Selasa, Jun 01, 2010

Latihan ketenteraan untuk civilian?

Hari ini 1 Jun 2010 di dalam Metro, tentang seorang PTD meninggal dunia setelah mengikuti latihan ala komando, demi mendapat pengesahan jawatan.

Hipotesis:

Adakah sesuai latihan berunsur ketenteraan untuk civilian yang bekerja di dalam suasana pejabat?

Bagi agensi kerajaan dan berkanun di Malaysia, untuk mendapat pengesahan jawatan seseorang penjawat awam mestilah mengikuti kursus induksi untuk beberapa hari. Kandungan kursus ini ada unsur-unsur latihan ketenteraan seperti panjat-memanjat, gayut-menggayut, dayung-mendayung dan bermacam jenis lagi mengikut silibus konsultan masing-masing.

Kita lihat pula pesara tentera. Secara umumnya, kita boleh melihat mereka meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai jaga, pengawal peribadi, menjalankan perniagaan berunsur keselamatan, membuka restoran. Jikalau pegawai tadbir diplomat dipaksa minum jus stoking semasa latihan ala komando itu sehingga koma di hospital, sudah tentulah pesara-pesara komando juga layak untuk menjawat jawatan-jawatan kritikal setelah bersara nanti. Kerana mereka sudah bersiap-siaga untuk apa jua cabaran. Tetapi apakah kesiap-siagaan mereka itu mampu menempuh desakan, politik pejabat? Hanya orang-orang yang rapat dengan komando sahaja yang tahu kebolehan sebenar mereka di alam civilian.

Pendita ada mendengar kisah seorang pesara tentera berkhidmat sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Suatu hari beliau jatuh, meninggal dunia sebelum masuk bilik mesyuarat. Menurut yang rapat dengan arwah, beliau tidak tahu menggunakan laptop dan perisian dan ia begitu memberi tekanan...

Pada pendapat Pendita, latihan berunsur ketenteraan seperti berakit di tengah hari panas di Bukit Merah Laketown kononnya untuk mewujudkan sikap teamwork tidaklah wajar untuk eksekutif-eksekutif pejabat. Sikap kerjasama di pejabat boleh di'kursus'kan jika para trainer itu bekas CEO syarikat dan dijalankan di dalam suasana pejabat juga seperti di bilik seminar hotel.

Lagipun sikap kerjasama mampu dipupuk oleh ketua pusat tanggungjawab dengan syarat beliau berhati terbuka dan sensitif. Semangat kerjasama pupus jika wujud suasana "kerja sama-sama, kenaikan asing-asing".

Ia tentang survival di pejabat, bukan survival di hutan masak nasi dalam buluh, berendam dalam lumpur! Jika minat aktiviti outdoor, bolehlah ikut kumpulan kembara mendaki gunung-ganang dan meneroka gua-gua misteri.

Bagi pegawai-pegawai perjawatan, sudah-sudahlah dengan kursus-kursus teamwork ala komando...Mereka memilih jawatan ini sebab tiada cenderung aktiviti lasak. Jangan dipaksa lagi kursus-kursus macam ini. Lihatlah, apabila nyawa seorang pegawai melayang kerana kursus ini, adakah ia berbaloi? Siapa pula lepas tangan?

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...