Sabtu, Jun 20, 2015

Secara misteri kerajaan-kerajaan berbudaya "Malayu" tumbang satu demi satu mulai kurun ke-14 dan sekarang

Apabila kita mentelaah sejarah bangsa, kita dapati kerajaan-kerajaan berbudaya Melayu seolah-seolah jatuh tertimpa tangga mulai kurun ke-14. Dan sekarang!

Contoh paling mudah paham ialah tumbangnya kota Malaka [*1].

Cikgu sejarah di sekolah yang menggunakan silibus kebangsaan mengatakan bahawa tumbangnya kota ini berpunca dari senjata kontot keris menentang senapang panjang Peringgi (orang Portugis).

Hujah ini bertambah kukuh apabila rombongan budak-budak sekolah dari Jerantut mengadakan aktiviti "lawatan sambil belajar" ke Banda hilir, Melaka [*2].

Wah! Megahnya kapal penjajah Flor de la Mar. Eh! Mananya jong Melayu?
Yang ada di tepi kapal itu hanya sebuah sampan purba. Budak-budak sekolah pun berbisik,"Patutlah kalah perang, pakai sampan."


Apabila budak-budak ini membesar, mungkin salah seorang mewakili negara di dalam pasukan Harimau Muda. Jikalau mentaliti tewas tersemat padu di dalam jiwa, bolehkah berjaya pasukan bolasepak kita?
Atau perjuangan para pemain seperti mendayung sampan bagai lanun desperado (desperate), gelojoroh (gelojoh) merompak kapal dagang?
Atau pemimpin-pemimpin bolasepak kita berbelanja mewah, manjakan pemain bagaikan "anak bongsu bini muda", sehinggakan gawang Harimau Malaya asyik dibolosi oleh segala macam pasukan luar seperti terbukanya pintu gerbang kota Malaka?


Penceramah Biro Tatanegara pula mengatakan jatuhnya kota Malaka berpunca dari dengkhianat (dengki, khianat) orang Kalinggi iaitu Raja Mudaliar yang memegang jawatan Ketua Pelabuhan [*3].

Bak kata orang Limbongan, "Dah tahu darah puak itu khianat, ape pasal jawatan-jawatan utame perkhidmatan dan politik bagi pade puak itu jugak, bodo ke ape"?
Bak kata orang Kubang Pasu pula, "Ni nak khabaq mai, apa nama...hang dah tau darah puak tu khianat, pasai pa jawatan-jawatan utama perkhidmatan ngan politik bagi kat puak tu jugak, ada akai ka"?

Tapi Tokong KOMTAR mencelah, "Lu sulah tau itu olang aa ... tikam blakang punya. Buat keputusan terbulu-bulu. Tak boleh buat pakatan. Itu jawatan-jawatan government kita mesti kulangkan. Kasi orang Cina pegang jawatan tinggi, balu boleh kautim maa...Boleh berurusan di pejabat government pakai seksi. Kita sudah roboh itu UMNO punya logo, dia olang tengok dan bising saja. Nang bo ti nang, kui bo ti kui. Ada belani ka? Haiya..."



Mulai kurun ke-14 empayar Islam di Timur-Tengah (Middle-East) [*4] kucar-kacir, pemberontakan perkara biasa.
Hari ini kucar-kacir, pemberontakan adalah peristiwa-peristiwa normal di kawasan ini. IS lawan Sunnah lawan Syiah lawan Tarekat lawan Kurdis.
Anehnya, kita masih menghantar anak-anak belajar agama di tempat-tempat yang bermasaalah dan mundur.
Jikalau tidak kerana Rukun Islam dan Mekah itu di Arab Saudi. Tiada apa-apa di tempat-tempat berbudaya Arab ini melainkan hidangan Zurbiyan Laham atau Chicken Mandi Small yang enak. Hal yang sama di Negara Brunei Darussalam. Teda apa-apa di sana melainkan matawang bernilai tinggi.
Cuba kita duduk lama di Muar, kita akan ketahui terdapat komuniti Arab Hadramaut yang menetap di sini secara tradisi sejak zaman silam. Sama ada mereka menjadi Melayu-Mutant [*5] atau tidak, mereka dianggap sebagai Bumiputera di Malaysia.

Dari lisan yang kita dengar daripada ustad-ustad di kampung, kununnya terdapat beberapa kabilah yang melarikan diri dari kekejaman khalifah-khalifah kerajaan Islam ke Hadramaut kemudian ke Nusantara. Menurut cerita, ada sebilangan mereka adalah keluarga Rasulullah SAW, alim ulama.
Pada ketika itu kerajaan-kerajaan Islam tidak sama seperti sebelum kedatangan bala tentera Kublai Khan. Namun begitu, ketika tentera Monggol menakluk kerajaan-kerajaan Islam sudahpun menjauhi amalan sunah. Dengan itu, Allah hadirkan bangsa lain untuk mengambil alih segala kurniaanNya.


Andai hari ini Rohingya ingin menumpang kasih di bumi ini, dahulunya Arab Hadramaut juga menumpang kasih di sini dengan modal bahasa Arab, pengetahuan agama cara mereka serta penampilan jubah putih serban alim.

Sebelum kurun ke-14, kebanyakan kerajaan-kerajaan berbudaya Melayu masih belum Islam menurut syariat Muhammad SAW.


Mereka memang beragama, dengan pengetahuan tentang Svarga (Syurga), Naraka (Neraka), amalan Sembah-Hyang (Solat) di Surau (Musolla), puasa (shaum), mempunyai Raja (Khalifah) dan bala tentera yang kuat dengan teknologi tinggi perkapalan dan logam. Sudah tentu ada bahasa Malayu yang terunggul dan halus dengan sebab itu al-Quran mudah diterjemah.

Adakah mereka itu Hindu penyembah dewa-dewi atau pengikut agama rasul-rasul terdahulu yang membawa syariat di dalam bahasa Avestan?

Mungkin membawa konsep pencipta, Annunaki dari Nibiru. Adakah ia ada kaitan dengan gempa bumi di Sabah? Disebut-sebut sebagai sumpahan Aki Nabalu.


Misteri apakah kerajaan-kerajaan berbudaya "Malayu" tumbang satu demi satu mulai kurun ke-14 hingga kini?

Pendita pernah mendengar ustad kampong mengatakan bahasa Melayu itu tulen hanya pada 3 perkataan iaitu batu, babi, kayu. Orang-orang kampong hanya diam mengiyakannya! Tiada siapa berani membangkang. Sedikit demi sedikit bahasa Melayu terhakis. Dari Arab manakah ustad tersebut mendapat ilmu nista?

Hari ini orang kita lebih suka "iftar" berbanding "berbuka puasa".

Apakah misteri pertama kejatuhan bangsa?
Jawapan 1: Siapakah daku ini?

Siaran Klasik Nasional contohnya, pagi-pagi ceramah agama, pagi-tengahari iklan obat cantik-sehat-kuat, petang kisah sedih ADILA, senja ceramah agama. Malam sayup baharu dapat lagu-lagu nostalgia.

Sesetengah badan perniagaan milik Melayu mengamalkan budaya agama tak kira tempat dan masa. Pagi-pagi dihantar emel amalan-amalan baik dalam Islam. Mood kerja untuk jadi baik-baik saja. Diharapkan tafsiran "baik-baik" itu diterjemahkan dengan hasil kerja yang tinggi mutunya.

Apakah misteri kedua kejatuhan bangsa?
Jawapan 2: Apakah amalanku mencukupi untuk bekalan?

Bulan Ramadhan ini kita dengar orang berkata-kata tentang konsep skor bolasepak iaitu "kosong-kosong" atau 0-0 bermaksud saling bermaaf-maafan tanpa prejudis.

Oh ya, dulu budak ini memfitnah Cik Sri sampai dia tinggalkan Universiti Malaya sebab malu besar, bulan Januari lepas. Hari ini Ramadhan ke-4, budak itu pergi berjumpa Cik Sri mintak "kosong-kosong". Dari bulan Januari sampai Mei, tiadakah amalan 0-0 ini?

Apakah misteri ketiga kejatuhan bangsa?
Jawapan 3: Mengapakah aku dipermainkan dengan kemaafan?

Pendita, apakah misteri-misteri lain kejatuhan bangsa hari ini?
Jawapan Pendita: Macam-macam. Anda sekalian tentu sudah melihat senarionya.


Sekian.

-Pendita-


[*1]: Bezakan dengan Melaka-Hari-Ini.
[*2]: Sebab itu guru besar luluskan peruntukan, guru pengiring boleh membeli-belah pula.
[*3]: Syah Bandar, "bandar" di dalam bahasa Farsi bermaksud pelabuhan.
[*4]: Macam tak kena alih bahasa ini. Kerajaan-kerajaan berbudaya Arab ini terletak dari Barat kita. Seperti kita ungkapkan benua Eropah sebagai negara Barat sebab geografinya barat dari kedudukan kita.
[*5]: Apabila mengisi borang biasiswa atau kemasukan UA (universiti awam) tick Melayu. Masuk UMNO bertanding jawatan mengaku Melayu jati. Kenaikan pangkat jawatan awam berbudaya dan beramal Melayu. Apabila Melayu dicaci, kembali bangsa asal tok-nenek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...