Selasa, Julai 10, 2012

BOM Nephi 1:11-20

1 Nephi 1:11
11 Dan mereka turun ke bumi; malaikat yang pertama berdiri di depan bapaku lantas menyerahkan sebuah kitab untuk dibaca.
1 Nephi 1:12
12 Dan telah berlaku bahawa bapaku membaca kitab itu dengan ilham Tuhan.
1 Nephi 1:13
13 Dan bapaku berkata: Wo, wo, demi Baitul Magdis, aku telah menyaksikan kecelakaanmu! Ya, dan beberapa perkara yang bapaku ketahui mengenai Baitul Magdis bahawa ia akan musnah dengan segala penduduknya, musnah melalui mata pedang dan kebanyakkannya menjadi tawanan perang dan dibawa ke Babil.
1 Nephi 1:14
14 Dan telah berlaku apabila bapaku telah mendapat pengetahuan tentang perkara yang hebat, dan dia megucap panjang terhadap Tuhan dengan kata-kata: Segala kebesaranmu wahai Tuhan! Sesungguhnya takhtamu di Langit dan kekuasaanmu, kasih-sayangmu, belas ehsanmu mencakupi segala makhluk di bumi, dan kerana engkau maha pengampun, engkau tidak akan menyeksa golongan yang mendatangimu!
1 Nephi 1:15
15 Dan setelah bapamu memuji Tuhan dengan perkataannya; bapaku berasa tenang dan gembira kerana Tuhan telah membuka tabir kebesarannya.
1 Nephi 1:16
16 Dan kini aku, Nephi, tidak menceritakan kesemuanya tentang pengalaman bapaku, apa yang dia tulis tentang kesaksiannya melalui mimpi dan kasyaf; dan dia juga menulis tentang beberapa perkara ramalan dan apa yang diberitahu kepada anak-anaknya, kesemua itu tidak aku ceritakan.
1 Nephi 1:17
17 Tetapi aku akan menceritakan tentang pengalamanku. Demi sesungguhnya, aku mengambil secebis daripada rekod bapaku yang ditulis pada kepingan plat dan aku salin pada kepingan platku; maka apabila selesai kisah bapaku, aku menceritakan pula kisahku.
1 Nephi 1:18
18 Demikian itu, kalian tahu bahawa Tuhan telah membuka tabir kebesarannya kepada bapaku, Lehi, ya, mengenai kemusnahan Baitul Magdis; demi sesungguhnya bapaku memberi khutbah kepada penduduk Baitul Magdis tentang ramalan itu.
1 Nephi 1:19
19 Dan telah berlaku bahawa orang-orang Yahudi mentertawakan bapaku kerana dia membuka pekung tentang kemungkaran mereka; dan sesungguhnya ramalan yang ditunjukkan kepadanya daripada kitab itu; meramalkan kedatangan seorang Pembela yang akan menyelamatkan dunia.
1 Nephi 1:20
20 Dan apabila orang-orang Yahudi mendengarnya, mereka menjadi berang terhadap bapaku; ya, sepertimana mereka lakukan dahulu terhadap nabi-nabi mereka, dihalau, disisihkan, direjam dengan batu, dibunuh; dan mereka cuba mengambil nyawa bapaku. Demi sesungguhnya, aku, Nephi, menjadi saksi betapa kasihnya Tuhan terhadap orang-orang pilihan, kerana iman mereka mendapat kekuatan mengatasi golongan yang mungkar.
Diterjemah oleh Joseph Smith, Junior.
Terjemahan Bahasa Melayu: Pendita Ahmad
Panduan muslim: Ucap dua kalimah syahadat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...