Khamis, Mac 24, 2011

Tanda-tanda yang dipandang remeh...





Itulah gambar-gambar yang diambil beberapa hari sebelum gempa bumi dahsyat di Jepun. Gambar-gambar ini dirakamkan di sebuah pantai peranginan di Mexico.

Lihat betapa ikan-ikan itu sudah mengesan tanda-tanda gempa dan berenang ke pantai seolah-olah hendak memberitahu manusia yang leka ini sesuatu bakal berlaku.

Berikut adalah tanda-tanda di depan mata kita sekarang:-

a) Gelora yang tiada sudahnya di negara-negara Arab
b) Kesan radioaktif yang merebak di Jepun
c) Fitnah politik tergempar lagi bertimpa-timpa di tanahair

Semuanya menjurus kepada satu suasana iaitu: kucar-kacir

Ya, memang kita tidak nampak ikan-ikan melompat-lompat di Pantai Merdeka atau kawanan burung mati beragan di Jalan Ampang.

Tetapi jika kita sensitif, kita akan menyiasat perkara-perkara ini dan mempersiapkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

Para-para pendita di beberapa tempat di semenanjung berkias didalam hal ini. Jikalau kita sensitif, kita akan runduk bertanya kepada mereka akan sesuatu sebagai panduan serta nasihat.

Tetapi jikalau kita suka leceh-memperleceh maka bolehlah bersuka-suka menangguk ikan sepertimana yang dibuat orang di pantai Mexico itu.

Sekian.

2 ulasan:

  1. nak tnye..
    btol ke naga sebanar nye berasal dr manusia?

    dan

    btol ke pd tahun 1926 da naga kuar di negara barat?

    BalasPadam
  2. Pendita pasti naga atau merong adalah salah satu daripada bintang-binatang pre-historic dan tergolong di dalam binatang dinasor. Pun begitu, mungkin juga naga tertentu adalah jelmaan manusia sepertimana buaya-buaya puaka atau harimau tingkis. Maha besar Allah mengetahuinya...

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...