Jumaat, Mac 26, 2010

Setinggan syurga

Assalamualaikum!

Jumaat pagi indah sekali. Rasa yang cukup menenangkan kerana esok cuti. Tetapi mengenangkan Jumaat yang agak terkocoh-kocoh ini, Pendita berfikir. Adakah Jumaat kita ini diberkatiNya? Alangkah baiknya jika Jumaat hari cuti.

Ini cerita di dunia. Apa pula cerita di akhirat nanti? Di mana kita di sana? Mengikut riwayat, di sana ada tiga tempat untuk dihuni.

1) Svarga
2) Naraka
3) Tembok di antara keduanya



Pendita tidak mahu menghuni neraka. Begitu pun Pendita tak fikir layak menumpang syurga. Tembok? Ya, mungkin inilah tempat yang sesuai difikirkan dengan amalan baik yang sedikit di dunia ini.

Ramai yang meyakini mereka bakal menghuni syurga atau sekurang-kurangnya taman syurga. Namun, dengan fitnah akhir zaman ini, mampukah kita mempertahankan sekelumit amalan baik itu?

Nampaknya kita lebih mengutamakan dunia melalui amalan keagamaan seperti:-

1) sembahyang istikarah untuk mendapatkan apa-apa kehendak di hati
2) nazar untuk buat kenduri jika doa dimakbulkan
3) baca surah banyak-banyak untuk sesuatu kelebihan

Pilunya..., dengan sifat Allah yang maha penyayang itu, kita tidak mahu membuat amalan hanya kerana amalan, berbuat baik hanya kerana hendak berbuat baik. Tanpa memikirkan ganjaran apa-apa daripadaNya.

Allah memerhatikan gelagat kita ini. Amboi! Sanggup berkenduri jika doa dimakbulkan dapat masuk IPTA. Setiap masa Allah memerhatikan kita. Apa pula tindak-tanduk licik manusia yang berhajat sungguh syurga Allah ini...?

Wahai Allah, bolehkah kami menumpang namaMu sebagai tuhan kami...?
Wahai Allah, bolehkan kami tumpang mengaku nabi Muhammad itu pesuruhMu...?
Wahai Allah, izinkan kami mengaku Engkaulah tuhan kami...
Wahai Allah, bolehkah kami menumpang berteduh di sebuah kawasan di luar pintu syurga sebagai Setinggan Syurga...?

Sekian.

Isnin, Mac 22, 2010

Perkara 152 & Wasiat Raja-Raja Melayu

Assalamualaikum!

Agak lama juga Pendita tidak berkarya. Maklumlah kesibukan ini seperti tidak ada kesudahannya. Hari ni Pendita hendak membawa pembaca yang budiman untuk menyelami maksud yang tersirat di dalam dua perkara yang sangat penting untuk survival Melayu di Tanah Melayu ini. 1) Perkara 152, 2) Wasiat Raja-Raja Melayu.

Untuk pengetahuan semua, Tanah Melayu ini sebenarnya tidak pernah dijajah walaupun sejak tahun 1511. Tanah yang betul-betul tergadai hanya: 1) Pulau Pinang, 2) Melaka, 3) Singapura dan 4) sebuah wilayah kecil di Perak. Tanah inilah dikenali sebagai negeri-negeri selat. Namun begitu, terdapat beberapa siri perjanjian dan persetiaan di antara raja-raja Melayu dengan Inggeris. Perjanjian dan persetiaan ini menyatakan bahawa negeri-negeri Melayu bernaung di bawah Queen.

Dengan lain kata, Inggeris menjaga negeri-negeri ini daripada musuh-musuhnya. Tetapi, sebaliknya berlaku apabila raja-raja Melayu menyokong tindakan Jepun menyerang Tanah Melayu. Maka perjanjian dan persetiaan dikira mungkir. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, raja-raja Melayu telah diugut dengan dilucutkan kuasanya atas alasan treason atau mengkhianati Queen.

Dicadangkan Malayan Union. Orang-orang Melayu menentang hebat usul ini sehingga bangsawan-bangsawan juga turun padang. Dengan persatuan yang kuat inilah kendur the British Empire. Digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Itulah sejarahnya.

Jikalau benar Tanah Melayu ini adalah jajahan Inggeris, tiada siapa boleh menghalang mereka untuk mewujudkan Malayan Union. Kerana yang berkuasa hanyalah Queen bukan raja-raja Melayu. Tetapi dengan isi kandungan perjanjian dan persetiaan itu raja-raja Melayu sebenarnya berkuasa ke atas Tanah Melayu. Dengan kuasa itu maka diwujudkan dua perkara di dalam undang-undang Persekutuan Tanah Melayu iaitu Perkara 152 dan Wasiat Raja-Raja Melayu.

##################################################
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan

(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

#######################################################
Pada hari Sabtu 27 Mac 2010 nanti PERKASA, sebuah badan NGO Melayu akan mengadakan mesyuarat agung di PWTC untuk membincang Perkara 152. Pendita bukanlah anggota pertubuhan ini cuma Pendita cenderung dengan perjuangannya memartabatkan bangsa.



Hari ini, sebilangan rakyat Malaysia mempertikaikan perkara-perkara berkait dengan keistimewaan orang-orang Melayu, bahasa dan rajanya. Pada pendapat Pendita mereka yang bersikap begini umumnya berasal dari negeri-negeri selat. Selama ini mereka selesa dengan pemerintahan Inggeris. Bagi mereka tiada istimewanya orang-orang Melayu, apatah lagi bahasa dan rajanya!

Jikalau boleh, mereka mahu orang-orang Melayu duduk saja di kampung bertani, menangkap ikan, mengaji ilmu akhirat, jual tanah pusaka dan bekerja di perusahaan mereka. Lagi, jikalau boleh orang-orang Melayu tak perlu belajar tinggi-tinggi. Lagi, jikalau boleh mereka hanya mahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sahaja!

Sampai bila-bila pun mereka mahu sukatan matapelajaran Sejarah menekankan maksud 1511 apabila Alfonso si Portugis itu merampas Melaka dengan mudah sekali. Betapi orang-orang Melayu silam tiada kekuatan langsung. Seperti negeri Melaka bersungguh-sungguh membuat tugu kapal Portugis melambangkan kekuatan penjajah Melaka. Ini semua menyimpan maksud 'tewas' di kalangan anak-anak Melayu sejak sekolah rendah lagi.

Anak-anak Melayu ini kemudian dihantar ke England mempelajari segala ilmu di samping membawa balik ego Inggeris yang lagak sombong itu. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan tidak percaya pergilah berjumpa profesor-profesor lulusan England di universiti tempatan. Alamilah lagak sombong mereka itu. Namun begitu, sebilangannya tidak sedemikian. Golongan ego ini cukup fanatik dengan Inggerisnya. Mereka inilah diantara orang-orang yang tidak minat soal survival Melayu: bangsa, budaya, raja dan hak.

#####################################################
KUALA LUMPUR 19 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Mac ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Dr. Mahathir akan diberikan sambutan meriah mengikut istiadat dan kepahlawanan Melayu.

”Setakat ini sudah hampir lapan 8,000 ahli dan 2,000 orang tetamu telah mengesahkan kehadiran mereka pada mesyuarat itu." (Sumber: web Perkasa)

###################################################
Wasiat Raja-Raja Melayu: Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957



Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan rejimen askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini;

Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
###################################################
Sekian.

Selasa, Mac 09, 2010

Raja Melayu asal dari perut bumi?

Benarkah terdapat manusia yang tinggal di dalam perut bumi?



'Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).' (Surah An Anba’ ayat 37)

'My dear King, beneath this earth are seven other planets, known as Atala, Vitala, Sutala, Talatala, Mahatala, Rasatala and Patala..' (Bhagavata Purana 5.24.7)



Edmund Halley (1692) mencadangkan bumi terdiri daripada beberapa sfera didalamnya.



Di dalam Hikayat Sulalatus Salatin di bawah tajuk 'Hendak Mengetahui Isi Laut' itu menceritakan:



#####################################################
Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, "Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupa­nya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya." Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam.

Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas. Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran; maka baginda pun terlalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada ter­kira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang di luar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam.

Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun Teriggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.

Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan me1ihat segala yang indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguh­nya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya ; tetapi mereka itu seterigah Islam dan seterigah kafir.

Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran itu, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengarig dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu'l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang mem­bawa baginda itu, "Orang mana ini?" Maka sembah orang itu, "Baharu datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu." Maka Raja Aktabu'l-Ard bertanya kepada Raja Suran, "Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari ini?" Maka sahut Raja Suran, "Adalah Hamba ini datang dari dalam dunia: Hambalah raja segala ma­nusia, nama Hamba Raja Suran."

Maka Raja Aktabu'l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, "Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?" Maka sahut Raja Suran, "Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya." Setelah Raja Aktabu'l-Ard men­dengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya mengucap subhana 'llahu'l malikul'l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu'l-Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.
####################################################



Mengetahui hal ini, Kapten Symmes pada tahun 1818, meminta pihak berkuasa memberinya sebuah geran penyelidikan untuk membuktikan bahawa terdapat laluan untuk ke dalam bumi melalui Kutub Utara.



Perkara yang sama dilakukan oleh Laksamana Byrd pada tahun 1947 apabila beliau tak semena-mena masuk ke dalam bumi semasa melakukan rondaan biasa di Kutub Utara. Beliau menceritakan perihal penduduk di situ.



Di dalam lagenda Hindu tempat ini disebut sebagai Agartha. Dikatakan terdapat beberapa terowong untuk ke tempat ini. Kebanyakannya terdapat di kawasan tinggi.





Persoalan: Mengikut Sejarah Melayu, Seri Nila Pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Seri Nila Utama dan Seri Krishna Pandita.

1) Adakah mereka menaiki pesawat atau permaidani terbang, mendarat di puncak Bukit Siguntang Mahameru? atau
2) Adakah mereka keluar melalui terowong bawah tanah dari Kerajaan Raja Aktabu'l-Ard itu?

Manakala peti berpesawat yang dinaiki Raja Suran itu mungkinkah improved design pesawat UFO? Kerana pesawat sebegini ini boleh terbang dan mendarat secara menegak. Dengan itu, sesuai melalui gua-gua yang terdapat di gunung-ganang.



Sekian.

Jumaat, Mac 05, 2010

Raja Melayu, raja segala raja

Di antara segala raja, Pendita anggap Raja Melayulah yang tinggal berdaulat. Di dunia ini terdapat 10 Raja Melayu yang berdaulat di dalam perlembagaan: Malaysia 9, Brunei 1. Dengan maksud lain, bilangan Raja-Raja Melayu adalah paling ramai berbanding bangsa lain. Benua India tiada lagi Maharaja. Benua China tiada lagi Emperor. Jadi tidak perlulah kita bangga sangat dengan tamaddun benua-benua ini.

Walaupun di Indonesia masih lagi ditabal raja tetapi ia adat tanpa kuasa di dalam pemerintahan. Kawan kepada saudara Pendita terkejut kerana rakan yang dikenalinya itu baru-baru ini dipanggil pulang ke Tanah Minang untuk ditabal sebagai raja. Jadi baginda sekeluarga pun berpindah ke Indonesia. Dari orang biasa tiba-tiba jadi raja. Rupa-rupanya baginda tidak sedar bahawa dialah pewaris.

Tetapi ia berlainan bagi Acheh yang mendapat otonomi. Pendita mendapat tahu bahawa di dalam perlembagaannya, sultan adalah pemerintah. Namun di Acheh kita tidak dapat melihat sultannya kerana baginda berada di semenanjung disembunyikan sebagai langkah keselamatan. Dengan kuasa otonomi, undang-undang syariah serta simpanan minyak di dalam tanah berkali-ganda dari Arab Saudi manakan tahan nafsu manusia untuk mengambilnya apatah lagi puak kafirun dan munafik. Pendita mendapat tahu permohonan Petronas untuk mencarigali ditolak Acheh atas nasihat alim di sana.

Jadilah bilangan Raja Melayu yang berdaulat seramai 11. Darah Iskandar Zulkarnain masih pekat mengalir di dalam tubuh raja-raja kita. Hingga kini kedaulatan masih bertahan. Pendita pernah mendengar pendapat beberapa kerat orang kita yang tidak percaya pada kuasa genetik. Dengan gen yang tertentu, seseorang mampu bertahan bekerja di tengah panas. Dengan gen juga para peguam ramai daripada kaum 'itu' sebab suka putar-belit, putar-alam.

