Sabtu, November 05, 2011

Salam Aidil-Adha

Selamat Hari Raya Haji..ini ungkapan mudah bagi sesama kita. Dan lebih selesa diucapkan daripada patah perkataan Arab. Seperti juga Hari Raya Puasa. Pendita nampak ungkapan-ucapan tempatan seperti hendak dihapuskan oleh pemuda-pemuda 'alim' yang mendapat pendidikan di tanah Arab. Bagi mereka perkataan seperti 'sembahyang', 'surau', 'buka puasa' mestilah dihapus serta diganti dengan 'solat', 'musolah', 'iftar'.
Sejak purbakala, orang-orang Melayu sudah faham tentang ketuhanan. Istilah-istilah agama ini sudah lama sebati. Istilah 'svarga' dan 'naraka' dalam sanskrit sangat sebati dengan orang-orang Melayu. Mereka sudah lama faham. Apabila orang-orang alim tulen mendakwah di sini dahulukala, tidak timbul soal menukar istilah. Tetapi, pemuda-pemuda Melayu yang mendapat pendidikan di Madina dan Misri contohnya suka benar membuang budaya Melayu sehinggakan kini orang-orang kampung hilang jatidiri.
Akhirnya, mereka anggap budaya Melayu itu darjatnya rendah-rendah saja. Esok kita lihat berapa ramai lelaki-lelaki Melayu berpakaian lengkap baju Melayu ke masjid-masjid bersembahyang sunat hari raya. Pendita pasti, mereka akan berpakaian selekeh dengan fesyen pakaian entah apa-apa dengan kopiah pelbagai rekacipta. Pakailah baju Melayu lengkap. Ia segak bergaya, menampakkan kegagahan lelaki Melayu. Maka gagahlah mereka dengan agamanya.
Malang sekali, ada sebuah parti politik 'alim tak tentu fasal' ini membuang budaya ibu-bapanya ke dalam lubang yang gelap lagi dalam. Budaya ibu-bapanya itu mempertahan, membela, hingga bermandi darah serta renyuk tulang-belulangnya dilupakan begitu saja. Budaya ibu-bapanya meletakkan agama nombor satu, memberi tempat berteduh kepada golongan 'syed' dan 'syarifah'. Malang sekali lagi, golongan 'syed' dan 'syarifah' ini juga memandang budaya yang membela mereka itu rendah-rendah saja. Tetapi demi keuntungan diri dan survival mereka menumpang budaya Melayu.
Budaya Melayu dihentam, ditekan keliling pinggang. Walau teruk mana sekalipun dihina bangsa ini, Islam tetap nombor satu didalam budayanya. Di hujung paling Timur dunia, Islam berkuasa beralaskan budaya Melayu. Membuang budaya Melayu, Islam di hujung benua ini juga akan kelam dan malap. Itulah syarat ganjil di sini.
Selamat Hari Raya Haji
-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...