Ahad, Julai 08, 2012

BOM-0 Prakata

Kitab Mormon: Kisah yang ditulis oleh Mormon pada kepingan plat, diambil dari plat catatan Nephi
Maka, ini adalah sebahagian dari rekod puak Nephi dan Laman. Ia dikarang buat puak Laman bahawa mereka adalah dari susur-galur Bani Israel; juga untuk puak Yahudi dan puak selainnya. Dikarang dengan panduan wahyu serta roh yang menunjuki ramalan dan peristiwa masa hadapan. Dikarang serta disimpan, disembunyikan dengan kuasa Tuhan supaya kekal, tidak musnah. Ia bakal muncul sebagai hadiah daripada Tuhan untuk diterjemahkan setelah disimpan dan disembunyikan oleh Moroni dengan kuasa Tuhan, dan ia bakal muncul semula apabila tiba masa yang ditetapkan untuk puak selain Yahudi untuk diterjemahkan, maka ia adalah hadiah daripada Tuhan. Cebisan dari kisah ini diambil dari kitab Ether yang meriwayatkan kisah puak Jared yang berselerak di merata tempat pada waktu Tuhan membuat mereka saling tidak memahami semasa membina sebuah menara, supaya hampir dengan Langit. Ini adalah sebuah teladan kepada mereka yang mempunyai susur-galur Bani Israel bagaimana Tuhan telah menolong serta memartabatkan nenek-moyang mereka supaya mereka tidak lupa perjanjian yang telah mereka buat dengan Tuhan, bahawa mereka tidak akan disisihkan buat selama-lamanya. Dan ia juga sebuah teladan bagi puak Yahudi dan puak selainnya bahawa Jesus adalah Tuhan yang menjelmakan diri di hadapan manusia. Sekarang jika manusia melakukan kerosakan, tidak boleh menyalahkan ia pada Tuhan jikalau mahu mendapat restu dan pengampunan di akhirat.
Diterjemah oleh Joseph Smith, Junior.
Terjemahan Bahasa Melayu: Pendita Ahmad
Panduan muslim: Ucap dua kalimah syahadat

5 ulasan:

  1. Assalam tuan,

    saya tertarik dengan penerangan di bawah lukisan Vazimbas di atas, mungkin dalam Bahasa Perancis saya rasa, "Le Batang Rawas (??)de Bingin .. Telok" - bolehkah tuan nyatakan perkataan yang saya tidak pasti di dalam kurungan tersebut. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Wsalam Cik Seri Mala,
    Pada pendapat Pendita, perkataan di dalam kurungan itu ialah "pres" dengan huruf e mempunyai tanda French accent.

    BalasPadam
  3. Pendita telah menukar gambar asal dengan gambar baharu untuk mengelak kekeliruan. Gambar bersungai itu adalah pemandangan penempatan tradisional Melayu di sungai Rawas, Sumatera. Manakala gambar di kirinya adalah kompleks istana lama kerajaan Imerina, Madagascar. Pendita hendak menonjolkan senibina rumah kedua-dua pihak. Palang pada bumbung itu memberi seribu maksud.

    BalasPadam
  4. Assalam tuan,

    terima kasih atas penjelasan tuan...jadi lukisan itu menceritakan keadaan Sungai Batang Rawas dekat Bingin Telok di Sumatera Selatan.Betul tu, bila tuan letakkan 'Madagascar' pada tajuk gambar sebelum ini,terus teringat kaum Melayu Merina di sana,sudah tentu ada persamaan dari segi senibinanya.

    BalasPadam
  5. Wsalam, Cik Seri Mala,

    Sebenarnya Pendita sedang merungkaikan misteri perpindahan besar-besaran Melayu purba ke Madagasdar dengan membawa segala kelengkapan termasuk tumbuh-tumbuhan. Contohnya, pokok Pecah Beling yang berasal dari Madagascar itu. Adakah ia mungkin di antara tumbuh-tumbuhan itu?

    BalasPadam