Rabu, Disember 29, 2010

Gempita Harimau Malaya

Tidak perlu Pendita bercerita panjang tentang perkasanya Harimau Malaya.

Sang Garuda tidak mampu menyainginya.

Penyokong Indonesia mengkelan lagi. Air Teh Kotak tidak bisa menyejukkan hati mereka yang panas dengan kejayaan Malaysia.

Tahniah!

Isnin, Disember 27, 2010

Sang Garuda sudah dibaham Harimau Malaya

Sudah Pendita katakan...Harimau Malaya telah berjaya membaham Sang Garuda. Dengan jaringan 3 gol tidak berbalas, anak-anak Mala-yu ini membuktikan betapa darah wira tetap segar mengalir di dalam tubuh mereka.

Ya, Rajagopal jurulatih berbisa. Inilah dia anak tempatan 1Malaysia yang berjuang demi tanahair. Satu contoh yang baik!

Namun, kita tidak melatah kerana ada satu lagi pertarungan di Gelora Bung Karno pada Muharram 23 ini.

Biarpun nama stadium mereka sedemikian, kita tidak gentar kerana Bung Karno bukanlah idola kita...

Biar sorakan kasar berkumandang di stadium nanti tetapi gauman Harimau Malaya bakal membuat penyokong Indonesia mengkelan. Semangkuk Bakso pun tidak bisa menyenangkan hati mereka...

Kita tidak akan menyalahkan pancaran laser demi menutup kelemahan diri kerana kita HARIMAU MALAYA!



Sekian.

Khamis, Disember 23, 2010

Harimau Malaya bakal mengaum Ahad ini!

Muharram 17, 1432

Baru-baru ini berlaku gerhana bulan yang mempersonakan - sang rembulan dengan penampilan merah akibat dibayangi bumi. Mempersonakan di mata manusia tetapi diri bulan itu menderita buat seketika.



Penderitaan sang bulan itu akan dirasai pula oleh Sang Garuda. Ya, pada Ahad Muharram 20 1432 ini bakal terdengar gauman Harimau Malaya menggegarkan Sang Garuda.



Betul, pasukan bolasepak kita akan mengecutkan hati para pemain Indonesia yang bertaruh harap pada pemain importnya, Cristian Gonzales.

Kita, orang Malaysia tidak pernah gentar dengan gertakan mereka. Pada kita, itu semua omong kosong aja...



Kali ini kita bakal membuat jutaan rakyat Indonesia terkebil-kebil melihat gawang mereka dicerobohi dengan rakus oleh anak-anak muda Mala-yu. Sepertimana kepahlawanan dan kegagahan datuk-datuk mereka semasa purbakala!

Ayo..kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil...!

Sekian.

Isnin, Disember 06, 2010

Selamat tahun baru 1432

Pendita mengucapkan Selamat Tahun Baru 1432 kepada saudara dan saudari sekalian. Moga-moga tahun ini anda semua bersiap memperbaharui diri untuk menempuh segala macam perkara.

Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...