Rabu, Jun 02, 2010

Apabila Melayu mula disentuh Yahudi...

Apabila Melayu mula disentuh Yahudi di dalam misi keamanan ke Gaza...

Tunggulah Pendekar Melayu dengan pakaian hitamnya mencerai-ceraikan kulit, urat, tulang-temulang...

Apabila Melayu sudah disentuh Yahudi...! Inilah saatnya yang dimulakan oleh Yahudi untuk bertembung buku dengan ruas sepertimana yang telah ditilik sejak dahulukala.

Apabila cicit Niyang Keturah dilanyak...apabila darah-daging nabi Ibrahim diluka-lukakan...Maka akan keluarlah segala khazanah rahsia Melayu dari dalam laut, dari dalam gua puaka, dari puncak gunung-gunang paksi Melayu...besi kuning dan pendekar yang menyorok di flat-flat, rumah-rumah kos rendah, pondok-pondok di kampung, nelayan miskin di tepi pantai.

Segala kekuatan Melayu akan keluar dengan seragam hitam. Maka itulah panji-panji hitam dari sebelah timur dengan hati-hati mereka keras bak kepingan-kepingan besi.

Nenek-moyang mereka dahulu membakar timbunan besi sehingga merah lalu dengan kekuatan mereka juga tembaga cair dituang dari tempat tinggi. Mereka bina tembok Yakjuj dan Makjuj. Nenek-moyang mereka berjalan sehingga ke hujung dunia tempat tenggelamnya matahari di dalam lumpur. Di situlah mereka berkerajaan dengan Raja Iskandar Zulkarnain yang mulia.

Di sini, Tanah Melayu yang keramat sudah bersiap-siaga Melayu untuk bertembung dengan satu puak yang sangat degil. Tiada suatu kaum di dunia ini sangat beriya-iya untuk bertembung dengan Yahudi. Itulah Melayu dan daulatnya.

Mereka tidak memerlukan jet-jet pejuang atau laser guided missiles kerana mereka menguasai ilmu besi, ilmu angin, ilmu air dan ilmu lipat bumi. Mereka juga mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di udara dan di dalam lautan. Mereka juga tidak perlukan kapal-kapal perang dan kapal selam yang besar lagi canggih. Mereka tidak bimbang soal bom atom kerana mereka menguasai ilmu besi.

Masanya sudah dekat apabila batu-batan pun menyebelahi mereka.

Mahu bermain api dengan Melayu? Tunggulah...

Sekian.

10 ulasan:

  1. gile kartun blog ni.

    nak melayu berjaya? Suruh la orang2 melayu belajar rajin2, ni tidak malas, berkhayal lebih macam pak pandir.

    Ko nak ajak gaduh dengan yahudi dengan silat? Ingat ni zaman ape nk bersilat?Cakap boleh la.

    Tak faham aku blog2 pelik melayu ni, ye2 pun baca sejarah yg tk diiktiraf, jangan syok sendiri boleh?

    BalasPadam
  2. Pendita tiada ulasan lanjut tentang komen ini. Setiap manusia ada maksud yang tersendiri.

    BalasPadam
  3. to otto..

    bro,sedangkan yahudi zionis sendiri ngeri teramat bila mendengar nama BANI JAWI disebut-sebut..
    tiada lagi bangsa didunia ini yang teramat loya dan meledak hati jika di sebut perkataan YAHUDI ditelinga mereka selain BANI JAWI.

    oh ye..baru aku tahu..ko ni bangsa CINA BUKIT..
    jgn mare beb.adios.

    BalasPadam
  4. kepada senyap;

    saya tak berminat berhujah berdebat, Melayu umumnya riak berucap, berdemonstrasi tak ingat.

    Boleh huraikan di mana yang yahudi cakap loya sangat dengar bani jawi tu? ke khayalan saudara saja yang berlebih-lebih?

    Nak maju? Iqra'. Bukan omong-omong kosong tak habis-habis.
    Melayu malas membaca. Membaca karya2 bermutu, menuntut ilmu kerana nama. Lihat saja berapa ramai yang namanya Islam tapi liat mengaji bahasa Arab?

    Soal sejarah memang penting, di siti letaknya jati diri. Melayu diajar sejarahnya bangsa yang dijajah, beratus tahun rebah tersungkur. Sesudah merdeka merempat di tanah sendiri.

    Sebetulnya, jika benar pun Melayu jugalah yang akan menyedarkan si Yahudi akan perjanjian dengan Tuhannya, mimpilah jika hari itu akan hadir pada hari ini, esok,lusa mahupun 10 tahun seterusnya jika Melayu terus malas dan mundur.

