Jumaat, Julai 29, 2011

Harimau Malaya bertahan

Ya, betul kita tidak tewas pada pertarungan malam tadi. Cuma kita tidak layak ke pertandingan seterusnya pada kelayakan Piala Dunia 2014.



Pemain-pemain kita gigih berusaha untuk melayakkan diri ke pertandingan seterusnya. Namun, inilah nasib kita.

Pada pandangan Pendita, pasukan Singa bukan jaguh kerna:-

a) Mereka memberi upah kepada pemain-pemain pendatang.
b) Mereka bermain lengah untuk membunuh mood pemain lawan.
c) Mereka mudah tercedera untuk "kill the time".

Oleh kerana mereka bermain kotor, maka layaknya mereka untuk bertanding pada peringkat seterusnya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sebab "they did not earn the respects".

Pasukan kita, pada pandangan Pendita, sudah cukup ramuan. Permainan kurang berprestasi pada malam tadi adalah disebabkan oleh:

a) Mereka keletihan kerana dibebani pertandingan yang terlalu kerap.
b) Ada sebilangannya cedera kerana kerap bermain.
c) Mereka dibebani tekanan untuk menang.
d) Mereka tidak mampu mengawal amarah.
e) Mereka masih belum mempunyai ikatan spiritual semasa sendiri.

a) Keletihan
Jadual pertandingan yang terlalu kerap meletihkan para pemain. Tambahan lagi dengan dua kekalahan teruk didalam pertandingan dengan kelab-kelab Inggeris sedikit-sebanyak memberi kesan negatif terhadap emosi maka trauma.

b) Cedera
Jadual pertandingan yang kerap juga penyebab kepada kecederaan beberapa pemain handal. Kita jangan ingat kecederaan berlaku ketika bertanding sahaja. Kecederaan boleh juga berlaku apabila otot, tulang dan sendi diberi tekanan berterusan.

c) Untuk menang
Para-para menteri, kerabat diRaja, penyokong-penyokong serta jurulatih sentiasa mengharapkan kemenangan daripada skuad Harimau Malaya. Apabila menang mereka disorak dan dilimpahi dengan segala macam pujian. Tetapi, apabila tewas mereka dikeji.

d) Amarah
Cenderung untuk cepat naik hangin penyebab kepada permainan bersepah lagi berselerak. Pendita lihat pemain-pemain kita masih belum upaya mengawal marah. Marah itu perlu, berlebihan pula memakan diri dengan itu merosakkan mood permainan.

e) Ikatan spriritual
Ikatan spiritual, pada hemat Pendita, bermaksud upaya merasa panggilan rakan sepermainan. Apabila pemain-pemain boleh merasa rakan meminta bola, pemain lawan sukar meramal tindakan selanjutnya. Ikatan ini boleh dicapai apabila setiakawan wujud dengan ikhlas sesama rakan.

Sekarang, kita beralih tumpuan kepada skuad Olimpik untuk mencipta kejayaan. Harimau Malaya tetap garang!

Sekian.

Khamis, Julai 28, 2011

Panthera Tigris Jacksoni - Harimau Malaya

Ya, Harimau kita sudah bersedia menebus maruahnya yang dicalar Sang Singa Temasik akibat gelanggang plastik dan waktu pertarungan yang tidak menghormati Allah.

Hari ini kita menghormati Dewata Mulia Raya (gelaran bagi Allah pada Batu Bersurat Terengganu) dan kita sediakan gelanggang tulen untuk pertarungan adil.

Kita ambil semangat jatidiri Harimau Tingkis di tujuh kuala sungai.

Sang Singa hanya jaguh pulau tak kemana.



Panthera Tigris Jacksoni itulah gelaran saintifik bagi Harimau Malaya. Harimau ini hanya terdapat di semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan pasukan bolasepak kita. Hanya sukan ini jadi sandaran maruah negara Malaysia.



Tanah tumpahnya darahku...tanah yang dipertahan nenek-moyang dengan banting tulang serta percikan darah demi anak-cucu...

Kepada sekalian penyokong, niat dan hantarkan gelombang tenaga anda kepada pemain-pemain kegemaran anda supaya mereka lebih kuat dan bijak.

Ya! Malam ini kita baham mereka cukup-cukup.

Sekian.

Rabu, Julai 27, 2011

Raja-Raja Kedah

Pada 22 Julai 2011 iaitu Jumaat minggu lepas, Prof. Madya Dr. Zahir bin Ahmad, Universiti Malaya telah membentangkan hasil terjemahan sebuah teks lama ke dalam versi teks rumi. Tajuk teks lama tersebut adalah "Kitab Peringatan Raja-Raja Kedah". Isi kandungan teks tersebut adalah berkaitan adat dan budaya Melayu turun-temurun di negeri Kedah.



Apa yang menariknya ialah ia berkenaan adat tata-susila bangsa Melayu. Maksudnya, istana Kedah sejak Tuanku Merong Mahawangsa (naga dari keturunan raja-raja besar) mengamalkan budaya Melayu.

Menarik lagi sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad, raja-raja Kedah menggunakan gelaran "Phra Ong" bunyi "fera ong". Bolehkah kita sebut sebagai "Fir aun" seperti yang tercatat di dalam teks-teks purba?

Tetapi jangan terkejut beruk! Atau kata orang Kedah buta perut. Seorang raja Firaun yang mengejar Nabi Musa itu sahaja yang betul-betul kena laknat.

Raja-raja Firaun yang lain ada yang baik lagi taat. Contohnya, Nabi Yusuf mengambil isteri puteri Firaun bernama Asnat. Walaupun baginda dari puak Israel namun baginda adalah seorang Nabi Allah jua.

Berbalik kita di semenanjung Tanah Melayu yang berkat ini. Tanah Melayu bukan tentang tanah Siam. Kalau Siam juga maka kitab-kitab Undang-Undang Kedah dan Peringatan Raja-Raja Kedah mestilah di dalam teks Siam yang berbelit-belut itu. Ya, ada dua-tiga kerat orang Kedah berkereta pacuan 4-roda sampai ke Luang Prabang pasai nak buktikan pengaruh Siam di dalam istana Kedah.

Depa ingat kalau betoi buleh besaq kepala kot.

"Ya Tuanku Merong Mahawangsa! Patik hendak mengadu kepada Tuanku bahawa ada beberapa ketoi rakyat Kedah ini buat onar, kununnya keturunan Tuanku ini Siam. Manakala Melayu itu puak menumpang di Tanah Melayu ini. Patik pohon Tuanku nasihatkan mereka supaya berbudi bahasa sedikit."

Di negeri Melaka, negeri Sembilan dan Kelantan terdapat bilangan besar masjid lama yang berbumbung rekabentuk piramid. Pada puncak bumbung masjid-masjid ini terdapat suatu tanda yang unik. Dan tanda ini diletakkan pada tempat paling tinggi pada masjid. Tanda ini adalah sesuatu yang perlu dikaji. Apa tanda itu?

Mereka kata, rekabentuk masjid lama di negeri Melaka adalah rekabentuk China. Pendita kata ia bukan rekabentuk China. Ya, orang-orang China telah membina tembok besar dari batu-batuan, tetapi mereka tidak mahir mengukir dan membina dari bahan kayu-kayan.

Hipotesis Pendita ialah rekabentuk masjid ini boleh dikatakan sebagai "the Malay temples" atau kuil-kuil Melayu sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad.

Pun begitu, kita tahu Islam adalah sejak Nabi Adam. Kita masih belum ketemu bukti Islam syariat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad di Tanah Melayu ini. Pendita yakin majoriti Melayu zaman dahulu penganut Islam sekurang-kurangnya syariat Nabi Ibrahim dan hampirnya Nabi Musa.

Sebelum Tuanku Merong Mahawangsa tiba di negeri Kedah, penduduk-penduduk asal selain orang-orang asli telah hidup bertamaddun. Buktinya adalah penemuan arkeologi di lembah Bujang oleh pakar-pakar dari Universiti Sains Malaysia.

Musykil, mereka menerima Tuanku Merong Mahawangsa dengan tangan terbuka. Baginda adalah dari keturunan raja besar iaitu Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam surah al-Kahfi. Baginda Iskandar sangat diketahui oleh puak Yahudi ketika mereka cuba membuktikan kenabian Muhammad dengan bertanyakan tentang Zulkarnain. Kerana Raja Iskandar pernah membantu puak-puak Israel pada suatu ketika zaman dahulu.

Jangan hairan, Bani Israel dan Yahudi itu dua perkara yang berlainan. Sila rujuk surah al-Baqarah. Ya, saintis di USM Kubang Kerian pernah membuat ujikaji DNA orang-orang Kelantan. Hasilnya, mereka mempunyai sekitar 30% DNA trait Mediterranean, peratusan yang agak besar. Trait Mediterranian ini juga dimiliki orang-orang Arab Syria, Palestin dan Yahudi. Tetapi beranikah kita mengaku sebagai Bani Israel walaupun ramai para nabi dari puak ini? Lupakah kita sebuah doa Nabi Ibrahim tentang keturunan baginda?

Kajian sarjana Yahudi mengatakan terdapat sebuah puak Israel yang hilang tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini. Puak ini tidak tahu-menahu bahawa mereka itu puak yang hilang, dengan itulah definasi "the lost tribe".

Dan kita tidak pernah tahu punca bangsa Malayu ini. Kita tidak tahu bahawa sarjana barat sedang mengkaji kita. Kita juga tidak tahu apakah yang mereka bincangkan tentang kita.

Apa ni, semua tak tau?

Ya, ada satu perkara yang kita sangat tahu. Para pendakwah Islam syariat Nabi Muhammad dengan mudah mengIslamkan orang-orang Melayu termasuk rajanya. Perkara ini tidak berlaku di India, China, Jepun, Korea, hatta negeri-negeri Arab. Tidak perlu bala tentera Islam datang ke Tanah Melayu ini untuk memperkenalkan Islam. Apakah ini berkat doa Nabi Ibrahim?

Sekian.

Sabtu, Julai 23, 2011

Sang Harimau kurang selesa di pulau Sang Singa

Harimau Malaya tewas lagi!

(Mungkin bala sebab bermain waktu Maghrib atau sembah-Hyang ditinggalkan...)

Tapi tidak mengapa kerana kesalahan yang telah dilakukan boleh ditebus semula di Bukit Jalil tempat berkubangnya Sang Harimau. Kita tidak berputus asa dengan pasukan kuning-belang-biru ini kerana mereka telah bersusah-payah dengan segala usaha tulang empat kerat.

Apapun Pendita tetap sokong!



Ayo! Kita penuhkan Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai ini. Dan kita mengaum kuat-kuat biar pemain-pemain pendatang mereka terkucil di tanah kita!

Sejak beberapa pertandingan baru-baru ini, Pendita dapat simpulkan bahawa untuk bersaing di peringkat antarabangsa, kita perlukan pemain-pemain bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian tertentu.

Kadang-kadang Pendita lihat kita seperti bermain budak-budak dengan orang dewasa atau mudahnya seperti pasukan sekolah rendah melawan pasukan sekolah menengah. Kerna, mereka sewenang-wenangnya mengasak dengan badan. Tetapi mereka ini pula manja, kena kuis sedikit jatuh tergolek-golek macam lipas kena sembur Sheltox.

Pihak FAM mestilah meneliti perkara ini supaya anak-anak kecil kita yang kaki bola boleh mula men-sasakan badan masing dan mengambil makanan berkhasiat supaya lebih tinggi. Harapannya, bakal-bakal pemain Harimau Malaya 2020 bersaiz seperti mamat-mamat di dalam liga Inggeris.

Pemain-pemain kita cekap dan handal. Namun, tubuh badan kurus dan mudah ditolak macam itu aja. Kita perlukan susuk tubuh macam Zainal Abidin Hasan!

Sekian.

Sabtu, Julai 16, 2011

Tirisnya benteng Inggeris...

Tirisnya benteng Inggeris. Ya, itulah dia pemain-pemain Harimau Malaya yang berjaya men-dongeng-kan bahawa kelab terkemuka Inggeris, Liverpool tidak mampu dibolosi pemain-pemain negara. Walaupun kita tewas tanpa gol dengan "meriam" Arsenal, namun anak-anak Bnei Jawi ini bangkit dengan penuh garang! Kemudian kita lihat pula bagaimana pemain-pemain handalan kita lolos gawang pasukan Chelsea.



Siapa bilang Inggeris penjajah Tanah Melayu? British hanya mengawal hal-ehwal pentadbiran Tanah Melayu. Apapun projek mesti mendapat perkenan sultan. Jadi siapa kata Inggeris serba hebat?

Kita tidak perlu rasa rendah diri dengan bangsa Eropah walaupun anatomi kita memang rendah. Namun, kita hebat dengan bangsa Eropah kerana kesemua mereka sudah kita halau dari "tanah yang diwariskan" Allah ini. Tetapi masih tinggal, tidak banyak, puak-puak kafir lahanat mongoloid yang cuba merosakkan sistem adat kita turun-temurun sejak bertapaknya kerajaan waris Iskandar Zulkarnain yang muslim itu.

Malangnya, mereka dilindungi oleh golongan yang berkopiah runcing dengan lilitan kain serban bewarna hijau. Dengan pakaian serba kuning pula, mereka mempermainkan warna diRaja untuk menuntut benda-benda yang mereka kepingin sangat sebab haloba. Kerna mereka tidak puas hati melihat anak-anak Melayu makin garang didalam profesion masing-masing. Mereka juga sakit hati melihat orang-orang Melayu mula kehadapan di dalam perniagaan. Bagi mereka, dengan "warna kuning" orang-orang Melayu disusahkan lantas dimundurkan sepertimana mula-mula merdeka dahulu.

Mereka tidak suka dengan permainan politik kita yang licik. Justeru dengan kelicikan itu, masyarakat Melayu sudah bergerak pantas memartabatkan bangsa dan agama. Mereka suka kita berpecah soal "siapa masuk syurga" melalui jalan politik. Atau siapa munafik diantara keduanya.

Ada seorang wakil Dajjal yang bermata satu setelah terkena penumbuk sulung Ketua Polis Negara dulu dan juga mewakili sebuah parti politik ber-bendera tanda mata satu juga sedang giat memukau orang-orang berjiwa kosong untuk menjatuhkan sistem adat orang-orang Melayu. Mereka bantah perkara "ketuanan Melayu". Namun mereka lupa dengan ketuanan Melayulah mereka hidup selesa hari ini. Kalaupun mereka hidup merempat itu salah diri sendiri sebab segan pemalaih.

Mereka juga lupa bahawa konsep ketuanan Melayu sudah lama diiktiraf orang-orang asli. Apabila waris Iskandar Zulkarnain marwat vanua (membuat benua) disini, orang-orang asli tidak pernah disisih lebih-lebih lagi dihapuskan. Oleh kerana itu juga, orang-orang Melayu mengatakan inilah dia "tanah tumpahnya darahku".

Tetapi orang-orang berkopiah runcing ini tak ambil kisah soal sejarah. Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa raja-raja Melayulah yang membela ahlul-bait, ulama-ulama Arab, Parsi dan India. Ulama-ulama ini tidak pernah mengharamkan sistem adat kita.

Pun begitu, orang-orang berkopiah ini kuat berhujah dengan fakta-fakta yang tidak tertolak oleh siapa-siapa yang mendengarnya.

Senang kata, mereka memang tak tahu sultan-sultan kita waris Iskandar Zulkarnain yang tertulis di dalam surah al-Kahfi itu. Mereka juga tidak tahu apakah doa yang dibacakan Raja Iskandar kepada Allah dahulukala.

Jadi, Pendita minta kamu jangan jadi hero tak tentu pasai.

Berjuang untuk agama Allah niat yang baik. Menjatuhkan sistem adat adalah menjatuhkan Islam di bumi ini!

Sekian.

Rabu, Julai 06, 2011

Konferen Antarabangsa Tamaddun Islam dan Identiti Melayu 2011

Pada 14 hingga 15 November 2011, di negeri Melaka akan berlangsung sebuah konferen antarabangsa mengenai tamaddun Islam serta kaitannya dengan identiti Melayu.



Jom beramai-ramai kita dengar hasil kajian ilmiah terkini tentang sejarah Islam dan Melayu!

Sila rujuk ke: www.icicmi2011.com

Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...