(Mungkin bala sebab bermain waktu Maghrib atau sembah-Hyang ditinggalkan...)
Tapi tidak mengapa kerana kesalahan yang telah dilakukan boleh ditebus semula di Bukit Jalil tempat berkubangnya Sang Harimau. Kita tidak berputus asa dengan pasukan kuning-belang-biru ini kerana mereka telah bersusah-payah dengan segala usaha tulang empat kerat.
Apapun Pendita tetap sokong!

Ayo! Kita penuhkan Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai ini. Dan kita mengaum kuat-kuat biar pemain-pemain pendatang mereka terkucil di tanah kita!
Sejak beberapa pertandingan baru-baru ini, Pendita dapat simpulkan bahawa untuk bersaing di peringkat antarabangsa, kita perlukan pemain-pemain bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian tertentu.
Kadang-kadang Pendita lihat kita seperti bermain budak-budak dengan orang dewasa atau mudahnya seperti pasukan sekolah rendah melawan pasukan sekolah menengah. Kerna, mereka sewenang-wenangnya mengasak dengan badan. Tetapi mereka ini pula manja, kena kuis sedikit jatuh tergolek-golek macam lipas kena sembur Sheltox.
Pihak FAM mestilah meneliti perkara ini supaya anak-anak kecil kita yang kaki bola boleh mula men-sasakan badan masing dan mengambil makanan berkhasiat supaya lebih tinggi. Harapannya, bakal-bakal pemain Harimau Malaya 2020 bersaiz seperti mamat-mamat di dalam liga Inggeris.
Pemain-pemain kita cekap dan handal. Namun, tubuh badan kurus dan mudah ditolak macam itu aja. Kita perlukan susuk tubuh macam Zainal Abidin Hasan!
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan