Pendita telah menziarahi sebuah penempatan terpencil di Hulu Terengganu sekian masa dahulu. Tempat tersebut dikenali sebagai Kampung Jenagor, Batu Belah.
Kedudukannya berdekatan dengan empangan Tasik Kenyir dan janakuasa elektrik TNB. Untuk ke tempat itu, pengunjung perlu menaiki bot untuk menyeberang sungai.
Disini dimakamkan seorang ulama terkenal bernama Sharif Muhamad al-Baghdadi bersama-sama panglima-panglima pengiring yang tinggi lampai mengikut cerita penduduk.
Pendita sempat sembahyang di surau sementara melepaskan lelah memanjat. Ia terletak tinggi dari tebing sungai.
Tempatnya sungguh damai. Pendita bercita-cita untuk berehat di tempat sebegini apabila bersara nanti. Penduduknya ramah. Mereka terdiri daripada insan yang mendekatkan diri dengan Allah. Tempat ini dipimpin oleh seorang alim. Kuliah keagamaan diadakan pada waktu malam. Pendita dijemput untuk bermalam sambil mendengar ceramah. Namun, masa tidak mengizinkan. Lagipun Pendita perlu bergegas pulang. Sebelum berangkat pulang, Pendita sempat berbual-bual dengan seorang penduduk. Beliau seperti percaya kepada Pendita lalu membongkarkan beberapa rahsia Melayu.
Menurut beliau, Batu Belah pada zaman dahulukala merupakan sebuah pelabuhan yang besar. Banyaklah kapal berlabuh. Urus-niaga aktif. Dengan rezeki yang melimpah penduduk Batu Belah makmur dan kaya-raya. Malangnya, mereka hanyut didalam kemewahan dunia hingga Allah dilupai.
Berlakulah maksiat dengan pesta XXX sehinggakan bapa tidak mengenali anak perempuannya. Dengan murka Allah, turunlah bala dalam bentuk seperti penyakit kulit kata beliau. Maka matilah semua penduduk Batu Belah. Penduduk Batu Belah sekarang ini adalah insan yang berhijrah bukan penduduk asal.
Rahsia Melayu semenanjung menurut pengetahuan beliau terletak pada beberapa titik geografi. Yang Pendita diberitahu adalah:-
1) Melaka, Gunung Ledang
2) Perak, Bota
3) Kedah, Gunung Jerai
Menurut beliau lagi, moyang kita menyimpan beberapa kod rahsia di dalam manuskrip-manuskrip lama supaya tidak diketahui penjajah. Pendita tidak diberitahu manuskrip yang mana. Tugas anak-cucu sekarang adalah untuk "decipher" kod-kod tersebut. Bagaimanakah caranya? Tanya Pendita. Beliau mengatakan ada beberapa pemegang amanah yang tahu caranya. Pendita sendiri telah mentelaah beberapa manuskrip Melayu dan pernah berjumpa dengan ayat-ayat yang seolah-olah hendak menyampaikan sesuatu. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan boleh buat "channelling" untuk mengetahui wasiat-wasiat nenek-moyang kita? Tetapi jikalau sudah dapat jawapannya jangankan heboh di dalam blog. Sampai-sampaikan dengan kerahsiaan..sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
ibu negeri terengganu, iaitu kuala berang pernah menjadi pelabuhan utama bagi negeri terengganu... tp merujuk peta geografi hari ini... kawasan ini merupakan tanah daratan... kapal dagang pada masa dahulu pernah berlabuh hingga ke pedalaman... hulu terengganu...
BalasPadamYa, kalau begitu benarlah kisah kapal berlabuh di Batu Belah seperti yang disampaikan itu. Terima kasih di atas maklum balas anda - Pendita
BalasPadamdiharap jgn rahsiakan perkara begini semoga kita sama2 dapat mengenali asal usul kita. dah alter >......
BalasPadamDahulu terdapat risikan pembesar-pembesar Melayu yang belot. Mereka akan membunuh siapa saja yang membongkar sejarah sebenar. Sebab itulah sejarah yang dibaca di sekolah banyak kekeliruan...Lagipula ia dikarang oleh akademia bukan Melayu...
BalasPadamye..
BalasPadamsy setuju utk dheboh kan.agar bangsa melayu dikenali ramai dn dihormati oleh org lain..
n sy harap bangsa melayu lbih maju dr skrg nie..
Memang jika dibaca bait-bait didalam mana-mana hikayat Mala-yu terdapat kata-kata yang sangat rahsia. Nenek-moyang kita sedia maklum musuhnya dan juga musuh cucu-cicitnya. Sebagai tanda kasih, hikayat-hikayat ini seperti wasiat yang mesti diturunkan selagi belum kiamat.
BalasPadamOleh kerana orang kita kurang menyukai hikayat serta sastera maka mereka hilang jati diri. Lemah longlai. Serba tak jadi serba tak kena. Hidup sentiasa dikecewakan. Akhirnya merempat di kampung sendiri atau kampung diambil projek perumahan...pupus bak saudara kita di Singapura.
bagus catatan ini. saya tertanya2 kenapakah british dikatakan menambak laut di melaka pada tahun 1930 (dataran pahlawan mega mall sekarang). apakah ada rahsia yang cuba mereka sembunyikan atau ada fakta yang cuba mereka pesongkan?
BalasPadamSebenar orang-orang Barat tahu asal-usul kita. Cuma kita berperasaan rendah diri tak tentu fasal. Lama-lama nanti pasti terbongkar rahsia besar ini.
BalasPadamsalam...bole xjemput saya ke blog www.riwayatmelayu.blogspot?...xboleh akses la...ni email hamba..arez_rawks77@yahoo.com.my.....
BalasPadamwsalam, Pendita mendapat tahu bahawa blog riwayatmelayu ini hanya boleh diakses bagi mereka yang didaftarkan. Pendita juga tidak dapat masuk ke blog ini.
BalasPadamsungguh sayang anda tidak membaca kajian saya iaitu 1.Kajian Lembah bama sebagai pusat perdagangan tertua diAsia Tenggara yang saya terbitkan pada tahun 2009, 2.Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua diNusantara yang ditulis oleh orang Lembah Bama,Lipis,Pahang yang diterbitkan pada tahun 2011 dan buku saya yang terbaharu ialah Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa dan Pembangunan Pahang tahun 1889-1952.
BalasPadamTerima kasih Pendita ucapkan kepada Dr. Aminudin di atas maklumat buku beliau. Apabila ada kesempatan Pendita cari buku itu.
BalasPadamhi pendita, saya amat berminat dengan blog anda dan blog2 lain yang bnyk mencuba membongkar rahsia sejarah melayu yang sebenar. minta jasa baik encik untuk add saya dalam info2 terkini dan juga misi2 mencari bukti2 sejarah melayu Islam kita. email sya
BalasPadamashraf.sidek@gmail.com
Terima kasih di atas minat saudara Ashraf terhadap blog Pendita. Jikalau saudara Ashraf ada mendaftar sebagai anggota PENDITAS maka info terkini tentang misi pencarian Mala-yu dari blog ini akan diterima secara automatik.
BalasPadam