Isnin, Julai 09, 2012

BOM Nephi 1:1-10

1 Nephi 1 Bab 1
1 Aku, Nephi dilahirkan dari keluarga yang baik, maka aku telah dididik dengan segala keilmuan bapaku; dan dengan segala susah-payah keluargaku walaupun kami mendapat restu Tuhan; ya, dengan segala ilmu yang sempurna serta rahsia Tuhan, bahawasanya aku menyusun rekod perjalanan hidupku ini.
1 Nephi 1:2
2 Ya, aku menyusun rekod ini dengan bahasa ibundaku iaitu adukan bahasa bangsa Yahudi dan bahasa bangsa Mesir.
1 Nephi 1:3
3 Dan aku mengatakan bahawa rekod ini adalah benar; dan aku menulisnya sendiri berdasarkan pengetahuanku.
1 Nephi 1:4
4 Maka telah berlaku pada tahun pertama ketika Zedekiah berkuasa iaitu raja negeri Judah, (Lehi bapaku tinggal di kota Baitul Magdis selama itu); dan telah berlaku pada tahun yang sama mengatakan bahawa sebelum ini beberapa nabi mengingatkan mereka supaya bertaubat, jika tidak kota Baitul Magdis akan hancur musnah.
1 Nephi 1:5
5 Bahawasanya telah berlaku bapaku berdoa dengan tulus ikhlas kepada Tuhan supaya kota ini diselamatkan.
1 Nephi 1:6
6 Dan telah berlaku bahawa bapaku berdoa kepada Tuhan, tiba-tiba muncul tiang api memancar pada batu di hadapannya; bapaku dengar dan lihat dengan jelas sehingga dia menggeletar ketakutan.
1 Nephi 1:7
7 Dan telah berlaku bapaku pulang ke rumahnya di Baitul Magdis; lantas berbaring dalam keadaan terkejut serta gerun dengan peristiwa yang dialaminya.
1 Nephi 1:8
8 Dan bapaku dipujuk supaya hilang segala ketakutan, dia dibawa di dalam mimpinya dan dia melihat syurga dan juga dapat melihat Tuhan pada arasy, dikelilingi oleh para malaikat yang tidak terbilang banyaknya dan mereka khusyuk berzikir kepada Tuhan.
1 Nephi 1:9
9 Dan telah berlaku bahawa bapaku melihat satu malaikat turun dari Langit, dan ia bercahaya bak mentari di tengah hari.
1 Nephi 1:10
10 Dan bapaku juga terlihat dua belas malaikat menemani dia, dan bercahaya laksana bintang di langit.
Diterjemah oleh Joseph Smith, Junior.
Terjemahan Bahasa Melayu: Pendita Ahmad
Panduan muslim: Ucap dua kalimah syahadat

2 ulasan:

  1. Salam tuan.

    Ruhuku semakin lapar & dahaga pula setelah menelaah penyampaian anda...

    Teruskan bertablirgh...


    Alla(HU)Akhbar!


    .

    BalasPadam
  2. Wsalam, insyallah dengan izinNya...

    BalasPadam