Semalam isteri Pendita membawa pulang sekotak keropok lekor. Pendita bukanlah peminat keropok lekor dan kurang juga memakannya. Di negeri Terengganu ini keropok lekor adalah sajian biasa untuk sarapan dan juga pada bila-bila masa untuk minum ringan.
Di negeri Melaka pula, jamuan ringan selalunya mee goreng atau pisang goreng bercelup kicap. Bercerita tentang menu ini, pakar bahasa kurang senang dengan istilah 'goreng pisang' seperti yang dipapar pada kedai-kedai tepi jalan. Bagi mereka ia sepatutnya 'pisang goreng'.
Di Muar, mee bandung sudah tentu menu utamanya beserta satay. Kalau tuan-tuan dan puan-puan singgah di pekan Muar, mee bandung dan satay boleh dipesan daripada peniaga Melayu atau mamak manakala air daripada tukang bancuh Cina. Di sini ia perkara biasa. Kegilaan satay boleh dilihat di Kajang. Tetapi orang Kajang sendiri kurang makan satay.
Di Kuala Lumpur McDonald, KFC, Laksa Shack, Kopitiam, Nasi Lemak Antarabangsa, kedai mamak atau pakistan, kedai tom yam dengan lampu merah-kuning-hijau tempat minum petang atau malam atau subuh. Apa saja hidangan mestilah disulami teh tarik.
Pemakanan orang-orang kita agak rakus. Makan tidak ikut turutan malah kelam-kabut. Perkara asas tentang pemakanan berkait rapat dengan kecerdasan fikiran. Begitu juga keadah menyediakan makanan.
Bolehkah tuan-tuan dan puan-puan andaikan apa yang ada didalam nasi goreng paprik apabila tukang masak menyediakannya dengan ketukan yang kuat pada kuali seperti kata DJ radio tempatan, 'nasi goreng klong-klang klong-kleng' itu?
Dapatkah kita bezakan emosi diri setelah makan kenyang masakan di rumah berbanding masakan di kedai tom yam? Pendita rasa kenyang puas dan tenang setelah menikmati makanan masak sendiri berbanding warung.
Kita lihat para tahfiz berpantang dalam makanan. Mereka elak memakan kepala ikan termasuklah kepala ikan bilis goreng. Kerana, kata mereka otak boleh dungu dengan khasiat kepala ikan. Bagaimana pula dengan kari kepala ikan? Wah! Itulah menu kegemaran orang-orang kita. Nasi lemak dengan ikan bilis goreng berkepala? Dan keropok lekor dengan rebusan ikan dengan kepalanya sekali? Atau laksa dengan kuah rebusan ikan?
Boleh kita bayangkan betapa kompetitifnya kita di dalam pekerjaan, pelajaran, hubungan sesama manusia dan juga tuhan jika perut kita sentiasa terisi khasiat dari kepala ikan?
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan