Sabtu, Februari 20, 2010

Misteri bangsa Ibrahim Khalilullah

Setelah diteliti segala macam literatur, kita hampir boleh membuat kesimpulan bahawa Nabi Ibrahim adalah pencetus kewujudan bangsa mulia, perosak dan juga misteri.

1) Bangsa mulia - Arab setelah Muhamad SAW
2) Bangsa perosak - Yahudi melalui Yakub AS
3) Bangsa misteri - Melayu melalui niyang Keturah

Oleh kerana bangsa-bangsa ini berketurunan nabi maka segelintirnya terpilih. Selebihnya, menderhaka kepada Allah.

Kita arif tentang bangsa yang mulia dan yang perosak itu. Yang sangat tersorok adalah bangsa misteri ini. Penyelidikan dijalankan golongan bukan Islam tentang bangsa ini. Ringkasan jawapan mereka, ia terhasil daripada percampuran barat dan timur. Anak-anak ini dicampakkan ke nusantara dan jadilah Melayu dengan cendokan budaya.

Namun, tidak ramai mahu mengakui kemungkinan segala tamadun bermula di nusantara ini. Ia terjadi pada pendapat Pendita, disebabkan sejarah penjarahan Sepanyol, Perancis, Portugis, Belanda dan Inggeris mulai kurun ke 14. Merekalah pencetus sejarah olahan sendiri melalui andaian-andaian di dalam log-log dan diari-diari pengembaraan mereka.

Sukacita dewasa ini pengkaji-pengkaji di seluruh dunia mula mempertikaikan sejarah-sejarah olahan barat ini. Seperti Profesor Arysio Nunes dos Santos mengatakan bahawa nusantara adalah tapak kerajaan Atlantis yang tenggelam itu.

Juga, ada pengkaji mendakwa penjajahan Aryan ke benua India bermula dari daratan di sebelah selatan benua itu. Bangsa ini membawa budaya dan bahasa Sanskrit. Kita tahu bahawa Sanskrit bukan asal India. Jadi, bangsa Melayu yang menggunakan istilah-istilah dari bahasa ini tidak boleh dikatakan berbangsa India. Lagipun, bahasa ini hanya untuk golongan elit pada zaman itu.

Dari sudut geografi pula pusat-pusat peranginan di nusantara selalu disebut "paradise". Kita pun bersetuju kerana pemandangan di sini rata-rata cantik dan menenangkan. Cuaca yang elok sepanjang tahun. Siapa suka duduk di padang pasir, kawasan tundra Siberia atau Amerika utara yang dilanda salji tebal itu? Jikalau inilah "paradise" seperti kata pelancong, siapakah pula penjaga "paradise" kalau bukan para "dewa-dewi"?

Bangsa Mesir purba mendakwa tanah nenek-moyang mereka terletak di tempat terbit matahari. Nama tempat tersebut ialah Punt, juga disebut-sebut sebagai "tanah dewa-dewi". Sila lihat artikel sebelum ini. Kawan Pendita pernah berjumpa dengan orang-orang Mesir. Menurutnya mereka ada iras keMelayuan. Cuba kita cipta hipotesis ini:-

1) Tanah Punt adalah nusantara.
2) Bangsa Mesir berketurunan Melayu purba.
3) Seorang raja Melayu purba (Firaun) telah menderhaka kepada Musa AS.

