Pendita hendak membawa pembaca sekalian untuk melihat peranan orang-orang tertentu di dalam sebuah kampung tradisional. Mereka ialah:-
1) ketua kampung - mengurus hal-ehwal penduduk, kadangkala sebagai hakim.
2) bidan - mengurus kelahiran.
3) tok mudim - menjalankan proses menyunat budak-budak lelaki.
4) pak imam - menjalankan aktiviti keagamaan, kadangkala menjadi pakar rujuk hukum.
5) tok bomoh - membantu menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.
6) guru silat - mendidik anak-anak muda ilmu pertahanan dan disiplin.
Beginilah keadaan kampung-kampung dahulukala. Bagi penempatan yang tiada jawatan-jawatan ini maka ia tidak dianggap kampung sebenar. Mungkin sebuah penempatan yang diteroka oleh sesebuah kumpulan. Untuk penempatan begini tiadalah perwakilan yang berurusan dengan kerajaan. Penghulu atau ketua kampung dulunya mendapat lantikan rasmi daripada sultan atau wakil-wakil sultan. Sesiapa yang hendak bermastautin di sesebuah kampung mestilah mengadap ketua kampung untuk mendapat kebenaran.
Jikalau kita imbau semasa kita kanak-kanak, suasana kampung terasa amat teratur. Terdapat prosedur-prosedur yang lengkap untuk apa-apa aktiviti. Kehidupan agak terurus. Kita lihat rata-rata orang kampung beradap, bersopan-santun, berbudi-bahasa serta taat perintah agama. Jadi, tidak hairanlah di sekitar 70an, 80an, jodoh pilihan adalah orang kampung. Kalau boleh tak naknya orang bandar kerana dikatakan "sosial".
Namun, evolusi bangsa berlaku. Ramai yang berhijrah ke bandar tinggal di taman-taman perumahan. Jawatan tertinggi seperti di kampung tidak wujud di taman-taman perumahan apalagi apartment-apartment. Kalaupun ada cumalah sebuah jawatankuasa penduduk. Pengerusi pun dipilih serta jawatan-jawatan lain seperti setiausaha, bendahari dan biro-biro. Siapakah mereka ini yang dipilih? Apakah tuan pengerusi ini betul-betul dihormati seperti seorang ketua kampung yang dilantik sultan?
Jika kita lihat di penempatan seperti ini, keadaan penduduk agak celaru. Siapa yang boleh menegur anak muda rempit waktu senja. Kalau berani Pak Aji Din tingkat dua tegur, nanti Proton Wiranya bakal menerima balasan daripada anak-anak yang nakal itu.
Maksudnya, tiada siapa boleh menegur disebabkan tiada kuasa yang dihormati.
Untuk urusan tunang atau nikah, orang-orang kampung akan dipanggil untuk "tolong" menguruskannya. Orang pekan manalah tahu hal-hal ini maklumlah kerja makan gaji. Kesimpulannya, apabila sistem pemerintahan kampung tradisional itu tidak ada, orang-orang Melayu akan hanyut dan hilang arah. Macam-macam ragam sosial yang berlaku dihadapan mata kita.
Pendita mengajak para pembaca melihat perkara ini disamping memikirkan cara bagaimana kita boleh, kata orang putih, "reinstate" jawatan-jawatan tinggi dengan campurtangan istana untuk penempatan majoriti orang Melayu dan Islam. Mungkin dilihat semacam kolot tetapi kita perlu inovatif. Seperti jawatan tok mudim dan bidan tidak diperlukan sebab klinik kerajaan menyediakan perkhidmatan ini. Bolehlah dilantik guru silat rasmi dan tok bomoh (ilmu yang baik) rasmi. Pak imam tidak perlu dilantik lagi sebab jawatankuasa surau dan masjid sudah memadai.
Apa yang Pendita sebut diatas sebenarnya sudah dipraktikkan di banyak tempat. Namun, mereka ini menjalankan urusan dengan inisiatif sendiri. Pengiktirafan masyarakat setempat mungkin tidak diperolehi. Punca semua ini adalah campurtangan politik. Maksudnya, jika jawatan-jawatan ini diwujudkan, parti politik mana yang berpengaruh? Untuk itu Pendita cadangkan campurtangan istana supaya mereka ini dihormati sebagai jawatan yang tidak berpihak.
Dengan adanya sistem begini, mudah-mudahan generasi akan datang lebih terurus dan terdidik. Walaupun kita lihat kehidupan di taman-taman seperti teratur dan harmoni, hakikatnya tidaklah begitu. Tengok bagaimana kesudahan rumah yang mengalami rompakan bersenjata. Tak ada siapa yang tahu, mahu tahu atau tolong. Masing-masing harapkan polis. Tiada lagi pendekar setempat yang digeruni. Jiran tidak pernah dikenali. Susah atau senang tanggung sendirian. Bilangan anak luar nikah semakin bertambah. Bayangkan apabila kanak-kanak ini mendirikan rumahtangga nanti. Pendita boleh anggarkan betapa kecelaruan keturunan akan berlaku. Jadi, hipotesis Melayu akan hilang dalam masa 50 tahun mungkin akan menjadi kenyataan!
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan