Ahad, Jun 29, 2014

Tak semena-mena dan "kununnya" sepanjang Ramadan 2014

Assalamualaikum selamat berpuasa!
Kini tibalah masa untuk kita korbankan segala kehendak naluri demi Allah sang penguasa alam, Dewata Mulia Raya.
Apabila menjelang senja. Orang-orang Melayu berbuka puasa dan sembah-hyang. Amalan nyang, nenek-moyang sejak purbakala lagi. Iaitu sebelum pendakwah Islam syariat nabi Muhammad SAW mendarat di negeri Samudera kuno.
Namun bagi kebanyakan kita, perayaan puasa ini hanyalah budaya Melayu yang diikuti sejak anak-anak di dalam lingkungan budaya setinggan-tinggan, kampung-kampung, flat-flat, perumahan murah, kem-kem, kondo-kondo, banglo-banglo dan istana-istana. Dan gaya baharu, gelandangan.
Maksudnya, masyarakat kita sangat berlainan pembawakannya tetapi berpuasa adalah lumrah yang sama.
Dan ketika ini juga muncul segala macam hadis dan pendapat tentang amalan sedekah. Maka berpusu-pusu orang ramai menyumbang untuk makan-makan bertujuan memberi makan kepada semua orang. Moga-moga amalan mendapat pahala.
Begitu juga dengan madrasah-madrasah swasta. Dahulunya para pentadbir sekolah ini bersusah-payah menghantar surat mohon sumbangan sempena Ramadan. Warkahnya tersusun segala macam hadis dan riwayat yang sangat panjang hanya untuk memberitahu bahawa sedekah di bulan yang mulia ini lebih afdal.
Tak semena-mena semua yang disampaikan itu benar belaka.
Kini mereka menggunakan emel. Maka penuhlah akaun simpan Mudharabah dengan wang sedekah yang kita tidak tahu bagaimana wang sumbangan itu digunakan.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan dakwaan DNA babi di dalam produk coklat. Maka heboh satu Malaya tentangnya, membuatkan NGO-NGO Melayu meradang. Mereka kata kafir mensabotaj, mengkhianati kepercayaan umat Islam.
Di tengahari, ramai dari kalangan umat Islam mulai mengintai-ngintai juadah berbuka puasa di restoran-restoran, hotel-hotel untuk berbuka dengan jumlah yuran yang dikenakan sangat tidak munasabah.
Namun ia tidak menjadi kisah kepada sebilangan mereka kerana menerima voucher atau undangan berbuka daripada taukeh/sivaji/sir, yang kununnya, sebagai tanda thank you.
Kupon-kupon ini dibeli, dengan diskaun yang berbaloi, daripada hotel-hotel yang memiliki sijil halal kepunyaan puak mereka juga. Pasukan memasaknya diketuai oleh chef kapiaq, krew-krew majoriti kapiaq.
Tukang hidang pula dari kalangan Melayu yang sedang menjalani latihan praktikal atau krew-krew bawahan. Jaga kaunter pegawai Melayu. Telefonis tempahan kerani Melayu. Iklan dan promosi di dalam bahasa Melayu. Semua itu sebagai tanda makanan yang dihidangkan, kununnya, toyyiban.
Tak semena-mena segala tentang Melayu adalah OK sepanjang Ramadan.
Tun Mahathir kata, "Melayu mudah lupa."
Pendita kata, "Melayu mudah makan."
Tak mengaku Melayu pula? Kisahnya begini, kununnya apabila sudah berjaya sehingga menjawat JUSA gred A di dalam perkhidmatan awam, "Eh tak...moyang saya asai Gujerat." Atau, asal Kediri, Jawa Tengah. Atau, asal Gowa, Sulawesi.
Ramadan ini orang Melayu berbaik sangka, tidak kisah berbuka dengan orang kafir, tidak pedulikan sunat Tarawih. Mereka kata ini lain. Ini iftar together-gether, we eat till we drop. Oh yes! We can drop the Malayness too.
Penyebabnya adalah, tak lain dan tak bukan demi slogan 1Malaysia, pakatan politik, usahasama perniagaan. Atau, kununnya berdakwah, Islam liberal.
Tak semena-mena amalan nabi Muhammad SAW pupus. Islam tafsiran terbaharu menjadi landasan KPI politik dan perniagaan atau ringkasnya iKPI-2P (Islamic Key Performance Index for Politics and Businesses).
Tak semena-mena seluruh Malaya dilanda kemarau dan jerebu bertimpa-timpa.
Melayu mudah makan?
-Pendita-