Jumaat, Februari 05, 2010

Cuti hari Jumaat

Selepas sembahyang Jumaat tadi Pendita singgah menambah minyak jenama Shell. Kita tahu ini produk Yahudi. Jadi Pendita berurusniaga dengan perniagaan Yahudi. Soal duit ini digunakan pengurusan Zionis untuk menindas Palestin tidaklah boleh Pendita sekat kerana dia menjual dan kita membeli. Shell dikenakan cukai dan digunakan di dalam pengurusan negara juga. Jadi Pendita membayar untuk yang cukai itu bukan merestui penindasan Palestin. Lagipun, Zionis masih tetap menindas Palestin tanpa Shell sekalipun.

Oleh kerana panas Pendita belilah sebotol air manis-manisan buat hilang dahaga. Adik yang menjaga "cashier" ini pula melakukan sedikit kesilapan maka datanglah bosnya yang masih berbaju Melayu (agaknya belum sempat menukar pakaian) menegur adik ini. Ditegur sekali Pendita tentu faham kerana bosnya itu mahu mendidik. Tetapi Pendita tidak sedap lihat dan dengar teguran yang bertalu-talu dihadapan khalayak. Kasihan pula Pendita pada si adik itu.

Pada hemat Pendita, teguran disebalik tabir adalah yang terbaik. Kerana manusia itu ada maruahnya walaupun gagal bahasa Inggeris SPM. Bos pula yang berijazah, pada pandangan Pendita, berhati-hati dalam mendidik pekerja. Jurang pendidikan tidak ada kena-mengena dengan kasta kemanusiaan. Malah setiap makhluk mesti dihormati.

Berbalik kepada tajuk asal kita "Jumaat hari cuti." Hari yang mulia ini adalah hari bekerja bagi kebanyakan negeri. Bagi negeri-negeri yang cutinya Jumaat, sungguh bertuah. Kerana pada malam Jumaat di surau dan masjid berkumpul orang membaca Yassin-sebuah aktiviti yang inovatif agar masyarakat setempat bergaul dan saling kenal mengenal. Walaupun sesetengah imam muda yang baru bergraduat dari Madinah tidak gemar dengan aktiviti ini, Pendita rasa biarlah ia kekal begitu. Ia sudah sebati dengan jiwa orang-orang Melayu. Lagipun sifat kita ini suka berkenduri dan berkumpul. Itulah kekuatan yang penjajah-penjajah kepanasan dahulu.



Setelah kenduri bacaan Yasin malam tadi, paginya pula anak-anak mengaji manakala bapa-bapa dan ibu-ibu menyertai kuliah. Selepas mengaji dan kuliah ada kenduri ringkas. Masing-masing bertegur-sapa jiran dan orang kampung. Sesetengahnya mengambil kesempatan bertanya lebai soal-soal keagamaan. Yang muda-mudi ambil kesempatan untuk bernikah. Yang belum bernikah mungkin bertemu jodoh disini.

Apabila menjelang tengahari, berkumpul lelakinya di masjid untuk jemaah. Selesai sembahyang masing-masing berehat sambil menjamu selera nasi putih dengan gulai kawah atau sup kambing di warung bawah pokok sebelah masjid. Pada petang ini juga ada pasar minggu. Bolehlah membeli barangan dapur dan kuih kegemaran. Maksudnya hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan aktiviti yang merangsang jiwa secara spiritual dan fizikal. Seminggu sekali umat Islam mendapat kerehatan yang total. Bukankah ini seperti "charge battery"?

Pada pendapat sesetengah profesional, bercuti hari Jumaat rugi kerana baki cuti sehari tidak cukup untuk pergi "holiday". Apa itu "holiday"? Mengikut kamus maknanya ialah "a religous feast day" bermaksud hari upacara keagamaan. Jikalau cuti jatuh Jumaat tepatlah "holiday" itu. Tetapi jikalau Ahad pula tepatlah bagi penganut ajaran Jesus moden. Beruntunglah penganut Kristian dapat berkumpul di gereja dengan kerehatan. Manakala orang Islam di negeri Ahadnya cuti terkocoh-kocoh bersembahyang dan makan tengahari.

Di negeri-negeri seperti ini kita dapat lihat kepincangan umat Islam yang sangat ketara. Tidak wujud Islam berpasukan. Sudah tentulah tidak ada kekuatan. Apakah agendanya bekerja hari Jumaat untuk penduduk majoriti Islam? Kerana urusniaga atau menggagalkan Islam berpasukan? Marilah kita meminta kerajaan negeri untuk melihat isu ini demi kekuatan Melayu dan Islam. Mungkinkah kenyataan-kenyataan Nostradamus menjadi penyebab Jumaat hari bekerja?

Where the three seas meet there will be born one who will make of Thursday his holiday: his fame, praise, rule and power will grow, by land and sea a tempest to the East. Century 1, Quatrain 50.

Long awaited he will never return. In Europe, he will appear in Asia: One of the league issued from the great Hermes, And he will grow over all the Kings of the East.” Century 10, Quatrain 75.

2 ulasan:

  1. Di dlm al quran, tuhan ada firmankan hari sabtu sebagai hari tidak bekerja. Hari jumaat di dlm surat jumaat untuk solawat Jumaat dan berkumpul dengar khutbah.

    BalasPadam
  2. Apabila bercuti hari Ahad kehidupan orang-orang Islam bertukar menjadi sekular...

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...