Ahad, Januari 31, 2010

Raja-raja Melayu dari Parsi

Pendita menuntut dengan beberapa guru silat. Kebanyakannya di kampung-kampung dan tidak berpersatuan serta berdaftar. Seorang buta sebelah mata, seorang tidak mahu dikenali cuma hantar utusan untuk disampaikan ilmunya, dan seorang ini pilihan utama Pendita. Beliau tidak dikenali langsung di dalam dunia persilatan moden ini. Tidak berpesatuan, tidak berdaftar dan sangat "low profile". Beliau berasal dari daerah Pagar Ruyong, dari etnik Orang Hulu berjiran dengan orang Minang. Menurut wasiat yang beliau terima mengatakan bahawa raja-raja Melayu asal Parsi di zaman purbakala. Orang Hulu turun daripada raja-raja Melayu asal ini. Baju besi dan pedang diraja masih tersimpan namun tidak diketahui siapakah pemegang amanahnya. Beliau menambah, setiap daripada keturunan ini akan selalu bertemu dengan keturunan ini juga dan mudah akrab seperti ada daya tarikan. Beliau berkata bahawa Pendita sepatutnya dari keturunan itu juga kerana beliau boleh akrab dengan Pendita. Memanglah Pendita dari jurai Panglima Kinta yang asal Sumatera itu.


Masjid Panglima Kinta, Ipoh.

Namun Pendita tidak pasti samada Panglima Kinta ini asal raja-raja di Sumatera. Yang Pendita pasti apabila serunai silat berbunyi, Pendita jadi kuat dan air mata jatuh berjurai. Mungkinkah ini buktinya raja-raja kita asal raja Iskandar Zulkarnain seperti yang disebut-sebut di dalam manuskrip Sejarah Melayu dan undang-undang diraja Brunei itu?

Di dalam Tambo Minangkabau ada disebut perihal putera-putera Iskandar Zulkarnain, "…Tatkala maso dahulu, batigo rajo naiek nobat, nan surang Maharajo Alif, nan pai ka banda Ruhum, nan surang Maharajo Dipang nan pai ka Nagari Cino, nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…”

Rabu, Januari 27, 2010

Adab Berguru

Menurut guru Pendita, di zaman dahulukala anak muda akan mendayung ke hulu sungai menuntut bermacam ilmu terutamanya silat. Guru-guru yang tinggi ilmunya tinggal makin ke hulu sungai. Sudah tentulah yang lagi tinggi ilmunya tinggal di gua-gua gunung di hulu seperti Gunung Ledang. Bayangkan di sepanjang sungai-sungai yang panjang di alam melayu ini seperti Sungai Perak,Sungai Pahang, Sungai Muda, Sungai Muar, Sungai Mekong, Sungai Musi dan banyak lagi. Jaguh-jaguh boleh dikesan di sepanjang sungai-sungai ini.

Mengikut guru Pendita, apabila seseorang murid tamat berguru ada sebuah upacara yang aneh. Iaitu sang guru dan si murid akan bersalaman membelakang diri, tidak bertembung muka. Syarat yang mesti dipatuhi ialah si murid tidak boleh menetap lebih hulu daripada gurunya dan tidak boleh berjumpa selama tiga tahun. Apakah sebabnya sedemikian? Namun, masa berubah. Hari ini tidak ada lagi syarat-syarat sedemikian di dalam persatuan-persatuan silat.

Tetapi menurut rasa Pendita, ada kemungkinan perguruan begini masih wujud di kalangan orang-orang tertentu sahaja iaitu pemegang amanah ilmu tua Melayu. Menurut beberapa orang yang Pendita pernah temui, orang-orang Melayu mewarisi ilmu yang disebut ilmu tua. ilmu ini tidak dimiliki oleh orang-orang Arab. Apabila orang-orang Arab berdakwah, banyaklah ilmu tua ini dikatanya haram walaupun tiada unsur syirik. Maka itu, pemegang-pemegang amanah ini merahsiakan diri. Pernah suatu ketika golongan ini muncul pada peristiwa 13-Mei. Terbeliak mata bangsa lain melihat kehebatan ilmu orang-orang Melayu ini. Apa tidaknya, merangkak lagak Spiderman di bangunan-bangunan sekitar Chow Kit.

Amanat Pendita, telanlah sifat Melayu ini yang dicipta sedemikian rupa. Kita adalah golongan Keshatriya yang bakal membela agama. Kita disimpan di penjuru dunia yang paling hujung serta di kepulauan yang berselerak ini. Ada sebabnya iras kita tidak seperti orang benua India dan orang benua China. Ada sebabnya kita berdaulat dan Islam. Ada juga sebabnya kita dikurniakan ilmu tua. Belajarlah dari guru-guru pondok buruk di kampung tuan-tuan..

Selasa, Januari 26, 2010

The Holy One

Alim ajaran Buddha alam Melayu di zaman purba:-
1) Sakyakirti, Srivijaya
2) Dharmakirti Suvarnabhumi
Mereka boleh dikatakan sebagai ulama' ajaran Buddha di alam Melayu ini. Lihat pula petikan dari sumber: www.bibleprobe.com/buddhatoldofjesus2.htm di bawah ini:-




Siapakah the Holy One itu?
...in the palm on his hands and in the flat of his feet will be the design of a disk
...in his side will be a stab wound
...his forehead will have many marks like scars

Mengikut sumber itu tadi, tanda-tanda itu adalah milik Jesus. Pada pendapat Pendita pula ia mungkin milik Muhammad Rasulullah. Lihat gambar telapak kaki Rasulullah yang terdapat sebuah tanda "disk".



Dari sahih Bukhari terdapat hadis-hadis menceritakan kisah Rasulullah luka parah di muka. Pendita juga yakin Baginda pernah terkena tikaman di badan. Jadi, siapakah pula Siddharta Gautama Buddha? Adakah beliau seorang Nabi yang diutuskan kepada umat Melayu? Mungkin misteri umat Melayu menjadi Islam beramai-ramai terdapat pada peranan Sakyakirti, Dharmakirti Suvarnabhumi serta murid-murid mereka. Mohon Allah bongkarkan rahsia ini..Amin.

Salam Kunjungan

Sejak kebelakangan ini pengetahuan meledak sehingga tidak terkawal lagi. Segala rahsia yang selama ini tersimpan di dalam khazanah nyata dan juga ghaib dapat diketahui melalui internet. Mungkin inikah zaman terbongkarnya kerahsiaan dan juga kekayaan?

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...