Mari lihat betul-betul hal ini. Majoriti bangsa Yahudi menderhaka kepada nabi-nabi mereka. Sebahagian bangsa Mesir menderhaka nabi mereka. Kini, sebahagian bangsa Arab tidak lagi patuh kepada ajaran nabi mereka. Uniknya, ketiga-tiga bangsa ini adalah anak-cucu Ibrahim AS. Kerana nabi Ibrahim berkahwin dengan:-

1) Siti Sarah - hasilkan Yakub AS - bangsa Yahudi
2) Siti Hajar - hasilkan Ismail AS - bangsa Arab
3) Keturah - hasilkan 7 anak lelaki - bangsa misteri ~ Melayu

Kita tahu Siti Hajar adalah seorang puteri raja Mesir - wanita Melayu purba. Boleh juga kita katakan Arab sangat dekat dengan Melayu kerana Keturah dan Siti Hajar adalah Melayu purba juga. Orang Arab hidup berpuak-puak begitu juga Melayu dengan suku-sakatnya. Uniknya lagi, ketiga-tiga bangsa ini teguh sebagai ahlul-kitab. Tetap dengan ajaran nabi mereka. Jika kita kaji bangsa-bangsa besar lain mereka tidak tetap dengan sebuah ajaran tetapi mengikut pilihan individu.

Moden ini umat Arab sangat rapat dengan umat Melayu. Umat Melayu pula sukar dengan umat benua Cina dan India. Apatah lagi umat benua Eropah dan Afrika. Umat Melayu gemar ke tanah suci dan sesuai menuntut di Mesir seolah-olah menetap di kampung sanak-saudara. Bangsa Arab tidak kekok di nusantara. Sebaliknya, bangsa penjajah dan penumpang "panas" tinggal di sini. Pendita pernah mendengar seorang Iraq yang bekerja di UKM mengatakan bahawa Malaysia seperti syurga! Sebabnya orang sini tidak suka memaki-hamun sembarangan. Itulah ciri yang membezakan Arab dengan Melayu. Bezanya sopan dan gasar.

Bangsa Yahudi terpinggir. Tertumpu di Israel tanah rampasan dan juga di Singapura dengan sebuah pangkalan tentera (..jauh benar bertapak sampai ke Singapore...hangpa nak apa kat sini?). Mungkin nak tengok-tengokkan gelagat adik-tiri mereka ini...Lainnya bersepah di merata dunia. Pendita pernah mendengar bahawa di dalam kitab mereka menyatakan bahawa bangsa adik tiri bakal membinasakan mereka di akhir zaman nanti. Kalau tidak Arab tentulah umat Melayu di seluruh nusantara.
Orang nusantara ini ganjil. Walaupun dituduh pemalas, tidak pandai pelajaran, suka bergaduh, miskin dan sebagainya, ia tetap teguh menjalani kehidupan. Sifat sopan dan tolak-ansur seolah-olah mendaulatkan mereka.

Walaupun bangsa lain mengaut kekayaan di bumi ini, mereka tidak dapat berkuasa melainkan dengan restu Melayu. Jikalau mereka berkeras mahu berkuasa maka bercerailah kepala dari badan. Itulah daulat bangsa yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pantang diri dicabar, darah menggelegak amuk mendatang, melayanglah nyawa di hujung tangan. Dengan restu Melayu mereka mendapat Singapura sebuah pulau kecil. Itu sahaja. Tiada restu Melayu untuk kekuasaan Thai terhadap Pattani.

Bangsa misteri ini diambang kemunculan semula di persada dunia sebagai kuasa ekonomi, ketenteraan, pusat pentadbiran dunia. Lihat Putrajaya. Sekilas pandang seperti pembaziran. Pandangan kedua seperti sebuah pusat pentadbiran bertaraf dunia. Sebenarnya Malaysia yang kecil ini tidak perlu pusat pentadbiran yang begitu besar dan tersusun. Mungkin Tun Mahathir adalah agen pembangunan akhir zaman supaya panji-panji hitam bakal berkibar dengan megah bersama sebuah pusat pentadbiran yang sudah bersiap-sedia menanggung beban pemerintahan dunia. Mari kita renung kembali kata-kata dari Tambo Minang tentang pusat pentadbiran raja Iskandar Zulkarnain:-

"…Tatkala maso dahulu, batigo rajo naiek nobat, nan surang Maharajo Alif, nan pai ka banda Ruhum, nan surang Maharajo Dipang nan pai ka Nagari Cino, nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…"

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...