Rangka seorang remaja ditemui oleh arkeologis UKM di Gua Bewah, Tasik Kenyir merupakan manusia zaman Mesolitik. Usia rangka ini disekitar 8000 hingga 11000 tahun. Menurut Utusan Malaysia edisi 6 Februari 2010:
"Rangka prasejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.
"Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan media melawat ke gua berkenaan di sini hari ini.
Pendita percaya rangka ini adalah Melayu purbakala. Keputusan DNA yang bakal diperolehi nanti, pada hemat Pendita, bolehlah dijadikan standard DNA Melayu. Manakala keputusan DNA oleh Ainoon (2003) boleh dijadikan perbandingan kontemporari.
Jadi, pada masa akan datang kita boleh menyemak status keMelayuan seseorang dengan menjalani ujian DNA. Dengan ini, isu Melayu akan pupus 50 tahun akan datang bukan lagi sebuah permasalahan. Kerana, kita masih boleh mengekalkan keMelayuan dengan menjodohkan pasangan dengan DNA Melayu sepertimana pasangan sekarang menjalani ujian HIV.
Ibu-bapa atau anak-anak boleh memilih untuk menghasilkan zuriat Melayu atau hibrid bangsa 1Malaysia. Pada masa 50 tahun akan datang kita akan mampu menetapkan siapakah Melayu diantara kita. Begitu juga keanggotaan UMNO atau PERKASA. Bagi PAS ini bukanlah motifnya. Tidaklah nanti hanya Melayu wujud di muzium negeri.
Ramai di kalangan kita ini tidak gemar membicarakan soal jati diri bangsa. Apabila kita kaji golongan ini rupa-rupanya mereka mewarisi genetik asing yang ketara. Manakala sesetengahnya pula fanatik Melayu padahal terang-terangan genetik asing. Apapun kita menerima mereka kerana sayangkan bangsa ini.
Encik Zahi di Mesir pula bakal mengumumkan genetik Raja Firaun bergelar Tut pada 17 Februari ini. Pendita akan membandingkan genetik Raja Firaun ini dengan remaja Gua Bewah. Terdapatkah persamaan diantara kedua-duanya? Buat pengetahuan, Firaun yang jahat adalah seorang itu yang mengejar Nabi Musa. Manakala Raja Firaun yang lain dikatakan beragama langit. Jadi, Pendita bukanlah bersungguh-sungguh untuk membuktikan keFiraunan Melayu. Tetapi untuk mengkaji dinamika nenek-moyang kita purbakala.
Adakah Raja Iskandar Zulkarnain itu dari Timur atau sebenarnya bermula dari sini? Kerana jika ia bermula di tanah Arab atau Parsi, kisah baginda bergerak ke barat dan ke timur tidak akan menjangkau benua Amerika. Bermakna kisah di dalam al-Quran serta kitab-kitab samawi yang lain berkisar di kawasan Asia, Afrika dan Eropah semata-mata. Sedangkan di Amerika Selatan terdapat tamadun-tamadun yang hebat. Di dalam sejarah tamadun ini ada diceritakan gerombolan kapal-kapal musuh datang menyerang.
Tanjung Piai di Johor itu adalah penghujung benua Asia dengan struktur geografinya berpaya. Adakah tentera baginda berjalan kaki serta berkuda ke sana? Jika begini susahlah baginda untuk bergerak di negeri Johor dengan kuda dan peralatan. Sebaliknya, jika bala tentera baginda bergerak dengan kapal-kapal gergasi seperti Mendam Berahi, pergerakan ke Timur dan Barat menjadi lebih mudah. Lihat kata-kata dari Tambo Minang:
"…Tatkala maso dahulu, batigo rajo naiek nobat, nan surang Maharajo Alif, nan pai ka banda Ruhum, nan surang Maharajo Dipang nan pai ka Nagari Cino, nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…”
Apakah maksudnya, "..nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…”? Bertapak bukankah dimaksudkan dengan "menapek" atau bermaksud kekal di situ? Manakala, putera-putera yang lain "nan pai ka" atau "sampai ke". Anehnya, tiada seorangpun dihantar ke benua India. Dengan itu, ibu kota kerajaan baginda boleh diandaikan terletak di sini.
Pendita membuat hipotesis begini kerana kajian-kajian Alexandar atau Iskandar seolah-olah tiada keputusan muktamad. Al-Quran pula merahsiakan lokasi sebenar asal Iskandar ini. Manakala raja-raja kita bersungguh-sungguh mengaku berketurunan dan mengamalkan adat istiadat baginda Iskandar. Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan