Sabtu, Jun 09, 2012

Peristiwa Jalan Besar...jika masih tak percaya

Ucapan salam daripada Pendita untuk semua!
Malam tadi sungguh mengecewakan. Apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam atau nama timangan Alan memberi sepakan percuma kepada pasukan Singapura, lantas meruntuhkan tembok yang kukuh dibina oleh perwira bolasepak kita... Ya, semangat harimau luntur untuk beberapa minit terakhir.
Suatu ketika Pendita menuntut di luar negara, seorang duta memberi pengucapan awam menjawab soalan mengapa pelajar bumiputera lebih banyak diberi peluang berbanding yang bukan. Beliau dengan sinis menjawab, bahawa suatu ketika dahulu pelajar Melayu diketepikan untuk menduduki kelas tingkatan 6 oleh guru bangsa pendatang.
Ya, kuasa menyenaraikan pelajar yang layak di tangan mereka, kalau tak tahu. Pada zaman itu, untuk diterima universiti mestilah memiliki Higher School Certificate atau HSC atau STPM.
Beberapa generasi Melayu telah ketinggalan di dalam segala bidang kecuali golongan bangsawan secara senyap memantapkan kedudukan keturunan mereka.
Kini tembok segala bidang orang Melayu mulai kukuh. Lihat dan percaya, siapa yang sedang merobohkannya dengan segala helah tipu muslihat.
Pendita pasti anda sendiri menyaksikan apabila kuasa di tangan mereka. Lihat wajah anak Melayu yang terkedu kecewa. Wajah itulah yang kita tidak dapat lihat pada muka nenek-moyang kita suatu ketika dahulu. Oleh sebab itu nenek-moyang kita serius tentang pendidikan. Itu juga antara agenda perjuangan politik untuk membina dan menyedia apa saja prasana pembelajaran khas untuk anak bumiputera.
Peristiwa Jalan Besar...jika masih tidak percaya.
Sekian.

2 ulasan:

  1. Salam, saya amat menghargai tulisan anda. Izinkan saya terbitkan semula tulisan anda di blog saya.

    BalasPadam
  2. Wsalam Tuan Shaiful, silakan terbit semula artikel Pendita. Terima kasih.

    BalasPadam