Sabtu, Februari 06, 2010

Panglima Saleh

Pendita dengar di negeri Johor ada ramai pahlawan. Di dalam ramai-ramai pahlawan terdapat persamaan nama iaitu Saleh. Pendita juga mendapat tahu suatu ketika dahulu Sultan Johor pernah memerintahkan seramai 15 pahlawan melawan lanun dan musuh. Kesemua mereka bernama Saleh. Dibawah ini makam Engku Muhamad Saleh, Temenggung Muar yang ke-7 di Durian Chondong, Bukit Kepong, Muar, Johor. Malangnya keadaan makam tidak terurus.


Diantara pahlawan-pahlawan bernama Saleh, yang paling terkenal di Johor dan juga seMalaya adalah Panglima Saleh bin Abdul Karim, Batu Pahat, Johor atau Kiyai Saleh seperti gambar di bawah.


Semasa darurat dahulu puak Komunis pernah mengepung beliau serta pengikutnya yang sedang minum di warung. Bertubi-tubi tembakan dihalakan kearah mereka namun tiada satu butir peluru yang mengena. Kiyai Saleh mengarahkan semua pengikutnya berdiam diri. Melihat keadaan sedemikian puak Komunis pun undur. Apakah amalan beliau serta pengikutnya? Jawapan terdalam di dalam "Kitab Kota Negara".

Kitab ini mengandungi amalan-amalan yang dihimpun oleh murid-murid beliau. Terdapat bermacam-macam amalan untuk pertahanan. Ia sesuai diamalkan demi persediaan darurat. Namun begitu, kitab ini tiada di mana-mana toko buku. Hanya sebilangan sahaja yang diberi amanah menjaganya. Jadi, kalau tuan-tuan berminat silakan mencari di merata Malaya ini. Tanyakanlah pada lebai-lebai di kampung. Untung-untung dapat melihatnya.

Pendita pernah berjumpa dengan dua orang muridnya di Melaka. Susuh tubuh mereka tegap walaupun sudah tua. Layaknya panglima. Pendita ditegurnya apabila salam mencium tangan. Bagi mereka ini perlakuan yang tidak elok. Lihat saja fizikal Mat Kilau. Tegap dan tidak boroi. Guru pendita juga demikian, tegap dan langsing. Mungkin ini ciri-ciri tubuh badan pendekar gamaknya. Kalaulah kita ini boroi-boroi jangankan diharap untuk berjuang waktu darurat. Silap-silap bersepah-sepah cabut lari.

Murid Kiyai Saleh tadi bercerita waktu dulu apabila berperang, parang atau pedang ditangan tidak dilepaskan begitu saja. Digenggam erat sehingga pulang ke rumah pun tidak dilepaskan. Seperti melekat pada tangan. Pejuang terbabit akan berbaring berdiam diri. Disuapnya bubur nasi beberapa hari barulah senjata tadi terlepas dari tangan. Wah! Sampai begitu sekali. Tentulah ini amukan yang sangat digeruni musuh waktu itu. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan didiklah anak-anak kita amalan pertahanan nenek-moyang supaya mereka bersedia berhadapan dengan apa-apa kemungkinan..sekian.

2 ulasan:

  1. ye betol tu,
    ajar la anak2 agr bleh mmpertahan kn diri.dr sgala bahaya y x dingini

    BalasPadam
  2. Pendita ralat dengan ibu-ibu kita yang tidak benarkan anak-anak jantan belajar silat. Mereka lebih suka seni lain. Bagi mereka silat ini penuh dengan khurafat. Tetapi mereka tidak pula menyiasat silat jenis yang mana baik. Boleh juga belajar seni lain. Namun perlu diingat kekuatan Mala-yu adalah daripada seni gerak nenek-moyang mereka.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...