Jumaat, November 26, 2010

Malaysia - "the 13 colonies"

Ketika Yusuf berkata kepada bapanya (Ya'qub): Hai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, semuanya kulihat sujud kepadaku.(Ayat 4, Surah Yusuf)

Look I have had another dream: the sun, the moon, and eleven stars were bowing down to me. (Bible, Genesis 37:9)

Nampaknya puak Kristian sangat percaya bahawa pada suatu masa end of days cucu-cicit puak Israel dari susur-galur Manasseh dan Ehpraim iaitu anak-anak Nabi Yusuf akan bersatu menegakkan Kristian di mukabumi ini apabila turunnya Shiloh-pembela akhir zaman.

The sceptre shall not depart from Judah, nor a lawgiver from between his feet, until Shiloh come; and unto him shall the gathering of the people be. (Bible, Genesis 49:10)

Mereka menganggap bahawa negara Amerika-lah yang mewakili Ephraim kerana Amerika bermula dengan "the 13 colonies". Manakala, Great Britain mewakili Manasseh.

Menurut Bible, Ephraim mendapat anugerah "birthright blessings" daripada Tuhan. Bermaksud mempunyai negara dan memiliki pintu-pintu musuh. Manakala Manasseh mendapat anugerah "scepter promises" bermaksud memiliki raja berkuasa. Raja ini pula dari keturunan King David atau Nabi Daud.

Jadi, Amerika dengan kekuatan tenteranya, dan Great Britain dengan Queen Elizabeth II menjadikan gabungan Ephraim-Manasseh. Nisbah populasi Ephraim:Manasseh adalah lebih kurang 10000:1000 atau ringkasnya 10:1.

His glory is like the firstling of his bullock, and his horns are like the horns of unicorns: with them he shall push the people together to the ends of the earth: and they are the ten thousands of Ephraim, and they are the thousands of Manasseh. (Bible, Deuteronomy 33:17)

Semasa Pendita menuntut di Amerika, pensyarah matapelajaran American Civilization berkata bahawa orang-orang Amerika adalah "the chosen people" atau manusia terpilih oleh Tuhan. Wow! Hebat. Kerana Amerika bermula dengan "the 13 colonies".

Tetapi kita jangan mudah melatah. Benarkah pendapat mereka itu atau syok sendiri. "Mari kita lihat siapa yang kena..."

Inilah dia "The 13 colonies":



Raja-raja Inggeris bermula pada tahun 400AD. Jikalau orang-orang Inggeris dari puak Ephraim dan Manasseh, raja-raja Inggeris sudah tentu berkuasa besar sejak 400AD kerana mewarisi ilmu besi Nabi Daud dan kekuasaan Nabi Sulaiman.

Dan sejak 400AD orang-orang Inggeris sudah tentu terkenal dengan budaya ketuhanan. Namun, kita tahu Inggeris hanya mula berkuasa pada abad ke 15.

Great Britian dan Amerika berkuasa hari ini bukanlah kerana mereka berpegang pada agama tetapi logik akal dan nafsu. Kedua-dua negara ini tidak pernah dikenali sebagai negara Kristian unggul! Bagaimana boleh mengaku kaum yang terpilih?

Inilah dia "The scepter promises":



Dahulu Inggeris gah dengan empayarnya. Tetapi empayar ini tidak berdaya menakluk negeri-negeri di Tanah Melayu. Inggeris hanya mampu berunding dengan sultan-sultan di atas kertas. Amerika pula dengan menggugurkan bom atom baharu mampu menundukkan Jepun.

Jerman pula tewas dengan asakan tentera gabungan Amerika, Inggeris dan lain-lain. Itu pun nasib, jika tidak England dah lingkup. Di manakah kekuatan Amerika sekarang? Vietnam, Afghanistan, Iraq, Korea?

Inilah dia "The physical gates to enemy territory":



Mari kita anggar nisbah populasi Indonesia:Malaysia. Mengikut sumber Bank Dunia, populasi Malaysia=27,467,837 pada tahun 2009. Manakala populasi Indonesia=229,964,723. Jadi nisbah populasi Indonesia:Malaysia = 229,964,723:27,467,837 = 8:1 (lebih kurang). Jika diambilkira populasi umat Islam di nusantara ini, nisbah 10:1 mungkin boleh dicapai. Namun, kita tidak tahu siapakah dari susur-galur Ephraim dan Manasseh. Dan kita juga tidak tahu siapakah mereka "pemuda-pemuda yang mempunyai hati seperti kepingan-kepingan besi itu"?

Inilah dia "Shiloh":



Sekian.

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Di utara raya haji memang meriah berbanding di selatan tanahair. Mungkin budaya yang sedikit berbeda ini menyebabkan negeri-negeri di selatan cuma bercuti sehari.

Mari kita kenang semula berat bahu memikul bapa kita Nabi Ibrahim AS ketika diperintahkan untuk mengorbankan anak sendiri Nabi Ismail AS. Namun, itu semua hanya ujian daripada Allah...

Ujian untuk kita pula, anak-anak Ibrahim Khalilullah sudah bermula. Pada tahun-tahun berikutnya, anak-anak Ibrahim akan berdepan dengan cabaran yang telah digambarkan Rasulullah SAW, Nostradamus, dan kitab-kitab Samawi yang lain.

Bersiap-siagalah...

Salam Aidiladha daripada Pendita...

Isnin, November 15, 2010

Sahabat Buffet

Sudah lama Pendita perhatikan modus operandi orang-orang kita berkawan. Akhirnya, kesimpulan yang dibuat adalah, Pendita gelar, sebagai Sahabat Buffet.

Perkataan "Buffet" yang Pendita maksudkan ialah "hidangan pelbagai juadah" seperti yang kita saksikan di hotel-hotel yang menyediakan pakej berbuka puasa. Manakala frasa "Sahabat Buffet", Pendita cadangkan ia bermaksud:

Sahabat yang ingat pada kita ketika dia sangat memerlukan (Indonesianya-membutuhkan) kita untuk kepentingan diri tatkala didalam kesempitan sahaja. Apabila selesai keperluannya, maka dia akan melupakan kita buat sementara waktu.

Sahabat yang begini selalunya berpenampilan manis, ceria bak jurujual insuran/takaful atau budak penjual kalender yang kita jumpa di stesen-stesen minyak. Mereka bersikap optimis dan sentiasa tidak ada apa-apa masalah.

Apabila kita memerlukan mereka, maka mereka dengan budi-pekerti, sopan-santun, pijak semut pun tak mati, wajah kesian mengelak seribu alasan supaya tidak dapat membantu ataupun meluangkan masa together-gether.

TETAPI apabila mereka didalam sesusahan, kesempitan, kesunyian dengan apa cara sekalipun kita MESTI membantu atau meluangkan masa sibuk kita untuk mereka.

JIKA TIDAK dengan kata-kata sedih dan sayu serta dengan wajah penuh kasihan dipersembahkan kepada kita. Kita pula tak senang duduk, rasa bersalah kalau tidak dapat memenuhi kehendak mereka.

Berikut adalah kaedah menyelesaikan kemelut untuk maknusia ini macam:

(a) Padam atau tapis nombor telefon dan email mereka
(b) Mengelak sepertimana lagak mereka
(c) Tiada peruntukan masa atau wang untuk mereka
(d) Bersimpati dengan kesusahan mereka tetapi biar mereka selesaikan

KERANA jika kita masih memberi muka kepada mereka, maka kita akan:

(a) mendapat penyakit kerana memendam perasaan
(b) mewarisi perangai mereka
(c) kehilangan reputasi disebabkan bergaul dengan mereka
(d) kehausan tenaga atau lesu disebabkan penat melayani mereka
(e) rasa tertipu

Cadangan Pendita ialah kita bersikap terbuka namun berpagar. Semak siapa rakan-taulan kita demi kemakmuran hidup ini.

Sekian.

Skrip turun-temurun yang merimaskan

Hari ini Pendita kepingin hendak berbincang tentang "Skrip turun-temurun yang merimaskan".

Pendita perasan perkara ini kerana ia seolah-olah skrip yang diturunkan sejak dahulukala. Dimana-mana di semenanjung ini serupa.

Skrip yang Pendita maksudkan ialah soalan-pertanyaan apabila seseorang itu samada sudah lama atau baru berjumpa.

Selalunya skrip ini dimiliki oleh ibu-ibu. Dan selalunya milik mereka yang tinggal di kampung, rumah pangsa atau kos rendah, dan juga golongan elit yang berasal-usul daripada golongan-golongan tadi. Bahkan juga seseorang itu dengan penampilan "ahli surga", sama saja.

