Kebanyakan daripada kita bernasib baik. Maksud Pendita, hidup yang serba mencukupi serta dapat apa yang dihajatkan. Namun begitu, ramai juga diantara kita yang kurang bernasib baik. Contohnya, gagal didalam:-
1) kenaikan pangkat,
2) mendapat pekerjaan,
3) mendapat tempat pengajian,
4) mendapat sumber biaya pelajaran,
5) percintaan,
6) dansmacam-macam kegagalan.
a)Adakah semua itu nasib malang?
b)Adakah ianya dugaan?
c)Atau kita yang pilih nasib malang itu?
Semua jawapan di atas betul!
Pendita faham benar maksud qada' dan qadar. Ya, kita semua faham kata-kata "..untung baik dan untung jahat" yang lebai-lebai di kampung kita ulas dahulu. Namun, apakah yang kita dengar itu ditafsirkan secara betul oleh diri kita sendiri. "Tepuk dada tanya selera" pesan dulu-dulu. Kata-kata sekarang pula "..tepuk dada tanya iman.."
Ustaz-ustaz kita dah "puwaih" atau puas kata orang utara cerita "pasai" untung baik dan untuk jahat ini beserta dengan hadis-hadis, ayat-ayat al-Quran. Tetapi kita-kita ini masih meraba-raba didalam kegelapan mencari entah apa-apa. Maksudnya, tiada arah tujuan hidup walaupun kita tahu firman Allah bahawa tujuan kita hidup adalah untuk beribadat kepadaNya. Apabila sudah penat mencari tapi tak dapat maka mulalah cari kesalahan pada orang lain. Keluarlah kata, "..depa-depa ini makan sorang tak ingat kat kami".
Pesan Pendita, pergilah ke sebuah tempat suci lagi sunyi. Bertenang dan kembaralah ke dalam riwayat hidup kita sendiri. Terbang di dalamnya. Cari dimana punca hidup kita jadi begini. Kemudian keluarkan tenaga dalaman untuk mencipta angan-angan kejayaan. Dari situ bermulalah sebuah kembara kejayaan.
Ya, perasaan marah dan dendam lama memang membara di dalam dada. Kawal api itu. Kerana api itulah selalu menghalang kita untuk menempa kegemilangan. Guna kepanasan itu untuk menjana tenaga dalaman anda supaya lebih kuat menentang halangan. Andalah Srikandi, andalah Pendekar!
Pendita ingin membawa para pembaca untuk menginsafi sedutan daripada sebuah buku bertajuk "Be Lucky-it's an easy skill to learn." Buku ini dikarang oleh seorang pensyarah psikologi Universiti Hertfordshire di England bernama Richard Wiseman. Beliau membuat perbandingan di antara golongan yang dianggap bernasib baik dengan yang sebaliknya. Hasil daripada kajian ini, menurut beliau golongan yang bernasib baik ini mempunyai ciri-ciri berikut:-
1)mahir di dalam mencipta dan menghidu peluang,
2)membuat keputusan dengan mendengar suara hati,
3)membina angan-angan kejayaan sambil bersikap positif terhadapnya, dan
4)bersikap redha dengan kegagalan sambil menganggapnya ada kebaikan disebalik.
Bagi golongan yang tidak bernasib baik ini mereka mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1)gagal mendengar suara hati,
2)adalah seperti makhluk yang membuat kerja atau aktiviti yang sama setiap hari, dan
3)mudah melenting.
Menurut beliau, mudahnya untuk bernasib baik ialah dengan memadam ciri-ciri buruk dan mengamal ciri-ciri baik. Lambat laun, katanya, anda akan nampak nasib mula menyebelahi anda! Bukankah Allah sayang kepada kita?
Selasa, Februari 02, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan