Selasa, November 22, 2011

Harimau Muda Hebat!

Ya, anak-anak Harimau Muda memang hebat! Mereka berjaya mematahkan sayap sang Garuda muda. Itulah balasan kepada penyokong sang Garuda yang angkuh. Pengajaran bagi kita pula jangan menghina orang.
Ucapan tahniah daripada Pendita!
Inilah contoh moden betapa semangat dan usaha saling berkaitan. Bagi anak-anak muda kita yang masih leka, lihat dan ambil contoh perjuangan ini. Walaupun ia hanya sukan, tetapi intipatinya adalah perjuangan membela maruah diri, agama, bangsa dan negara.
Malaysia..TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
Sekian.

4 ulasan:

  1. Ya, ngauman Harimau bakal menggegar Bukit Jalil malam ini. Kita saksikan sang Unta lari bersepah pula...

    BalasPadam
  2. Masyarakat Indonesia Kabanyakanya tidak menyedari bahawa mereka sudah dirosakkan oleh pemikiran kebangsaan dari ajaran Pancasila..
    Mereka menjadi lupa bahawa lbh 80% dari pemain2 yg dicaci maki itu seakidah dgn mereka..
    Mengapa Negara yg punya umat Islam Teramai di dunia ini bersikap dan berakhlak sebegitu?
    Sudah tentulah mereka sudah dilekakan dgn Dogma2 kebangsaan yg berlebih-lebihan sehingga tatasusila mereka tidak diredhai oleh Allah Sang Maha Pencipta..
    Lbh buruk dari itu yg dicaci maki itu sebenarnya adalah leluhur mereka sendiri hasil dari Migrasi zaman berzaman..Lucu sungguh sikap mereka..Belanda berjaya merosakkan jati diri dan persaudaraan Nusantara..
    Kami tetap menyayangi kamu krn kamu adalah leluhur dan saudara seagama kami..

    BalasPadam
  3. Belanda yang kecil boleh menguasai begitu besar kepulauan nusantara. Belanda tidak sanggup menjaga Melaka kerana budaya dan pemikiran orang-orang di tanah besar sukar untuk dijajah. Dengan sebab itu, Belanda bertukar-tukar tanah jajahan dengan Inggeris. Inggeris pula tidak mampu menjajah seluruh semenanjung kerana kerajaan Melayu kuat. Jadi mereka hanya mampu berhelah dengan persetiaan dan perjanjian dengan negeri-negeri Melayu dibawah naungan Queen of England. Sebab itulah kita hanya perlu membatalkan perjanjian ini untuk merdeka. Orang Indonesia berbangga sesama sendiri dengan keringat berdarah mereka untuk merdeka daripada Belanda. Tetapi mereka berani apabila Belanda tewas Perang Dunia Ke-2 di tangan Jerman dan Jepun. Tidak perlu banding cara kita merdeka. Karena orang bijak akan mengelak konfrantasi dan peperangan. Malaysia negara bijak.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...