Jumaat, Jun 08, 2012

Malapelataka 2012

Pendita ucapkan salam kepada anggota Penditas dan pengunjung sekalian.
Berdasarkan kajian Pendita, boleh diramalkan beberapa peristiwa besar mungkin berlaku sebelum 2013. Namun, hati-hati. Ini hanya andaian. Entah iya berlaku. Harap-harap ia tidak berlaku.
Berikut adalah tarikh diramalkan berlaku peristiwa besar:
a) 21 Julai 2012 (Sabtu): suara dari langit, lintasan planet X atau Nibiru
b) 2 Ogos 2012 (Khamis): suara dari langit
c) 19 Ogos 2012 (Ahad) suara dari langit
d) 17 September 2012 (Isnin): huru-hara
e) 26 Oktober 2012 (Jumaat): jemaah haji dirompak
f) 15 November 2012 (Khamis): imam Mahdi muncul
Kita menyaksikan ekonomi dunia yang sedang tenat, seolah-olah berada "di hujung tanduk". Harga emas yang tidak menentu adalah sebuah cerita tentang ekonomi dunia semasa. Manakala, jika emas dijadikan matawang utama maka runtuhlah ekonomi Amerika Syarikat dan seterusnya dunia. Apabila ekonomi dunia runtuh, wujudlah perompak berskala dunia. Apa lagi kalau bukan hendak mengambil apa saja harta selain matawang fiat Dollar dan lain-lain. Sumber asli!
Sumber asli dari tanah yang subur, iklim yang sekata seperti air bersih, logam, minyak, tumbuhan dan binatang yang mempunyai nilai bioteknologi. Sudah tentulah di lokasi geografi yang sangat strategik di dunia. Cara mudah adalah dengan permainan politik!
Sekian.

1 ulasan: