PENDITAS (Pendita Suvarnabhumi)
Sabtu, Februari 11, 2012
Peristiwa KFC...jika masih tidak mahu ambil pelajaran
Orang tua-tua sudah berpesan. Tanah ini warisan nenek-moyang...
Kini, tanah ini, bagi kebanyakan kita adalah tanah tumpangan.
Sekarang, peristiwa di KFC memaparkan kisah pemuda-pemuda Melayu dihina oleh bangsa pendatang.
Kisah itu cuma adegan sampingan di dalam sebuah sandiwara yang lebih besar. Sebuah sandiwara bagaimana bangsa kita dihelah secubit demi secubit sehingga mereka merempat sambil murtad.
Manakala politik kita tertipu dengan konsep mengumpul sokongan undi. Demikian, perasaan bangsa pendatang kafir ditatang. Sebaliknya, politik kafir terang-terangan mengancam kita. Tidak ada keselamatan memilih calon kafir. Selagi mereka tidak mengucap shahadah, tidak usah terima mereka sebagai pemimpin. Peristiwa KFC...jika masih tidak mahu ambil pelajaran.
Pendita pesan, pemuda-pemuda Melayu mesti pertahan maruah. Ambil helah kuatkan kedudukan sendiri, rakan-rakan, jiran-jiran. Curahkan wang untuk perniagaan Muslim. Tapis-tapiskan barangan kafir biarpun ada sijil halal JAKIM. Berlakon untuk kepentingan kita-kita. Berhelah untuk kepentingan kita-kita. Bergosip untuk celarukan kepentingan kafir. Mereka kafir. Mereka kafir kalau masih tak perasan.
Pendita kata, pemuda-pemuda Melayu mesti tegar semangat majukan diri di dalam segala bidang. Jika berniaga, sewa kedai yang strategik. Jangan sampai sudah berniaga tepi jalan akhirnya kena roboh. Bina empayar di dalam semua bidang.
Ambil pelajaran Tuanku Merong Mahawangsa membina empayarnya.
Kita bangsa penakluk yang budiman. Ingat, kita penakluk yang budiman.
Akhir kata, rapat-rapat pertahanan kita. Sayang-sayang sesama kita. Peduli sesama kita. Lemah-lembut sesama kita.
Sekian.
Sabtu, Februari 04, 2012
1-9-2012 Pilihanraya ke-13..?
Pendita berkira-kira bahawa Pilihanraya ke-13 jatuh pada 1 haribulan September 2012.
Apa logik Pendita?
Oleh kerana pada 31-8-2012 adalah hari cuti umum. Maka tarikh yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya adalah pada 1-9-2012. Kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu. Dengan bilangan hari cuti yang panjang, para pengundi boleh mengundi dengan selesa. Lagipun, ia berlaku dua minggu selepas Hari Raya Puasa.
Disebabkan isu gaji SBPA dengan CUEPACS selesai pada April, maka tempoh bertenang bagi isu gaji mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan. Kerajaan boleh mengumumkan tarikh pilihanraya jatuh pada bulan Jun, tarikh yang sesuai adalah pada 16-6-2012. Jika bulan Julai pula, Pendita kurang yakin pilihanraya akan diadakan pada Ramadan. Jika kedua-duanya tidak jadi, pilihan terakhir adalah pada tarikh 1-9-2012 (Sabtu) adalah munasabah. Ini mengikut trend dan suasana semasa.
Malaya merdeka pada 31-8-1957. Sehingga setakat 31-8-2012, negara Malaysia berumur 55 tahun. Diambil hasil tambah usianya =10. Jadi negara kita telah melalui 10 masa. Atau tempoh 5.5 dekad. Dengan kata lain, Malaysia sudah menjadi negara tua. Sebab itulah ia dilanda pelbagai masalah. Telah tiba waktunya negara ini melalui fasa perubahan. Persoalannya, perubahan yang bagaimana?
Pendita mendapat tahu bahawa beberapa jemaah kategori "underground" telah menerima isyarat siap-siaga bagi tahun 2012. Pendita pula tidak tahu apakah maklumat di dalam isyarat tersebut. Mereka cukup berhati-hati dengan hal maklumat ini, hanya anggota sahaja yang diberi pengetahuan. Oleh kerana Pendita tidak berjemaah, maka tidaklah diketahui apakah ia.
Di Sarawak baru-baru ini gempar perihal suara dari langit. MOSTI pula mengatakan ia berpunca dari sebuah kilang sawit yang berdekatan. Manakan ada saintis tempatan yang berani mengatakan suara dari langit itu memang disebut didalam hadis-hadis kerana takut ditertawakan komuniti saintis. Bukan sahaja di Sarawak malah di merata dunia telah terdengar suara ini. Penjelasan sains sekular tidak akan dapat merungkai isu ini sepertimana isu UFO.
Kini, Bank Negara negara-negara di seluruh dunia membuat tempahan yang mendadak terhadap emas. Mereka sedar ekonomi dunia sudah mulai meruntuh. Dan diketahui bahawa salah satu punca Barat membunuh Gaddafi adalah kerana beliau mahu melaksana urusan jual-beli dengan emas.
Komuniti di seluruh dunia termasuk di Holywood memerhatikan 2012 dengan penuh minat dan hati-hati. Hanya tamadun di Amerika Selatan yang mengatakan 2012 adalah tahun perubahan. Tiada sumber lain dengan tepat mengatakan 2012 adalah tahun revolusi dunia.
Pasti, sebuah perubahan besar akan berlaku di Malaysia kerana Pilihanraya ke-13 adalah pada 2012! Ini fakta tepat. Tiada siapa berani mengatakan sebaliknya.
Pun begitu, apakah perubahan ini berkisar pada perubahan tampuk pemerintahan? Ya, betul. Tetapi pemerintahan ini bukanlah calang-calang. Ia adalah pemerintahan "berserban biru".
Nostradamus Century 1, Quatrain 50:
From the aquatic triplicity he will be born, One who will make Thursday his Holy Day;
His fame, praise, rule, and power will grow, On land and sea a tempest to the East.
atau
From the three water signs will be born a man, who will celebrate Thursday as his holiday.
His renown, praise, rule and power will grow on land and sea, bringing trouble to the East.
Terjemahan:
Di sebuah tempat yang dikelilingi 3 lautan, akan muncal seorang lelaki yang menjadikan hari Khamis sebagai hari keagamaan. Masyhurnya beliau sehingga berkuasa di lautan dan di daratan serta mengkucar-kacirkan Timur.
(1. Malaysia dikelilingi oleh 3 lautan. Sila rujuk geogafi),(2. Berkumpul dan membaca Yasin di surau, masjid pada malam Jumaat adalah amalan di semenanjung Tanah Melayu)
Jika menurut perkiraan dan anggaran daripada sebuah hadis: 3-6-2012 (Jumaat) bakal terdengar suara dengkuran dari langit, 31-8-2012 (Jumaat) bakal terdengar suara dodoian dari langit.
Dengkuran maksud tidur nyenyak. Dodoian maksud dimanjakan tidur tapi separuh sedar.
Jika yang demikian, pada 1-9-2012 pengundi takut untuk keluar mengundi manakala mereka yang beriman akan keluar memilih pemimpin yang soleh. Atau negara diambil alih Baginda Agong dengan restu majlis Raja-Raja Melayu. Lagipun, parlimen telah dibubarkan.
Akan muncul Kuasa ke-3. Kuasa in mendapat amanah daripada mimpi berjumpa Rasulullah. Mereka dilantik sebagai pemerintah negara yang baharu. Ketika itu, Barat-Dajjal melenting dan melancarkan perang ke atas Malaysia atas alasan pilihanraya tidak telus. Maka berlakulah kucar-kacir. Kali ini tiada lagi perjuangan bangsa tetapi perjuangan menjunjung al-Quran dan Sunnah 100%.
Panji-panji hitam dikibarkan dan semboyan dibunyikan. Segala pemuda-pemuda yang "berhati seperti besi" secara automatik menjawab semboyan itu. Pemuda-pemuda ini tidak pernah merancang untuk menjadi pejuang kerana mereka hanyalah pemuda biasa bukan dari lulusan pondok-pondok dan bukan pula fanatik parti politik. Cuma hati mereka murni, sentiasa bertaut dengan Allah. Pemuda-pemuda ini bukan pula miskin kerana mereka mempunyai simpanan wang malah berilmu. Mereka seperti pemuda-pemuda al-Kahfi yang membawa bersama sedikit wang emas dan perak ketika berselindung di dalam gua.
Selama 2.5 bulan semboyan ini disahut-sahut pula oleh pemuda-pemuda dari negara-negara lain dan akhirnya pada 15-11-2012 (Khamis, 1 Muharram 1434) mereka berkumpul di Makkah untuk "menangkap" seorang lelaki biasa yang berselindung di sekitar kaabah. Lelaki tersebut keturunan nabi dengan potongan badan dan kelakuan "sebijik" macam Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah al-Mahdi. Suara dari langit akan mengesahkan beliau. Maka berlakulah peristiwa baiat.
Muhammad bin Basyarr telah menghabarkan kepada kami, beliau telah berkata: Muhammad bin Jaa`far telah menghabarkan kepada kami dengan katanya : telah mengkhabarkan kepada kami Syu`bah daripada Ishak dengan katanya ; aku telah mendengar Al-Barra` bin A`zib mengatakan :” Rasulullah S.A.W adalah seorang lelaki yang berperawakan sederhana; bahunya bidang, rambutnya lebat hingga sampai kedua belah cupingnya. Baginda S.A.W memakai pakaian merah, tiada seorang pun yang pernah aku lihat lebih tampan daripadanya”. (HR Bukhari, Muslim)
Mahmud bin Ghailan telah mengkhabarkan kepada kami, beliau telah berkata : Wake` telah mengkhabarkan kepada kami dengan katanya: Sufian telah mengkhabarkan kepada kami daripada Abi Ishak, daripada Al-Barra` bin A`zib telah berkata : “ Aku tidak pernah lihat orang yang berambut panjang terurus rapi, dengan mengenakan pakaian merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah S.A.W . Rambut Baginda S.A.W mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Baginda S.A.W tidak terlalu rendah dan tidak pula terlalu tinggi”.
Muhammad bin Ismail telah mengkhabarkan kepada kami, beliau telah berkata : Abu Naim telah mengkhabarkan kepada kami, beliau telah berkata : Al-Mas`udi , daripada Othman bin Muslim bin Hurmuza, dariapda Nafe` bin Jubair bin Mut`im, daripada A`li bin Abi Talib telah berkata : “ Nabi S.A.W tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Telapak dan kakinya tebal. Kepalanya besar,begitu juga tulang sendinya. Dari dada hingga ke pusat Baginda S.A.W terdapat barisan bulu-bulu yang nipis. Apabila Baginda berjalan, Baginda S.A.W berjalan tegap seakan-akan sedang turun ke tempat yang rendah. Aku tidak pernah melihat orang seperti Baginda S.A.W, baik sebelum mahupun sesudahnya”. (HR Bukhari)
Berbalik semula kepada ramalan tarikh Pilihanraya ke-13. Kita tahu 31-8-1957 dulunya jatuh pada hari Jumaat. Manakala 1-9-2012 jatuh pada hari Sabtu. Ia genap 55 tahun usia Malaysia. Ia telah melalui 10 masa. Jika benar demikian, diolah tarikh kemerdekaan, (3+1+8)-(1+9)-(5+7)=12-10-12. Tarikh 12-10-12 (Jumaat) mungkin akan berlaku suatu peristiwa besar juga kerana sebulan selepas itu ditabalnya al-Mahdi.
Jika telahan Pendita menjadi maka mungkin itulah sebabnya beberapa jemaah underground yang disebut tadi seolah-olah bersiap-siaga. Mengapa bank-bank dunia mulai mengumpul jongkong emas juga terjawab. Situasi di negara-negara Arab yang kucar-kacir seolah-olah memberi petunjuk. Tarikh-tarikh yang disebut tadi pula saling berkaitan dan mempunyai jujukan yang unik.
Kedudukan geografi Malaysia serta gelaran "Semenanjung Emas" pada Tanah Melayu dengan majoriti penduduk Islam; Melayu sebuah bangsa misteri tidak diketahui asal-usulnya secara tepat; bangsa yang fanatik dengan agamanya malah pandai bermain senjata; usaha tanpa henti untuk memurtadkan bangsa ini; seolah-olah mereka didalam perancangan Allah.
Apakah pada 1-9-2012 semua ini bakal terjawab?
Sekian.
Ahad, Januari 08, 2012
Analisis Tengkolok Biru dan 901
Sudah lama Pendita mengikuti perkembangan 901. Maklumat lengkap mengenai 901 boleh dibaca di merata internet. Pendita tidak mahu mengulas lebih lanjut. Pada hemat Pendita 901 bukanlah isu besar. Yang menjadi isu ialah dek peristiwa ini, penentuan pilihanraya yang ke-13 mungkin bermulanya negara Malaysia yang baharu! Tuan-tuan dan puan-puan boleh memilih untuk turut serta di dalam perhimpunan tersebut kerana kita bakal menyaksikan sebuah peristiwa yang akan
menjadi penentu keputusan pilihanraya nanti.
Disebalik kekecohan di Malaysia kini, tilikan Nostradamus tentang lelaki berserban biru sedang heboh diperkatakan oleh orang-orang kafir. Beliau dikatakan akan memerintah dunia. Siapakah lelaki ini? Tiada siapa pun tahu.
Out of the country of Greater Arabia Shall be born a strong master of Mohammed,
He will enter Europe wearing a blue turban.
He will be the terror of mankind.
Never more horror.
The Blue Turban King entered into Foix,
And he will reign less than an evolution of Saturn:
The White Turban King Byzantium heart banished,
Sun, Mars and Mercury near Aquarius. (Century IX, Quatrain 73)
Long awaited he will never return
In Europe, he will appear in Asia:
One of the league issued from the great Hermes,
And he will grow over all the Kings of the East. (Century X, Quatrain 75)
Spesifikasi awal 2012 di Malaysia ialah:-
Kod komputer bagi warna biru: #0000FF
Tarikh masihi: 9-1-2012
Tarikh hijrah: 15-2-1433
Bilangan pilihanraya ke-: 13
Nama khas peristiwa: 901
Hasil tambah bagi warna biru dengan kod hex ditukar ke desimal, F=15, F=15. Hasiltambah: 15+15=30, 3+0=3.
Hasil tambah tarikh masihi, 9+1+2+0+1+2=15, 1+5=6.
Hasil tambah tarikh hijrah, 15+2+1+4+3+3=28, 2+8=10, 1+0=1.
Hasil tambah bilangan pilihanraya, 1+3=4.
Hasil tambah 901, 9+0+1=10, 1+0=1.
Hasil tambah tarikh masihi dan hijrah, 6+1=7.
Hasil tambah bilangan pilihanraya dan kod biru, 4+3=7.
Jika diambil hasil tambah kod biru, tarikh hijrah dan masihi, 3+6+1=10, 1+0=1.
Jika diambil hasil tambah kod biru, tarikh hijrah, masihi dan bilangan pilihanraya, 3+6+1+4=14, 1+4=5.
Jika diambil hasil tambah bilangan pilihanraya dan 901, 4+1=5.
Dengan itu, boleh dikira bahawa peristiwa 901 saling berkaitan dengan pilihanraya ke-13 dan kod biru.
Apakah warna BIRU bakal memenangi pilihanraya nanti?
Adakah ia biru MUDA?
Adakah ia biru TUA?
Mari sama-sama kita nantikan!
Sekian.
Isnin, November 28, 2011
Harimau Muda berjuang dengan baik
Pasukan Harimau Muda tidak dapat ke London pada 2012.
Namun, Pendita bangga dengan daya saing yang ditunjukkan oleh pemain kita.
Selalunya, pasukan lawan yang terdesak akan mula bermain secara ganas. Tujuannya untuk mewujudkan suasana gerun di kalangan pemain kita. Hasilnya, ramai yang cedera. Kita faham bahawa mereka mesti dikeluarkan atau kemudian diberi waktu untuk berehat. Pasukan lawan mula bermain rancak apabila mereka nampak pemain kita terhinjut-hinjut. Trend yang sama kita telah lihat ketika pasukan kita menentang sang Garuda muda.
Isu stamina telah kita selesaikan. Sekarang tiba waktunya kita selesaikan isu samseng atas padang.
Di dalam sebuah artikel Pendita dahulu, ada dinyatakan bahawa kita memerlukan pemain seperti Zainal Abidin Hassan. Kenapa begitu? Lihat saja susuk tubuh negro beliau yang sasa serta mampu menggerunkan pemain lawan. Begitu juga dengan Santokh Singh.
Sekarang lihat pemain-pemain handalan kita. Kebanyakannya kecik dan kuruih. Kenapa Pendita perlecehkan mereka? Tidak, ini bukan fasal leceh. Lihat lagi, di dalam semua pemain kita siapa yang steady tanpa kecederaan serius?
Jawapannya ialah: Mahali Jasuli.
Perhatikan susuk tubuh beliau yang sasa dan padu. Jadi, kita jangan melenting apabila Tuan Ong Kim Swee meletakkan Fakri dan Thamil di dalam padang. Salah satu tujuannya adalah untuk meletakkan Abang Long di dalam padang. Ya, mereka mungkin berfungsi sebagai samseng padang.
Mereka mungkin bertanya, Kenapa Pendita berfikiran ganas? Mudah, jika tidak lihat siapa yang terhinjut-hinjut cedera. Ya, kita perlukan lebih ramai Abang Long di dalam padang.
Semasa pertandingan Piala Malaysia yang lepas, Coach pasukan yang tewas pernah mengatakan faktor Hai-O (Hairudin Omar) yang digeruni oleh pemain pasukan yang dipimpin beliau. Perhatikan lagi susuk tubuh Hai-O dan penampilan botak beliau.
Dengan itu, isu samseng padang adalah benar, terang lagi bersuluh. Kalau tak percaya, saksikan video perlawanan lepas di You-Tube.
FAM sila ambil nota dan peduli.
Sedangkan dahulu, Raja-Raja kita mengutus warkah kepada saudara Bugis di Udjung Pandang untuk meminjam pahlawan perkasa "samseng nusantara" untuk menyelesaikan isu politik di semenanjung.
Artikel Pendita kali ini bertujuan untuk menyampaikan ramuan azimat kepada para pemain negara termasuk yang sekecil-kecilnya pemain junior hingga ke setua-tuanya pemain senior.
Inilah azimat untuk pemain Melayu:
a) Darah anda darah pahlawan. Justeru, urat dawai tulang besi kerangka tubuh anda.
b) Minda anda minda bijaksana. Demikian, otak geliga licik sang Kancil pemikiran anda.
c) Maruah anda pantang dicabar. Lantas, jika dicabar maka amuk.
d) Budaya anda halus. Justeru, musuh dihormati
e) Jiwa anda mulia. Maka, bermain helah bukan menipu.
Inilah ramuan untuk pemain Melayu:
a) Jika anda belum tahu bersilat. Belajar silat tua secara peribadi dan rahasia. Ambil pelajaran tapak empat dan tapak tiga dan mahirkan ia semahir-mahirnya.
b) Ambil pelajaran senaman tua. Bersenam secara peribadi dan rahasia. Senaman Harimau jangan dilupakan kerana anda mewakili Harimau Malaya.
c) Ambil pelajaran mandi embun supaya urat anda lebih kuat. Amalkan secara peribadi dan rahasia.
d) Luangkan masa sendirian untuk mendengar keluhan daripada anggota tubuh badan anda. Berkenalan dengan diri sendiri. Sayang diri sendiri. Maafkan diri sendiri.
e) Kawal roh anda dan terbang kedalam tubuh sendiri dari kepala kepada hingga ke ibu jari kaki dan kembali semula.
Sempena cuti ini, pulanglah ke kampung dan berguru dengan orang tua di hujung kampung itu.
Kenapa Pendita suruh rahasia perkara ini? Kerana orang FAM tak reti benda-benda macam ini.
Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)