Akibat

Terdapat dua pendapat mengenai skrip ini:-

(a) Berniat baik: Untuk beramah-mesra, prihatin, peduli.
(b) Berniat jahat: Untuk membuat kudis pada hati, memendam rasa.

Mari kita lihat skripnya.

Skrip 1: "Bila nak kawin?", "Bila kami boleh makan nasik minyak..?"
Individu yang ditujukan: Bujang lapuk, anak dara tua
Jawapan: "Insyaallah bila ada pilihan...", "Belum ada jodoh..."
Respon: "Itulah kau memilih sangat...". "Kau tu tak pandai mengurat.."
Individu: Terkedu. Memendam rasa. Rendah motivasi. Biokimia badan mula bergolak.

Skrip 2: "Bila nak dapat anak?"
Individu yang ditujukan: Pasangan yang sudah lama berkahwin
Jawapan: "Insyaallah..belum ada rejeki.", "Kami sedang mencuba.."
Respon: "Laki/Bini kau mandul tak..?", "Kalau bini kau mandul, kawin je lain.."
Individu: Terkedu. Terpengaruh. Biokimia badan mula bergolak. Marahkan pasangan.

Skrip 3: "Bila hang nak dapat menantu ni..?"
Individu yang ditujukan: Ibubapa
Jawapan: "Nantilah dulu..anak belum dapat kerja..."
Respon: "Jangan lama-lama nanti anak kau tak ada orang yang hendak."
Individu: Terkedu. Terpengaruh. Memberi tekanan kepada anak.

Skrip 4: "Bila hangpa nak timang cucu? Cucu kami ramai..."
Individu yang ditujukan: Mertua
Jawapan: "Belom ada rejeki.."
Respon: "Jangan sampai dah masuk kubur kempunan nak timang cucu."
Individu: Sedih. Memberi tekanan kepada menantu.

Skrip 5: "Bila nak kawin lagi?"
Individu yang ditujukan: Ibu tunggal, duda
Jawapan: "Insyaallah bila dah ada jodoh nanti.."
Respon: "Nak aku tolong carikan?"
Individu: Terkejut. Privasi terganggu.

Skrip 6: "Bila kau nak kerja ni..dah lama menganggur. Kau kan ada degree?"
Individu yang ditujukan: Graduan menganggur dan berhutang PTPTN
Jawapan: "Aku dah apply tapi belom dapat la.."
Respon: "Nanti aku cuba guna kabel untuk tolong kau ye"
Individu: Gembira. Tak perlu penat lelah berusaha lagi.

Berdasarkan skrip-skrip diatas, boleh dikatakan ada dua kemungkinan tujuan bagi orang yang bertanya iaitu berniat baik atau jahat.

(a) Berniat baik JIKA bertanya memang sebab prihatin serta bersiap sedia untuk memberi apa-apa bantuan atau sokongan TANPA meminta balasan.

(b) Berniat jahat JIKA bertanya sebab saja nak tahu serta tidak berhasrat untuk memberi apa-apa bantuan atau sokongan SERTA mengejek di belakang.

Bagi mereka yang didalam kategori (a), Pendita hormat. Namun, Pendita berharap skrip diatas diolah supaya lebih merdu dan lembut bunyinya.

Bagi mereka yang didalam kategori (b), hentikanlah perbuatan itu. Ia merosakkan hati orang. Beri ehsan kepada mereka. Jikalau tidak berhasrat untuk membantu diamkanlah diri.

Disebabkan golongan (b) ini orang-orang Melayu terpaksa bertarung dengan perkara remeh-temeh sedangkan manusia lain kenyang perut menikmati kemudahan dan rezeki yang melimpah disini.

Kita juga ada dua pilihan apabila berdepan dengan golongan ini:

(a) Boikot mereka
(b) Berikan pantun ini: Limau purut tiga serangkai; buta perut tak dak akai.

Sekian.

Khamis, November 11, 2010

Deli-Kesultanan bersisa muzium

Baru-baru ini Pendita sekeluarga berkunjung ke Medan, Sumatera Utara. Sebenarnya Pendita bukanlah ada hajat hendak ke Medan ini cuma sahaja ke situ untuk lihat-lihat. Sebab ramai bercerita tentang Medan. Jadi Pendita pun hendak juga tahu apa sebenarnya yang menarik. Tentang Medan ada 3 perkara menarik:-

a) Kesultanan Deli dan Masjid Raya
b) Batak dan Rajanya serta Danau Toba
c) Beli-belah

Oleh kerana Pendita tidak berkunjung ke Danau Toba, maka perkara (a) sahaja topik perbincangan. Manakala topik (c) langsung tak menarik minat Pendita. Tapi suka juga tengok isteri Pendita memborong kain-kain di Pasar Ikan. Jikalau puan-puan ke Pasar Ikan, pastikan datang awal pagi kerana ada satu kefahaman soal jual-beli waktu ini iaitu harga "pecah telor". Selamat mencuba.

Kesultanan Deli

Sejarah lengkap tentang Kesultanan Deli boleh didapati di dalam banyak web terutamanya Wikipedia.

Sebagaimana diceritakan waris semasa lawatan Pendita ke istana Maimun, sultan Deli yang pertama adalah bekas seorang panglima perang yang banyak berjasa di dalam kerajaan Aceh semasa Iskandar Muda. Oleh kerana jasanya yang besar, beliau diberi kuasa untuk menjaga sebuah daerah. Lama-kelamaan kuasa beliau bertambah gemilang, maka ditabalkan sultan Aceh dengan taraf Seri Paduka Sultan dan berkerajaanlah baginda dengan Kesultanan Deli yang baharu.


-Istana Maimun-


-Masjid Raya-

Namun, Pendita musykil apakah Kesultanan Deli adalah sebuah kesultanan Melayu yang tulen? Mengikut sejarah, sultan pertama Deli berasal dari Delhi, India. Jika ini benar, maka kesultanan Deli adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan budaya pemerintahan Sriwijaya tetapi raja-rajanya bukan dari susur-galur raja-raja Melayu yang berdaulat.

Menariknya, ada sesetengah kita pula musykil bahawa benarkah raja-raja Melayu sekarang ini benar-benar berdaulat? Ya, berdaulat! Kerana masih berkuasa. Berdaulat bukan maksud ada kesaktian tertentu. Berdaulat kerana masih kekal berkuasa.

Jikalau tidak sudah lama British mansuhkan sahaja raja-raja Melayu ini dengan hanya menandatangani sebuah watikah! Apa hairannya British dengan penentangan terhadap Malayan Union walhal 40 hari sahaja Melaka dibedil sudah tumbang rajanya.

Sebab British tahu perkara yang ramai diantara kita jahil tentangnya. Darah-daging DNA raja-raja Melayu yang masih berdaulat hingga kini adalah daripada darah-daging DNA raja-raja purba yang tidak pernah putus keturunannya!

Sudah tertulis di langit raja-raja Melayu tetap berkuasa serta membela agama langit Islam. Datanglah Chola, datanglah Chakri, datanglah Alfonso, banzailah Jepun, liciklah Inggeris, kejamlah Komunis, dan konfrantasi Soekarno. Namun, kerajaan wangsa besar Melayu tetap utuh, kukuh, padu, perkasa bak tembok Yakjuj dan Makjuj tinggalan Maharaja Zulkarnain! Tiada dapat bangsa lain memerintah di sini melainkan kepanasan.

Selasa, November 02, 2010

Tanah pusaka rahsia Allah

Dari Segenting Kra hingga ke Temasik, pada pendapat Pendita, sebuah penempatan yang sangat misteri: rezeki melimpah-limpah sejak dulu Suvarnabhumi, tiada malapetaka yang besar-besar, cuaca yang sentiasa baik. Apa tidaknya, dengan sejarah pelbagai versi hinggakan Profesor Oppenheimer dari Universiti Oxford terpaksa mencelah bahawa sejarah Asia Tenggara perlu dirombak berikutan penemuan arkeologi terbaharu di lembah Bujang, Kedah. Tamaddun ini telah wujud sebelum Nabi Isa AS dilahirkan dan ia adalah tamaddun tertua di Asia Tenggara!



Profesor Oppenheimer didalam bukunya 'Eden in the East-The Drowned Continent in Southeast Asia' menggambarkan bahawa Asia Tenggara dahulunya sebuah pusat tamaddun yang tinggi sebelum ia ditenggelami lautan. Peristiwa ini dikatakan berkait dengan peristiwa Nabi Nuh dan bahteranya.



Profesor Santos juga berpendapat yang serupa melalui karya beliau, 'Atlantis: The Lost Continent Finally Found'.



Jikalau hal ini benar, maka sudah tentu tamaddun ini ditenggelamkan kerana kafir terhadap Allah. Dan bahtera Nuh membawa pengikut-pengikutnya yang berasal dari benua besar ini. Bangsa Nuh yang mulia.

Pendita sangat tertarik dengan firman Allah yang berikut:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama maka sebahagian di antara mereka: Orang yang beroleh hidayat petunjuk dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka). Petikan dari Surah al-Hadid ayat 26.

Inilah yang kita faham: Keturunan Nuh dan Ibrahim menerima kitab-kitab!

Berikutan itu, Pendita mendapat tahu dari sebuah kariah gereja di Amerika-Church of the Great God berusaha menjejaki tanah yand dikenali sebagai 'Modern-day Israel'. Mereka mengusulkan bahawa:

We will find that God's plan, His purpose, is so tightly linked with Israel, so much part-and-parcel with Israel's history, that when we find Israel, we will also find God. In essence, to search for Israel is to search for God; to find Israel in history is to find God there too.

"Kita bakal mengetahui perancangan tuhan, tentang tujuanNya, sangat berkait dengan Israel, maklumat-maklumat sejarah Israel. Dan jika kita berjaya menjumpai tanah Israel yang sebenar, ertinya kita telah berjumpa tuhan. Dengan maksud lain, pencarian Israel adalah mencari tuhan dan fahami sejarah Israel bermakna berjumpa tuhan."

Bagi mereka Israel di Asia Barat itu bukanlah Israel yang sebenar. Mereka percaya bahawa akan wujud sebuah negara bangsa yang bakal memerintah dunia dengan kuasa tuhan.

By Myself I have sworn, says the Lord, because you have done this thing, and have not withheld your son, your only son, in blessing I will bless you, and in multiplying I will multiply your descendants as the stars of the heaven and as the sand which is on the seashore; and your descendants shall possess the gate of their enemies. In your seed all the nations of the earth shall be blessed, because you have obeyed My voice. Petikan Genesis 22:16-18.

I am God Almighty. Be fruitful and multiply; a nation and a company of nations shall proceed from you, and kings shall come from your body. The land which I gave Abraham and Isaac I give to you; and to your descendants after you I give this land. Petikan Genesis 35:11-12.

Mereka membuat kesimpulan tentang ciri-ciri 'Modern-day Israel' seperti berikut:

a) Nation as well as in a multitude of other nations. Sebuah negara berbilang bangsa. (Rakyat Malaysia?)

b) The vast masses of Israelites in these nations will enjoy plenty of land and prosperity. Puak-puak Israel di dalam negara ini memiliki tanah-tanah dan kemakmuran. (Perkara 153, hak-hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu?)

c) They will also come to occupy the gates of their enemies. Mereka bakal menguasai kawasan strategik ketenteraan. (Selat Melaka, Singapura, Spratly, Sulu, yakni pintu timur dan barat?)

d) Kings will descend from the patriarchs. These peoples will become a blessing to all the nations of the planet. Raja-rajanya dari keturunan ini. Mereka akan membuat kebaikan kepada semua bangsa di dunia. (Raja-raja Melayu yang masih berdaulat, Wasiat Raja-Raja Melayu?)

Jadi inikah sebabnya gereja terbesar di Asia Tenggara dibina di Bukit Jalil?


-Calvary Convention Center-

Atau inikah sebabnya Masjd Jamek Sri Petaling tempat berhimpunnya jemaah Tabligh dari seluruh dunia dibina disini?


-Markaz Tabligh-

Mungkinkah suatu peristiwa besar bakal berlaku di sekitar Bukit Jalil?

Analisa hasil darab latitut dan longitud:

a) Stadium Bukit Jalil: latitut 3.0553, longitud: 101.6908. Hasil darab = 310.70
b) Calvary Convention Center: latitut 3.053, longitud: 101.675. Hasil darab = 310.14
c) Masjid Jamek Sri Petaling: latitut 3.0693, longitud 101.6895. Hasil darab = 312.12

Merujuk artikel Pendita yang lepas 'Sekarang dan Surah al-Kahfi', nilai 309 dan 313 seolah-olah memberi tanda. Sekali lagi, mungkinkah suatu peristiwa besar bakal berlaku di sekitar Bukit Jalil?