Selasa, Oktober 04, 2011
Tiga tanda-tanda Melayu
Bumi bergegar, ada rasaksa
panggil Ultraman apa?
Itulah nyanyian kanak-kanak Taska menunjukkan betapa watak hero diperlukan ketika kesusahan. Begitu jugalah watak-watak hero di dalam bangsa Mala-yu ini. Didalam budaya Melayu, untuk menjadi pahlawan sudah tentu mesti menguasai ilmu silat sedalam-dalamnya sehingga ke gelanggang di dalam lautan. Namun, kebanyakan kita setakat 'talipinggang hitam bercalit warna-warni' persatuan silat berdaftar. Apa pun, ilmu silat dasarnya bermula dengan lenggok tanda hormat seterusnya membayangkan sebuah 'segi empat maya' atau kata orang putih 'the imaginary square'. Ya, geometri sebuah segi empat sisi sama dan mempunyai titik pusat. Namun, konsep ini tidak terdapat di dalam kurikulum silat moden dan campuran.
Kenapa perlu sebuah segi empat dalam ilmu silat tradisional? Begitulah falsafahnya:-
a) Apabila mula membina rumah mestilah ada sebidang tanah dan empat penjurunya.
b) Maka penjuru-penjuru itu menjadikan sempadan.
c) Apabila sudah ada sempadan maka itulah jajahan miliknya.
d) Pemilik menjaga jajahannya.
e) Di dalam tanah jajahan itu ada titik tengahnya iaitu pusat.
f) Maka pada pusat itu diletakkan tiang sebagai tanda utuhnya binaan.
Para penuntut mestilah menguasai jajahannya dengan bermain-main didalam geometri segi empat itu sebelum boleh ke tahap seterusnya. Tahap seterusnya ada pula falsafahnya yang tersendiri. Apa signikan segi empat bagi masyarakat Melayu?
Itulah piramid salah satu tanda Melayu. Namun piramid Melayu ada tiga petala. Petala tertinggi bermaksud: iman manusia kepada tuhan. Petala tengah: hubungan manusia dengan manusia. Petala bawah: alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan tuhan. Dengan itu, asas pertama yang perlu dikuasai para penuntut silat ialah kepekaan terhadap apa-apa disekelilingnya maka sentiasa waspada.
Apakah tanda kedua? Tanda kedua ialah keris. Kita sudah sedia maklum. Tetapi ada satu lagi tanda Melayu yang kita ragu-ragu iaitu: Mohor diRaja Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Mohon penjelasan yang ketiga itu..... ^__^ terima kasih...
BalasPadamYang ke-3 ini sangat rumit. Tiada bukti khusus untuk mengatakan benar atau sebaliknya. Kita tahu lambang bintang bersegi itu milik kerajaan Sulaiman dan Daud. Dengan kata lain, lambang kerajaan yang diiktiraf Allah untuk Bani Israel. Manakala negara Israel sekarang adalah negara haram yang mendapat laknat. Sebuah misteri yang sangat memeningkan fikiran sarjana Islam dan juga kafir. Mengapa bangsa Melayu itu melampau dengan agamanya? Mengapa bangsa ini tidak boleh dipisahkan dari Islam? Secara tidak langsung, bangsa ini bukanlah calang-calang. Ini bangsa besar, mendapat hidayat secara total. Jikalau bangsa ini tiada susur-galur nabi-nabi, mungkin mereka sudah menjadi sebuah hikayat atau cerita rakyat. Sudah tentu budaya mereka difilemkan sebagai bahan sejarah. Atau mungkin bahan pameran di muzium. Bangsa Melayu itu sebuah bangsa yang "hilang" dan muncul secara tiba-tiba di Segenting Kra. Kemudian muncul kerajaan besar di seluruh Asia Tenggara. Sedangkan puak-puak lain tidak semaju mereka. Orang asli kekal primitif hingga kini. Jadi, siapakah bangsa Melayu ini? Kalau bukan itu tandanya...
BalasPadam