Khamis, Februari 18, 2010

Jadi King Tut bangsa apa?

Bangsa Mesir purba menganggap Punt sebagai tanah nenek-moyang mereka. Ahli sejarah menganggap lokasi sebenar Punt belum muktamad. Punt atau dikenali juga dengan "tanah dewa-dewi" atau "lands of the gods" pernah diperintah oleh seorang raja bernama Parehu dan permaisuri bernama Ati.

Encik Zahi Hawass pernah memberi komentar berikut berkenaan Raja Tut Mesir Purba:-

"Tutankhamun was not black, and the portrayal of ancient Egyptian civilisation as black has no element of truth to it," Hawass told reporters.

"Egyptians are not Arabs and are not Africans despite the fact that Egypt is in Africa," he said, quoted by the official MENA news agency.

Di bawah ini adalah pembikinan semula wajah Raja Tut menggunakan perisian grafik.



"While Tutenkhamun's death at about 19, after ten years of rule between 1333 to 1324 BC, has been a source of much speculation, the circumstances of his birth were not any clearer." - Calgary Herald.

Majoriti berpendapat Punt terletak di benua Afrika atau di semenanjung Arab atau di benua India. Namun, hanya Mistisflies yang berani mencabar bahawa Punt ini adalah dunia Melayu.
Lihat gambar di bawah. Ukiran ini diabadikan setelah rombongan diRaja Mesir kembali dari tanah Punt. Terdapat ukiran pohon nyiur dan pondok. Rumah bertangga begini secara tradisinya Melayu. Rumah tradisi Afrika atau India bukan begini strukturnya. Pendita rasa pengukir ambil jalan singkat dengan mengukir pondok bulat sebab rumah Melayu contohnya Minang susah nak diukir agaknya. Apapun, rumah yang ditinggikan dari tanah adalah tradisi kita.



Dukacita, penantian kita untuk mendengar keputusan DNA daripada Encik Zahi Hawass berkenaan hubungkait DNA dengan bangsa belum tercapai. Pendita mendapat tahu saintis Jerman sedang mengkaji hal ini. Pada masa yang sama kita nantikan Mistisflies dengan kajian lengkap mereka. Sekian.

2 ulasan:

  1. Bangsa ini mengikut kitab2 ialah dari keturunan nabi Ismael. Mereka membangunkan tamadun2 hebat dan ini adalah lambang kehebatan pengikut agama nabi ibrahim. Mengikut al quran, Firaun adalah merupakan raja di Madinah di zaman nabi Musa. Hakikat inilah yg cuba disembunyikan musuh2 tuhan dgn mengaitkannya dgn Mesir. Bangsa Arab sebenarnya adalah dari keturunan Firaun dan mereka memang sejak dahulu memusuhi nabi2 yg berketurunan Israel. Mereka merosakkan al quran dan mencipta agama selain agama nabi ibrahim. Kebenaran akan terbongkar dgn izin tuhan. http://1asalama.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Sebenarnya rahsia hubungan dengan tuhan masih tersorok. Kalaupun dibuka mungkin sukar untuk diterima ramai...

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...