Jumaat, Februari 25, 2011

Fenomena pelik mutakhir ini

Sejak 1 Muharram 1432, Pendita mendapati suatu corak fenomena yang pelik sedang berlaku. Berikut adalah beberapa peristiwa tersebut:-

a) Wakil rakyat meninggal dunia seperti mengikut giliran atau sedang sakit tenat
b) Rakyat mula mempersoalkan kedudukan Melayu dan Rajanya
c) Mahasiswa mula bertindak ganas
d) Pasukan bolasepak Harimau Malaya tiba-tiba menyerlah
e) Para ulama' makin bertindih pendapat
f) Sejarah Melayu mula dibongkar melalui filem, penulisan dan seminar
g) Raja-Raja Melayu mula bersuara
h) Rakyat beralih ke arah kewangan Islam
i) Orang-orang kafir mula menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadis sewenang-wenangnya
j) Percanggahan pendapat sesama Melayu kian tenat
k) Orang Melayu mulai mengikut budaya Arab dan membuang apa saja kaitan dengan Melayu
l) Tunjuk perasaan di negara-negara Arab serius
h) Malaysia dan Turki makin akrab

Celaru di kalangan Islam mutakhir ini sangat pelik. Seolah-olah mereka sedang menghadapi krisis identiti. Umpama anak yatim piatu yang hilang arah tujuan.

Jadi, sesiapa sahaja yang pandai berpidato dengan menjanjikan apa-apa yang hilang mampu menaut hati sesiapa sahaja yang sedang celaru.

Kecelaruan ini berpunca daripada, contohnya:-

a) Tidak mampu berbelanja aksesori (tudung Ariani, motosikal berkuasa tinggi)
b) Beban hutang PTPTN, MARA (malas belajar CGPA rendah), Bank Rakyat (pinjam sebab nak masuk skim cepat kaya lepas tu lingkup)
c) Mahalnya harga susu (malas nak menyusu dada atau suka jenama baik)
d) Kos upah penjagaan anak (suami isteri bekerja)
e) Kos rawatan hospital swasta (mahu rawatan istimewa)
f) Keluarga di kampung merengek minta duit lagi (...tiada komen...)

Celaru mula berputik lalu:-

a) marahkan kerajaan sebagai penyebab sengsara
b) marahkan UMNO sebagai perosak Melayu
c) marahkan PAS kerana bersekongkol dengan kafir
d) marahkan syarikat gaji statik
e) marahkan kawan sebab tak beri pinjam duit
f) marahkan suami atau isteri penyebab duit simpanan habis

Akhirnya, mereka marah terhadap apa sahaja di hadapan mereka. Hatta kucing yang tak bersalah jua menjadi mangsa. Lama-lama mereka menjadi kufur kepada Allah.

Apa penyelesaiannya? Sebenarnya penyelesaiannya sudah ada dalam Islam. Namun begitu, Pendita beri cadangan kepada mereka yang masih tak reti-reti walaupun rambut dah beruban:-

a) Dating dengan diri sendiri-berkenalan dengan roh dan jasad
b) Senarai hitam sifat-sifat buruk diri, tambahbaik sifat-sifat mulia
c) Rawat diri-gosok gigi, makan vitamin dan membuat amalan-amalan baik
d) Ampunkan diri sendiri dan orang lain. Lepaskanlah...
e) Manjakan diri dengan hobi dan makanan-makanan kegemaran
f) Baik pada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, jin Islam
g) Mulut yang mulia
h) Ansur-ansur langsai hutang
i) Belanja mana yang sesuai
j) Kuasai ilmu menundukkan wang seperti pelaburan, takaful, perbankan online
k) Kuasai mulut dengan kepetahan
l) Kekalkan stamina
m) Bergaul dengan tatasusila
o) Saling tolong-menolong dengan kebaikan
p) Tambahbaik diri seperti pengajian secara separuh masa, kelas fardhu 'ain
q) Berniaga!
r) Aktif NGO serta tonjolkan diri
t) Mansuhkan aktiviti cah keting atau cantas-mencantas
u) Budi bahasa serta ber-etika
v) Tangkap pemimpin laknat kuat makan rasuah dengan mengumpul bukti untuk SPRM
w) Tak perlu beri muka kepada puak kafir harbi
w) Bersembang dengan Allah melalui al-Quran
x) Jadikan nafsu hamba suruhan
y) Pasrah sambil menjual diri kepada Allah
z) Silakan berjuang!

Jadi, apa kena-mengena dengan topik fenomena pelik mutakhir ini?



Maksudnya, suasana ini adalah petanda revolusi rakyat mungkin tercetus. Untuk keselamatan dan perjuangan tidak sia-sia persiapan mestilah ada. Cuma kita tidak perlu berjuang benda yang sia-sia. Orang bijaksana berjuang dengan persiapan dan strategi.

Sekian.

5 ulasan:

  1. Siapakah pemegang rahsia tabut perjanjian?
    Nabi Khaidir Alayaha Al Salama lahir di zaman nabi Yaakub dan beliau pernah mengajarkan nabi Musa dan di zaman nabi Musa tabut di buat. Nabi Khaidir kemudian berdakwah bersama raja Iskandar menakluk dunia. Beliau juga berjumpa dgn Hang Tuah di zaman Malaka. Maka kebangkitan akhir zaman jelas adalah kebangkitan semula agama tuhan setelah musuh2 tuhan mencipta agama2 dgn tujuan menguasai dunia.
    Bagaimana untuk merampas semula kerajaan Malaysia? Bawakan bukti2 kerajaan satu persatu hingga tiada alasan menolaknya. Bagaimana menyatukan dunia? Bawakan tabut perjanjian agar tiada pihak mempunyai alasan menyatakan mereka di pihak yg benar. Percaturan ini nampaknya akan berhadapan dgn peperangan yg besar antara kebanyakan manusia dgn org2 beriman yg sedikit jumlahnya. Namun takdir telah pun tertulis di Luh Mahfuz akan kesudahannya dan berbahagialah sesiapa yg beriman kpd tuhan yg maha berkuasa lagi perkasa.

    BalasPadam
  2. Mungkin ada yang tertanya-tanya benarkah Mala-yu akan memimpin Islam akhir zaman. Apakah bukti nyata? Setakat ini kita dibongkarkan dengan pelbagai fakta dan abstrak. Namun masih belum melihat bukti nyata. Inilah hakikatnya! Memang bukti nyata belum ada. Hanya petanda yang dapat disaksikan. Persoalannya, adakah apabila timbulnya bukti nyata ini kita akan percaya atau sekadar,"Ya, saya dapat lihat sekarang.." kemudian terus saja dengan kebiasaan harian?

    BalasPadam
  3. Inilah rahsia AL MA di dlm al quran sehingga ianya di baca sebagai Alif Lam Mim tanpa makna. AL (Segala) MA = Mahamada, Mawamana, Masalama, Malayawa. MA bermaksud yg diberi.
    Hamba mengkaji kitab2 Malayu dan byk rahsianya namun untuk hamba tuliskan semuanya akan mengambil masa jadi hamba tuliskan mana yg terdaya. Berpesan2 pd kebenaran dan berpesan2 pd kesabaran.

    BalasPadam
  4. mungkinkah persengketaan para pemimpin mala-yu yg kita lihat hari ni hanyalah sandiwara semata2 bg mengaburi mata musuh2 yg sememangnya tidak mahu mala-yu bersatu?mungkinkah juga dgn penuh rahsia para pemimpin mala-yu yg kononnya bersengketa ini sedang mengatur persiapan yg akhirnya akan memberi kejutan yg amat kpd sekalian musuh yg sedang memerhatikan bangsa yg dijanjikan ini?

    BalasPadam
  5. Inilah yang sangat rahsia...Sebenarnya pemimpin-pemimpin kita tahu dan sedar tentang sesuatu. Tetapi mereka tidak boleh melenting tak tentu fasal kerana mereka sedang diperhatikan. Diperhatikan oleh orang-orang yang paling dekat di dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup dan juga anggota keluarga.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...