Sabtu, November 14, 2015

Farah tak faham...Farah tak faham! Anak Farah takkan dapat 90 ke bawah...

Sekarang musim anak-anak di sekolah kebangsaan diagih-agih kelas mengikut pencapaian peperiksaan tahunan. Ibu-ibu sebok dengan kedudukan kelas anak masing-masing. Rata-rata para ibu mahu anaknya duduk di kelas terpandai.
Ada ibu yang meraung anaknya diletakkan di kelas kedua disebabkan oleh dua matapelajaran mendapat gred B. Ada pula ibu yang tak puas hati anaknya mendapat tempat kedua keseluruhan sekolah. Puan Farah tidak faham kenapa 90 markah itu bukan milik anaknya. Maka, itulah corak hidup dan budaya ibu-ibu di Malaysia.
Soalan: Dari mana masyarakat kita mendapat didikan awal tentang corak hidup dan budaya ini?
Dan ketika anak-anak remaja menduduki SPM, ada ibu yang sudah menangis belumpon kertas soalan pada hari pertama diedarkan.
Betapa sistem pendidikan sekular begitu menangkap jiwa masyarakat. Hingga kini ramai anak-anak muda menanggung hutang pelajaran disebabkan sebuah degree yang mereka tak pernah minat. Kebanyakan mereka telah bekerja dengan pendapatan setara lulusan SPM semata.
Pada graduan yang mendapat CPGA agak baik, mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atas sebab minat atau mungkin survival. Mereka dibiayai dibawah skim bantuan dengan gaji yang boleh hidup. Apa tidaknya, dari menjadi pembantu jualan di Parkson, lebih baik duduk di makmal sementara menanti peluang pekerjaan yang berbaloi.
Manusia di seluruh dunia telah terjebak dengan sistem pendidikan yang tiada siapa tahu asal-muassalnya. Sistem ini sangat sistematik bermula dari pra-sekolah. Awal-awal lagi murid-murid akan terpandang bebola bumi yang diletakkan di merata sekolah. Apa benar bumi itu bebola?
Dari kecil lagi minda anak-anak diberitahu tentang profesion dan jawatan di masa hadapan. Mereka diberitahu laluan hidup yang standard. Bagi kita orang-orang tua, perkara ini sudah cukup masak.
Karena kita tahu turutannya: Makan, Kerja, Mati. Hamba sahaya sepanjang hayat. Kita tahu perkara yang sangat nyata ini tetapi kita tidak mahu anak-anak tahu perkara sebenarnya sebab kita bimbang.
Soalan: Apa perkara yang dibimbangkan itu?
Mungkin Puan Farah akan menjawab, "Anak saya nak makan apa jika pencapaian pelajarannya buruk?"
Kita boleh jawab, "Anak Puan Farah boleh saja makan apa-apa yang halal jika anak Puan Farah kreatif dan imaginatif."
Oleh sebab manusia itu kreatif dan imaginatif, maka sang Harimau yang garang itu boleh menjadi bahan tontonan di dalam Zoo Taiping.
Peperiksaan bukan kaedah yang memacu corak pemikiran yang kreatif dan imaginatif. Gred A atau CGPA 4.00 cuma penentutara bahawa pelajar itu menguasai sejumlah maklumat pilihan. Maka, gred begini selalunya sesuai bagi profesion guru di institut pendidikan beracuan sistem sekular semata.
Jikalau wang dan harta menjadi pengukur, hanya sekelumit jawatan yang boleh dikatakan mewah. Selebihnya, profesion gaji bulanan. Jika bersih tanpa rasuah atau penipuan, gaji bulanan itu cukup-cukup untuk hidup selesa sahaja.
Kita tahu Pelawak handalan mendapat sejumlah pendapatan yang memang mewah dek kreatif dan imaginatif. Jadi, kita tidak perlu kecoh seperti Puan Farah didalam mencorak masa hadapan anak kita. Biarkan mereka kreatif dan imaginatif.
-Pendita-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...