Isnin, Ogos 05, 2013

Perutusan Aidil Fitri 1434H: 3 perkara di dalam 3 perkara

Di dalam keriangan umat Islam membuat persiapan merayakan hari yang mulia pada 1 Syawal, umat Islam di negara-negara lain membuat persiapan untuk mengkebumikan jenazah mereka yang tumbang dek kejahatan puak mungkar.
Namun di negara kita tidak kurang juga dengan kisah sedihnya. Kebiasaan suasana sedih adalah disebabkan: ayah tidak mendapat cuti, kecelakaan akibat menukang rumah atau membina mercun, tiada bonus hari raya, beraya di kampung sebelah isteri atau suami atau menantu tak balik berhari raya bersama, girlfriend atau boyfriend mintak putus.
Apabila sahaja mendengar laungan takbir mendayu-dayu memecah sunyi, kebanyakan kita di Malaysia akan bersedih mengikut kategori pilihan masing-masing. Moga-moga kesedihan itu adalah berpunca dari kehilangan Ramadhan serta kejayaan mengharunginya.
Mendekati Syawal ini, umat Islam di Malaysia seolah-olah punyai 3 penjuru survival:
1) Akidah al-sunnah wal jamaah.
2) Maruah agama Islam.
3) Ekonomi umat.
Disebabkan ketiga-tiga perkara survival ini, umat Islam terutamanya bangsa Melayu seperti hidup terhimpit di tanah tumpah darahnya sendiri. Ini berpunca dari 3 perkara yang dibenci kafir malah dari kalangan Islam sendiri iaitu:
1) Raja-raja Melayu.
2) Bahasa Melayu.
3) Hak istimewa.
Ketiga-tiga perkara ini sedang giat digugat, difitnah, dicabar kedudukannya. Ini berpunca dari pengkhianatan dari 3 golongan politik iaitu:
1) P1S
2) U12O
3) P1R
Ketiga-tiga golongan ini telah berjaya dengan bergaya hasil filem-wayangnya. Mereka akan kekal berjaya kerana ia berpunca dari 3 perkara Ramadhan yang tidak dijadikan pelajaran:
1) Makan bak manusia kebuluran (tamak).
2) Membeli-belah yang keterlaluan (bazir).
3) Personaliti yang berlainan di siang berbanding di malam hari (pendirian berbelah-bahagi).
Disebabkan ketiga-tiga perkara ini, bangsa Melayu senantiasa terhibur dengan filem-wayang golongan politik dari kalangan Islam dan juga kafir. Ia sama seperti sebuah saluran TV yang akan menayangkan filem Bollywood bertubi-tubi sepanjang Aidilfitri yang 3.
Suasana getir yang dihadapi umat Islam Melayu bukanlah calang-calang. Ia menanti retak nan berkecai. Di dalam keadaan begini, siapa saja akan membantu diri sendiri dan kaum keluarganya. Yang tercicir itu, pandai-pandailah cari jalan keluar. Jikalau masa lapang yang tersedia tidak digunakan untuk mengamalkan ilmu, maka filem-wayang dunia ini nyata akan mencabar pedoman diri. Maka, hidup yang tidak keruan akan:
1) mengugat akidah.
2) tak terbela maruah agama.
3) menjadi hamba ekonomi.
Apabila perkara-perkara ini sudah nyata, maka:
1) Kedudukan Raja-raja Melayu boleh dicabar.
2) Penggunaan Bahasa Melayu hapus secara semulajadi.
3) Tiada lagi hak istimewa.
Apabila ketiga-tiga perkara ini nyata, maka ia boleh dimasukkan ke dalam "inventori sedih" sempena Aidilfitri di tahun-tahun yang mendatang. Kerana umat Islam Melayu akan bersedih semasa bergemanya takbir Aidilfitri tentang 3 perkara:
1) Merempat di tanah nenek-moyang.
2) Tiada tempat untuk mengadu.
3) Berbahasa Melayu menjadi low class.
Dan jika ini adalah nyata, maka anak cucu kita:
1) Lulus setakat Malaysian School Certificate (aliran Inggeris).
2) Disisihkan dari kemasukan National Universities Network (meritokrasi terpilih).
3) Kemasukan terbuka UiTM (tiada lagi lagu 'anak kecil main api').
Jadi, pada masa akan datang tidak mustahil anak-anak Melayu sekadar professional dalam:
1) kebudayaan Melayu dan sejarah Melaka.
2) hal berkaitan keselamatan.
3) keahlian sukan.
Akhir kata, kita sebagai nenek-moyang mereka mesti mengambil pelajaran dari Ramadhan 1434H supaya bencana besar tidak berlaku di zaman anak cucu nanti.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H kepada 53 anggota PENDITAS khasnya serta umat Islam di seluruh dunia!
(Hasil tambah 1434 = 1+4+3+4 = 12 = 1+2 = 3)
-Sekian-

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...