Sabtu, Februari 27, 2010

Budi, bahasa, biadap

Hari ini Pendita dan keluarga datang berehat sambil memancing di Tanjung Agas, Melaka. Juga dikenali sebagai Fort Supai atau Kuala Linggi. Fort Supai adalah bekas kota pertahanan Belanda dan tentera berbangsa Bugis. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan datang ke Melaka melalui Port Dickson, selepas menyeberangi Jambatan Kuala Linggi, di dalam beberapa kilometer terdapat sebuah simpang tiga. Belok kanan dan terus sehingga bertemu Balai Polis Kuala Linggi. Di situlah Tanjung Agas.

Di sini ada sebuah tempat makan terapung. Ikan bakar adalah menu istimewa apabila malam. Waktu pagi tempat ini lengang. Jadi Pendita ambil kesempatan untuk datang memancing. Kereta ditinggalkan di lot parkir. Dengan tenang kami sekeluarga pun mula memancing di tempat makan terapung ini. Jaraknya dengan lot parking agak-agak dalam 300 meter.





Selang beberapa lama datanglah majlis perbandaran dengan lori dari jabatan yang repair jalan berlubang tu (yang selalu mereka laungkan Jasa Kepada Rakyat), hendak memasang khemah di lot parkir itu tadi untuk sebuah upacara rasmi. Seorang datang kepada Pendita minta dialih kereta. Isteri Pendita pun pergi hendak mengalihkan kereta. Oleh kerana tiang-tiang besi telah diturunkan dari lori, kereta agak sukar untuk dialihkan. Isteri Pendita panik sebab terlanggar sedikit. Berhenti dan keluar dari kereta, cuba untuk menghubungi Pendita. Belum pun sempat beliau hendak telefon, seorang pekerja majlis perbandaran atau jabatan-repair-jalan ini terus masuk ke dalam kereta dan alihkannya tanpa kebenaran!

Persoalan:
1) Bagaimana dengan budi bahasa meminta izin menggunakan harta benda orang lain?
2) Apakah ini budaya kerja mereka?
3) Sudah hilangkah budi pekerti Melayu ini?
4) Apakah warga tanah jajahan Naning sudah hilang adab?

Kita tahu Naning adalah jajahan Melayu yang cukup gagah menentang Inggeris dibawah pemerintahan Dol Said. Dengan bantuan Rembau, Inggeris berjaya menundukkan Naning. Berlakulah peristiwa Perjanjian Naning. Dol Said diberikan pencen dan rakyat Naning mesti membayar cukai kepada Inggeris. Makam Dol Said terletak di kawasan sebuah masjid berdekatan Tol Simpang Ampat, Melaka. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan berkesempatan bolehlah keluar tol ini sekejap, bersembahyang jamak sambil menziarahi makam beliau.

Tajuk kita hari ini adalah: Budi, bahasa, biadap.

Sepertimana telah dibincangkan di dalam artikel sebelum ini, Melayu terdiri daripada puak-puak dari pepohon keluarga yang berbeda-beda. Terdapat sistem kasta yang diamalkan Melayu walaupun sudah Islam. Ada golongan bangsawan, agamawan, pedagang, ilmuan dan hamba. Sistem hamba sangat mudah. Salah satunya ialah jikalau seorang berhutang dan tidak mampu membayarnya maka dia akan dijadikan hamba. Inggeris menghapuskan sistem ini pada abad ke-19.
Apabila kita imbau kembali, golongan-golongan tertentu dahulunya mudah mendapat peluang pendidikan berkualiti. Contohnya Malay College Kuala Kangsar. Anak-anak kampung pula hanya bersekolah Melayu sehingga mahir arithmetic. Di dalam memperjuangkan pendidikan untuk orang-orang Melayu selepas merdeka hingga kini. Anak-anak golongan bangsawan telahpun bergraduat dari University of Cambridge, Oxford dan Harvard. Anak-anak lain terkial-kial hendak mendapatkan tempat di kolej-kolej komuniti. Kenapa jadi begini?

Pendita boleh membuat andaian berikut:-
1) Golongan yang cerdik pandai ini memiliki genetik nenek-moyang yang memang mantap. Jadi ibu-bapa mereka mendidik untuk berjaya kerana mereka juga telah berjaya.
2) Golongan yang bengap ini memiliki genetik nenek-moyang yang asal hamba abdi. Jadi ibu-bapa mereka tidak memberi contoh teladan yang baik kerana mereka juga golongan yang gagal turun-temurun serta hilang salasilah.

Walau bagaimanapun golongan (1) tidak dijamin akan sentiasa berjaya, begitu juga dengan golongan (2) tentu ada peluang untuk berjaya. Disinilah rahsia ilmu yang dibawa Muhamad SAW. Iaitu, jayanya atau gagalnya seseorang bergantung kepada upayanya untuk kearah itu. Jikalau pilihan dibuat untuk berjaya maka disitu terciptalah sebuah laluan berpandukan ilmu dan akal fikiran. Jikalau sebaliknya maka padamlah laluan kerana cetek ilmu dan akal fikiran yang bengap.

Kaedah 1) Jikalau anda memang bengap, bodoh dan sengal tetapi bercita-cita untuk berjaya cubalah bersembahyang selalu, minum susu kambing, tidak mengumpat dan memfitnah serta berbudi-bahasa. Selang beberapa lama anda akan mendengar nama anda dipanggil untuk temuduga atau melanjutkan pelajaran atau seseorang mula terpikat kepada anda!
Tetapi jikalau anda dah memang biadap dan kurang-hajar macam pekerja tadi, sampai ke sudah jawatan anda setakat itu sahaja dengan kenaikan gaji sekitar RM30.00 setahun. Itupun bergantung dengan markah SKT anda.

Kaedah 2) Jikalau anda memang darah-daging bangsawan, berkereta mewah serta handsome. Anda memang akan disanjung makhluk di alam nyata mahupun ghaib jikalau tetap dengan Allah dan membantu golongan yang bengap tapi bercita-cita itu tadi. Jikalau anda kekal dengan sembahyang, bersedekah selok-belok serta peluang perniagaan dengan tulus, tidak mendengki-khianat, cah keting. Selang beberapa lama anda mungkin dikunjungi wakil alam ghaib hendak menjodohkan anda dengan puteri bunian dari kawasan belakang lot banglo anda!

Maksud yang hendak Pendita bawa disini ialah majunya atau mundurnya seseorang atau kumpulan berpunca daripada sikap. Jika di suatu tempat ada seorang pandai, orang-orang di situ pula berbudi-bahasa dan jujur maka sudah tentu tempat itu dilimpahi rahmat. Kerana orang yang pandai itu akan memakmurkan dengan ilmunya tanpa diduga dengan umpatan tahap tertinggi Mak Besah jiran sebelah.
Sikap sebahagian daripada nenek-moyang kita mengambil upah mengkhianat kepada bangsa penyebab kerajaan-kerajaan Melayu kacau-bilau dan lemah. Dan kita adalah nenek-moyang kepada cucu-cicit kita. Jikalau pembawaan kita adalah biadap bercampur kurang-hajar maka cucu-cicit kita akan mewarisi sedikit-sebanyak sifat-sifat itu. Doa Pendita, mohonlah kita semua menjadi nenek-moyang yang memberi erti kepada cucu-cicit kita sepertimana doa Ibrahim Khalilullah kepada cucu-cicitnya.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...