Assalamualaikum!
Pendita masih tertanya-tanya tentang sebuah sungai yang merentasi semananjung Melaka pada abab ke-16 sepertimana yang terlihat pada peta-peta di bawah ini.
Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.
Mengikut andaian Pendita, ia sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.
Misteri bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya.
Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana. Jadi tak mungkin raja Melaka berperang dengan Portugis di kuala sungai Melaka melainkan Temenggong kerana Laksamana Melaka tiada di pelabuhan ketika itu. Gambar di bawah adalah kota Portugis di Banda Hilir ketika diserang Aceh. Tetapi disitu bukanlah kota Melaka milik Melayu.
Gambar di bawah ialah kota Palembang pada abad ke-17. Ia seperti di kuala sungai. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan ada maklumat tentang misteri kota Melaka yang masih buntu ini mohon dikongsi. Jikalau kita hanya bergantung kepada diari Munsyi Abdullah mungkin maklumat penuh tidak diperolehi.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam..
BalasPadamnak tnye mne abg dpt semua maklumat nie ye..
leh share x?
Wsalam...
BalasPadamPendita mendapat maklumat ini daripada sumber manuskrip lama yang bakal diterbitkan di Singapura. Jangan diharap benda-benda macam ini dimasukkan ke dalam teks sekolah. Tiada kafir di Malaysia ini suka melihat bangsa Mala-yu ini berjaya dengan gaya!
menuskrip tu djual ke?
BalasPadamlaw nk bli mcm mne?
Pendita tidak pasti samada buku itu telah dicetak. Maklumat yang Pendita dapat ini ketika promosi tentang buku itu pada pesta buku di Jerman.
BalasPadammunshi abdullah? aku label dia penkhianat tapi mungkin ramai yang kata dia hero
BalasPadamdikhabarkan sungai melaka sememangnya bercantum dengan sungai pahang kalau x silap. kesan atau tinggalan ini masih terdapat sehingga hari ini. dianggarkan sungai ini terputus kira-kira 500 meter sekarang namun kesannya terlihat jelas. wallahu alam...
BalasPadamJikalau disusuri sungai Melaka dan hulu sungai Pahang kita mungkin berjumpa dengan istana misteri yang diperkatakan. Iaitu istana yang dibina dengan batu hitam.
BalasPadamsatu ekspedisi pernah dilakukan menerusi Muzium Pahang kalau x silap sekitar 2004 atau 2005 namun tidak menemukan istana berkenaan. Berkemungkinannya bukanlah semua orang berpeluang melihatnya. Fakta mengenai kewujudan sungai merentangi Semenanjung sememangnya benar. Sungai Melaka (Bertam)adalah bercantum dengan Sungai Pahang cuma semasa ekspedisi Jejak Tun Teja dijalankan peserta ekspedisi terpaksa memikul kayak sejauh kira-kira 500 meter. Dikatakan Hang Tuah ketika melarikan diri ketika membawa Tun Teja ke Melaka telah menggunakan laluan ini untuk pulang ke Melaka sedangkan angkatan Terengganu yang mengejarnya menyangkakan Hang Tuah menggunakan laluan laut untuk pulang ke Melaka... wallahu alam
BalasPadamsungai muar... jalan penarikan 500meter kat bahau... sungai pahang
BalasPadamdulu bercantum
sungai lui namanya..alwi
BalasPadamIgnazio (Egnatio or Egnazio) Danti (April 1536 – October 19, 1586), born Pellegrino Rainaldi Danti, was an Italian priest, mathematician, astronomer, and cosmographer.
BalasPadamsumber google
dalam buku Early Mapping of South East Asia, ada satu tajuk The Trans Peninsular Water Way; disebut peta-peta yang dilukis oleh orang eropah tentang Melaka menggambarkan ada sungai merentas semenanjung iaitu sungai Muar dan Sungai Batu Pahat. Ini kerana mereka salah faham dengan laluan kapal merentas semenanjung.
BalasPadamBuku itu menerangkan sebenarnya ada sungai di kedua-dua belah semenanjung tidak bercantum tetapi digunakan untuk transport. Penulis tersebut mengatakan laluan ini sebagai "hybrid routes". laluan ini digunakan oleh "Malayan Traders" (Pedagang Melayu).
Pedang Melayu menggunakan dua laluan seperti ini. Satu laluan adalah sungai Muar dan Sungai Pahang.
BalasPadamSatu laluan lagi adalah Sungai batu Pahat dan Sungai Endau.
Assalamualaikum pendita,
BalasPadamBila terbaca artikel diatas saya teringat penemuan ketika saya kecil dulu...