Hal yang serupa pada gen raja-raja. Walaupun seseorang itu orang biasa tetapi berdarah raja, dia tetap bersifat seperti layaknya raja.Contohnya: suka bekerja sendiri, suka memimpin, dan berpolitik. Misal kaitan genetik: Tunku Abdul Rahman-Raja Kedah moden, Tun Razak-Raja Bugis, Tun Hussein Onn-bangsawan Johor & Turki, Tun Mahathir-bangsawan Kedah & India professional, Tun Abdullah-Raja Siam/Kedah lama, Najib Tun Razak-Raja Bugis. Pendita tidak pasti status keturunan Anwar Ibrahim. Jika beliau berdarah raja juga ada kemungkinan boleh berkuasa di Tanah Melayu, tanah adat dan daulat ini.

Pendita percaya semua nabi adalah daripada baka yang baik-baik belaka. Allah memilih baka yang baik sahaja untuk dilantik nabi. Cuma pengikut-pengikut nabi membawa baka-baka yang lemah tetapi kuat setelah menganut ajaran yang dibawa. Perkara baka ini penting kerana didalamnya tersimpan maklumat tertentu. Dengan maklumat inilah pewaris mampu bertindak layaknya raja-raja.

Bilangan cucu-cicit raja-raja di semenanjung ini masih ramai. Kerana itu, semenanjung Tanah Melayu masih utuh berbanding kawasan-kawasan lain di nusantara. Seperti Anai-Anai cicit Raja Siam dan SriKandi cicit Raja Jawa (dua-dua ni macam tak boleh bertemu nampaknya...).

Apakah kuasa yang ada sehingga British Empire tidak mampu menjatuhkan Raja-Raja Melayu? Hanya orang-orang istana yang tahu rahasianya...

Sekian.

Rabu, Mac 03, 2010

Undang-Undang Tanjung Tanah

Hari ini Pendita hendak membawa anda semua melihat sebuah manuskrip undang-undang dari Kerinchi yang dikenali sebagai Undang-Undang Tanjung Tanah. Ia adalah hasil terjemahan pakar-pakar bahasa dari University of Cambridge. Berdasarkan analisis radiocarbon ia telah wujud diantara tahun 1304-1370.

Pakar-pakar Cambridge hairan, 'How then is it possible that the Tanjung Tanah manuscript could survive for almost 700 years in a small village in the interior of Sumatra?'.

Di negara kita, kaum Kerinchi boleh ditemui di Kampung Kerinchi dekat Universiti Malaya, Hulu Langat dekat Air Terjun Sungai Congkak, Parit di Perak. Pendita mendapat tahu bahawa kaum ini sangat rahsia dengan pusaka mereka seperti ilmu persilatan dan lebih-lebih lagi ilmu harimau yang cukup terkenal itu. Mengikut cerita lama dulu, apabila tetamu Kerinchi yang memiliki ilmu harimau ini bertandang, dia akan mencari lantai yang berlubang. Supaya boleh melabuhkan 'ekor'nya yang sedikit terbonjol. Kaum Kerinchi suka kawasan bergunung-ganang. Mereka inilah yang sebenarnya Bangsa Gunung.

Bercakap tentang ilmu harimau ini, ia umumnya ada dua jenis. Iaitu: 1) Pengamal mampu bertukar harimau. Tetapi harimau ini bukannya berbentuk harimau di Zoo Negara. Ada sedikit lain. Pendita sendiri belum pernah melihatnya. 2) Pengamal mempunyai harimau jelmaan ghaib. Harimau ini adalah pusaka. Ia digunakan sebagai kenderaan dan juga menjaga keselamatan.

Pendita pernah menuntut sekerat jalan silat harimau (yang tidak berdaftar). Anehnya guru tersebut hanya menghantar wakil untuk menyampaikan disamping pemerhatian jin. Ishh..takut juga Pendita masa tu. Maklumlah budak form-five. Pendita pun ikut saja. Ada sesuatu tentang harimau tingkis, mandi di tujuh kuala sungai dan macam-macam lagi. Menarik, menakutkan. Tetapi Pendita tidaklah sampai boleh bertukar jadi harimau! Sekarang Pendita hanya sebut nama-nama tuhan. Itu sahaja.

Jikalau anda gerun, sebelum kahwin semak bakal pasangan anda dulu. Tetapi jikalau cinta mengatasi segalanya bolehlah anda menerima calon pasangan anda itu dan pasrah. Cuma Pendita berpesan. Bila dah kahwin nanti, jangan gaduh-gaduh..

Berbalik kita kepada manuskrip ini, ada disebut tentang 'mandalika'. Kita tahu Raja Mandalika meletakkan Batu Bersurat di Terengganu diantara tahun 1326-1386. Siapakah Raja Mandalika yang Islam itu? Pada waktu yang sama kita tahu Raja Melaka Parameswara dikatakan Hindu. Persoalannya, Raja Mandalika disebut didalam manuskrip dan batu bersurat pada zaman yang selari. Adakah benar Melaka itu diperintah raja Hindu atau mungkin nama seperti India tetapi Islam. Lihat diakhir manuskrip ini tercatat,'allah huwa huwa nallah'.










#####################################################################
The first page is in such a bad condition that not a single letter can
be deciphered.

Page 88:
............................................
...çri...ka...satita..........
masa wesaka //
.. ong //..// jYasta masa titi
kresnapaksa //.. // diwasa ...
pduka sri maharaja karta.........
çri gandawangça mradanamaga...
... saka....... kartabe..........

Page 89:
anugraha at..sang...kamtta
nrang pda mandalika di bumi kurinci ...
si lunjur kurinci maka ma...
ha sanapati prapatih samaga
t prabalang-balangngan disa pra...
di s..idangnga desa hallat...
hallat di desa pradesa banwa
sahaya, jangan.............

Page 90:
pda dipatinya yang surang-surang.......
barang tida... da pda dipati, dwa ta
hil sapaha dandanya // sadang
panghulunya bahawumman tYada
ya manurunni, tYada ya manurunni
pahawumman, mangada ...kah kalahi,
didanda satahil sapa-

Page 91:
ha // jaka balawannan kadwa sama
kadanda kadwa // punarapi jaka mangannakan
judi jahi, yang adu mra...
danda satahil sapaha, yang bajudi
kadanda satahil sapaha surang-
surang, gaggah rabut dirampassi malawan
mangunus karris ....... tumbak
bunuh / mati bala ...... ngaka

Page 92:
da dusun nurang dunungngan ... rati
maling manyamun dYangkatkan nurang
managih marusak rumah orang
maling rusuh cangkal b..tupa
banwakan, sanggabumikan bunuh
anaknya trenyata panjing kedalam
saparu lawan dipati yang dunungngannya
didanda dwa tahil sapaha // pu-

Page 93:
narapi jaka orang mamagat paocap
wurang dipiraknya olih orang
orang yang mamagat, didanda satahil
paha //..// punarapi barang mangubah
sukattan gantang cupak katiyan,
kundre bungkal pihayu
didanda satahi sa(pa)ha barang
manunggu orang tida tang amat

Page 94:
pda panghulunya orang yang ditunggu
mangadakan rannyah baribin didanda
satahil sapaha yang
manyuruh pwan sama dan-da kaowa, barang
mamagang orang tandang bartah...mahulukan
judi jadi sabung maling, barang
mamagang didanda satahil sa-

Page 95:
paha //..// barang orang nayik ka
rumah orang tida ya barsarru barkuwat
barsuluh, bunuh sanggabumikan
salah ta olih mamunuh
sanggabumikan oleh dipati
barampat suku, sabu suk....
xxxnuh sabusuk tida

Page 96
mamunuh //..//maling kambing maling
babi danda sapuluh mas, maling
anjing lima mas, anjing basaja,
maling anjing mawu sapuluh
mas, anjing dipati pwan sakYan
// anjing raja satahil
sapaha // maing hayam sa-

Page 97:
haya orang bagi as pulang duwa //
hayam bannwa sikur pulang tiga //
hayam kutra bagi sikur pulang lima //
hayam dipati ayam anak
cucu dipati bagi sikur pulang tujuh //
hayam raja bagi sa pulang dwa
kali tujuh // hayam banwa lima

Page 98:
kupang, hayam pulang manikal //
hayam putra tangngah tiga mas //
hayam hanak cucu dipati hayam
dipati lima mas // hayam
raja sapuluh mas // barang mangiwat
orang, da dandanya satahil
sapaha, orang pulang sarupanya //

Page 99:
jaka orang tandang bajalan basaja,
bawa minam makan lalukan // barang
sYapa orang mambawa atnya panjalak
pasunguhhi hantar tati dusun,
pakamitkan olih orang punya
dusun // maling tuwak di datas
di bawah didanda lima mas //

Page 100:
maling bubu, bubu ditimbunni padi
sipanuhnya, jaka tidak tarisi
lima mas dandanya // barang mangubah
panycawida, didanda lima tahil
sapaha // barang bahilang orang mata
karja yang purwa, sakati lima dandanya
// .. // barbu // barang sYapa ba-

Page 101 :
rbunyi dusa sangkita, danda dwa tahil
sapaha // maling tapbu dipikul
dijujung digalas, lima kupang
dandanya // jaka dimakan dipahanynya
tanamannya tanamkan, sabatang
di kiri sabatang di kanan dikapit,
diganggam sabatang di kiri

Page 102:
sabatang di kanan .. dibawa pulang
tida dusanya makan tabu itu
maling birah kaladi hubi tuba
dipahamba dwa puluh dwa lapan hari,
tida handak dipahamba, lima mas
dandanya // maling bunga sirih pinang orang
atawa sasanginya, dwa puluh dwa lapan ha-

Page 103
ri d(i)pahamba, tida handak dipahamba
lima mas dandanya // maling padi satahil
sapaha dandanya // maling hubi
bajujungngan lima kupang, yang tida bajujungngan
lima mas dandanya // maling tallur
hayam itik prapati ditumbuk
tujuh tumbuk lima tumbuk orang ma-

Page 104:
nangah-i, dwa tumbuk tuhannya mukanya
dihusap dangan tahi hayam tida tarisi
sakYan tangah tiga mas dandanya //
maling isi jarrat, anjing sikur ya piso
rawut sahalai dandanya // maling
pulut isi pulut langnga satapaiyan
dandanya, tida tarisi tangah tiga

Page 105:
mas dandanya // maling kayin, babat
bajeo distar pari rupanya,
sapuluh mas dandanya // maling basi
babajan lima mas dandanya // maling
kuraisani lima mas // maling labaja
tupang, sapuluh mas dandanya, tida
tarisi dibunuh // orang maru

Page 106:
gul si dandanya // orang maragang dwa tahil
sapaha, tida tarisi sakYan
dibunuh // maling hampangan
tuwak saparah odang sadulang biyuku
sikur, babi hutan sikur
tida tarisi sakYan sapuluh mas
dandanya // maling takalak panyali-

Page 107:
n hijuk lima kupang // panyalin
mano rutan lima mas // panyalin
hakar sapuluh mas // maling antilingngnan23
lima mas // maling pukat
jala, tangkul, pasap, tal.ay,
gitrang, lima mas dandanya, mambakar
dangau, babinama dangu paka-

Page 108:
rangan orang, babinasa talla lenay
panaleyyan nurang, hatap
dinding lantai rangau, lima mas dandanya
// punarapi jaka bahutang mas
pirak riti rancung kangca tambaga silamanya
batiga puhun // singgan
sapaha hayik mas manikal //
jaka bahutang barras padi, jawa, ja-

Page 109:
gung hanjalai, dwa tahun katiga jamba
barruk, labih dwa tahun katiga
hingganya manikal // punarapi
jaka orang mambawa parahurang, tida
disalangnya, hilang pacah binasa,
dwa mas dandanya // jaka ya disallang...
hilang ta ya pacah binasa saraga

Page 110:
nya bayir bali, jaka tida silihhi
sarupanya // tida ya ...............
liwat dari janjang, tuwak sata.....
n hayam sikur kapulangannya //
biduk pangayuh galah, kajang lantai
pulangan, itu pwan sakYaraknanya
// punarapi jaka orang

Page 111:
tuduh manuduh, tida saksinya, tida
cina tandanya, adu sabung, barang
tida handak sabung jalahkan //
penarapi jaka orang mabuk panning
salah langkah salah kata salah ka(?)-
kakappan, mambayir sapat sicara
purwa // punarapi jaka orang ba-

Page 112:
dusa sangkita hiram tallihnya,
ballum ta(ng?) suda pda da(pa)ti, dapattan
ta olih jajanang, kanna danda tamu(?)-
wan dwa kali sapaha, sapaha
ka dalam, sapaha pda jajanang
lawan dipati // dipagat olih mantri
muda di luwar hinggan tangngah tiga

Page 113:
mas tida jajanang dipati barulih
// jaka baralahhan lima mas samas parulihan
dipati // hinggan sapuluh mas
ka datas batahillan, dwa mas
parolihan dipati // punarapi pda
bannwa // pda sahaya sapuluh tangngah
tiga mas sipattanynya sapu

Page 114:
luh mas pda di(pa)ti tangngah tiga
mas pda orang peonya anak // bana
jaka ya bapungutkan hanak
nya, dipati dipanggil dahulu
bakarja pda dipati, jaka dipati kudiyan
olih bakajakan hanak
didusakan, sakYan ta bunyi-

Page 115:
nyatnya titah maharaja dra
mmasaraya // yatnya yatna sidang mahatnya
sa-isi bumi kurinci
si lunju kurinci // sasta likitang
kuja ali dipati diwaseban
di bumi palimbang di ha...
dappan paduka ari maharaja dra-

Page 116:
mmasraya //&//..// barang salah
silitnya, suwasta olih sidang mahatmya
samapta //&//
pranamya diwang çri samaleswarang
aum // pranamya çri sadiwam, trelukyadipati
stutim, nanadattru (?)

Page 117:
dretang waki tnitri satrasamuksaya
m//..// // pranammya
nama, tunduk manyambah, sirsa na(ma) kapala,
diwa nama diwata, tre nama surga
damYa pratala, dipati nama labih
dreri pada sakalliyan
nama nama banyak, dretang na

Page 118:
ma yang dikatakan, satra nama
yang satra, samuksayam nama
sarba sakalliyan // & //. //
ini saluka dipati ///
Page 119:
...............................
...............................
...............................
dangan mabuka ki(wa?)ka layang..........
mah................ maka kita baca duwa ...
m tujuh ............. juh kali si(?)
yang tujuh kali malam baca dangan
sacilas diri danga-

Page 120:
n sukacita cuci diri dan
sukacitahan hastari
kita, sahaya kita sakaliyan
sa... marabaya kita ...ranak
kita barang siyapa nayapa........
danya du...wa hini,..............
guri hanu gara 'allah huwa
huwa nallah
&//
###########################################################
Sekian.

Selasa, Mac 02, 2010

Persetiaan Naning

Gambar dibawah adalah Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia, editor Encik Yusof Cha. Diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia. Di dalam buku ini terdapat segala macam perjanjian yang terpaksa dibuat demi menjaga maruah dan keselamatan rakyat. Apabila kita meneliti dokumen-dokumen ini terbayang betapa beratnya mereka menandatangani dokumen-dokumen tersebut.




Pendita mengambil dokumen Persetiaan dengan Naning 1801 sebagai tambahan kepada artikel sebelum ini untuk rujukan rakyat jelata. Bacalah dan cuba kenang betapa mereka menghadapi kepayahan dahulu supaya kita mengambil iktibar daripadanya.

###########################################################
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING

Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut:-

Perkara 1
Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara 11
Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana sepatutnya.

Perkara 111
Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang).

Perkara 1V
Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain.

Perkara V
Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara V1
Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.

Perkara V11
Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana¬-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara V111
Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa¬-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara 1X
Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk Melaka, yang mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.

Perkara X
Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.

Perkara X1
Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara X11
Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

Perkara X111
Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara¬-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.

Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya.

Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.

(Tandatangan) A. TAYLOR.

Ikrar Penghulu dan Pembesar Naning

Kami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini, dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.

Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.
###############################################################
Sekian.

Isnin, Mac 01, 2010

Derap Komando: Pejuang warisan



Lagu di atas adalah diantara lagu-lagu kegemaran Pendita jaman muda dulu. Semasa Pendita belajar di luar negara, lagu ini memberi semangat juang, kembali ke tanahair demi anak bangsa, agama dan warisan. Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...