Jumaat, Julai 17, 2015

Perutusan Aidilfitri 2015

Allah-hu-akbar, Allah-hu-akbar....
Di pagi yang sunyi dan aman ini Pendita ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua anggota PENDITAS!
Tidak dilupakan juga kepada pengunjung ke blog ini, Pendita ucapkan juga selamat hari raya aidilfitri.
Maksud "raya" di dalam bahasa Melayu adalah sesuatu yang besar dan penting. Jadi bunga raya bermaksud bunga yang berukuran besar. Hantu raya pula menggambarkan seekor hantu yang besar. Melayu raya adalah Melayu sedunia.
Apabila kita membeli sebatang lemang, kita dapati harganya sangat berbeda berbanding harga pada tahun lepas. Ini menggambarkan betapa ekonomi negara berubah pantas menjadikan kos lebih tinggi di dalam masa 12 bulan untuk segala macam urusniaga.
Lebih terasa apabila kita berurusan dengan pihak di negara lain. Kerana nilai matawang kita makin menyusut.
Jadi, nasihat Pendita pada aidilfitri tahun ini adalah tentang pengurusan harta yang licik. Mulai sekarang, orang Melayu perlu cermat apabila hasrat mulai berbunga di dalam benak. Iaitu hasrat untuk guna wang.
Jikalau hasrat untuk bersedekah, orang-orang yang rapit dengan kita didahulukan. Apabila ingin membeli kereta, di antara Perodua Axia dan Suzuki Swift, dahulukan Axia. Sebab kenderaan umpama lampin yang diguna-buang. Begitu juga alatan lain.
Ingat, ada banyak lagi perkara yang penting untuk dilangsaikan. Malangnya, pada akhir jaman ini, beribadat bukan lagi percuma, kena bayar. Kita boleh lihat iklan umrah galak digantung di kampung-kampung. Percuma atau RM5,000.00?
Apabila terperangkap di dalam penjara hutang, hidup seseorang itu serba tidak menjadi kerana dia berfikiran bengap. Jikalau beliau mahir selok-belok urusniaga, berhutang itu wajib untuk berjaya. Jadi, orang Melayu dimestikan licik di dalam segala macam urusan di dunia ini untuk mencapai kejayaan sekarang dan di akhirat.
Jikalau kita mengkaji dalam-dalam, halus-halus tentang sesi tutorial yang diterima oleh semua nabi-nabi, kita dapati mereka dididik untuk licik di dalam mengepalai umat dan di dalam menguruskan musuh.
Sedangkan, pada hemat orang awam, para nabi-nabi tidak perlu berpatah gigi, remuk tulang-temulang untuk menyampaikan pesan Allah SWT. Karna, para nabi hanya perlu memanggil tentera malaikat untuk menghancurkan semua musuh tanpa perlu luka pada kening.
Tetapi tidak. Kita mendapat maklumat bahawa umat-umat dahulu sangat bersusah-payah di dalam hidup mereka. Sebaliknya, kita boleh mengurangkan perit jerih pada zaman kita ini dengan kebijaksanaan serta kelicikan.
Mengakhiri perutusan ini, ada dua kata kunci yang mudah dihafal iaitu:
a) Cerdik
b) Licik

Selamat bersuka-ria sambil menjamu selera.
-Pendita-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...