    BalasPadam
  5. Kepada Otto dan Senyap,

    Terlalu banyak rahsia bangsa kita telah dilenyapkan. Maka kita tidak pernah tahu secara tepat siapakah nenek-moyang kita. Apabila diteliti, rupa-rupa ada sesuatu yang sangat rahsia seolah-olah memang Allah sengaja melenyapkan sementara jejak-jejak lampau.

    Sekarang kumpulan-kumpulan besar orang-orang kita bertelagah. Kita mesti berperanan menyatukan hati-hati yang bersengketa supaya janji Allah datang segera.

    Sekian.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Aku percaya pada nih. firman Allah, Kun Fa Ya Kun. Bangsa Melayu mula bersatu-padu apabila bahana bencana menimpa mereka... seperti contoh, Amerika melancarkan perang terhadap Malaysia kerana tidak mahu membantu mereka melawan China.

    Di sini kita semua akan lihat org-org yg sungguh low-profile mula mengangkat senjata. Golongan sufi, para pendekar, even org kampung biasa pun. Yg politicans dan penyokong parti2 politik demokrasi ciptaan Yahudi akan lari dari perang... dasar munafik penjual agama Islam dan bangsa Melayu sendiri. Tapi mereka yg low-profile ini bersumpah, "La Ila Ha illallah, Muhammad Ar-Rasulullah. Kami akan berlawan sampai titisan darah terakhir".

    Time tu kita semua akan lihat benda yg un-expected langsung. Dengan ilmu-ilmu Allah saja, berbekalkan senapang tak berapa canggih, kadang-kala parang saja, diorg akan tebas musuh macam dalam 13 Mei dulu.

    tapi sekarang.. jangan haraplah kita nak jumpa mereka. Selagi mana Melayu Islam tidak bersatu... asyik bergaduh sesama sendiri... selagi tu mereka takkan tunjuk diri.

    Amin. Nak percaya, silakan. Tak nak percaya, sudah.

    BalasPadam
  7. Wsalam,

    Ya, apabila kecoh kisah Bukit Kepong baru-baru ini Pendita melihat orang-orang Melayu mula sedar kedudukan mereka yang kerdil di bumi Mala-yu ini. Kenapa Pendita kata kerdil? Kerna, apabila kita kecoh berperang mulut, kita lupa pada umat ini yang sepatutnya bersatu. Namun sebaliknya kita sibuk memusuhi sesama sendiri.
    Betul, golongan yang pendiam di balik tabir akan muncul membela agama dan bangsa. Mereka inilah yang bakal luka-luka sambil mengibarkan panji-panji hitam bangsa di hujung timur yang membela Islam suci...

    BalasPadam
  8. apa masalah kalau nak berperang guna silat dan ilmu batin ? selama ini pun terbukti yang orang melayu kita begitu hebat melawan penjajah hanya berbekalkan senjata ringan saja sepeti parang , keris, dan tombak , tetapi ilmu kebatinan diorang begitu tinggi sehingga boleh menundukkan besi..contoh paling dekat seperti pahlawan Mat Kilau, Tok Janggut, dan beberapa org lagi yg aku tak berapa nak ingat...so lepas ni jgn sesekali nak perlekehkan ilmu silat bangsa melayu..zaman kesultana melayu melaka pun terbukti yg bangsa melayu ni begitu hebat dalam peperangan..satu je aku nak gtau nih aku paling BENCI kalau ada org cakap bangsa melayu ni pemalas, suka berkhayal mcm pak pandir..kalau tak tahu sejarah bangsa melayu, jgn cakap sembarangan bro, kelak buruk padahnya...

    BalasPadam
  9. Orang-orang yang berkhayal ada pada semua bangsa. Pendita pernah bersekolah dengan bangsa Cina, India, Orang Inggeris, Itali, Negro. Berguru dengan orang Greece, Yugoslavia, Inggeris, Jerman, Itali dan lain-lain. Pelajar bangsa kita tiada bedanya. Begitu juga dengan orang awamnya. Sebab itulah diakhir zaman, hanya beberapa kerat pemuda yang diberi tugas memartabatkan Islam kerana kebanyakan manusia berkhayal. Kita akui ilmu silat dan batin hebat. Namun, jangan lupa mengapa Mat Kilau, pendekar Melaka terpaksa mengundur, begitu juga Datuk Marajalela. Manakala seorang sultan Perak dikuarantin di pulau Seychelles selama berpuluh tahun. Ini semua adalah permainan helah. Mampukah mereka melihat anak-bini diseksa demi perjuangan? Sudah tentu ia dugaan yang sangat besar. Dengan asbab pengalaman ini, orang Melayu terpaksa bermain politik untuk merdeka dan untuk kekal merdeka sementara menunggu sebuah perjuangan yang mantap itu muncul.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...