Isnin, November 28, 2011

Harimau Muda berjuang dengan baik

Pasukan Harimau Muda tidak dapat ke London pada 2012.
Namun, Pendita bangga dengan daya saing yang ditunjukkan oleh pemain kita.
Selalunya, pasukan lawan yang terdesak akan mula bermain secara ganas. Tujuannya untuk mewujudkan suasana gerun di kalangan pemain kita. Hasilnya, ramai yang cedera. Kita faham bahawa mereka mesti dikeluarkan atau kemudian diberi waktu untuk berehat. Pasukan lawan mula bermain rancak apabila mereka nampak pemain kita terhinjut-hinjut. Trend yang sama kita telah lihat ketika pasukan kita menentang sang Garuda muda.
Isu stamina telah kita selesaikan. Sekarang tiba waktunya kita selesaikan isu samseng atas padang.
Di dalam sebuah artikel Pendita dahulu, ada dinyatakan bahawa kita memerlukan pemain seperti Zainal Abidin Hassan. Kenapa begitu? Lihat saja susuk tubuh negro beliau yang sasa serta mampu menggerunkan pemain lawan. Begitu juga dengan Santokh Singh.
Sekarang lihat pemain-pemain handalan kita. Kebanyakannya kecik dan kuruih. Kenapa Pendita perlecehkan mereka? Tidak, ini bukan fasal leceh. Lihat lagi, di dalam semua pemain kita siapa yang steady tanpa kecederaan serius?
Jawapannya ialah: Mahali Jasuli.
Perhatikan susuk tubuh beliau yang sasa dan padu. Jadi, kita jangan melenting apabila Tuan Ong Kim Swee meletakkan Fakri dan Thamil di dalam padang. Salah satu tujuannya adalah untuk meletakkan Abang Long di dalam padang. Ya, mereka mungkin berfungsi sebagai samseng padang.
Mereka mungkin bertanya, Kenapa Pendita berfikiran ganas? Mudah, jika tidak lihat siapa yang terhinjut-hinjut cedera. Ya, kita perlukan lebih ramai Abang Long di dalam padang.
Semasa pertandingan Piala Malaysia yang lepas, Coach pasukan yang tewas pernah mengatakan faktor Hai-O (Hairudin Omar) yang digeruni oleh pemain pasukan yang dipimpin beliau. Perhatikan lagi susuk tubuh Hai-O dan penampilan botak beliau.
Dengan itu, isu samseng padang adalah benar, terang lagi bersuluh. Kalau tak percaya, saksikan video perlawanan lepas di You-Tube.
FAM sila ambil nota dan peduli.
Sedangkan dahulu, Raja-Raja kita mengutus warkah kepada saudara Bugis di Udjung Pandang untuk meminjam pahlawan perkasa "samseng nusantara" untuk menyelesaikan isu politik di semenanjung.
Artikel Pendita kali ini bertujuan untuk menyampaikan ramuan azimat kepada para pemain negara termasuk yang sekecil-kecilnya pemain junior hingga ke setua-tuanya pemain senior.
Inilah azimat untuk pemain Melayu: a) Darah anda darah pahlawan. Justeru, urat dawai tulang besi kerangka tubuh anda. b) Minda anda minda bijaksana. Demikian, otak geliga licik sang Kancil pemikiran anda. c) Maruah anda pantang dicabar. Lantas, jika dicabar maka amuk. d) Budaya anda halus. Justeru, musuh dihormati e) Jiwa anda mulia. Maka, bermain helah bukan menipu.
Inilah ramuan untuk pemain Melayu: a) Jika anda belum tahu bersilat. Belajar silat tua secara peribadi dan rahasia. Ambil pelajaran tapak empat dan tapak tiga dan mahirkan ia semahir-mahirnya. b) Ambil pelajaran senaman tua. Bersenam secara peribadi dan rahasia. Senaman Harimau jangan dilupakan kerana anda mewakili Harimau Malaya. c) Ambil pelajaran mandi embun supaya urat anda lebih kuat. Amalkan secara peribadi dan rahasia. d) Luangkan masa sendirian untuk mendengar keluhan daripada anggota tubuh badan anda. Berkenalan dengan diri sendiri. Sayang diri sendiri. Maafkan diri sendiri. e) Kawal roh anda dan terbang kedalam tubuh sendiri dari kepala kepada hingga ke ibu jari kaki dan kembali semula.
Sempena cuti ini, pulanglah ke kampung dan berguru dengan orang tua di hujung kampung itu.
Kenapa Pendita suruh rahasia perkara ini? Kerana orang FAM tak reti benda-benda macam ini.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...