Ahad, Januari 08, 2012

Analisis Tengkolok Biru dan 901

Sudah lama Pendita mengikuti perkembangan 901. Maklumat lengkap mengenai 901 boleh dibaca di merata internet. Pendita tidak mahu mengulas lebih lanjut. Pada hemat Pendita 901 bukanlah isu besar. Yang menjadi isu ialah dek peristiwa ini, penentuan pilihanraya yang ke-13 mungkin bermulanya negara Malaysia yang baharu! Tuan-tuan dan puan-puan boleh memilih untuk turut serta di dalam perhimpunan tersebut kerana kita bakal menyaksikan sebuah peristiwa yang akan menjadi penentu keputusan pilihanraya nanti.
Disebalik kekecohan di Malaysia kini, tilikan Nostradamus tentang lelaki berserban biru sedang heboh diperkatakan oleh orang-orang kafir. Beliau dikatakan akan memerintah dunia. Siapakah lelaki ini? Tiada siapa pun tahu.
Out of the country of Greater Arabia Shall be born a strong master of Mohammed, He will enter Europe wearing a blue turban. He will be the terror of mankind. Never more horror.
The Blue Turban King entered into Foix, And he will reign less than an evolution of Saturn: The White Turban King Byzantium heart banished, Sun, Mars and Mercury near Aquarius. (Century IX, Quatrain 73)
Long awaited he will never return In Europe, he will appear in Asia: One of the league issued from the great Hermes, And he will grow over all the Kings of the East. (Century X, Quatrain 75)
Spesifikasi awal 2012 di Malaysia ialah:-
Kod komputer bagi warna biru: #0000FF
Tarikh masihi: 9-1-2012
Tarikh hijrah: 15-2-1433
Bilangan pilihanraya ke-: 13
Nama khas peristiwa: 901
Hasil tambah bagi warna biru dengan kod hex ditukar ke desimal, F=15, F=15. Hasiltambah: 15+15=30, 3+0=3.
Hasil tambah tarikh masihi, 9+1+2+0+1+2=15, 1+5=6.
Hasil tambah tarikh hijrah, 15+2+1+4+3+3=28, 2+8=10, 1+0=1.
Hasil tambah bilangan pilihanraya, 1+3=4.
Hasil tambah 901, 9+0+1=10, 1+0=1.
Hasil tambah tarikh masihi dan hijrah, 6+1=7.
Hasil tambah bilangan pilihanraya dan kod biru, 4+3=7.
Jika diambil hasil tambah kod biru, tarikh hijrah dan masihi, 3+6+1=10, 1+0=1.
Jika diambil hasil tambah kod biru, tarikh hijrah, masihi dan bilangan pilihanraya, 3+6+1+4=14, 1+4=5.
Jika diambil hasil tambah bilangan pilihanraya dan 901, 4+1=5.
Dengan itu, boleh dikira bahawa peristiwa 901 saling berkaitan dengan pilihanraya ke-13 dan kod biru.
Apakah warna BIRU bakal memenangi pilihanraya nanti?
Adakah ia biru MUDA?
Adakah ia biru TUA?
Mari sama-sama kita nantikan!
Sekian.

4 ulasan:

  1. Salam..
    Setakat ini bg sy inilah Blog yg paling seimbang dlm memberikan Entri..
    Berbalik kpd Isu yg dibawa Entri ini,sy merasakan Tahun 2012 akan byk menyaksikan peristiwa2 besar dan penting dgn sukan Olimpiknya yg kebanyakan upacara pembukaannya mirip kpd Ritual agama Pagan dan bersekutu dgn Kaballa..
    Bunyi2 yg kedengaran dilangit serata dunia baru2 ini terdapat kesan frikunsi radio lalu sy berpendapat ini semua Kerja tentera Amerika dgn Teknologi HAARPnya yg cuba menduga tahap pemikiran masyarakat dunia sebagai Indikator kpd tindakan mereka yg selanjutnya..
    Akan byk Fitnah dan berita2 Palsu yg akan berleluasa krn matlamat teknologi adalah tipu daya sebagaiman Teknik CGI menipu penonton di pawagam..
    Mereka akan menipu dan malanglah kpd mereka yg terpedaya lalu percaya..
    Akan muncul pendustaan Besar dari langit dgn Kaedah CGI dan penggunaan setelit dgn Skala besar2an utk memberikan Imej maya watak2 yg musuh2 Allah rancangkan utk memperdayakan manusia kononnya yg dinanti oleh manusia telahpun muncul..
    Tahun2 mendatang merupakan tahun ujian yg sgt2 getir kpd keyakinan dan mengukur tahap Makrifah manusia..

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas pandangan saudara tentang blog ini. Dunia ini pentas sandiwara. Kita semua tahu perihal ini. Apa yang penting kita pertahankan akidah dan selamat daripada tipu helah. Masalah berpunca daripada kehendak yang tak pernah puas. Jadi, 2012 bermula revolusi manusia yang sudah lama diperkatakan oleh Nabi Muhammad SAW. Cara mengelak fitnah ini mudah sahaja. Jawapan telah disediakan di dalam surah al-Kahfi!

    BalasPadam
  3. Kematian itu pasti.. Bagaimana kita mati, hanya Allah yang mengetahui dan menentukannya. Jangan lah kita teruja sangat dengan propaganda barat. Jaga hati kita, insyallah terpelihara iman.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kesudian memberi nasihat kepada seluruh warga PENDITAS.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...