Jumaat, Ogos 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H-2011

Selamat Hari Raya!

Perkataan 'raya' bermaksud besar. Jadi Selamat Hari Raya bermaksud selamat menyambut hari besar, sebuah hari yang cukup bermakna bagi orang-orang Melayu. Kerana meriah Aidilfitri Melayu tidak berlaku di kalangan umat Islam di tempat-tempat lain. Di tempat-tempat lain, umat Islam menyambut meriah Hari Raya Haji.



Bagi kita pula Aidiladha disambut ala kadar. Pagi sembahyang sunat kemudian sembelih lembu kemudian agih-agihkan daging kemudian buat masakan istimewa berasaskan daging tadi kemudian tamatlah hari besar ini.

Pada pendapat Pendita, raya haji patut lebih meriah dari raya puasa. Sebaliknya, Aidilfitri meriah sakan sampai bergolok bergadai. Mana tidaknya, kos perolehan bagi persiapan sahaja bernilai beribu-ribu ringgit.

Pendita mendapat tahu ada seorang kontraktor Cina ini fully-booked untuk membuat ubahsuai dapur, pagar sepanjang Ramadhan ini. Pihak bank pula membuat tawaran penambahan pinjaman peribadi keatas pinjaman sedia ada untuk persiapan hari raya ini.

Malangnya, duit bonus setengah bulan tak sempat disimpan untuk bekalan ketika susah sudah lenyap dek semangat shopping membara-bara. Disimpulkan, Aidilfitri ini kebanyakan Melayu bernafsu besar akhirnya pokai selama 3 bulan. Tambahan lagi, pinjaman peribadi yang lepas bertambah pula. Hidup dibelenggu hutang tak sudah-sudah.

Malangnya, yang bernafsu besar ini terang-terangan kaum Hawa. Mana tidaknya, langsir mestilah yang baru. Kabinet dapur mestilah cantik sebab makcik-makcik nak melawat dapur. Kalau kabinet buruk tentulah rasa rendah diri. Kaum Adam ini terpaksa mengikut sahaja maklumlah hari raya...setahun sekali.

Pendita kata berpada-padalah untuk Aidilfitri. Yang utama dapat berkumpul sesama yang rapat. Bergembira kerana berjaya mengharungi Ramadhan yang penuh dugaan. Aidilfitri adalah untuk mendekatkan hubungan yang renggang. Bermaaf-maafan pula adalah ikhtiar sepanjang tahun.

Salam Aidilfitri!

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...