang Allah himpunkan untuk diambil pengajaran.
Watak-watak Zulkarnain dan pemuda-pemuda gua diceritakan dengan teliti. Jadi apa kena-mengena dengan fitnah Dajjal? Kita tahu Nabi Khidir dan Raja Iskandar menjumpai telaga air kehidupan. Sesiapa yang meneguk air ini akan panjang usia.
Boleh jadikah terdapat beberapa pahlawan pilihan Raja Iskandar diberi air ini untuk tugasan di akhir zaman? Sepertimana pemuda-pemuda gua boleh hidup beratus tahun, pahlawan-pahlawan ini juga hidup hingga hari ini. Tetapi adakah pahlawan-pahlawan ini juga berselindung di dalam gua?
Nabi Muhammad memberitahu bahawa pemuda-pemuda panji-panji hitam ini merupakan tentera yang tidak terkalahkan. Siapakah mereka kalau bukan bala tentera yang mendapat pendidikan seni perang kurniaan Allah? Pendita berpendapat mereka ini disimpan di dalam kerajaan bawah laut tempat Raja Suran bersemayam buat seketika itu.
Boleh jadi Pulau Besar di Melaka bakal munculnya pemuda-pemuda ini?
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Di dlm HMM, menyebut bhw Merong membina negeri bernama Kedah Zamin Tauran, bg sesiapa yg bijak ianya sebenarnya di baca huruf demi huruf iaitu Kadaha Zamana Tawarana. Cari makna Kadaha di dlm kamus arab menggunakan huruf, temukan maksudnya susah payah. Ini bermakna di zaman nabi Sulaiman, bahasa Arabaya ialah bahasa pertuturan dunia. Negeri Sabah pula sebenarnya dibaca Sabaha yg bermaksud Suci. Terbukti di zaman dahulu, bangsa Malayu tidak pernah menganut Hindu atau Buddha tetapi menganut Asalama iaitu agama nabi2. Byk penipuan dicipta apabila org2 munafik membariskan al quran dgn tujuan menyesatkan manusia dari jln yg lurus.
BalasPadam