Khamis, Mac 24, 2011

Tanda-tanda yang dipandang remeh...





Itulah gambar-gambar yang diambil beberapa hari sebelum gempa bumi dahsyat di Jepun. Gambar-gambar ini dirakamkan di sebuah pantai peranginan di Mexico.

Lihat betapa ikan-ikan itu sudah mengesan tanda-tanda gempa dan berenang ke pantai seolah-olah hendak memberitahu manusia yang leka ini sesuatu bakal berlaku.

Berikut adalah tanda-tanda di depan mata kita sekarang:-

a) Gelora yang tiada sudahnya di negara-negara Arab
b) Kesan radioaktif yang merebak di Jepun
c) Fitnah politik tergempar lagi bertimpa-timpa di tanahair

Semuanya menjurus kepada satu suasana iaitu: kucar-kacir

Ya, memang kita tidak nampak ikan-ikan melompat-lompat di Pantai Merdeka atau kawanan burung mati beragan di Jalan Ampang.

Tetapi jika kita sensitif, kita akan menyiasat perkara-perkara ini dan mempersiapkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

Para-para pendita di beberapa tempat di semenanjung berkias didalam hal ini. Jikalau kita sensitif, kita akan runduk bertanya kepada mereka akan sesuatu sebagai panduan serta nasihat.

Tetapi jikalau kita suka leceh-memperleceh maka bolehlah bersuka-suka menangguk ikan sepertimana yang dibuat orang di pantai Mexico itu.

Sekian.

Rabu, Mac 23, 2011

Salam alu-aluan kepada anggota-anggota Penditas!

Dengan hormatnya Pendita mengucapkan salam alu-aluan kepada kesemua 26 anggota Penditas setakat 23 Mac 2011!

Sebelumnya Pendita belum berkesempatan memikirkan soal ini. Pada Pendita, anggota-anggota Penditas adalah pendokong perjuangan Mala-yu lalu menyatukannya dengan perjuangan Islam. Mereka berwawasan serta teguh mempertahankan wasiat nenek-moyang.

Pada masa akan datang Pendita bercadang untuk memberi ruang kepada anggota-anggota Penditas untuk menerbitkan artikel di ruangan ini. Namun begitu, sesi penapisan terhadap isi kandungannya dibuat untuk mengelakkan unsur-unsur fitnah, politik dan tahyul. Pendita akan menetapkan formatnya kemudian.

Sekian.

Rabu, Mac 09, 2011

Panthera Tigris Jacksoni

Panthera Tigris Jacksoni..itulah gelaran bagi seekor harimau yang hanya terdapat di semenanjung Tanah Melayu. Itulah ia Harimau Belang atau Harimau Malaya!

Ia tiada kena-mengena dengan Harimau Sumatera. Jadi, jangan ingat semua perkara di semenanjung ini datang dari Sumatera, Tanah Jawa atau Bugis Mengkasar.


(...ambik engkau...!)

Malam ini Harimau Malaya akan menghendap mangsa di Lahore, Pakistan. Hmm...ia akan membaham si Penjual Karpet itu! Pemain Pakistan jangan harap nak bermain kasar dengan pemain-pemain profesional Malaysia. Mereka mungkin saiz kecil tetapi semangat juang darah nenek-moyang mereka takkan terkalah!


-Pejuang Kebangsaan...lagak bak pahlawan Scythian-

Jom! Malam ini kita ramai-ramai menyokong dan menghantar gelombang kuat kepada pemain-pemain bolasepak skuad Kebangsaan! Jangan biar mereka kesejukan dan terkial-kial di sana tanpa sokongan kita. Ayo! Benamkan Pakistan sepertimana kita bisukan Stadium Gelora Bung Karno dulu...

-Sekian.

Isnin, Mac 07, 2011

Sampai masa tibanya waktu...

Gelombang jati diri Mala-yu sudah menjadi!

Kini orang-orang kita sudah faham maksud nenek-moyang yang diwasiatkan di dalam hikayat-hikayat.

Siapakah pahlawan-pahlawan tempatan yang mengiringi angkatan perang Merong Mahawangsa?

Siapa lagi kalau bukan pemilik-pemilik seni Lading dan Mandau yang mahir memenggal kepala musuh.


-Parang Lading, Mala-yu Kedah-


-Parang Mandau, Dayak Borneo-

Sehingga kini hanya dua suku kaum di nusantara yang mewarisi seni ini.

a) Orang Kedah
b) Dayak Borneo

Mereka memiliki [01m-19a], sebuah DNA khusus.

Pendita berpendapat mereka adalah puak asal nusantara sebelum pahlawan-pahlawan seni keris dan pedang menjadi dominan.

'Bila dua jasad bersatu...'

Gabungan seni parang daripada puak asal nusantara dengan seni keris-pedang daripada pahlawan-pahlawan jurai Iskandar Zulkarnain serta seni pedang ahlul-bait maka terciptalah sebuah metode perang yang sangat padu lagi berkesan. Metode ini hanya diwarisi oleh suatu bangsa yang sangat misteri...Bangsa Mala-yu!

a) Kenapa seni ini bercantum di nusantara?
b) Kenapa seni ini milik Islam?
c) Kenapa seni ini diwariskan kepada Mala-yu?

- Adakah ini semata-mata soal evolusi atau memang blueprint untuk bangsa ini?

Kerana nenek-moyang mereka tahu suatu hari nanti cucu-cicit mereka bakal berhadapan dengan cucu-cirit Yakjuj dan Makjuj. Inilah bekalan yang diwariskan.

Apabila operasi penapisan minyak terhenti seperti di Libya, maka kuda dan senjata manual menjadi dominan.

Kerana itu juga nabi berpesan untuk mendidik anak-anak seni kuda, pedang. Bukannya nabi tidak tahu di akhir zaman ada jet-jet pejuang dan senjata canggih. Baginda lebih tahu. Jadi jangan ditertawakan pesanan-pesanan yang diwasiatkan!

i) Kenapa berbondong-bondong ahlul-bait berhijrah ke nusantara? Bukankah Makkah lebih baik tempatnya?

- Kerana mereka sudah diberitahu sesuatu tentang kaum di Timur ini.

ii) Kenapa Barat beriya-iya menakluk dunia Timur ini?

- Kerana mereka tahu apa yang ada di Timur ini.

Jadi, jangan terlalu asyik dengan glamour dunia. Ingat pada wasiat nenek-moyang.

Pun begitu, hanya mereka yang berdarah Mala-yu yang dapat merasai gelombang semboyan ini.

-Sekian.