Sdng saya seronok bermain kerete kecil sambil mengorek tanah saya dipertemukan
Sekeping logam seakan syiling lama yang telah berkarat serta rapuh...
Apabila saya gosok untuk bersihkan saya dapati logam berkenaan adalah syiling lama,
Terdapat gambar TEKPI@senjata mcm dlm cerita 6jahnam bersilang dua di permukaan syiling tersebut, tulisan dibhgian keliling senjata xberapa jelas tp seakan2 tulisan jawi namun bila diteliti ianya bukan tulisan jawi....bhgian permukaan sebelah lagi telah kabur lansung xdpt di lihat samada gambar atau tulisan, saya bawa balik dan simpan syiling tersebut....
Masa tu saya xberapa ambik tau nilai penemuan tu melainkan dlm fikiran saya menemui brg purba dn terus mengabaikannya....
Tp slps berbelas tahun kemudian baru saya terfikir seandainya ada sekeping penemuan berkemungkinan lebih banyak penemuan akan ditemukan sekiranya kajian dilakukan dilakukan dilokasi tersebut...sampai hari ini lebih 20tahun berlalu namun saya masih selalu teringatkan ttg penemuan tersebut, sy selalu terfikir utk kelokasi tersebut semula utk menggali kalau2 ada lg penemuan lain yg blh mengubah sejarah, tp disebabkan lokasi tersebut berada di dlm kawasan se****h selain saya tidak memiliki sebarang ilmu@pengalaman dlm bidang arkeologi jadi kisah serta sejarah penemuan tersebut hanya menjadi sejarah untuk diri sya sahaja, seandainya satu masa nnti ada mana2 pihak yg mmg dari berminat utk mengkaji ttg penemuan tersebut sy sedia memberi kerjasama supaya sejarah utk diri saya yg terpendam lbih 20tahun dpt kongsikan dn menjadi sejarah utk semua yg berhak.....(lokasi penemuan di jementah, segamat, berdekatan kaki gunung ledang).....
contact saya 0176526052 mus
PadamAssalam tuan kamal..sekiranya tuan terbaca tulisan saya mohon kiranya tuan hubungi saya melalui emel romiesophian8@gmai.com @ 0132799185
PadamAsaalam tuan kamal..sekiranya tuan terbaca balasan saya mohon jasa baik tuan hubungi saya melalui emel romiesophian8@gmail.com atau 0132799185 .teeima kasih
PadamWsalam Tuan Kamal,
BalasPadamSesungguhnya penemuan tuan sangat beharga. Jikalau demikian, maklumat tersebut eloklah dirahsiakan dahulu. Pendita berharap tuan dapat meluangkan masa untuk membuat pemetaan yang teliti sebelum diketengahkan kepada pihak yang berwajib. Bolehkah tuan emel kepada Pendita gambar keping syiling itu? Pendita boleh masukkan ke dalam blog ini sebagai rekod arkeologi. Pihak yang sesuai adalah dari pakar arkeologi USM. Jikalau tuan tiada cara untuk berhubungan dengan mereka, Pendita boleh bantu dengan diberi maklumat ringkas melalui emel Pendita.
Diam x diam dh 4tahun berlalu dri tarikh ulasan sy diatas yg menggunakn user id kamal...pendita m tak maaf bnyk2 sbb bru hari ni baca ulasan tuan dan skali lg ay mntk maaf bnyk2 sbb xdpt menunaikn permntaan tuan utk kirimkn gambar syiling tersebut...spertimna yg sy ktakn 4tahun lepas...ketika penemuan sy dgn syiling tersebut saya baru berusia sekitar 9-10 tahun dan ketika itu tindakan yg sy ambil cuma membawa pulang lalu mengabaikn hal tersebut dan selang beberapa belas tahun kemudian@ketika tamat zaman persekolahan bru sy mula terfikir semula ttg penemuan sy dulunya...kini sy umur sy sudh mencecah 35 tahun...nak cari pun xtau ada ker x memandangkan ibu bapa sy telah berpindah 3kali kerana bapa sy dulunya kakitngn kerajaan...dan sy pun dh duduk di rumah sendiri bersama keluarga sy...tp rasanya klu dicari perlhan2 dkt rumah orang tua sy insyallah mmgkn ada....nnti la bila tiba msa digerakkn oleh tuhan utk cari andai ketemu sy kirimkn utk kita kongsi nilai kepuasannya
BalasPadamTuan boleh kaitkn tak dengan penemuan di Chohong Melaka..
BalasPadam