Pendita suka dengan aktiviti di kawasan berhutan seperti berkhemah. Pendita pernah menyertai jamboree antarabangsa pengakap di Kem Coronation, Pulau Pinang semasa jaman sekolah dahulu. Kem itu agak sempit bagi sebuah jamboree peringkat antarabangsa. Ramailah yang hadir dengan kontinjen masing-masing. Dengan khemah, rekabentuk struktur pintu gerbang serta pakaian dengan lencana pangkat yang hebat-hebat belaka! Baru Pendita perasan bahawa memang seseorang pengakap ini dididik mengejar pangkat. Pendita dahulu pun bersungguh mendapatkan pelbagai lencana untuk ditampal pada baju...Baiknya ia mendidik dengan moto "be prepared" atau Melayunya "sediakan payung sebelum hujan."
Malang sekali, pihak penganjur lupa bahawa Kem Coronation ini bukanlah kawasan hutan sebenar tetapi terletak di dalam kawasan Botanical Garden. Jadi, penghuni kem tidak boleh hidup sepertimana di dalam hutan. Bilangan bilik mandi dan tandas sangat terhad. Maka berebutlah mereka untuk mendapatkan giliran tandas. Oleh kerana tidak mendapat giliran, Pendita terjumpa gumpalan besar buangan manusia di dalam bilik mandi!
Maksudnya, apabila manusia disekat untuk mendapatkan sesuatu maka dengan daya imaginasi, innovasi serta idea-idea bisikan mampu mencari jalan untuk mendapatkannya juga. Dengan kata lain, manusia tidak akan boleh disekat walau dengan ugutan bom atom atau siksaan neraka sekalipun. Cuma, manusia ini boleh dirunding, dipujuk, dinasihat, diberi tunjuk-ajar dengan kaedah yang sangat tulus dan halus. Maka bolehlah mereka menyekat diri sendiri untuk tidak berbuat yang tidak baik.
Kembali dengan kes membuang najis di dalam bilik air, pihak penganjur sepatutnya berunding dengan wakil-wakil kontinjen untuk menyelesaikan isu ini. Pendita dan rakan-rakan pula mengambil langkah selamat dengan membuangnya di tepi sungai. Maka, berbondong-bondonglah kami ambil tempat strategik melepaskan hajat masing-masing...
Kes buang bayi di negara kita bukanlah fenomena terbaru. Ia berlaku sejak dulu lagi. Pendita kenal dengan seorang yang melahirkan anak luar nikah. Dia dan pasangannya cuba menggugurkan kandungan di bulan yang mulia Ramadhan. Kononnya berbuka puasa di hotel tetapi berada di hospital dalam keadaan parah. Namun, bukan salah bayi itu yang kini telah berusia satu tahun. Nasib malang bagi bayi-bayi yang dijumpai samada masih bernyawa atau yang sudah meninggal. Sedih...
Berbalik kepada isu buang najis di dalam tandas berbanding buang bayi di kawasan masjid. Isu buang najis disebabkan tandas yang terhad. Tak tahan maka bilik mandi pun jadilah. Isu nafsu remaja tak dibenarkan kahwin awal. Buat dulu pun jadilah. Kita boleh sepak-terajang budak-budak ini sepertimana pasangan tadi yang telah diperlakukan sedemikian tetapi benda dah jadi. Kita boleh menyenaraikan hukum-hakam seperti yang disiarkan Utusan edisi 15 Februari. Tetapi sebenarnya ini dosa siapa? Adakah ia milik pasangan terbabit semata-mata? Atau kita ramai-ramai dapat "share"? Sepertimana penganjur jamboree tidak menyediakan tandas yang mencukupi, sepertimana kita mengekang pasangan yang ingin berkahwin.
Ya, kementerian tersebut menyediakan ruang untuk pasangan ini melahirkan anak tanpa tindakan undang-undang: nyawa bayi diselamatkan. Ya, organisasi tersebut menggalakkan penggunaan kondom: bayi tidak dihasilkan. Kedua-duanya jalan selamat bertaraf "mee maggi". Pi mai, pi mai dua-dua berdosa. Kita yang tak kena ni jangan dok buat tak tau pulak! Jangan nak hukum sana, hukum sini. Mai tengok diri sendiri dengan serban putih tu.
Marilah sama-sama kita bantu pasangan muda yang hangat bercinta itu untuk berkahwin. Kalaupun masih "form five", apa salah? Runding dan tunjuk-ajar. Runding soal nikah-kahwin, tunjuk-ajar kaedah menjana kewangan dan survival. Kalaupun "form five" biaq pi la. Awat hangpa susah hati sangat?
Doa Pendita semoga keturunan kita terpelihara sepertimana doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya! Sekian.
Isnin, Februari 15, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan