Sabtu, September 19, 2015

Peringatan dari langit ke-7: Apabila seorang menampar imam masjid negara

Kus semangat! Imam kita ditampar oleh seorang muslim warga asing. Dahsyat!
Tiadalah sanggup Pendita menyaksikan lagi video imam besar kita ditamparkan sedemikian rupa. Terhina sangat rasanya. Lain kali orang itu lunyai dan lumat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Semasa dulu-dulu, ramuan beragama bagi bangsa Melayu adalah "Silat dan Solat". Bagi orang Melayu purba, alimnya orang itu pendekar jugalah dia itu. Seperti Pendita katakan yang lalu bahawa Melayu itu, secara alaminya, adalah kesatria dan spiritual.
Apabila orang Melayu itu spiritual semata-mata, jati dirinya hilang. Pakaiannya ikut-ikutan. Demikian, beliau mahir tentang hikayat Arab, budaya Arab, sedikit Farsi, banyak Hindustan. Sejarah Melayu tiadalah dia mahu tahu. Karena bagi dia cara Melayu adalah low class dan "mana ada orang alim yang mursyid kat sini." Sebab katanya lagi Melayu itu hanyalah hikayat dongengan.
Malah pusat-pusat pengajian Islam di nusantara bukan lagi tempat lahirnya seorang pendekar yang alim. Tempat-tempat ini melahirkan ustad yang baik dan mulia serta petah berceramah setelah kembali dari pengajian tinggi universitas-universitas terkemuka dunia. Pendekarnya Wali Songo tinggal sebagai kenang-kenangan cucu-cicit.
Kita sedia maklum, apabila sebuah sesuatu berlaku, ia adalah hukum fizik yang terjemah berbentuk peristiwa. Apabila Allah menghantarkan bala tentera Kublai Khan ke Baghdad suatu ketika dahulu, ia adalah sebuah hukuman dari hukum fizik yang nyata.
Pada hemat Pendita, peristiwa "imam kena tempeleng" ini adalah peringatan dari langit perihal kendalian agama Islam di negara ini. Ia adalah peringatan keras dan mungkin terakhir, jikalau kita masih belum sadar.
But unless you repent, you too will all perish.
Apakah perlu kita letakkan ciri seorang pendekar untuk dipilih sebagai imam-imam kita?
-Pendita-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan